Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

Berita : Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia

Berita Harian Online


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Innalillahi Wainnailaihi Raji'un.....
Baru2 ni, kita dikejutkn dengan berita kematian penyanyi terkenal yg sudh memeluk Islam, Micheal Jackson. Kita kehilangan seorang saudara baru yg dikagumi oleh pelusuk dunia. Pengakhiran kehidupan dia, sgt membuatkn kita rasa bersyukur dengan keislamannya....

Kini, kita dikejutkan sekali lagi dengan pemergian Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan Rabbani. Seorang Ustaz dan artis yang mempunyai perwatakan yang boleh dijadikan contoh serta tauladan anak2 muda. Walaupun Allahyarham sering menyanyikan lagu2 yang berentak rancak, tapi usaha dakwah yang dilakukannya disisip masuk menerusi lagu2 yang berentak rancak itu.

Tak kisahlah, walau ader suara2 dibelakang sana yg tak menyenangi usaha yag ustaz asri lakukan, bagi aku, dia telah berdakwah menerusi caranya tersendiri.

Moga2 Allah tempatkan Roh Allahyarham Ustaz Asri di kalangan roh orang2 yang solleh....Amin....

Monday, August 3, 2009

Berita : 6 perantis bina model Legoland

Oleh Azida Shaharuddin
azida@bharian.com.my

Kumpulan pertama akan dihantar jalani latihan 10 minggu di Amerika Syarikat

JOHOR BAHRU: Enam anak muda termasuk seorang wanita menyifatkan pemilihan mereka sebagai perantis pembina model untuk Legoland Malaysia, taman tema Legoland pertama di Asia, sebagai impian ketika zaman kanak-kanak menjadi kenyataan.

Mereka yang terdiri daripada empat anak Johor, dan masing-masing seorang dari Sabah dan Sarawak, adalah kumpulan pertama perantis pembina model Legoland yang bakal menjalani latihan intensif selama 10 minggu di Carlsbad, California, Amerika Syarikat bermula September ini.

Mereka ialah Kharunnadia Kamarudin, 23, Lee Khai Yuen, 34, Ahmad Yazid Sumisdan, 26, dan Mohd Firdaus Rahiman, 24 dari Johor; Khadzlan Hairani Ali Omar, 24 (Sarawak), dan Pang Chueng Shuong, 29 (Sabah).

Bagi Kharunnadia, seorang jurutera, yang dipilih sebagai perantis pembina model Legoland Malaysia yang akan beroperasi di Iskandar Malaysia menjelang 2013, ia adalah peluang keemasan bagi dirinya untuk membina kerjaya dalam bidang yang mencabar dan menuntut persaingan kreativiti.

Katanya, beliau akan memanfaatkan ilmu sebagai seorang jurutera untuk menghasilkan satu model lego yang mempunyai ciri tempatan untuk diketengahkan kepada masyarakat luar yang datang melawat Legoland Malaysia apabila ia beroperasi kelak.

"Tahniah kepada mereka yang terpilih. Peluang yang baik hanya akan datang sekali shj. Bagi aku, membina Legoland ni satu langkah yang agak bijak yg telah dirancng oleh pihk pembangunan Wilayah Iskandar. Satu lagi bentuk pelancongan yang boleh dikomersialkan. Cuma ia perlu perancangan yg lebih teliti agar ianya tak jadik ibarat projek Gajah Putih Sahaja.Dan mudah2han juga segala utang2 yang ditanggung o kerajaan johor dpt dilangsaikn dengan segera. Good Luck Kerajaan Johor!!!"

Wednesday, July 29, 2009

Berita : H1N1: UPSI ditutup hingga 7 Ogos

IPOH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim ditutup bermula hari ini sehingga 7 Ogos depan selepas beberapa pelajar dikesan mempunyai simptom virus Influenza A (H1N1).

Exco Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, ketika dihubungi Berita Harian, berkata pelajar yang disyaki dikuarantin, manakala pelajar lain diarah pulang ke rumah masing-masing.

