Friday, December 26, 2008

Diari : Hari2 Terakhir Di Sini

Tinggal 2 hari aje lagi aku kat PCM nih. Aku sendiri tak tau ape perasaan aku samada suka, gembira, ceria, sedih atau kesal. Yang aku pasti semua perasaan tu ada dlm hati aku.

Aku suka kerana aku akan memulakan kehidupan baru aku selepas ni.
Aku gembira kerana cita2 aku hampir terlaksana.
Aku ceria kerana aku mula nampak masa depan aku sendiri...
Tapi dlm mase yang same,
Aku sedih kerana meninggalkan kawan2 dan semangat aku di sini.
Aku kesal kerana aku tak sempat jumpa semua kawan2 aku dan meraikan perpisahan ini....

Tapi benarlah, Tuhan itu lebih tahu atas stiap yang berlaku. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana memberi aku ruang dan peluang di tempat baru. Mungkin aku boleh lupakan sesuatu yang pernah berlaku di sini.

Mudah2han aku dapat kehidupan yang lebih baik apabila jadik pendidik nanti. Dan mudah2han juga aku dapat bina 3 kekuatan aku yang pernah menjauh.

Camne aku nak ucapkan trima kasih pd kwn2 yang berikn aku kekuatan stelah aku goyah seketika dulu? Hmmm, tak mampu rasanya nak balas jasa diorang. Hanya Tuhan dapat membalasnya. Terima kasih kawan2 semua. Moga kita berjumpe lagi di lain masa. Eh, hari selasa ader lagi lah....:)))

Monday, December 22, 2008

Berita : Felda bayar bonus minggu depan

MARAN 21 Dis. - Felda akan mula membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM144.44 juta kepada peneroka yang setia bersama agensi itu mulai minggu depan, kata pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Beliau berkata, bayaran bonus itu memberi gambaran positif bahawa Felda tetap menunaikan janji untuk membantu warga peneroka walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar pada masa ini.

"Setiap peneroka yang bersama Felda menerima bonus purata RM2,000 seorang dan ini memberikan sumber kewangan yang diperlukan khususnya menjelang permulaan sesi persekolahan akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan acara penutup program Kembali Berkhidmat Untuk Masyarakat anjuran Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian bonus itu kepada 84,581 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Mohd. Yusof mengingatkan warga Felda supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu.

" Alhamdulillah, rezki datang dari Allah. Mudah2an yang dapat tu jangan mudah lupa diri. Ingat, sebenarnya tak semua tu milik kita! Ingat2la, rezki mesti dibelanjakan di atas jalan Allah. Selamat menguruskan kewangan dengan baik wahai warga Felda!"

Berita : Pernikahan tepis segala cemuhan

PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pada pagi Sabtu lalu membuktikan bahawa pasangan tersebut tidak lut pada segala cemuhan.

Sejak Mawi dan Ekin menguar-uarkan percintaan mereka pada 21 Oktober lalu, pasangan tersebut tidak henti-henti dilanda ujian.

Namun, berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain, akhirnya Mawi dan Ekin berjaya disatukan jua oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said pada pukul 11.40 pagi.

......sebahagian petikan sari utusan malaysia.....

" Selamat Pengantin Baru buat Mawi dan Ekin. Semoga jodoh kalian berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Segak dan anggunnya diorang. Bila agaknya aku yerk??? :)))"

Motivasi : Mula Kembali

Haha...tajuk pun dah macam sedey.....

Takpelah, aku rasa aku akan mulakan langkah baru aku. Lepas ni, aku cuba untuk buang semua perkara2 remeh yang bukan aje menyempitkan pergerakan aku, tapi jugak memusnahkan deria keceriaan aku.

Aku bertekad untuk melupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini, tapi, aku takkan pernah lupa kekuatan yang telah diberikan oleh mereka2 yang prihatin kepada aku. Jasa kalian takkan aku lupa sampai bila2. Hanya Tuhan dapat membalasnya...InsyaAllah...

Wednesday, December 17, 2008

Diari : Jatuh, Lalu Ku Tinggalkan Ia

Alhamdulillah, sesungguhnya pagi ini Tuhan masih memberikan aku peluang untuk terus menjadi hambaNya di muka bumi. Memberikan aku nyawa dan nikmat kehidupan setelah dimatikan sementara di alam tidur.

Pagi ini, aku meneruskan perjalanan untuk mencari rezki Tuhan walaupun sekarang ini aku hanya menghitung hari2 terakhir perjuangan aku di sini. Aku redha dan aku harus akur. Selagi aku masih di sini, aku perlu meneruskan kerja dan tanggungjawab.

Sebenarnya, pagi tadi, dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja, aku memandu seperti biasa. Tanpa menggunakan penyaman udara kereta (memang dah rosak). Entah macammana sementelah terlalu laju di selekoh, aku tidak menyangka semua barang2 yang berada di dashboard bertaburan dan jatuh iaitu Al-Quran kecil dan cermin mata hitam serta beberapa barang lain.

Mujur Al-Quran jatuh hanya di dalam kereta, tetapi cermin mata hitam jatuh keluar dari kereta. Sempat juga aku berfikir untuk berhenti dan mengambilnya kerana itulah barang berharga serta kenangan ketika aku pergi ke Jepun dahulu. Dalam keterbatasan waktu itu, aku sempat membulatkan tekad untuk membiarkan sahaja ia tanpa di ambil kembali.

Mengapa aku membiarkannya kerana hanya itulah kenangan aku ketika di Jepun dahulu? Aku sendiri kurang pasti tetapi aku tetap mengikut kata hati sendiri walaupun ia sudah dianggap membazir.

Dalam perjalanan seterusnya, aku terus memikirkan hal yang berlaku. Mungkin ada sesuatu yang ingin Tuhan tunjukkan kepada aku untuk berfikir seketika. Erm, mungkin benar....

Selama ini, aku sering meletakkan kasih sayang tak kiralah pada benda, kawan, teman atau keluarga. Namun, apa yang telah berlaku dalam hidup aku lewat masa ini, aku akur bahawa kasih sayang yang diberikan hanyalah sementara. Kita tak mampu untuk menerima dan membiarkan ianya berada bersama dengan kita disepanjang hayat.

Mungkin kurang berkaitan antara kasih sayang dan meninggalkan apa yang kita sayang. Namun, aku membulatkan tekad untuk tidak akan menyayangi apa pun jua tanpa berlandaskan kepada hukum Tuhan. Cukuplah dengan apa yang belaku. Dan aku harus tegar untuk menerima segalanya dan aku harus kuat untuk pergi meninggalkan apa yang aku sayang, demi mencari kekuatan sendiri!.....

" Meninggalkan adalah suatu yang perit, tetapi yang lebih memeritkan adalah apabila kita ditinggalkan sewaktu kita memerlukan."

Kemanisan.....

Indahnya gula, sifatnya manis membuatkan semut tertarik padanya. Begitulah hidup manusia. Kemanisan yang ada pasti membuatkan orang lain akan dapat merasai kemanisan tersebut. Sebenarnya, bila kita ceria dan gembira, kita telah menyumbangkan suatu bakti kepada orang lain agar dia turut gembira bersama.
Namun, perlu diingat bahawa, kemanisan kita tidak akan berharga apabila kita terlalu bersimpati dengan kemanisan tersebut sehingga kita hanya membiarkan manis itu hanya di mamah bila perlu. Habis manis, ia kosong tanpa erti. Berhati2lah dalam hidup dan ikhlaskanlah perasaan demi Allah, Tuhan semesta 'Alam.

Lirik : Ku Kunci Rindu Buatmu

Kenapa ya aku letak lagu ni? Aku sendiri pun tak tahu tentang lagu ni. Entahlah, tapi aku rasakan ada sesuatu dalam lirik lagunya. Apakah yang terjadi sebenarnya?
" Hanya Tuhan Yang Maha Tahu"

Tuesday, December 16, 2008

Diari : Esok Letak Surat

InsyaAllah, esok bermulalah suatu peralihan fasa dalam hidup aku. Suatu keputusan yang aku rasakan terlalu drastik dan terlalu cepat pernah aku buat. Antara kehidupan masa kini dan akan datang. Benarlah, Allah memberi pilihan dan akal, namun hanya kita yang mampu untuk membuat pilihan tersebut mengikut kehendak dan takdir Tuhan.

" Suatu bangsa tidak akan mampu mengubah keadaannya melainkan bangsa itu yang mengubah dirinya sendiri"

Justeru, esok adalah antara hari bersejarah yang akan aku ingat dalam kamus kehidupan aku sampai bila2. Esok, aku akan menghantar notice untuk meletak jawatan sebagai seorang jurutera R&D di PCM.

Pada awalnya, memang payah untuk aku membuat keputusan. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan aku masih sayang pada PCM. Bukan sayang pada company, tapi banyak kekuatan aku terbina di sini dan mungkin sukar untuk aku mendapatkannya dari tempat lain. Tapi, aku percaya, Tuhan tidak akan pernah membuang memori aku sepanjang berada di sini. Dan aku pasti, aku akan sentiasa merindui semangat aku di sini bersama orang2 yang pernah aku rindui....... :))

" Wahai hari ESOK, tunggulah! Sejarah akan termaktub dalam bukunya. Pilihan sudah berada ditangan. Hanya menanti orakan langkah yang bakal tercipta".

Hati : Pergi Ku Hanya Seketika

" Aku hanya meninggalkanmu buat seketika, namun aku akan menanggung amanah yang terpikul di bahuku selamanya. Demi masa depan, aku rela berkorban".

Setelah tawaran diumumkan, aku termenung seketika dalam membawa hati dan minda untuk mencari keputusan yang perlu dipilih. Aku hanya boleh memilih satu dan bukan dua atau tiga. Begitulah lumrah manusia, andai diberi pilihan.

Aku percaya, ketentuan Tuhan ini adalah yang terbaik untukku. Ketika aku memerlukan kekuatan, semua mereka menjauh dari aku. Aku hanya mampu membina kembali kekuatan dengan semampu yang mungkin.

Justeru, pergiku ini bukanlah selamanya. Aku bertekad untuk kembali semula, mungkin bukan di sini, tetapi aku akan pastikan amanah tetap amanah!

" Tuhan, aku pohon kepadaMu keredhaan dan keberkatan atas keputusan yang aku pilih ini. Permudahkanlah laluan untukku dalam mendidik anak bangsa. Kurniakanlah yang terbaik bagiMU dan bagiku mengikut kemampuanku"

Sunday, December 14, 2008

Diari : Percutian ke Terengganu

Alhamdulillah, aku selamat pergi dan selamat kembali dari percutian ke Terengganu. Walaupun ianya sesingkat cuma, namun ia cukup memberikan aku sedikit nafas baru setelah sesak beberapa ketika.

Ya, aku pasti akan mencoretkan sesuatu agar aku sendiri mampu mengingati peristiwa2 silam yang bukan bertujuan mengembalikan kesedihan atau kekecewaan yang berlaku, cuma sekadar kenangan yang tak mungkin diulang kembali.

Aku bertolak ke Terengganu pada hari Jumaat malam Sabtu (12.12.2008) bersama 2 lagi sahabat aku, where & paklong. Cuma malam itu, persediaan aku agak tergesa lantaran khidmat aku diperlukan seketika. Aku ikhlas membantu, cukuplah sekadar aku dihargai. Lantaran pula, aku akan berhijrah ke kehidupan yang baru.

