Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Motivasi : Seorang Pemimpin.....

Apabila kita dberikan jawatan, janganlah kita menggunakan jawatan tersebut dgn sewenang2nya. Ianya adalah tugas yang diamanahkan....
 
Pemimpin pelajar seharusnya memberikan contoh terbaik kepada pelajar lain. Untuk menjadi seorang pemimpin, ia bukan sahaja perlu ada daya kepimpinan tetapi juga perlu seiring dengan sikap, emosi dan selitkanlah dengan nilai murni.
 
Sedar atau tidak, hakikatnya bila dilantik sahaja menjadi pemimpin, pasti kita akan jadi perhatian orang lain. Orang akan menilai sejauh mana kemampuan dan kewibawaan kita. Kemana pun kita melangkah, penilaian itu adalah secara beterusan...
 
Apabila kita buat benda yang tak elok, maka cerita tu mudah aja terrsebar. Biasalah, mulut orang kan. Kalau mulut tempayan boleh juga ditutup2.
 
Jadi, sebagai seorang pemimpin, jagalah smuannya yang perlu dijaga. Janganlah timbulkan apa2 pun cerita yang boleh jadi fitnah akhirnya....
 
Semoga apabila kita diberikan jawatan sebagai pemimpin, jadilah pemimpin yang benar2 lengkap dan boleh dicontohi oleh orang lain...InsyaAllah....

Monday, August 27, 2012

Motivasi : Luahkanlah.....

Berdiam dan menyimpan di sudut hati setiap perkara yang berlaku mungkin bukanlah jalan terbaik, tetapi ia mampu mengurangkan kelemahan dan perselisihan yang boleh berlaku.
 
Tetapi, apabila ianya disimpan dalam tempoh yang terlalu lama, ia boleh menjadi lebih merbahaya dan menjadikan sifat dan sikap peribadi berubah.
 
Ada antara kita yang berkongsi setiap perkara yang berlaku dengan orang2 disekeliling, tetapi ramai juga yang hanya menyimpan dan memendam rasa sendirian.
 
Apabila kita mampu bercerita dengan orang lain, sekurang2nya kita mengurangkan tekanan yang ada dalam diri kita sedikit. Pasti lega apabila selesai bercerita. Mungkin mampu mengukirkan senyuman barang seketika.
 
Tapi, andai ianya disimpan dan dipendam menjeruk rasa, lama kelamaan, ianya akan menjadi rosak dan meletakkan semakin banyak sifat negatif dalam diri.
 
Belajarlah untuk bercerita, atau belajarlah untuk meluahkan apa yang ada. Jangan dipendam dan jangan menjeruk rasa.
 
Andai tak mampu bercerita pada orang lain, cukuplah dengan meluahkan....mungkin dengan melukis, menulis atau bersukan. Yang paling baik ialah meluahkan segalanya pada Allah, kerana Dia Maha Mendengar......

Sunday, January 18, 2009

Motivasi : Memasak dpt kurangkan tekanan

Erm, mase aku pegi makan tadi, sementara tunggu makanan yang diorder sampai, aku terbaca satu artikel pendek yang mengatakan memasak boleh meredakan tekanan yang dihadapi.

Artikel ni mengatakan jika seseorang itu memasak, ia akan memberikan satu fokus kpd proses memasak itu dan menyebabkan proses itu dpt meredakan tekanan yang sedang dihadapi oleh seseorang. Konsepnya sama seperti seseorang yang sedang mempunyai tekanan tapi melakukan kerja2 kebun.

Secara realitinya atau logiknya, aku rasekan konsep ini betul dan boleh diikut oleh sesape pun. Namun, ia bukanlah satu kemestian, tapi sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress yang ada.

Cubalah......:))

" Aku rasekan ia mempunyai kebenaran. Melalui pengalaman aku bekerja di Panasonic suatu mase dulu, aku mmg memasak kat rumah walaupun aku sekadar menggoreng telur ayam, atau ikan goreng dan sewaktu dengannya. Aku merasakan yang hidup aku serba lengkap, Alhamdulillah. Walaupun aku duduk sorang2, tapi aku tetap ceria dan mampu menghadapi tekanan yang berlaku dengan tenang. Bohongla kalau aku katekan yang aku tidak ada tekanan langsung, tapi, aku bersyukur kerana aku masih dapat menghandlenya dengan baik.