Erm, kene balik ker??? Aku rasa cam tak kene jer, kebanyakkannya kene kuarantin jer....Mudah2han penyakit tu tidak merebak kepada orang lainla yek....

Monday, July 27, 2009

Berita : Pelajar ponteng sekolah maut nahas motosikal

TANAH MERAH: Seorang pelajar yang ponteng sekolah maut, manakala rakannya cedera ringan apabila motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Bukit Telaga, di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chetok dekat Pasir Mas, Mohd Hanif Mohd Fazli, 16, dipercayai dalam perjalanan ke kawasan rekreasi di Lata Hujan, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Rakan mangsa, Mohd Nazri Hairi Mahabi, 16, dari sekolah sama, terselamat dan hanya cedera ringan dipercayai sempat melompat dari motosikal Honda EX-5, sebelum kenderaan itu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata ketika kejadian itu, dua pelajar terbabit dipercayai dari sekolah mereka menuju ke Lata Hujan dekat Gual Ipoh.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Sah Nik Yusof, 44, berkata anak ketiganya daripada empat beradik itu keluar ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Katanya, beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pengurusan sekolah yang memaklumkan anaknya terbabit kemalangan kerana menyangkakan Mohd Hanif berada di sekolah.

"Ketika keluar dari rumah pagi tadi, dia memang bersiap ke sekolah. Dia tidak pernah memaklumkan kepada saya untuk pergi berkelah ke Lata Hujan," katanya.

"Kita bukan mahu menuding jari kpd mane2 pihak krn malang itu tidak berbau. Apa lagi yang boleh diperkatakan andai ini terus berlaku dlm alam persekolahan remaja masa kini.

Masih mahu salahkn ibubapa? Atau mahu salahkan guru & pihak sekolah?Ke mana isu ini perlu dibawa?

Sebagai guru aku makin terpanggil untuk menyertai meja bulat yg membincngkn isu2 seperti ini. Entah kenapa aku pn tidak pasti, tapi aku terlalu kasihan apabila mendengar dan meliht isu2 spt ini diperkatakn.

Mudh2an Tuhan memberikn aku kemudahan untuk membantu dlm mperbaiki kelemahan2 yang ada."

Sunday, July 26, 2009

Berita : Rumah Mawi dirompak, 2 ditembak mati

Oleh Johan Afandi
johan@bharian.com.my

KAKAK Mawi, Rashidah menunjukkan bagaimana ibunya dicekik perompak yang memecah masuk rumah mereka, semalam. Gambar kecil Teratak Bonda di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

KULAIJAYA: Polis menembak mati dua perompak warga Indonesia tengah hari semalam, kira-kira lapan jam selepas mereka bersama dua lagi rakan merompak rumah ibu penyanyi terkenal, Mawi atau Asmawi Ani di Felda Taib Andak, di sini.

Empat lelaki dipercayai berusia antara 20 dan 30 tahun bersenjatakan parang, memecah rumah ibu Mawi, Teratak Bonda, kira-kira jam 4 pagi semalam, dipercayai melalui pintu belakang sebelum melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM8,000.

Ketika kejadian, terdapat sembilan orang di rumah berkenaan termasuk ibu Mawi, Ramlah Sarlan; kakaknya, Rashidah Ani, 38; suami Rashidah, Sahrom Saji, 40, serta tiga anak; adik Mawi, Asmidah Ani, 22, dan dua anak saudara penyanyi itu.

Bertindak atas maklumat berkenaan, polis menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya bagi menjejaki kumpulan perompak terbabit.

Difahamkan, usaha menjejaki kereta perompak terbabit berhasil, selepas polis mendapat maklumat orang ramai bahawa ada sebuah kereta mencurigakan masuk ke ladang kelapa sawit, Ladang Fraser yang terletak kira-kira lima kilometer dari Felda Taib Andak.

Berikutan itu, pasukan polis mengepung kawasan berkenaan, dan mengarahkan empat perompak terbabit menyerah diri tetapi mereka bertindak menyerang anggota polis mengakibatkan dua daripada mereka ditembak mati manakala dua lagi berjaya meloloskan diri.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, berkata dua perompak yang ditembak mati dikenali sebagai Marwa, 30, dari Mataram, Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang.