Tiket menunjukkan jam 10.05mlm bas akan bertolak dari Johor bahru ke Sri Puteri, Skudai. Mungkin dalam jam 10.30 @ 10.40, aku akan memulakan perjalanan ke Terengganu. Namun, apa yang dijanjikan tersasar! Setelah menunggu hampir satu jam lebih (11.25mlm) , akhirnya perjalanan dimulakan dengan lafaz Basmallah.

Suatu perjalanan yang memenatkan! Hari ini, baru aku dapat rasakan betapa peritnya dan sanggup berkorbannya mereka2 yang menyambung pengajian jauh dari kampung halaman. Walaupun, perjalanan aku ini hanyalah sebuah percutian, tetapi kepenatan mampu dirasai. Sungguh Tuhan memberi mereka pahala Jihad, InsyaAllah....

Singgah sebentar solat subuh di suatu masjid pada jam 6.15 pagi dalam daerah Terengganu. Akhirnya, aku sampai ke Kuala Terengganu dalam jam 8.00 pagi. Pusing seketika mencari tempat untuk bersarapan dan kemudian memerhati serta cuba memahami kawasan sekitar. Maklumlah, belum pernah aku sampai ke sana. Mujur ada 2 org lagi sahabat aku. Taklah terpinga2 sangat.

Aku menunggu kedatangan seorang kawan yang berjanji untuk mengambil kami bertiga dan membawa ke mana2 tempat asalkan OK. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melawati Taman Tamadun Islam. Kebetulan pula terserempak dengan majlis penyerahan royalti minyak negeri Terengganu yang dibuat di dalam dewan konvensyen TTI.Tapi, taklah kami terlibat ke sana, sekadar memerhati dari jauh.

Entahlah, aku tidak pasti apa permainan yang mereka sedang lakukan. Biarlah Tuhan yang menjadi Saksi....

Satu lagi, berkenaan dengan Masjid Kristal! Entahlah, aku sendiri tak faham untuk apa pembinaan masjid itu yang agak jauh dari perkampungan orang Islam, hatta mereka sendiri sudah mempunyai surau mahupun masjid yang terdekat. Lebih2 lagi, mereka yang mengimarahkan masjid adalah dari golongan yang sudah berusia, payah untuk melihat anak2 muda sama2 berjemaah di masjid2 mahupun surau. Hal ini akan kupas suatu hari nanti....

Penat juga berpusing melihat2 replika masjid2 besar diseluruh dunia. Sempat juga merakam gambar buat kenang-kenangan. Cuma, waktu terlalu pendek, matahari terlalu terik. Akhirnya, sampai ke rumah pengantin dalam jam 3.30ptg. Sebenarnya, inilah tujuan asal aku untuk menghadiri majlis perkahwinan member baik semasa belajar di UTMKL dan UTMJB. Ibarat menyelam sambil minum air.....

Sambil menunggu bas sebelum pulang ke Johor bahru, sempat juga aku bertiga membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan jodoh dan masa depan. Hanya tinggal kami bertiga sahaja yang masih membujang. Namun, aku optimis dengan setiap yang berlaku. Kadangkala hati dan perasaan terlalu payah untuk difahami. Cuma, segala perasaan adalah kurniaan Tuhan. Redha dan pasrahlah dengan ketentuan-Nya. Aku yakin, Allah memberi sesuatu sebagai ujian dan akan menggantikannya dengan nikmat dan kesyukuran.InsyaAllah.....

Jam 9.00malam, aku bertolak ke Johor Bahru dari Hentian Bas Kuala Terengganu dan sampai di Sri Skudai hari Ahad (14.12.2008) pada jam 6.00pagi. Sepanjang perjalanan, aku tidak sedar apa yang berlaku kerana terlalu letih. Aku tidak ada rehat sebelum bertolak ke Terengganu, berjalan jauh, Melawat replika masjid di TTI semasa panas berdeting dan kemudian balik semula ke Johor Bahru. Uhh, penat tapi ada pengalaman dan kenangan yang mungkin menjadi sejarah berharga dalam hidup aku.

Terima kasih sahabat kerana sudi mengajak aku sekali ke Terengganu. Mungkin inilah yang pertama dan mungkin ini jua adalah yang terakhir......

Tuesday, December 9, 2008

Diari : Sebuah Ketentuan Tuhan

Tuhan, suatu ketika dahulu aku pernah merasai detik semakin hampir melewati batas-batas waktu. Kesayuan semakin menebak keseluruhan jiwa dan raga angkara sebuah ketentuan yang kemungkinan besar akan berlaku. Aku hanya berserah dengan ketentuan yang ditakdirkan oleh olehMu.

Kini, segala kesayuan itu terjawab tanpa ada noktah yang sempurna. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka bersama sebuah harapan lain yang bakal menyaksikan perubahan dalam kehidupan ini.

Hari ini, aku menghitung hari untuk meninggalkan sebuah kehidupan yang terikat utuh dihati. Bukan aku sengaja mencipta sebuah kehidupan lain, namun aku harus mencari sebuah kehidupan yang mampu menarik aku keluar dari sebuah rintihan hati.

Inilah takdir Tuhan yang telah tercipta untukku. Aku redha dengan apa yang berlaku dan aku harus akur bahawa Tuhan itu lebih tahu atas setiap perkara yang dikurniakannya. Pasti ada sesuatu hikmah yang menanti aku dihujung sana.....

Tuesday, November 25, 2008

Diari : Kenduri Kawen....

Kadangkala, terbit juga rasa sayu di dalam hati. Berada keseorangan di bumi sendiri cukup membuatkan aku merasa kekosongan dalam hidup. Tiada lagi kasih ayah, jauh dari kasih ibu dan keluarga serta tiada tempat untuk aku berkongsi cerita. Namun, aku pasti, Tuhan akan menghadirkan sesuatu dalam hidup aku di kala keadaan mengizinkan.

Tak mengapalah, aku perlu redha dengan ketentuan Tuhan ini. Aku harus kuat dan tabah dalam menghadapi setiap yang berlaku.....

Ahad tengahari, aku sekali lagi hadir ke majlis kerja kawen jiran aku. Malu juga rasanya. Tapi, aku harus berani. Dengan kekuatan yang sedikit ada hari ini, aku membantu di bahagian cuci pinggan mangkuk. Aku tak kisah kerja apa sekalipun asalkan aku dihargai oleh mereka2 yang lain dan bukan di pinggirkan.

Kadangkala, bila kita tidak dihargai, kita merasa terlalu kecewa dan adakalanya kita akan serik untuk meneruskan kebaikan yang kita lakukan. Aku tak kata aku terpinggir di situ, cuma, jauh di sudut hati, aku merasakan bahawa kehadiran aku tidaklah disenangi oleh beberapa pihak. Namun, apakan daya, aku sedar kita tidak boleh memuaskan hati semua orang kerana masing2 punya kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.....

Ahad petang, aku balik agak awal iaitu selepas majlis bersanding. Bukan aku tak mahu meneruskan kerja2, tapi, cukuplah aku rasakan sekadar itu tanpa memaksa jiwa aku terus merintih di situ. Aku sedar apa yang berlaku. Aku redha dan pasrah. Terima kasih bagi mereka yang masih menghargai diri ini.

Ahad malam, aku berkemas apa yang patut sebelum bertolak balik ke pasir gudang. Aku kadangkala tidak betah berlama2 di rumah kota. Bukan aku membenci dan bukan juga lupa pada diri, tapi aku merasa terlalu sayu dengan apa yang berlaku. Walaupun aku sedar, aku memikul amanah yang besar, tapi, Tuhan tu lebih tahu atas apa yang berlaku. Mudah2han aku tidak mengkhianati amanah yang diberikan serta kerinduan aku pada rumah kota tetap membawa aku untuk pulang menjenguk sekadar termampu.....

Monday, November 24, 2008

Diari : Kenduri Kawen....

Hai....musim2 cuti sekolah ni ramai pula yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri kawen. Seronok sebenarnya dengar dan aku sekadar menumpang gembira apatah lagi yang bakal bergelar raja sehari itu adalah sahabat mahupun sanak saudara. Bertuah sungguh mereka.... :)

Tidak ada perkara istimewa yang boleh aku kongsikan di sini. Hanya sekadar menyusupkan satu dua cerita yang boleh ditatap bersama.

Mungkin aku akui, aku bukanlah seorang yang mampu untuk berkawan apatah lagi menjadi sahabat terbaik bagi kawan2 aku. Mungkin itu sudah tertakdir untuk aku. Namun, aku percaya, Tuhan itu Maha Tahu dan Maha Memberi.

Tuhan memberikan aku sebuah kehidupan yang berbeza dari orang lain. Apatah lagi, amanah yang aku pikul cukup besar nilainya dan kepercayaan orang lain sukar untuk dicari ganti.
Aku sedar, Tuhan itu Maha Menguji kekuatan hamba2Nya untuk menghadapi ujian kepercayaan dlm kehidupan. Aku hanya mampu untuk bersyukur dan redha atas apa yang berlaku.

Hari Jumaat malam sabtu, mungkin perkara yang jarang aku lakukan. Entah kenapa hati aku tergerak untuk menziarahi kawan baik aku. Aku percaya, inilah gerak hati yang Tuhan berikan kepada aku. Aku sekadar menurut. Rupa2nya terselit hikmah yang dapat memberikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi hari2 seterusnya. Suatu perkara yang aku perolehi adalah " Aku tidak boleh terlalu bersimpati pada orang lain sehinggakan hati dan jiwa aku terkorban kerana simpati itu".

Ya, aku harus akur dengan ketentuan Tuhan, namun aku akan cuba untuk menghadapinya dengan kuat dan tabah.

Aku berborak dengannnya sehingga aku pulang ke rumah jam 2.30 pagi. Suatu gerakkan hati dari Tuhan yang mendatangkan semula kekuatan padaku. Syukur Alhamdulillah...

Hari sabtu pagi, aku mula menunjukkan yang aku harus meminggirkan rasa simpati yang keterlaluan dalam diri yang boleh memusnahkan sistem ketahan jiwa dan hati. Memang aku sudah lama terasa seperti tidak terurus dengan kehidupan aku mutakhir ini, namun aku tiada daya untuk kembali memberikan sinar pada diri setelah ianya suram disembur racun berbisa. Dan kini, aku akur dengan perubahan hati dan jiwa malah jauh lebih bersyukur kerana kekuatan sudah kembali menjelma.

Hari sabtu petang, aku pulang ke kota setelah siap menjadikan rumah tempat tinggal aku sekarang seperti pentas keselesaan yang cukup bermakna. Berkat kekuatan yang ada dalam diri, aku pergi ke gotong royong @ merewang (kalau ikut bahasa orang johor) rumah jiran.
Walaupun aku merasa malu, maklumlah jarang sekali bercampur dengan pakcik2 yang susah berusia, namun, aku gagahkan juga. Inilah kekuatan yang sukar dicari. Aku akur dengan kehendak Tuhan, mengambil nyawa ayah di kala aku amat memerlukan. Namun, aku pasti Tuhan itu takkan pernah zalim dengan apa yang telah Dia berikan. Pastinya ada sesuatu hikmah yang tersembunyi di belakang sana. Alfatihah buat ayah.....

Sabtu malam ahad, sekali lagi aku menghadiri majlis potong jambul. Ehm, baru terasa penat merewang. Tapi, OKlah.....