Tapi, setelah beberapa lame lepas tu, aku dah jarang masak lantaran slalu balik keje lewat. Satu demi satu tekanan aku hadapi. Sehingga tekanan itu membuatkan aku hilang fokus pada kehidupan sendiri.

Jadik, artikel pendek ini ada benarnya. Cuma, sejauh mana kebenaran itu memberikan kesan besar atau kecil, aku tak pasti. Apa yang boleh aku katekan adalah, memasak merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi dan memberi keberkatan dalam rumah yang kita tinggal."

Tuesday, January 13, 2009

Motivasi : Hensem???

Hari ini aku belom ader lagi isu yang menarik. Cuma aku rasa cam nak tulis sesuatu tentang perkara yang berlaku pagi tadi.(actually, bukanla pagi maner, dh tengahhari gak...hehehe)


Kelas mula jam 9 pagi. Kelas teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Terlambat sikit masuk kelas sebab tunggu bas nak ke Tmn Bernam lambat sampai. Sib baik bukan aku sorang jer....ramai lagi member kelas yang terlewat....Cik Fadhlina, jangan marah yer....hehehe


Sebenarnye bukan tu aku nak citer. Ader lagi lepas tu....


Habis jer kelas, aku ngan azlan dan ustaz din ke balai polis tjg malim. Nak mintak pengesahan dari Sarjan Mejar untuk jadik saksi bagi perubatan atau pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sarjan Mejar pun tak byk songeh, trus jer sign form kitaorg.

Azlan dan Ustaz Din berasal dari Sarawak. Cuma aku jer dari Johor. Ada satu ayat yang sarjan mejar tu cakap, eh, hensem2 jugak org sarawak ni ye. Kemudian dia tengok aku dan rase serba salah samada dia nak ckp utk aku jugak ke tidak. hahaha.

Aku tak kisah sebenarnya. Aku tahu kekurangan diri sendiri dan dah lama aku terima atas kekurangan ini. Aku suka muhasabah diri sendiri dan bermeditasi. Ini adalah yang terbaik yang Tuhan beri untuk aku. Aku redha dan ikhlas terima.

Semua yang Tuhan beri ada hikmah disebalik segala2nya. Mungkin kalau aku hensem, aku bukanlah Fauzi yang orang kenali spt hari ini. Mungkin kalau aku hensem, bukanlah bidang ini yang aku pilih. Mungkin kalau aku hensem, sesuatu yang lain mungkin berlaku. Siapa tahu, kan?

Biarlah aku seperti ini. Inipun dah cukup hensem bagi aku, sempurna tubuh badan dan pancaindera serta hati budi walaupun fizikal aku kurang dari orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jadiklah diri sendiri dan jangan impikan untk mjadi orang lain. Apa yang ada pada kita adlh yng terbaik. Cuma, perbaikilah kelemahan agar semua org dpt menerima dan menyayangi kita seadanya.

Monday, December 22, 2008

Motivasi : Mula Kembali

Haha...tajuk pun dah macam sedey.....

Takpelah, aku rasa aku akan mulakan langkah baru aku. Lepas ni, aku cuba untuk buang semua perkara2 remeh yang bukan aje menyempitkan pergerakan aku, tapi jugak memusnahkan deria keceriaan aku.

Aku bertekad untuk melupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini, tapi, aku takkan pernah lupa kekuatan yang telah diberikan oleh mereka2 yang prihatin kepada aku. Jasa kalian takkan aku lupa sampai bila2. Hanya Tuhan dapat membalasnya...InsyaAllah...

Wednesday, December 17, 2008

Kemanisan.....

Indahnya gula, sifatnya manis membuatkan semut tertarik padanya. Begitulah hidup manusia. Kemanisan yang ada pasti membuatkan orang lain akan dapat merasai kemanisan tersebut. Sebenarnya, bila kita ceria dan gembira, kita telah menyumbangkan suatu bakti kepada orang lain agar dia turut gembira bersama.
Namun, perlu diingat bahawa, kemanisan kita tidak akan berharga apabila kita terlalu bersimpati dengan kemanisan tersebut sehingga kita hanya membiarkan manis itu hanya di mamah bila perlu. Habis manis, ia kosong tanpa erti. Berhati2lah dalam hidup dan ikhlaskanlah perasaan demi Allah, Tuhan semesta 'Alam.

Monday, August 25, 2008

Motivasi

My dear friends

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA2

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

'mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'