Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, September 5, 2009

Agama : Ramadhan.....

Alhamdulillah, hari ni dah masuk separuh bulan di bulan Ramadhan. Tinggal 2 hari saja lagi kita nak sambut Hari Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan).

Setakat ini, sejauh mana amalan yang telah kita lakukan disepanjang bulan ramadhan ini? Apakah kita hanya berpuasa sedangkan amalan2 lain tidak kita kejar sesungguhnya?

Kita manusia biasa yang ada sifat malas dan bertangguh. Walaupun Tuhan telah janjikan bahawa amalan disepanjang Ramadhan ini sangat disukai oleh-NYA serta mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Namun, apakah amalan yang kita lakukan disepanjang Ramadhan ini mampu bertahan sehingga bulan2 biasa nanti? Adakah segala2nya akan terhenti sehinggalah tiba Ramadhan yang akan datang?

Sekali lagi, inilah budaya yang diterapkan oleh masyarakat kita. Hanya mengejar manfaat dan kelebihan yang dijanjikan pada waktu2 tertentu sedangkan kita sedar atau tidak, adakah kita ikhlas untuk melakukan semua amalan itu HANYA KERANA ALLAH atau kita mengejar ganjarannya sahaja????

Duduk dan renungkanlah. Kejarlah amalan yang dijanjikan oleh Tuhan disepanjang Ramadhan ini, namun janganlah kita lupa untuk beristiqamah dalam bulan2 seterusnya....InsyaAllah....

Thursday, July 23, 2009

Agama : Dengan siapa kamu duduk

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Monday, March 9, 2009

Agama : 12 Rabiu'l Awal, Hari Nabi Muhammad S.A.W. Diputerakan

Hari ni dah masuk 12 Rabiul Awal tahun 1430 hijriah. Tarikh ni banyak diambil oleh ahli agama sebagai tarikh kelahiran Nabi Muhammad, Rasulullah junjungan umat Islam. Aku tidak arif dalam hal ini, sekadar mengikut kajian dan permuafakatan ulama2 yang menentukan tarikh sebenar kelahiran Baginda S.A.W. Namun, perlu diingat juga bahawa dipercayai bahawa tarikh kelahiran Baginda S.A.W. juga hampir dengan tarikh kematian Baginda S.A.W. Justeru, yang mana harus kita sambut, samada hari kelahiran atau mengingati hari kematian Baginda?

Apapun, walaupun terdapat perbezaan pandangan di antara ulama2 besar, septutnya kita melihat bahawa Rasulullah S.A.W. adalah Rasul akhir zaman dan membawa Islam, dari kegelapan ke cahaya yang terang benderang.Bagindalah Nabi dan Rasul Akhir Zaman. Tidak ada nabi dan rasul lagi selepas Baginda.

Namun, apakah sebenarnya reaksi kita terhadap Kekasih Allah ini yang merupakan pemimpin Terulung umat Islam? Bagaimanakah cara kita mengasihi Baginda? Apakah yang kita lakukan untuk Baginda? Bagaimanakah caranya harus kita lakukan untuk terus mengingati Baginda?

Bukan mudah sebenarnya untuk istiqamah dalam mengingati dan mencintai Baginda. Aku bercakap ni adalah nasihat kepada diri sendiri dan juga sahabat2 lain yang merasakan diri kita terlalu kerdil dalam mengingati dan mencintai Kekasih Allah ini.

Kita terlalu leka dengan nikmat dunia sehinggakan kita jarang sekali untuk berselawat kepada Baginda, mensedekahkan Al-Fatihah buat baginda dan menangis kerana cintakan Kekasih Allah yang Allah cintai ini.

Marilah kita bersama2 untuk duduk dan bertafakur seketika untuk berselawat ke atas Baginda S.A.W. agar kita menjadi Umat Nabi Muhammad yang dicintai oleh Baginda dan mendapat Syafa'at dari Baginda di akhirat kelak.

Berselawatlah sebanyak yang mungkin. Laksanakanlah Suruhan dan perintah Allah dengan mengikut ajaran2 Rasulullah. Jangan kita lalai dan leka untuk mengingati baginda kerana peringatan itulah yang menjadikan kita semakin cinta pada Allah, Rasul dan Agama.