Ahad pagi, aku perlu memastikan kondisi rumah sebelum aku balik ke pasir gudang adalah dalam keadaan yang baik. Justeru, aku mengemas dan membuat apa yang patut untuk memastikan rumah aku di kota seperti rumah orang biasa2....

To be continued.....(dah naik rehat kt opis)....

Sunday, November 23, 2008

hati : Ibarat......

Bila aku fikirkan kembali tentang kehidupan aku, aku sedar aku terlalu mudah simpati terhadap perasaan orang lain sehinggakan aku melupakan perasaan aku sendiri. Aku terlalu memberi kepercayaan kepada hati aku untuk menerima sedangkan mungkin ade sesuatu yang tidak kene dibelakang sana.

Pernah dulu, semasa belajar di UTMKL, ada seorang member yang pernah mengatakan, "Fauzi, U ni terlalu jujur. U tak boleh jujur sangat. Nanti, U mudah kene tipu". Masih terakam lagi kata2 itu dalam diri aku. Dan hari ini, aku terfikir kembali, apa benar aku terlalu jujur dan terlalu bersimpati dengan orang lain sehinggakan aku mudah memberikan sesuatu yang sukar diterima? Apa mungkin aku digunakan sekadar melepaskan batuk ditangga tanpa pernah menghargai apa yang telah aku lakukan?

Aku rasa betul ape yang member aku pernah bagitau tu....Dan aku bertambah yakin, bila sekali lagi aku diingatkan kembali tentang perkara yang hampir sama. "Aku terlalu mudah untuk memberikan simpati sehinggakan aku menjadi cemburu dengan hakikat yang berlaku. Mengapa kita harus mengejar sesuatu sedangkan takdir telah mengatakan yang aku harus menerima ujian ini?"Lebih memburukkan keadaan adalh pabila ia melibatkan hati dan perasaan!

Sekarang ini, aku cuba bertekad untuk membulatkan seluruh jiwa dan raga agar aku tidak mudah untuk memberikan kepercayaan hatta dia adalah seseorang yang amat boleh dipercayai.

Cukuplah, aku sudah serik dengan kehidupan yang bermula dari rasa simpati sedangkan, aku tidak pernah mendapat penghargaan yang cukup. Bukanlah aku meminta untuk diberikan pengharagaan atau dibalasi setiap pengorbanan mahupun pertolongan, tapi cukuplah mengerti bahawa diri ini juga perlu difahami.

Apapun, ini adalah suatu pengajaran yang cukup besar. Mudah2han, aku mampu untuk menghadapi hari esok dengan lebih yakin dan membuangkan rasa simpati yang boleh mengguris hati.

Friday, November 21, 2008

Erti Sebuah Persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
TetapiDalam kita bersendirian,kita beruntung kerana.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)..

Wednesday, November 19, 2008

Hati : Sahabat

Sahabat.....

Aku tidak pasti, bila aku mampu untuk menghargai kalian di dalam blog ini. Bukan aku tidak mahu, namun dalam situasi dan keadaan seperti ini, aku belum punya cerita ceria yang boleh dikongsi. Biarlah aku senada dengan rasa hati pada waktu dan ketika ini.

Aku mungkin tidak pernah menghargai kalian sebagai sahabat terbaik yang pernah aku ada. Namun hakikatnya, aku tidak mampu untuk menunjukkan perasaan persahabatan dikala aku sudah kehilangan keceriaan yang sangat aku dambakan.

Aku terlalu hipokrit di mata semua orang. Walhal, orang tidak pernah tahu tentang kehidupan aku dan masa silamku. Aku tidak pernah membuka bicara kerana aku pasti suara yang mendengar itu lebih bahaya dari suara yang berkata2. Bukan aku membelakangkan persahabatan, tapi cukuplah, dengan peristiwa silam aku sendiri.

Kehidupan harus diteruskan. Persahabatan tidak akan pernah terputus. Namun sahabat, aku rela berundur andai aku bukanlah sahabat yang terbaik. Aku rela menarik diri kerana aku sedar, apapun jua perhubungan yang melibatkan hati, tidak akan pernah selesai dan sentiasa berombak......

Maafkan aku sahabat, kerana aku tak bisa menjadi sahabat terbaik kalian. Maafkan aku kerana kesalahan demi kesalahan yang tidak pernah terungkap malah dipendam.

Maafkan aku sahabat kerana juangmu sangat istimewa. Maafkan aku sahabat, keceriaanmu adalah kekuatanku. Maafkan aku sahabat, aku tidak pernah berterus terang.

Terima kasih sahabat kerana sudi memberi aku ruang dan peluang untuk menjadi sahabat kalian. Percayalah, kalian adalah sumber kekuatanku......

Diari : Sebuah perpisahan

Segala pertemuan adalah bermula dari takdir Tuhan. Tuhan akan menentukan bahawa kita akan berjumpa di suatu masa dan ketika dengan asbab tersendiri yang telah diatur oleh Tuhan. Tuhan Maha Mengetahui setiap pertemuan itu walaupun kita tidak pernah menjangkakan pertemuan itu akan berlaku. Namun, takdir tuhan mengatasi segal-galanya. Keredhaan Tuhan untuk sesuatu peristiwa itu pasti akan berlaku. Cuma, bagaimana kita harus hadapi dan depani ianya dengan sebuah kekuatan dan bukan kekalutan.

Begitulah kehidupan. Kita tidak boleh menyalahkan perpisahan andai ianya berlaku. Tapi, salahkanlah pertemuan yang mengizinkan semua ini berlaku. Namun, jangan sesekali kita menyesali takdir Tuhan, kerana Tuhan itu Maha Adil lagi bijaksana. Dia tidak akan pernah menzalimi setiap hamba2Nya yang beriman dan bertakwa.

Perpisahan itu diakui benar amat perit dan pedih untuk dihadapi. Namun, kita harus akur dengan setiap perpisahan yang berlaku. Kadangkala, perpisahan itu adalah suatu yang terbaik hatta ianya memedihkan dan menyedihkan banyak pihak. Kerdehaan kepada Tuhan merupakan jalan terbaik untuk kita mendepani setiap perpisahan yang berlaku.

Apakah kita cukup kuat untuk menghadapi perpisahan ini? Apakah kita cukup bersedia dengan perpisahan ini? Apakah kita cukup memahami perpisahan ini? Apakah kita mampu untuk menewaskan kekalutan yang berombak didada sendiri?

Sebenarnya, ia bukanlah begitu mudah untuk dihadapi. Bukanlah terlalu senang untuk diselesaikan. Namun, kita harus akur dengan kehendak Tuhan. Tuhan pasti ada jawapannya. bersedialah kita untuk menghadapi saat2 terakhir sebelum sebuah perpisahan.

Mudah2an aku kuat untuk menghadapinya. Maafkan aku......

Diari : Kawan2....

Mungkin ini hukuman!!!!

Satu klise kata yang mempunyai getaran yang mengerikan. Sesungguhnya benar, Tuhan itu akan memberikan kepada kita suatu ujian. Samaada ujian itu adalah dalam bentuk dugaan mahupun balasan ataupun hukuman untuk seseorang.

Mungkin salah untuk aku mengatakan pada diri aku sendiri bahawa apa yang berlaku sekarang ini adalah suatu hukuman yang berasal dari perbuatan aku sendiri yang akhirnya memberi padah dan balasan untuk aku.

Bukan mudah untuk kita menerima setiap ujian yang hadir. Lebih memeritkan lagi ujian itu sungguh menguji kekuatan hati dan jiwa!

Apa mungkin seseorang itu mampu untuk menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang datang dengan keikhlasan hanya kepada Tuhan? Apa mungkin seseorang itu menggunakan setiap apa yang pernah dipelajari sebagai kekuatan tambahan untuk melalui setiap ujian itu dengan tabah?

Aku percaya, setiap orang pasti akan berhadapan dengan situasi yang rumit dan itulah apa yang aku katakan dan sesungguhnya ia adalah benar.
Cuma, yang membezakan hanyalah bagaimana seseorang itu menghadapinya dengan kuat dan tabah.

Aku sebenarnya masih beruntung. Walaupun aku merasakan sebuah hukuman sudah terbeban dibahu, aku masih punya keluarga dan kawan2 yang sudi memberikan aku sedikit kekuatan untuk menghadapi setiap perkara yang berlaku.

Terima kasih keluarga dan kawan2 kerana sudi memberikan aku sedikit sokongan untuk melalui ini semua. Aku sangat2 menghargai kekuatan yang kalian berikan. Malah, aku juga rindu pada sebuah keceriaan dan kegembiraan yang telah lama pudar. Walaupun, aku pernah merasai sedikit keceriaan yang Tuhan kurniakan, namun ia hanyalah pinjaman sementara agar mungkin aku lebih kuat untuk menghadapi langkah2 yang terakhir.

Aku percaya, gerakan hati aku tidak menipu walaupun perit untuk aku telan, ianya tetap berlaku.

Keluargaku, kalian adalah penguat semangat aku untuk terus menghadapi setiap cabaran dan dugaan. Tanpa kalian, aku tidak pasti sejauh mana aku mampu bertahan.

Kawan2, kalian adalah inspirasi aku untuk terus menghargai kemampuan diri sendiri yang selama ini tersembunyi. Tanpa kalian, aku tidak mungkin berdiri kembali setelah jatuh ke bawah.

Tuhan, hargailah mereka dan berikanlah mereka suatu kebaikan yang Kau Redhai.

Wednesday, November 12, 2008

Hati : Haruskah Aku Berterus Terang???

Tuhan, aku merasakan bahawa kekuatan yang Kau berikan kepadaku adalah sesuatu yang aku rasakan getaran kasih sayang yang Kau berikan. Namun, aku masih belum pasti apa yang harus aku lakukan dengan gerakan hati ini. Adakah aku harus menerima semua ini dengan sebuah kekuatan atau aku perlu menafikan setiap kekuatan yang sudah tertakdir untukku ini?

Tuhan, aku tidak mengerti perasaan hati ini. Adakah ianya takdir yang Kau kurniakan atau suatu ujian yang Kau berikan semata untuk menguji kekuatan iman dan takwaku.

Jauh disudut hati ini, aku ingin merasai keceriaan dan kegembiraan seperti orang lain, namun semua itu sukar sekali untuk aku perolehi. Bukan aku mempersoalkan takdir yang telah Kau tentukan untuk aku, namun aku ingin mengerti dan aku ingin memahami sesuatu yang sukar aku faham. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui tiap2 perkara yang Kau kurniakan kepada hamba2Mu.

Tuhan, adakah aku harus bercerita demi memuaskan hati ini? Ataukah aku harus memendam dan menyingkirkan perasaan itu dari hati ini? Aku tidak kuat Tuhan untuk berhadapan dengan realiti ini. Aku tidak kuat Tuhan untuk menghadapi dugaan ini. Sungguh, Kaulah tempat aku bermohon dan tempat untuk aku berterus terang. Berilah aku petunjuk dan hidayah yang seluas2nya agar aku bisa menunaikan setiap gerakan hati yang Kau berikan kepadaku.

Monday, November 10, 2008

Diari : Cuti

Hari ini aku cuti.....

Mungkin bukan mudah untuk aku membuat keputusan yang amat drastik tatkala hati sedang merintih untuk diberi perhatian. Namun, aku terpaksa untuk melakukannya walaupun ia adalah suatu yang pahit dan perit.

