Friday, October 19, 2012

SMKSA2 : Kasih & Sayang......

Mungkin diri ini selalu mengharapkan sesuatu yang sukar dan payah. Tetapi, hati tidak mampu untuk menolak sesuatu yang hadir yang mengharapkan perhatian dan kasih sayang.

Sering saja diri ini mudah mengasihi dan menyayangi. Apakah kerana sifat semulajadi atau sekadar kelemahan yang ada dalam diri? Hanya Allah yang tahu.

Takdir diri ini menjadi seorang guru bukanlah takdir yang dicipta sendiri, tetapi takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Kadangkala, diri ini memberikan perhatian dengan sepenuh hati, ikhlas dan bersungguh dengan harapan mereka mampu dididik dan diperelok akhlak serta keperibadian. Mampu berdisiplin serta menggembirakan hati orang2 yang menyayangi mereka.

Tetapi, sering saja diri ini merasa duka dan kecewa apabila kasih, sayang dan perhatian tidak dihargai malah dipermainkan dan dipersenda.

Adakalanya juga, perhatian itu agak lebih berbanding yang lain, tetapi yang dilebihkan itu sering menjauh dan melukakan perhatian yang diberi membuatkan diri ini rasa kehilangan semangat dan juga keyakinan.

Mungkin diri mereka tidak tahu, tidak faham dan tidak mengerti........semoga diri ini tidak mudah memberikan rasa kasih dan sayang yang sukar untuk dimengertikan.........

Ya Allah, berikanlah mereka petunjuk dan hidayahMu agar mereka berada dijalan RedhaMu serta perelokkanlah akhlak dan keperibadian mereka....insyaAllah.....:)



Sunday, October 14, 2012

SMKSA2 : Waktu dan Peluang

Apabila diri ini inginkan sesuatu, pasti akan dilakukan dengan sesungguh hati. Agar impian dan harapan tertunai dan tercapai....

Disini, adalah permulaan membina kerjaya perguruan. Impian diri ini adalah bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik sahsiah dan keperibadian mereka. Semuanya bukanlah boleh dicapai hanya melalui pengajaran dalam kelas saja bahkan diluar kelas juga.

Jadi, menyusunlah waktu agar semuanya terbina dan mencapai hajat yang diimpikan walaupun kadangkala terasa perit dan letih.

Alangkah bahagia dan beruntungnya jika segala yang dikorbankan itu dapat memberikan kejayaan dan kegembiraan, tetapi amat kecewalah rasanya jika pengorbanan itu tidak dihargai dan dipandang remeh.

Apapun, diri ini memohon sepenuh pertolongan dari Allah, agar diri ini diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan impian dan harapan ini.

Selagi diri ini masih punya kudrat dan semangat, ku pohon kepada Allah agar impian itu dapat berterusan. Moga2 ianya tidak berhenti dpertengahan tanpa ada pengakhiran.

Sebelum kaki ini melangkah jauh daripada SMKSA2, biarlah diri ini mampu membina kekukuhan daripada kumpulan yang telah ditubuhkan.

Nasyid, Kompang dan SMKSA2 sendiri, diri ini membina dengan kekuatan semangat, sanggup menyusur jerih demi memartabatkan keindahan, janganlah layukan semangat ini dipertengahan, selagi punya waktu dan peluang.......

Thursday, October 11, 2012

LAGU : Shahir - Pendam (lirik)



SMKSA2 : Latihan Kompang Formasi.....

Hari kantin 2012 SMKSA 2 diadakan pada hari sabtu 29 September 2012. Kononnya budak2 kompang akan buat 2 perkara; pertama kompang perarakan VIP dan ; kedua kompang berformasi. Maka diri ini bersemangatlah untuk melatih mereka lebih2 lagi ada muka2 baharu dalam permainan kompang ini.
 
Walaupun kompang perarakan hancus luluh bunyiknya dan kompang formasi juga tak jadi kerana ketidakhadiran 2 pelajar lagi pada hari tersebut, tetapi kenangan2 yang tercipta tak mungkin boleh diulang lagi.
 
 
 
Aus, Hazim, Husaidi, Qayyum, Nabil, Hakimie, Raziq, Aiman dan Azizi


Semasa latihan......

 
Aktiviti Selingan.........

 
Wajah2 keriangan...:)

 
erm......;)

 
Mengisi masa2 rehat......

 
Menghilangkan tekanan.....

 
erm......


Selit2 dengan latihan nasyid....:))
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelajar yang mencuba dan berusaha memberikan komitmen sebaik yang mungkin. Saya dan pihak sekolah amat2 menghargainya. Walaupun tak jadik, tapi insyaAllah, mungkin ini baru suatu permulaan....:))
 


Sunday, October 7, 2012

SMKSA2 : Perkampungan Ilmu PMR

Hari ini hari terakhir program perkampungan ilmu khas buat pelajar2 PMR. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Diri ini hanya terlibat untuk 2 perkara; pertama mengendalikan solat zuhur hari sabtu dan kedua; menjadi salah seorang fasilitator KHB bagi kumpulan 5, 6 dan 7 iaitu kelas 3C, 3D dan 3E.
 
Begitulah pengorbanan guru2 untuk memberikan anak2 didiknya yang terbaik dan memastikan mereka mampu berjaya sehinggalah saat2 terakhir ini.
 
Terima kasih buat smua yang terlibat dan tahniah kepada anak2 pelajar yang sanggup dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru2.
 
Tapi, ada juga yang membuatkan hati ini rasa kecewa seketika. Apa yang diberikan oleh guru2 dan pihak sekolah, tidak dihargai oleh segelintir pelajar.
 