Hari khamis, aku membuat satu keputusan yang begitu drastik aku rasakan dalam kehidupanku. Aku tak mampu untuk membuat keputusan sendirian dan aku serahkan sepenuhnya pada kehendak takdir. Andai di sana adalah terbaik buatku, maka aku akan terus menetap. Namun, andai perpindahan adalah yang terbaik buatku, maka aku harus juga pasrah utnuk melakukannya.

Akhirnya, Tuhan memberikan aku kekuatan dan pemberatan agar aku perlu keluar dari kepompong dunia yang aku cipta sendiri. Aku tak menafikan, di sana terdapat peristiwa dan semangat rumah yang aku rasakan masih kuat. Namun, hakikat kehidupan perlulah memilih satu antara dua. Itulah keperitan yang terpaksa aku lalui. Namun, mungkin keperitan ini mungkin terselit hikmah yang kita sendiri tidak tahu. Hanya Allah jualah yang mengetahui segala2nya.

Antara sayu dan perlu, aku harus menerima sebuah hakikat yang Tuhan berikan untuk aku. Aku berserah seluruh jiwa dan raga aku kepada Allah, Tuhan pencipta sekelian 'alam.

Mudah2han, penghidupan baru aku di sini dapat memberikan aku sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan meninggalkan seluruh kekecewaan dan ketirisan yang sering membelenggu diri sejak sekain lama.

Namun, aku sedar, bahawa penghidupan ini turut akan memberikan aku sebuah perujian yang lebih mencabar. walau apapun, aku harus kuat dan tabah dalam melalui liku2 kehidupan ini. Mudah2han Tuhan membantu aaku dan memberikan aku ruang dan peluang untuk kembali kej jalan yang diredhaiNya.....

Wednesday, November 5, 2008

Hati : Perpisahan

Perpisahan adalah suatu yang menyakitkan!

Begitulah realiti kehidupan. Bukan mudah untuk kita menghadapi sebuah perpisahan andai kita tidak pernah menjangkakan ianya akan berlaku.

Bukan salah perpisahan, tapi salah pertemuan yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Apa mungkin akan berlaku perpisahan andai tidak ada sebuah pertemuan? Apa mungkin ada perpisahan andai kita menafikan pertemuan. Apa ada perpisahan andai kita menolak salam yang hadir?

Tekad yang bulat untuk menafikan segala pertemuan kadangkala jua tidak menjadi. Kerana takdir Tuhan itu lebih berkuasa dalam menentukan setiap perkara yang berlaku. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan itu adalah sebaik2 perancang yang menzahirkan sebuah hakikat. Suka atau tidak, mampu atau tidak, kita terpaksa untuk mendepaninya. Cuma, semuanya terpulang kepada kita cara bagaimana untuk kita menerima takdir itu. Ia juga terpulang kepada kita untuk hanya redha dan pasrah atau kita keluar dari kepompong kesedihan yang terhampar itu.

Bagi aku, sebuah perpisahan itu adalah lebih perit dan menyakitkan. Namun, mengisi sebuah perkenalan itu jauh lebih mencabar. Apakah kita yakin dalam mengisi perkenalan itu dapat membuahkan keakraban yang baik serta diredhai Allah? Apakah ianya juga mampu untuk kita depani sebaik mungkin tanpa ada prasangka buruk atau pengkhianatan? Apakah kita mampu menjamin keredhaan Tuhan akan mengiringi kita?

Pastinya, sebuah perkenalan yang akhirnya membawa kepada perpisahan adalah suatu hikmah yang perlu kita sedar. Walaupun ianya perit dan pedih, tapi pasti Tuhan itu tidak akan pernah zalim. Ia memberi kita sesuatu ujian dan cabaran untuk menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menghadapinya dengan tabah dan sabar. Selebihnya adalah terpulang kepada kita untuk menghadapinya.

Memang sukar dan susah untuk menerima setiap apa yang kita kurang suka apatah lagi perkara yang kita benci. Namun, kita tak punya kuasa apa2 melainkan kekuasaan Tuhan jua yang Maha berkuasa. Berdoalah dengan sebaik yang mungkin. InsyaAllah, Tuhan itu amat memahami dan menyayangi kita andai kita memohon pertolongan dariNya.

Bersabarlah dengan dugaan dan cabaran yang datang. Bersangka baiklah pada Tuhan InsyaAllah, kita akan memperolehi keamanan yang terbaik dari Allah.

Allah!!!!!Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap yang berlaku ini......

Saturday, October 18, 2008

Hati : Menyingkap Tabir

Meneruskan hidup merupakan suatu kewajipan! Tanpa kelangsungannya, kita bukanlah dikira sebagai Hamba kepada Tuhan Yang Esa, melainkan dengan keizinannya yang tidak mustahil untuk berlaku.

Seringkali berbicara soal hati, kita selalunya membiarkan hati sendirian untuk membuat keputusan. Tanpa kita sedari, sebenarnya keputusan itu bukanlah sautu keputusan yang terbaik kerana ia tidak disertakan dengan keputusan akal, doa dan kepasrahan pada Tuhan Yang Maha Esa.

Bila kita sudah terbiasa bicara tanpa mengikut keperluan akal dan kepasrahan pada Tuhan, kita dengan mudah dikuasai oleh kebijakan Syaitan untuk menyusup masuk ke dalam hati dan membuat onar dalam jiwa naluri. Sekadar membiarkan ianya terus berlangsung tanpa menyedari walhal setitik rase sekalipun.

Bila kita akan sedar akan hakikat yang sebenar? Bila kita akan tahu bahawa kebodohan telah mencengkam? Bila kota akan tahu kebejatan terus mengikat kita dari tersedar?

Semua itu akan berlangsung tanpa diselami dengan jiwa yang dalam serta bantuan dari Tuhan. Selagi mana kita tidak merasa bersalah tanpa memasukkan keredhaan Tuhan dalam hidup, selagi itulah kita akan menjadi manusia derhaka dan kufur!

Mudah2han segala hijab dan kebejatan akan tersingkap bersama tabir2 dosa yang melata.....

Saturday, October 11, 2008

Hati : Lingkaran Kehidupan

Dalam mencari erti cinta, pasti ada yang terluka. Dalam mencari makna kasih, pasti ada yang merintih.

Kadangkala, kita tidak mengerti kenapa Tuhan menghadirkan untuk kita sesuatu yang sukar untuk diterima. Seringkali juga, kita ditakdirkan untuk menerima seusatu yang bukan kita sukai dengan seribu kepayahan. Banyak kali jua, kita terpaksa menghadapi setiap ujian sendirian.

Apakah itu semua adalah dugaan yang ingin menguji tahap keimanan?
Atau ia sekadar sebuah balasan untuk dijadikan pedoman dan ingatan?

Tuhan, aku redha dengan ketentuan ini dan aku pasrah dengan perjalanan yang semakin mencengkam ini. Andai aku gugur dalam syahid, biarlah keimanan dan ketakwaan dapat mengiringi aku. Andai aku rebah ditengah2 kehidupan, bangkitkanlah aku dengan kebaikan yang berkekalan. Tapi, janganlah Kau rebahkan aku sebelum aku berjuang.

Friday, September 26, 2008

Diari : Hari2 terakhir Ramadhan

Tuhan, Ramadhan bakal meninggalkan aku dengan seribu kepedihan. Aku menyesal Tuhan kerana tidak mampu merebut sebanyak2 amalan di dalam bulan ini. Malah aku juga adalah manusia biasa yang lemah tanpa bantuan dan pertolongan daripadaMu. Aku redha dengan ketetapan ujian yang Kau berikan untuk aku. Namun, aku pohon kepadaMu agar segala amalan baikku diterima dan segala amalan burukku diampunkan.

Tuhan, berikanlah aku sedikit ruang dan peluang, agar baki masa yang tertinggal ini dapat aku gunakan sepenuhnya dalam menghayati makna Ramadhan walau aku terlalu jauh dari memahaminya, namun, cukuplah sekadar aku melakukan sesuatu dengan keikhlasan agar amalanku itu diterima.

Thursday, September 25, 2008

Puisi : Inginku Pinjam Tulisanmu

Impian seribu ilham
Menjadi sejuta kenangan
Walau tinta berterusan
Belum pasti ia dikabulkan

Bukan merintih dan merayu
Sekadar monolog sekeping hati
Mentafsir berkali-kali
Namun faham hanya sendiri

Susah benar untuk mencerna
Payah benar untuk bercerita

Lama benar untuk dikongsi
Hanya sedikit dimengerti

Kini sendiri mencari ilham
Terjeruk rasa sebuah keinginan
Namun tekadku takkan terpendam
Demi mencari pentasan kehidupan

Tintaku tidak berkali
Sekadar pemuat ilham sendiri
Entah bila ianya menjadi
Tenggelam timbul tika dilayari

Bagai kini ilhamku rindu
Mencerna sebuah taman ilmu
Ibarat aku mencari satu
Inginku pinjam tulisanmu.....

Wednesday, September 24, 2008

Diari : Adakah Perubahan Dapat Diperbaiki??

Kadangkala aku selalu memikirkan diri aku inginkan perubahan dari keadaan sekarang kepada satu keadaan yang lebih baik. Bukan saja dari segi sikap, kerja, pergaulan...malah juga kepada perwatakan diri. Namun, akhir2 ini aku sering menjadi keliru dengan setiap yang berlaku. Apakah perubahan yang bakal aku lakukan dapat memberikan satu kelebihan dan kebaikan untuk aku sendiri? Atau ia sekadar melepaskan batuk ditangga???

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada. Namun, itulah manusia. mana pernah puas dengan ape yang diperolehi. Mesti ingin berhijrah dan mengembara ke satu destinasi impian yang lebih baik. Tapi, adakah ianya sudah cukup untuk membuatkan kita memperbaiki kelemahan2 yang ada. Atau kita telah menetapkan bahawa perubahan itu adalah satu kemajuan yang kita capai???

Hari ini, aku rasakan aku cuba melakukan perubahan atas dasar impian dan harapan. Tapi, benarkah apa yang aku rasa? Kerana hati aku semakin berlawanan dengan harapan dan impian aku sendiri!

Tuhan, aku bukan manusia sempurna. Aku sekadar hambaMu yang sangat2 lemah tanpa bantuan dan pertolongan dariMu.

Aku tahu, aku sekadar mengeluh dan meluahkan rasa. Moga Kau membantu aku agar menjadi lebih bersyukur....

Saturday, September 20, 2008

Falsafah : Watak Manusia

" Dalam kesulitan akan terungkap watak seseorang, dalam fitnah akan terungkap kemurniaan pendapat, dalam pemerintahan akan terlihat kemurniaan akhlak, dalam harta akan terlihat belang orang yang mengaku takwa, dalam pangkat akan terlihat keluhuran asal-usul dan dalam kesusahan akan terlihat kejujuran persaudaraan" - Dr. Musthafa al-Siba'i.

Wednesday, September 17, 2008

Puisi : Terima Kasih Sahabat

Sahabat
Pernah dulu aku tak mengerti
Kehadiranmu disisi
Apa harus kurasai
Suka atau benci....

Sahabat
Aku pernah bertekad
Hanya sekali aku muktamad
Tiada ulangan tiada tempat
Sendiri aku akhirnya bertekad

Sahabat
Dunia ini tidaklah mutlak
Walau tekad sudah bernoktah
Tuhan jua yang punya takdir
Segala kemungkinan terhampar
Tiada yang mustahil

Sahabat
Aku cuba mengerti kehadiranmu kini
Hikmah Tuhan pasti tersembunyi
Moga Tuhan redhai hati
Agar kita sering diberkati

Namun sahabat,
Sungguh aku tak suka perkenalan
Yang akhirnya bawa perpisahan
Perit untuk diangankan
Lagi pedih bila berdepan

Justeru sahabat
Takdir aku mungkin berundur
Sebelum disentap
Sebuah sejarah ulangan
Yang pernah menggigit jiwa

Maafkan aku sahabat
Andai persahabatan ini ikhlas
Aku yakin Tuhan akan jagainya
Kerana Tuhan adalah Yang Maha Kuasa
Kerana Tuhan takkan pernah zalim

Sahabat
Berundur aku sekadar hakikat
Jangan dibuang ke lopak sepi
Jika aku tak terlihat lagi

Sahabat
Terima kasih atas segalanya
Sebuah hakikat
Pasti jadi kenangan jiwa

Tuesday, September 16, 2008

Berita : 23 fakir maut rebut wang zakat RM16

Aku merasa sangat sayu dengan berita yang aku baca pagi ini. Hanya kerana untuk mendapatkan wang sedekah sebanyak 40000rupiah atau 16ringgit, mereka yang sepatutnya menjadi penaung kepada keluarga yang lain, hilang nyawa dan terkorban.

Dalam keadaan ini, aku amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan aku sebuah kehidupan yang taklah mewah, tetapi cukuplah untuk membolehkan aku hidup dalam keadaan yang agak tenang. Syukur Alhamdulillah.

Namun, aku sangat sedih dengan kejadian yang menimpa mereka ini, lebih2 lagi yang sebangsa dan seagama dengan aku. Aku pasti, bukan kehendak mereka untuk menjadi seperti itu. Dan aku cukup pasti bahawa Tuhan bukanlah zalim sehingga menjadikan mereka fakir dan miskin sebegitu sekali. Namun, itulah ujian yang Tuhan berikan kepada mereka.

Tuhan telah mentakdirkan mereka hidup dalam keadaan yang serba tak cukup. Tuhan telah mentakdirkan mereka hidup dalam kemiskinan dan kepayahan. Bagi mereka yang sabar dan tabah, Allah sangat2 menyayanginya dan kehidupannya akan berkat. Namun, bagi mereka yang tidak tahan dengan dugaan dan ujian itu, maka berbondong2lah mereka keluar mencari jalan yang singkat walaupun tidak diredhai Tuhan.

Bagi aku, mati seperti ini tidaklah berbaloi apa pun melainkan kematian, namun, ia jauh lebih baik dari mati sebagai seorang penjenayah dan penjahat yang bukan sahaja menyusahkan diri sendiri bahkan juga orang lain akan merasai kesusahan itu.

Tuhan, ampunilah dosa2 mereka dan kurniakanlah mereka kehidupan yang lebih baik. Mudah2han mereka menjadi orang2 yang bersyukur kepadaMu.

Tuhan, janganlah kau uji aku dengan bebanan ujian yang tak tertanggung olehku. Sesungguhnya, Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berkatilah kehidupan aku dan berikanlah kepada aku kekuatan agar aku mampu menjadi seorang yang dapat membantu dan menolong orang yang berada di dalam kesusahan. Janganlah kau jadikan aku sombong dengan harta yang Kau pinjamkan untuk aku ini. Amin....

Saturday, September 13, 2008

Diari : Perjalanan Ini

Cuti kali ini memang agak memenatkan!

Begitulah harga sebuah pengorbanan yang terpaksa kita bayar demi sebuah kesucian kasih sayang keluarga. Tanpa keluarga, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan sebuah keluarga apatah lagi kekerabatan yang terjalin.

Jumaat malam sabtu, aku menghabiskan waktu kerja agak awal. 6 petang aku sudah bergerak keluar dari kilang dan menuju ke pasir gudang. Tanpa menunggu waktu berbuka puasa, aku meneruskan pula perjalanan bersama mak aku ke Tjg Sedili. Berbuka pastinya di dalam perjalanan. Sesampai di Tjg Sedili, aku singgah sebentar di Pantai Kemelah dan malam itu juga aku bergerak ke Rumah Aping sekadar menjengah dan berkemas apa yang patut. Selama satu jam di situ, bertolak semula ke Pasir Gudang dan sampai dalam jam 12.30 tengah malam.

Pagi2, aku datang ke kilang untuk menghabiskan kerja2 aku yang tak pernah abis. Dalam perjalanan, dengan hujan yang renyai2 lebat dan keadaan yang agak 'jamm', aku sampai ke ofis dalam jam 10.00 pagi. Aku menghabiskan masa di ofis sehingga jam 5 petang. Dan kemudiannya aku bergerak semula ke Pasir Gudang untuk berbuka puasa.

Selepas berbuka, aku kemudiannya bergerak ke Ulu Tiram dan bertolak semula dari ulu Tiram menuju ke Batu Pahat pada jam 10malam. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih dan tiba pada jam 12 lebih dan tidur disana untuk melepaskan lelah aku.

Keesokannya, bersahur bersama2 atuk dan menikmati masakan atuk yang dah lama tak rasa. Maklumlah kalau dulu, memang tiap2 hari aku rasa sementelah aku duduk dan tinggal dirumah atuk.

Sebelah pagi, aku, mak, atuk, muksu dan beberapa orang lagi pergi ke kebun semata2 untuk mencari pucuk paku, bekalan untuk dibawa balik. Aku hanya sempat dapat sikit saja, maklumlah bukan perkara biasa....

Dalam jam 10.30 pagi, aku dan mak kemudiannya pergi pula ke Azhar Food Supplies untuk membeli beberapa kerepek dan kuih raya. Sekadar buat tambahan, maklumlah aku juga menempah kuih raya dari atuk, Tat Jambu, Tat Manggis, Almond London dan Sarang Semut. Dan tujuan aku ke kampung juga adalah semata2 untuk mengambil kuih tempahan untuk dijual dikawasan senai dan pasir Gudang.

Kemudiannya, aku menjengah pula atuk busu laut, mak sedara kepada mak. Sempat juga mengambil beberapa sayur kampung untuk dijadikan juadah berbuka nanti.

Selepas zohor, dalam jam 3 lebih, aku dan mak kemudiannya berangkat pulang ke pasir gudang dan sempat pula berbuka bersama2 kakak sekeluarga.

Namun, keletihan akibat perjalanan ini menyebabkan aku hampir2 kemalangan di Kempas. Entah bila aku terlelap, aku pun tak pasti. Sedar2 saja, tayar depan dah naik atas divider. Alhamdulillah, Tuhan tu masih sayangkan aku dan mak. Aku sempat paut stereng semula ke arah jalan dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Tapi, untuk mengelakkan aku terus dalam keadaan terkejut, aku berhenti di tepi dan membasuh muka.

Mungkin inilah pengorbanan yang orang tak akan tahu dari sebuah ketulusan. Mudah2han perjalanan aku sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah. Syukurlah Ya Allah, kau masih memberikan nikmat nyawa dan kehidupan kepada mak dan aku khususnya.Dan mudah2han juga perjalanan ini akan menjadi pedoman kepada aku agar lebih berhati2.....

Diari : Malam G Tepi Laut

Perancangan yang berlaku tak sebegitu. Cuma ada hasrat dan perasaan untuk ke sana. Mungkin belum tiba masanya untuk aku kesana, namun kerana tuntutan perasaan ingin membantu, aku gagahkan juga untuk ke sana walau badan dan mata sangat letih.

Bagi aku, duit boleh dicari, tapi saudara tidak boleh. Justeru, aku memandangnya sebagai satu keperluan untuk membantu dan menolong semana yang mampu.

Cuma, aku pelik melihat ragam manusia yang dijadikan Tuhan yang sepatutnya saling tolong menolong dan membantu antara satu sama lain. Yang sepatutnya hormat menghormati kehendak dan keperluan orang lain. Bukan memusnahkan kerjaya dan kehidupan orang lain!

Aku cukup benci bila mendengar hasad dengki dan busuk hati yang selalu sahaja menjadi mainan mereka2 yang pentingkan pangkat dan kedudukan tanpa memikirkan kehidupan, perasaan dan kehormatan orang lain. Sanggup menjadikan busuk hati dan kedengkian itu untuk menguasai diri. Itukah perjanjian kita dengan Tuhan?

Atas tuntutan inilah aku sanggup untuk ke Pantai Kemelah semata2 untuk singgah sebentar menurut aturcara perubatan yang perlu dituruti. Mudah2han semuanya dipermudahkan Allah serta diredhai dan diberkati olehNya.

Mungkin ada hikmah jua mengapa tuntutan itu harus berlaku. Bukan sekadar untuk memenuhi proses perubatan, malah ianya juga dapat menenangkan jiwa2 yang kosong serta membantu memulihkan perasaan yang sedikit berkecamuk akibat dari keperluan2 lain yang semakin menggigit naluri dan perasaan. Apapun, pasti ada yang tersembunyi yang ingin Allah tunjukkan. Mungkin aku belum dapat melihatnya, tapi, Allah itu Maha Adil dan Berkuasa. Dia tidak akan menjadikan hamba2Nya terumbang ambing tanpa bantuan dan pertolongan dariNya.

Mudah2han Disembuhkan Tuhan serta diperbaiki kelemahan2 yang ada....InsyaAllah....
Sesungguhnya, walau hanya sebentar berada ditepian pantai, terpalit jua sedikit kenangan yang hanya sendiri yang tahu......

Friday, September 12, 2008

Puisi : Ku Sebut Namamu

Bila hati berbicara
Mengukir sebuah kemanisan
Sukar untuk menghentikannya

Bila mata berbicara
Mengenyit rindu bayangan
Sukar untuk melepaskannya

Bila mulut berbicara
Menyebut kalimah cinta
Sukar untuk mematikannya

Namun,
Bila bicara hanya sendiri
Tak mungkin ia dimengerti
Bila mata hanya melihat
Tak mungkin ia difahami
Bila mulut terkunci rapat
Tak mungkin ianya terisi

Biarlah
Hanya kusebut namamu
Walau kepastian telah berlalu
Kerana kau tak mungkin milikku....

Izinkan aku
Terus menyebut namamu dihatiku...........

Diari : Interview

Bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan andai kita tidak kuat dalam mengharungi setiap yang tersurat untuk kita!

Selasa : 9 September 2008.
Aku mengambil cuti kecemasan semata2 untuk menghadiri suatu perkara penting yang mungkin akan mencorakkan langkahan baru dalam hidup. Walaupun ketika ini kerja sedang bertimbun2, tapi aku nekad. Mungkin inilah yang bakal tersurat untuk aku. Cuma, aku tak pasti apakah natijahnya kepada langkahan ini. Adakah ia akan memberikan aku sedikit cahaya atau aku akan terus berdepan dengan kekelaman sinar.....

Cikgu! Suatu waktu dahulu aku pernah meneroka ilmu dari mereka yang bergelar guru. Mereka mendidik aku dengan semampu mereka sehinggalah aku berjaya hari ini, ditahap ini. Bukan aku berbangga dengan kejayaan aku, tapi aku amat menghargai mereka2 yang jua pernah terlibat dalam mendidik diri ini.