Mereka sanggup lari balik ke rumah ataupun ponteng ke CC semata2 tak mahu mengikuti program ini. Seolah2 mereka tak mahu berjaya.
 
Lebih mengecewakan adalah mereka yang ponteng itu adalah anak2 pelajar yang amat disayangi. Begitu mudahnya mereka mengikut kata2 nafsu dan ajakan kawan yang boleh memusnahkan mereka. Begitu mudahnya mereka meremehkan kejayaan masa depan mereka sendiri. 
 
Entahlah, semoga mereka diberikan petunjuk dan hidayah Allah sentiasa.
 
 
Semoga smua anak2 pelajar smk seri alam 2 yang akan menduduki pmr tahun ini dapat membuat yang terbaik serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang...InsyaAllah.....

Saturday, October 6, 2012

SMKSA2 : Latihan nasyid graduasi 2012

Alhamdulillah, hari ini dapat juga buat latihan nasyid untuk persembahan hari graduasi nanti. Walaupun belum sempurna, tetapi sekurang2nya dapat mencari sedikit kebersamaan dlm lagu.

Bukan semudah yang disangka rupanya. Bila kita tengok persembahan ahli kumpulan nasyid yang banyak dipaparkan di youtube, seolah2 macam mudah. Sekadar bersuara sedap dgn kekuatan vokal, hensem dan gerrak sikit2 dah cukup.

Tapi, bila dah alami sendiri mmg mencabar sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah roh islami yang perlu ada dalam setiap diri ahli kumpulan. Andai ini tiada, maka kekuatan nasyid yang dibina hanyalah bersandarkan suara dan rupa semata2.

Apapun, perjalanan ini baru bermula dan masih jauh untuk sampai ke destinasinya.

Sesungguhnya, apa yang diri ini lakukan adalah semata2 untuk membangunkn potensi yang mungkin tersembunyi dalam diri2 mereka. Dan sesungguhnya diri ini lakukan hanya untuk sama2 menaikkan imej sekolah.

Apa yang diharapkan bukanlah bantuan untuk sama2 turun, tetapi cukuplah sekadar memahami dan memberikan sokongan moral untuk kita sama2 menjadikan mereka adalah yang terbaik.

Selagi nyawa ini masih dibadan, selagi hati ini masih punya semangat berkibaran, selagi jiwa ini masih disulami rasa keceriaan, selagi itulah nasyid akan dibangunkan..........InsyaAllah.....

Semoga Allah sentiasa memberikan diri ini kesempatan untuk menjadikan mereka adalah yang terbaik bersama roh islami yang diberkati.....:))

Friday, September 21, 2012

Motivasi : Seorang Pemimpin.....

Apabila kita dberikan jawatan, janganlah kita menggunakan jawatan tersebut dgn sewenang2nya. Ianya adalah tugas yang diamanahkan....
 
Pemimpin pelajar seharusnya memberikan contoh terbaik kepada pelajar lain. Untuk menjadi seorang pemimpin, ia bukan sahaja perlu ada daya kepimpinan tetapi juga perlu seiring dengan sikap, emosi dan selitkanlah dengan nilai murni.
 
Sedar atau tidak, hakikatnya bila dilantik sahaja menjadi pemimpin, pasti kita akan jadi perhatian orang lain. Orang akan menilai sejauh mana kemampuan dan kewibawaan kita. Kemana pun kita melangkah, penilaian itu adalah secara beterusan...
 
Apabila kita buat benda yang tak elok, maka cerita tu mudah aja terrsebar. Biasalah, mulut orang kan. Kalau mulut tempayan boleh juga ditutup2.
 
Jadi, sebagai seorang pemimpin, jagalah smuannya yang perlu dijaga. Janganlah timbulkan apa2 pun cerita yang boleh jadi fitnah akhirnya....
 
Semoga apabila kita diberikan jawatan sebagai pemimpin, jadilah pemimpin yang benar2 lengkap dan boleh dicontohi oleh orang lain...InsyaAllah....

Wednesday, September 19, 2012

Diari : Kenangan

 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

Diari : Bersiar......

Kadangkala kegembiraan itu memberi kita nafas kebahagiaan
 
 
bersamanya akan hadir keindahan

 
yang mungkin berpanjangan
 
 
atau akhirnya pergi
 

 meninggalkan secebis kenangan.........

Monday, August 27, 2012

Hati : Kerinduan......

Kerinduan sering menjadikan kita hidup tak keruan. Seolah2 ingin saja kita peluk dan genggam erat2 kerinduan itu tanpa melepaskannya.

Tapi, hakikat hidup sebenar jarang sekali mengizinkan kerinduan itu dapat menjadi realiti. Hanya kerana kerinduan itu mampu hidup di alam fantasi.

Kadangkala sangat penat kita merindu. Ibarat si pungguk rindukan bulan. Bulan yang tak pernah melihat dan memandang ke arah pungguk yang sendirian menanti dan terus menanti. Berbunyi macammana pun si pungguk, bulan takkan mendengar....

Begitulah kehidupan kita. Selagi kita belum berjumpa dengan cinta sejati, selagi itulah kerinduan itu takkan terubat. Mungkin ia mampu diredakan seketika, tetapi ianya takkan hilang seluruhnya.
 
Namun percayalah, Rindu itu Tuhan yang beri, Walau sekadar di alam fantasi, Kerana Tuhan Maha Mengerti, Yang terbaik hiburan hati......
 
Bersangka baiklah dengan Allah.....