Dan tika ini, aku mungkin cuba mengorak langkah untuk menjadi sebahagian dari mereka dan berkhidmat pula untuk anak bangsa aku sendiri.

Inilah cita2 aku sejak dari kecil. Aku membesar dengan tekad mak dan arwah ayah untuk menjadikkan aku seperti yang mereka pernah idam2kan. Aku membesar dengan jujukan cita2 yang dibawa terus dari mak dan arwah ayah. Aku juga pernah berangan2 untuk menjadi seorang pendidik bangsa apabila melihat guru2 yang begitu gigih dalam menyempurnakan tugas mereka.

Kini, aku telah meletakkan sebelah kaki aku untuk menggapai cita2 itu. Menghadiri temuduga adalah suatu yang aku kira berjaya untuk meletakkan aku sebaris dengan calon2 yang lain. Namun, adakah aku akan berjaya untuk mengangkat kedua2 belah kaki untuk terus berkhidmat untuk bangsa dan negara?

Mungkin sautu keputusan yang aku rasakan suatu debaran yang tak berkesudahan selagi ia belum dizahirkan dengan keputusan. Aku akan menunggu dengan penuh kesabaran.

Tuhan, aku berserah kepadaMu untuk menentukan yang mana terbaik bagiMu dan bagiku mengikut kemampuanku. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan yang telah dan akan kau berikan. Aku berserah dengan setiap pemberianMu. Namun, kurniakanlah yang terbaik bagiku. Amin.

Thursday, September 11, 2008

Lirik : Dealova - Once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…

Sya… na na na…

Friday, August 29, 2008

Puisi : Merdeka

Merdeka
Laungan keramat yang didamba
Bukan sahaja yang punya bicara
Malah seinci umat jua

Merdeka
Sebuah perjuangan dari dahulukala
Dipusakai generasi seterusnya
Menjadi warisan berharga
Tidak ternilai dek bicara

Merdeka
Perit jerih tok nenek mendapatkannya
Menjulang keris dan senjata
Juga bijak atur bicara
Membebaskan bangsa agar merdeka

Kini kita menikmatinya
Dengan aman dan sejahtera
Juga rentetan peristiwa sejarahnya
Yang segar dalam lipatannya

Namun,
Benarlah kita bangsa yang alpa
Bicara manis sentiasa menjadi madahnya
Hasad dengki mainan jiwa

Bukankah ini suatu derita?
Juga sebuah petanda?
Yang aman akan berubah jua
Yang damai akan direntap sengsara
Yang tenang akan dirimbakan akhirnya

Anak bangsa yang merdeka
Pulangkanlah sirih ke gagangnya
Janganlah alpa, janganlah leka
Kelak pancang tertumbang jua.....

Tuesday, August 26, 2008

Falsafah : Persahabatan dan Pergaulan

" Tidak ada kesenangan hati yang melebihi kesenangan bersahabat, dan tidak ada kedukaan yang melebihi kedukaan putusnya persahabatan. " - Abu Hakim

Lirik : Aku Bukan Untukmu - Rossa

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohon maafkan aku

Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Monday, August 25, 2008

Motivasi

My dear friends

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA2

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

'mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'

Hati : Sebuah Antologi

Bukan mudah untuk berbicara soal hati kepada insan lain yang kurang mengerti dan memahami. Jujukan perasaan ini seringkali memberikan aku sebuah tamparan yang cukup perit dalam mengharungi kehidupan yang belum menampakkan sirna ini.

Sebuah kasih yang terungkap hanya mengirimkan sebuah kepalsuan. Sebuah rindu yang tercipta hanya membawa luka yang tersembunyi. Hanya hati dan naluri yang bisa berbicara namun hakikatnya dunia seringkali memandang sepi kepada sebuah antologi seperti ini. Apakah salahku hinggakan aku seolah2 belum tercipta untuk hatiku berdiri sendiri? Apakah ini sebuah balasan atau perujian yang entah bila akan berhenti?

Aku di disini akan terus mencari. Walau hakikat ini sebuah kepalsuan. Walau hati terus mendambakan sebuah kebenaran. Walau diri ini sering digagali oleh ujian yang mendatang. Walau hanya seketika cuma, aku ingin meniti keredhaan Tuhan.....

Thursday, August 21, 2008

Artikel Pilihan : Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik
pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas..

Falsafah : Persahabatan dan Pergaulan

" Jika anda ingin supaya anda diperhatikan orang, maka jadilah anda orang yang pandai mendengarkan, dan berilah alasan dan kesempatan kepada orang lain supaya dia bercerita mengenai dirinya sendiri." - Dale Carnegie.

Wednesday, August 20, 2008

Diari : Kematian

Berikanlah penghormatan terakhir untuk setiap jenazah dengan memberikan sedekah bacaan Surah Yassin mahupun Surah Al-Fathihah agar roh arwah tenang dan aman di permulaan langkahnya.

Sesampainya aku dirumah arwah atuk abah, aku melepaskan lelah seketika sebelum meneruskan hajat aku menziarahi jenazah. Aku sempat membacakan surah Yassin dan beberapa bacaan lain dengan harapan dapat membantu roh jenazah yang sedang menuju di alam akhirat sana dan meninggalkan dunia yang penuh dengan warna-warni kehidupan.

Alhamdulillah, sekurang2nya arwah atuk abah sudah dijanjikan ajalnya dengan jemputan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang di ketika usia yang benar2 boleh dijangka. Ketika umur 87 tahun, satu nikmat usia yang diberikan Allah kepada hamba2Nya yang terpilih. Mungkin, dengan usia sebegitu, manusia akan semakin menginsafi dan bertambah keimanannya kepada Allah yang Maha Agung.

Namun, jangan dilupa! Allah jua telah menetapkan takdir bahawa usia bukanlah suatu ketentuan untuk ajal manusia dijemput. Allah juga telah menetapkan bahawa masa dan tempat bukanlah suatu perlindungan untuk kita lari dari ketentuan Tuhan ini. Andai tiba masanya, kita pasti dijemput. Cuma, masa dan keadaan sahaja yang membezakannya.

Aku hanya dapat melelapkan mata sekadar satu jam. Itu pun dalam keadaan yang tak berapa selesa. Tapi cukuplah buat penenang mata yang sangat keletihan.

Sesungguhnya, kematian bukan sekadar satu perkara biasa yang mesti dan pasti berlaku dalam kehidupan setiap insan. Namun, disebalik itu semua, tersirat seribu makna tanda kebesaran Allah Yang Maha Esa. Dia menyuruh kita berfikir dengan pemergian orang yang kita sayang. Dia menyuruh kita mengambil iktibar di atas takdir dan ketentuan yang telah ditentukan ini. Dia juga bukanlah Tuhan yang Maha Zalim, menganiayai hamba2Nya. Sesungguhnya itulah janji Tuhan untuk menguji keimanan dan ketakwaan seseorang hambaNya.

Sesungguhnya benarlah, janji Tuhan itu benar dan tidak akan dusta. Benarlah, apabila kita sudah kaku menjadi mayat, kita tak mampu lagi bergerak hatta seinci sekalipun. Kita akan menyerahkan segala nasib kita ditangan Tuhan. Andai baik, dipujilah ia, andai buruk, dikatalah dia.

Waktu itu, kita sudah tidak mampu untuk melakukan apa2. Kita hanya mengharapkan bantuan dari mereka2 yang mengenali kita semasa hayat dahulu. Waktu itu terdengarlah bacaan2 yang suatu waktu dahulu mungkin kita biasa amalkan atau mungkin juga melupakan. Kemudian kita diangkat ke tempat pemandian. Dimandikan, di sabunkan dan kemudiannya diwudhukkan. Sedihnya kita bila melihat anak atau cucu atau saudara rapat tidak menyentuh sedikit pun badan kita sewaktu dimandikan. Apatah lagi walau sekadar membantu di sisi.

Kemudian kita akan diangkat dari pemandian untuk dikafankan. Dilekatkan dibadan kita kapas2 dan kemudian dibalutkan dengan kain putih yang dibuat khas untuk kita. Dibalut satu persatu, dibedak, dicelak, diwangikan dan kemudian kita terus diikat. Kita hanya mengikut dan kita tak mampu untuk membantah apa jua sekalipun. Itulah kita, sekujur dipembaringan.

Masa untuk kita meninggalkan anak, cucu, suami atau isteri, harta dunia dan semuanya milik kita sudah semakin hampir. Di sinilah, anak cucu dan kenalan2 akan menatap wajah kita buat kali terakhir. Di sini jugalah deraian air mata pasti mengiringi perpisahan yang tidak terjangka ini. Di sinilah perpisahan antara kita dan mereka yang kita sayang. Di sinilah, perpisahan antara kita dan dunia yang telah diberikan nikmat sementara oleh Tuhan. Kita hanya kaku diam membisu. Kita hanya boleh melihat dan kita hanya boleh mendengar. Kita tak mampu hatta menangis sekalipun.

Perpisahan ini menuju ke pengakhiran. Kita akan ditanam dan dikuburkan. Dan kemudian 7 langkah terakhir kita akan berhadapan dengan malaikat Mungkar dan Nakir. Bermulalah penghidupan baru.....Selamat Tinggal Dunia.....

Sesungguhnya, kematian bukanlah sekadar satu kepastian. Tapi, ia merupakan pengajaran terbaik buat mereka yang masih diberikan nikmat nyawa. Perhatikanlah setiap kematian, memandi dan menkafankan mayat, dan lihatlah.....Kita juga akan menjadi sepertinya suatu masa nanti.....

Cuma, berdoalah agar kita diberikan kemuliaan oleh Allah semasa hayat kita, semasa mati kita, semasa di alam kubur kita dan semasa diakhirat sana.

Tuesday, August 19, 2008

Diari : Kematian

Setiap yang berlaku itu pasti ada suatu peringatan yang kadangkala kita lupa atau buat2 lupa dengannya. Itulah putaran kehidupan. Mudah2han ianya menjadi pengajaran bagi aku dan mereka2 yang terlibat.

Berada di kawasan yang sunyi seawal 1 pagi bukanlah suatu dikehendaki. Andai diberi pilihan, aku pasti tidak akan memilihnya. Namun, apakan daya, itulah takdir yang tercatat untuk aku dan mak laluinya.

Aku sebenarnya panic dengan apa yang berlaku. Dalam keadaan malam yang gelap dan kelam, suasana yang sunyi dan sejarah kawasan itu yang pernah menjerat mangsa, aku tiada jalan lain melainkan meminta bantuan dari saudara mara yang tinggal berdekatan. Mak aku apatah lagi. Barang2 berharga yang kami bawa bukanlah banyak. Tapi, musibah yang lain kita tak tahu. Lantas, aku dan mak hanya berjaga2 dan memohon agar Allah selamatkan kami dari segala macam keburukan dan kejahatan dari yang nampak mahupun yang tidak nampak.

Setahu aku, jarak antara tempat itu dan rumah arwah Atuk Abah lebih kurang 20km. Tapi, aku tak ada cara lain melainkan memberitahu mereka. Sekurang2nya, kalau mereka tak datang membantu, mereka tahu yang kami sudah hampir sampai. Cuma, keadaan masih belum mengizinkan apabila kami terperangkap dalam musibah kecil itu.

Namun, aku bersyukur kerana pakcik aku yang aku panggil ucu man, datang untuk membantu. Selain itu, 2 kereta yang lain turut datang untuk memberikan bantuan semana yang boleh. Aku amat bersyukur waktu itu. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa2 mereka.

Aku tiba dirumah arwah atuk abah dalam pukul 2.45pagi setelah hampir sejam kami tersadai. Alhamdulillah, tiba juga aku dan mak dirumah arwah atuk abah sebagai memberi penghormatan yang terakhir buatnya. Mudah2han rohnya ditempatkan dikalangan roh orang2 yang solleh.....Amin.

Monday, August 18, 2008

Diari : Kematian

Innalillahi wainnailahiraji'un......
Setiap yang hidup pasti merasai mati. Setiap yang bernyawa pasti tidak akan kekal lama. Yang akan kekal hanyalah Allah Subhanahu wata'ala.

Hati siapa yang tidak akan tersentuh dengan kehilangan mereka2 yang punya kekerabatan dan keakraban. Walau sedikit manapun rasa kasih dan sayang, rasa kesedihan akan tetap mewarnai hati dan suasana.

Dalam hidup aku, hanya seorang atuk sahaja yang aku jumpa. Mak dan bapa arwah ayah aku tidak pernah aku jumpa lantaran mereka pergi ketika arwah ayah masih kecil. Dalam umur 10 tahun, arwah ayah telah menjadi anak yatim piatu. Dalam umur sekecil itu, arwah ayah sudah kehilangan tempat bergantung hidup. Yang tinggal hanyalah adik beradik yang sudah besar untuk menumpang sedikit kasih dan sayang. Arwah ayah dibesarkan oleh akak2nya yang sudah pun berumah tangga.

Ibu kepada mak aku juga tak sempat aku jumpa. Dia pergi setahun sebelum kelahiranku. Aku hanya sempat berjumpa dan mengenali bapa kepada mak aku. Dialah sahaja yang tinggal. Aku memanggilnya sebagai 'Atuk Abah'. Namun, 15 Ogos merupakan hari perpisahan antara aku dan dia. Mungkin aku tak terlalu terasa dengan pemergiannya kerana aku hanya seorang cucu. Tapi, bagi anak2nya terutamanya mak aku, pastinya dia sungguh terasa dengan pemergian bapa kesayangannya.

Aku faham dan mengerti perasaan mak lantaran aku sendiri pernah merasai betapa sedihnya kehilangan orang yang kita sayang. Aku kehilangan arwah ayah lebih 5 tahun yang lalu. Masa itu, aku tidak pernah bersedia untuk berhadapan dengan kematian dan pemergian orang yang tersayang. Namun, Tuhan itu lebih mengetahui dan Dialah penentu segala-galanya. Kita tak mampu untuk melawan kehendak takdir. Dialah Yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Mudah2han roh arwah ayah tenang dan aman di alam kubur sana.

Atuk abah telah pergi kerahmatullah selepas maghrib, 15 ogos. Beberapa hari sebelum itu, aku sempat berjumpa dengannya dalam majlis perkahwinan sepupu aku yang pernah aku ceritakan dalam blog ni. Waktu itu, aku perasan yang wajahnya sugul dan sayu. Tapi, apa yang aku rasa hanyalah kemungkinan dia dalam kepenatan, maklumlah usia sudah menjangkau 87 tahun. Kuranglah sikit rasa terkilan aku kerana tak sempat berjumpa dengannya ketika waktu2 terakhir dia menghembuskan nafasnya .

Aku dapat panggilan daripada mak yang mengatakan Atuk Abah dah meninggal dunia pada 8.15 malam. Aku tak banyak cerita dan terus bergegas untuk mengambil mak aku di Pasir Gudang. Pada jam 11 malam, aku bertolak ke segamat dalam keadaan yang letih lantaran tak sempat untuk berehat. Tapi, inilah jalan terakhir untuk memberi penghormatan kepada jenazahnya.

Dalam perjalanan, aku menghadapi musibah yang sememangnya ujian dari Tuhan. Ketika menghampiri Segamat Inland Port, tayar kereta kancil sebelah belakang tiba2 meletup. Sememangnya Tuhan masih menyayangi aku dan mak aku. Kebetulan, waktu itu aku hanya memandu sekitar 60km sejam dan aku dapat mengawal kereta kancil yang sedang dipandu. Suatu yang tak aku senangi, aku berhenti betul2 dikawasan yang sunyi. Kiri kanan tidak ada lampu jalan apatah lagi perumahan orang2 kampung. Tempatnya sangat sunyi. Tapi, kebetulan, Allah memberi teman kepada aku dan mak kerana laluan itu yang setahu aku akan sunyi apabila menghampiri 1 pagi tetapi, aku bersyukur kerana waktu itu kereta dan lori tak putus2 melalui kawsan itu. Aku tetap bersyukur walau mereka tidak berhenti membantu, namun mereka tetap mengurangkan rasa gusar dihati.

Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu adakalanya adalah sebuah ujian atau balasan dari Tuhan untuk hamba2Nya. Sejauh mana kita mampu untuk menerimanya, sejauh mana kita mampu mendepaninya dan sejauh mana kita harus bersyukur atas apa yang berlaku.......

Friday, August 15, 2008

Lirik : Ada Untukmu - Nubhan

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci


Chorus:

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya


Solo

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita


Chorus:


Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Thursday, August 14, 2008

Diari : Perkahwinan

Sekali lagi Selamat Pengantin baru....

Minggu ni saja ada 4 pasang pegantin baru yang harus dirai. Tiga daripadanya aku kenal, cuma satu tu, hanya kenal melalui cerita dari orang lain. Ape2 pun, aku sendiri tak pasti mana satu mempelai yang akan aku raikan. Maklumlah bila dah terlalu banyak, tempat pun jauh2 antara satu sama lain, maka terpaksalah aku memilih!

Jemputan pertama: pasangan Mahmud dan Aishah di simpang renggam pada 17hb.
Jemputan kedua : pasangan khairul akli dan isteri di felda air tawar 2 pada 17hb.
Jemputan ketiga : pasangan anak saudara member PCM di Masai Johor pada 16hb.
Jemputan keempat : pasangan amri dan isteri (member PCM) di sungai sibol pada 16hb.

Bagi aku, meraikan adalah satu penghormatan buat mempelai. Mereka akan gembira bilamana kita turut sama hadir dalam majlis mereka. Tapi, hidup tak semudah itu. Pilihan juga harus dilakukan.

Mungkin aku hanya pergi majlis pasangan ketiga dan keempat sahaja walaupun ianya pada hari yang sama. Tapi, pasangan kedua akan aku pertimbangkan......

Ape2pun, aku ucapkan selamat pengantin baru.......

Lirik : Janji Manismu - Aishah

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mugkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranmu Tuhan

Aku bagai sorang kembara jalanan
Terumbang ambing dilautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan hidup tak selalu kesorangan

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu ooooo
Ku dilamun angan-angan
Belaian kasih suci darimu
Oh kejamnya
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta dihati terkubur lagi

Tidak ku fahami mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaranmu tuhan
oooooooo...oooohhh

Falsafah : Kesihatan Jasmani & Rohani

" Ada empat perkara yang boleh melemahkan badan iaitu banyak bersetubuh, banyak berdukacita, banyak minum tanpa makan dan banyak memakan makanan yang masam". -Imam Al-Ghazali.

Artikel Pilihan : Hikmah Mengamalkan Ayat Qursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu
syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya
dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r..a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Bersyukurlah....sesungguhnya Tuhan itu tidak akan menzalimi hamba2nya yang taat dan redha dengan ketentuan dan takdir dirinya.

Hanya kata2 seperti inilah yang mampu untuk kita ungkapkan apabila sesuatu yang dihajati tersasar dan terpelanting jauh dari kamus kehidupan....

Tak mengapalah, dah bukan rezki mak dan arwah ayah. Mungkin Tuhan dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka walaupun hasrat mereka diinjak2. Kerana tekadlah, mak dan arwah ayah menjadikan anak2 nya orang2 yang berjaya seperti hari ini. Mudah2han kejayaan yang kami anak2 nya perolehi diredhai dan dilanjutkan agar kami dapat berbakti.

Aku bukanlah seorang budak yang genius apatah lagi bijak. Aku sekadar insan biasa namun aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku. Terus terang aku katakan, aku agak lambat dalam pelajaran. Kadangkala sesuatu ilmu yang diajarkan kepadaku itu payah untuk aku terima. Sampai berkali2 membaca atau mengulang semula, barulah aku akan dapat memahaminya.

Sesuatu yang menguntungkan diri aku, mak dan arwah ayah sangat2 rajin dan 'telatin' dalam memastikan anak2nya berjaya. Walaupun aku ada banyak kekurangan serta agak lambat dalam pelajaran, lambat pula pandai bercakap, tekad dan kesungguhan mereka memberi implikasi yang sangat baik bagi diriku. Aku bersyukur Ya Allah kerana aku dikurniakan mak dan arwah ayah yang sangat prihatin dengan kekurangan aku ini.

Tiba-tiba aku teringat kisah aku sewaktu aku diajar oleh mak. Waktu itu baru belajar mengeja dan membaca. Seperti kanak2 lain yang mendapat perhatian dari orang tuanya. Dengan penuh kasih sayang mak mengajar aku membaca.

Lantas aku pun mengeja dan menyebutnya satu persatu, " O " " B " " O " " R ". Bersama2 itu juga, ada paparan seseorang yang sedang membawa obor. Senang bukan?? Tapi, siapa yang dapat meneka apa yang aku jawab?? Sekarang ini aku sendiri terfikir mengapa aku mengatakan sedemikian sedangkan perkataannya cuma OBOR?

Selesai aku mengeja, aku mengatakan yang bunyiknya adalah " ORANG BAWAK API!". Haha...lucu pula bila aku teringatkan kembali. Sedangkan ianya taklah sesusah mana, cuma ada dua suku kata. Dengan sabar, mak terus membetulkan walau marah tetap marah. Marah2 sayang.

Memang kesabaran mak dan arwah ayah sungguh tinggi sehingga aku tak pasti apakah aku juga telah dan akan bersikap demikian terhadap mereka? Aku juga tak pasti yang aku akan sabar terhadap anak2 kecil seperti mereka??

SubhanAllah...terima kasih mak dan arwah ayah kerana dengan kesungguhan yang kau berikan dalam mendidik aku, aku berjaya seperti hari ini. Mudah2han kalian mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.....

Hati : Sekadar Luahan

Aku tahu, aku tidak sepatutnya menyintainya. Namun, aku tidak pasti apakah yang harus aku katakan pada hati aku sendiri. Aku seolah tak mampu utk membohongi hati ini. Aku cukup yakin dengannya. Walau aku tak tahu apakah perasaan yang ada padanya terhadap aku. Aku hanya sekadar mengimaginasikan yang dia juga berfikiran seperti aku. Namun, satu perkara yang aku harus fikirkan adalah, benarkah perasaan ini? Atau ianya sekadar khayalan belaka yang hanya mengisi kekosongan dan kesepian hati ini? Aku sendiri masih tidak menemui sebarang jawapan atas semua persoalan aku ini yang menjelma secara tiba-tiba. Mungkinkah ianya permulaan fasa yang baru pada diriku. Atau ia adalah fasa lama yang berulang kembali? Aku sering tertanya juga, mengapa hal ini harus terjadi pada diri aku. Aku sukar utk menentukan dan memberikan kata putus.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi diri kita sendiri. Tidak juga mudah untuk menipu orang lain terhadap diri sendiri. Kadang-kala aku bersikap hipokrit kerana aku tahu, andai aku tidak bersikap hipokrit, aku pasti akan hancur dan tewas dengan percaturan di dunia ini. Percaturan yang sangat memberikan tekanan dan seribu kepayahan yang sering menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Itu semua terserah pada takdir dan ketentuan yang telah tercipta utk kita. Dan segalanya juga bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuh.

Berbalik kepada persoalan hati yang mungkin sukar dihurai apatah lagi sukar dirungkai oleh kata-kata logik akal semata. Kerana ia perlu meneliti soal perasaan dan hakikat kehidupan. Realitinya adalah pertemuan yang menyentap hati utk terus menyayangi. Pertemuan yang melahirkan bibit kasih yang mungkin tak terbalas. Apakah yang bakal terjadi selepas ini? Apakah mungkin sejarah lama terus berulang dan berulang. Bukan mudah utk melenyapkan sejarah lama dari kepahitan hidup. Kerana ia sudah menjadi sebahagian dari diri kita. Sejarahlah yang menjadikan kita hari ini seperti ini. Sejarahlah yang banyak mengajar kita dalam mendepani kehidupan ini. Sejarah juga adalah guru yang paling dekat dalam membentuk keperibadian diri.

Kadang-kala aku terfikir mengapa aku telalu memperbodohkan diri dalam hal ini. Perkara yang tidak memberi faedah kepadaku sendiri, hatta kebahagiaan itu pun sekadar selintas sahaja. Aku tak rasa ia akan bahagia berpanjangan.

Wednesday, August 13, 2008

Hati : Sebuah Antologi

Mungkin suatu yang agak janggal apabila aku berkongsi rasa tentang hati. Lebih2 lagi perkara2 yang aku rasakan sangat sensitif untuk dibicarakan. Namun, kadangkala kita tak punya pilihan lain untuk menjadi pencerita apabila kita sering menjadi pendengar yang setia. Itualh ketentuan Tuhan yang diberikan kepadaku. Aku mampu untuk menjadi pendengar yang setia, tapi aku belum mampu untuk menjadi pencerita yang setia dan menghiburkan.

Apa2 pun, aku merasakan saat inilah aku perlu melakukan sesuatu agar suatu masa nanti boleh menjadi tatapan mereka2 yang punyai jalan yang sama seperti aku.

Mudah2han aku punya kekuatan untuk menjadi pencerita yang setia walau hanya seketika cuma......

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Aku dilahirkan di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang serba sederhana dan aku bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepadaku. Kasih sayang, kesenangan dan bimbingan dari keluarga merupakan hadiah yang paling berharga buatku. Tak ternilai harganya.

Sebelum aku mula bersekolah, beberapa pelajaran telah menjadi rutin bagiku. Mak dan arwah ayah akan mengajar aku mengaji, menulis, membaca dan beberapa perkara asas bagi seorang murid. Mak dan arwah ayah memang garang dan tegas dalam mendidik aku. Kejayaan dalam akademik sangat2 dititik beratkan. Mereka sangat bertekad untuk menjadikan anak2nya cemerlang dan berjaya didalam pelajaran sebagai menyambung cita2 mereka yang tak kesampaian suatu waktu dahulu.

bercerita mengenai kisah mak dan arwah ayah, kadangkala aku sedih untuk mengingatinya. Cita2 mereka besar, namun begitulah lumrah manusia, disebabkan oleh kedangkalan mereka2 yang tak berpandangan jauh serta hasad dengki dan irihati, akhirnya mak dan arwah ayah terpaksa melupakan hasrat mereka yang sangat diidamkan.

Tak perlulah rasanya aku bercerita kenapa dan mengapa. Cukuplah sekadar mengatakan apa yang telah aku perkatakan. Mudah2han mereka2 yang jahat dan tak punya hati itu akan menerima hukuman yang cukup berat dari Tuhan. Jadikanlah ianya sebagai pengajaran agar kita tidak mudah mempercayai apa jua yang berlaku.

Artikel Pilihan : Jangan Mengeluh

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Kalu engko nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji

Diari : Kerja

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku untuk terus mencari rezeki dan menjadi hambaMu yang sentiasa beribadah kepadaMu.

SubhanAllah, sungguh payah untuk aku berbicara mengenai kerja. Pada awal2 dulu, aku merasakan sangat gembira dan bersemangat dengan kerja yang aku lakukan ini. Aku bertekad untuk melakukan yang terbaik.

Tapi, Tuhan itu takkan memberi laluan percuma melainkan memberi ujian yang boleh mengetahui sejauh mana kemampuan iman seseorang dalam melalui kehidupan.Ya, itulah yang aku rasa ketika ini.

Mudah2han Allah memberikan aku sedikit kekuatan untuk menjadi insan yang tabah dan berani untuk merentasi setiap kemungkinan di alam pekerjaan ini.

Tuhan itu Maha Adil dan Dia takkan meletakkan seseorang itu melainkan mengikut kemampuan seseorang....

Falsafah : Agama dan Falsafah

" Adapun tanda agama yang hak itu ialah yang dapat menghidupkan, menyedarkan dan menginsafkan diri dalam hatimu perasaan tahu akan harga diri". - Hukamak.

Tuesday, August 12, 2008

Diari : Perkahwinan

"Selamat Pengantin Baru, semoga kekal abadi, bahgia ke anak cucu, semoga murah rezeki..."

Sepanjang hujung minggu, 2 minggu berturut2, aku berkampung di rumah makcik aku di Lok Heng. Maklumlah, sepupu kawen, rapat pula hubungan kekeluargaan aku dengan dia. Suka aku bila menumpang seketika kegembiraan tersebut. Mudah2han perkahwinannya kekal bahgia hingga ke akhir hayat.....

2 ogos, aku menjadi pengiring pada majlis pernikahannya Sehinggalah selesai majlis kahwin di rumah perempuan pada 3 ogos. Aku bukan pengapit, cuma menjadi sebahagian dari rombongan perkahwinan tersebut....

Sekali lagi, pada 9 dan 10 ogos, aku datang utk menyibukkan diri....Ada juga yang aku bantu, tapi sekadar mana yang aku rajin je. Berseri2 muka pengantin.

Satu perkara yang ingin aku kongsi bersama. Mungkin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Majlis2 seperti ini bukan sahaja meraikan pengantin, tapi juga mengumpulkan saudara mara yang pada hakikatnya semakin terpisah jauh antara satu sama lain.

Syukurlah Ya Allah, kau memberikan sesuatu untuk merapatkan sesuatu. Ramai dari kalangan ahli keluarga aku sebelah mak berkumpul di sini. Tuhan mempertemukan semula hati2 yang tidak sehaluan dan merapatkan kembali hati2 yang kering. Allah lebih mengetahui atas segala-galanya. Mudah2han kami akan bertemu lagi di lain masa......

Diari : Kematian

Innalillahi wainnailaihiraji'un.....

Setiap yang hidup pasti akan mati jua akhirnya. Itulah janji Tuhan kepada setiap makhluk yang diciptakannya. Manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Erm, sudah hampir seminggu aku tidak menulis sesuatu kepada blog ini. Walaupun ianya ku anggap sesuatu yang baru, namun ini merupakan sesuatu yang besar telah aku lakukan.

Sepanjang minggu lepas sahaja, ada 3 kematian yang aku dengar dan ketiga2 nya tak sempat aku jumpa. Aku takdalah rapat sangat dengan mereka, tetapi disebabkan hubungan kekeluargaan, aku mengiringi pemergian mereka dengan sedekah Al-fatihah.....

6 ogos, kematian atuk angkat aku di Lok Heng akibat sakit2 demam.....
7 ogos, kematian mak sdara (isteri kepada pakcik aku) yang tinggal di Aping Timur akibat operation dan beberapa implikasinya....
7 ogos, kematian ibu mertua kepada pakcik sepupu aku yang tinggal di Rengit Batu Pahat.

Semuanya tak sempat aku jumpa. mudah2han mereka diringankan azab kubur dan diberi perlindungan dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....Amin.

Wednesday, August 6, 2008

Artikel Pilihan : Amalan Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari).

Falsafah

" Suatu kesilapan manusia yang tidak dapat dimaafkan oleh budi pekerti ialah bahawa mereka lebih mengutamakan bentuk dan rupa sesuatu, daripada nilai akhlaknya." - Sidi Gazalba

Puisi : Sahabat

Aku ingin sekali berkongsi sesuatu tentang sahabat....
Sekadar menjadi alunan bahasa di dalam puisi ini, karya rahman shaari...

Salam kasih untuk sahabat
Yang bersusah kerana kesusahanku
Memberiku pinjaman
Apa yang sukar aku bayarkan
Memberiku kefahaman
Apa yang dulu aku kelirukan

Salam kasih untuk sahabat
Yang mengajarku jangan jemu
Ilmu tidak tawar oleh ulangan
Jiwa tidak luntur oleh sumpahan
Salam hormat setingginya, sahabat
Aku kagum pada hujahmu

Aku pernah tiba pada tempat
Dimana pujian semakin murah
Cacian juga semakin cepat
Aku pernag tiba pada padang
Di mana kebenaran semakin jarang

Kini di sini aku berdiri
Dengan kaki peribadi sendiri
Pertemuan singkat denganmu sahabat
Menghadiahkan aku makna hakikat....

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Assalamualaikum.....

Buat pertama kalinya, aku mula berjinak-jinak dengan blog seperti ini. Selama ini, aku hanya selalu membaca blog dan juga penulisan orang lain. Tapi, kali ini, aku ingin menjadi seperti mereka dengan memiliki blog sendiri. Aku akan cuba untuk memanfaatkan pertemuan dan perkongsian diruang siber ini dengan sebaiknya. Mudah2han semangat aku kuat untuk meneruskan permulaan ini.

Tak kenal maka tak cinta!

Huh, peribahasa melayu sangat mudah difahami. Baiklah, izinkan aku memperkenalkan diri sepintas lalu. Moga2 semuanya dapat menerima dan berkongsi dengan keluhuran hati yang suci.

Nama aku Mohd Fauzi Bin Abd Rahman. Umur aku sudah menjangkau 26 tahun. Lahir pada 12 Julai 1982. Merupakan anak ke tiga dari tiga adik-beradik. Abang aku yang sulung sepuluh tahun lebih tua dari aku, 36 tahun umurnya kini. Sekarang dia menetap di Nilai, Negeri Sembilan dan bekerja di Shah Alam. Kakak aku yang kedua sudah berumur 32 tahun. Beza 6 tahun umurnya. Dia kini bekerja di Pasir Gudang, Johor dan mungkin akan bepindah ke Kuala Lumpur.

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. Ayah dan Mak aku merupakan peneroka Felda sejak tahun 1975(kalau tak silap aku). Sekarang hanya tinggal mak aku saja. Arwah ayah sudah pergi meninggalkan aku sekeluarga 6 tahun yang lalu. Tanggal 11 Disember 2002 bersamaan 6 Syawal merupakan satu tarikh yang hiba bagi aku sekeluarga. Namun, itulah ketentuan Tuhan yang terpaksa kita redha. Mudah2han roh ayah aman dan tenang di alam kubur sana. Alfatihah.....