"Mereka masuk ke Johor menggunakan pasport sah masing-masing pada Jumaat minggu lalu serta Khamis lalu, dan kereta yang digunakan perompak ini, jenis Proton Waja dilaporkan dicuri di Taman Pelangi, di sini, Oktober lalu," katanya.

Jalaludin berkata, polis turut menemui sebahagian barang kemas disamun dari rumah ibu Mawi dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun seperti kuku kambing, pemotong besi dan pemutar skru.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 dan 395 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan dua lagi perompak yang dipercayai masih berada di sekitar Kulaijaya.

SEBAHAGIAN senjata serta barangan yang ditemui selepas polis menembak mati dua daripada empat penjenayah yang memecah masuk rumah Mawi di Felda Taib Andak, semalam.

Sementara itu, Rashidah yang sedang mengandung lapan bulan ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga melalui detik mencemaskan selama kira-kira 10 minit.

Beliau berkata, kepalanya serta ibu, Ramlah diketuk beberapa kali selain rantai dan gelang mereka diragut salah seorang perompak terbabit.

"Saya tidur di tingkat bawah bersama dua anak, manakala ibu di bilik lain di tingkat bawah terkejut apabila mendengar bunyi bising dan mendapati terdapat empat lelaki di dalam rumah, berpakaian ala ninja sebelum salah seorang daripada mereka bertindak mencekik leher bagi mengelak saya menjerit.

"Bagaimanapun, saya terjerit kerana ketakutan menyebabkan kepala saya diketuk sebanyak tiga kali dengan ulu parang sebelum saya terus memeluk anak dan meminta mereka (anak) juga tidak membuat bising," katanya.

Beliau berkata, rantai dan gelang diragut dalam kejadian itu sebelum salah seorang daripada perompak terbabit memasuki bilik Ramlah lalu mencekik serta merampas rantai dan gelang.

"Suami yang tidur di dalam bilik di tingkat atas kemudian keluar dan ketika menuruni tangga ternampak perompak terbabit menyebabkannya lari semula ke atas sebelum salah seorang daripada perompak mengejarnya ke dalam bilik," katanya.

Sementara itu Mawi ketika dihubungi selepas selesai perlawanan Liga Futsal HotFm 2009 di Sabah petang semalam mengakui panik dan bimbang sebaik diberitahu mengenai kejadian yang menimpa keluarganya.

Mawi mengakui kejadian berkenaan bukanlah yang pertama kali, sebaliknya sudah masuk kali ketiga sejak sebelum bergelar juara Akademi Fantasia 3 lagi.

"Memang kejadian kali ini agak menakutkan dan ganas kerana penjenayah bertindak lebih berani menggunakan senjata selain bertopeng," tambahnya yang berbangga atas kecekapan polis menumpaskan dua daripada empat penjenayah berkenaan kurang daripada 24 jam selepas kejadian.

Thursday, May 28, 2009

Berita : 'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'

Dalam akhbar Utusan Malaysia Online, ade satu berita yang menceritakan bagaimana bapa kepada seorang profesor yang mati dibunuh oleh KOMUNIS. Ianya berlaku di kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat, di mana, disinilah kampung aku. Bapa dan bapa saudaranya telah mati diseksa dan kemudiannya disembelih kerana tidak mahu memberikan sokongan kepada kegiatan komunis.

Sebenarnya, bukan satu atau dua kes yang berlaku dan terlalu banyak penghulu2 kampung, orang pandai silat, orang2 alim turut jadik mangsa KEKEJAMAN KOMUNIS INI termasuklah keluarga sebelah mak dan arwah ayah aku juga.

Saje aku nak kongsikan berita ini. Suatu yang sangat menyedihkan lebih2 lagi kepada keluarga yang mengalaminya. Apakah perjuangan mereka akan terpadam, ataukah perjuangan mereka telah diperwariskan kepada ORANG LAIN yang dilakukan secara terancang??? Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang bertegas untuk menghalang kemasukan CHIN PENG kembali ke Malaysia. Simpati kepada semua waris2 keturunan yang menjadi mangsa KEKEJAMAN KOMUNIS.

APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEANDAINYA MALAYSIA MEMBENARKAN? MASA DEPAN, MUNGKIN RAMAI YANG AKAN MATI DISEMBELIH SEPERTI YANG PERNAH BERLAKU. INGAT, DENDAM MEREKA AKIBAT KEKALAHAN SENTIASA ADA WALAU SERIBU TAHUN TELAH BERLALU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 10, 2009

Berita : NGO sokong akta lebih tegas untuk mat rempit

  • KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti penunggang motosikal menyambut baik hasrat Kementerian Pengangkutan mengkaji keperluan meminda undang-undang sedia ada supaya hukuman lebih tegas dapat dikenakan ke atas golongan mat rempit.

  • Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berharap undang-undang yang bakal dilaksanakan itu berupaya mengekang kegiatan jenayah khususnya ragut dan samun yang dilakukan golongan ini.

  • "Perbuatan jenayah oleh mat rempit makin berleluasa. Ia bukan lagi setakat ragut tetapi judi, dadah dan pertaruhan wanita. Undang-undang sedia ada tidak lagi relevan dan gagal menakutkan mat rempit," katanya ketika dihubungi, semalam.

  • Sambil menyifatkan isu mat rempit sebagai cerita lapuk yang perlu ditangani, Shamsul mencadangkan penubuhan jawatan kuasa khas khusus menangani gejala rempit dianggotai beberapa kementerian seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan, bekerjasama dengan pihak berkuasa, agensi kerajaan dan NGO.

  • Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berharap undang-undang yang bakal dibentuk menetapkan hukuman mengikut jenis kesalahan jenayah dilakukan.

  • "Undang-undang itu harus adil iaitu hukuman dijatuhkan berdasarkan kesalahan jenayah dibuat. Bagi mat rempit yang berhadapan dengan kesalahan trafik, misalnya, hukuman dikenakan ke atas mereka tidak sepatutnya sama dengan mat rempit yang ditangkap kerana jenayah ragut dan mengakibatkan kematian," katanya.

Satu isu yang dah terlalu lame diperkatakan. Akibat dari tiada susulan tindakan yang menyeluruh, ia sekarang ibarat sudah menjadi barah dalam masyarakat. Ia mesti ditangani sekarang!!!!!!

Akibat dari kesan pelbagai kesalahan yang telah dilakukan oleh golongan mat rempit ini, ia bukan sahaja telah menjadi masalah sosial yang semakin berleluasa bahkan juga telah menjadi jenayah yang dah tak terhitung lagi banyaknya.

Aku sokong saranan yang mengatakan bahawa hukuman yang harus dikenakan perlulah berbeza mengikut kadar kesalahan yang mereka lakukan. Ibarat kata seorang dari rakan aku , Razi, seperkara yang boleh menyebabkan mat rempit ini insap adalah dengan mengenakan hukuman sebatan mungkin sekali atau 2 kali sebatan.

Hal ini bukan sahaja boleh memberikan peringatan kepada mereka, tetapi juga boleh menggerunkan mat rempit-mat rempit lain untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang2.

Kerajaan perlu tegas dalam hal ini. Kajilah sepenuhnya tindakan yang perlu dilakukan kepada mat rempit dengan seikhlas hati. Nasib anak bangsa berada di tangan pak menteri!!!

Jangan hanya sibuk pada KUASA dan PANGKAT sahaja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berita : Bebas ISA: Tidak perlu ucap terima kasih pada kerajaan BN

  • PERMATANG PAUH, 10 Mei (Hrkh) - Rakyat tidak perlu ucap terima kasih pada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana membebaskan 13 orang lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka dizalimi sejak hari pertama ditahan sehingga memakan masa bertahun-tahun di Kem Tahanan Kemunting, Perak.

  • Jiwa raga mereka terseksa, anak pinak dan isteri menderita malah lebih malang lagi ada yang daif apabila mata pencarian keluarga terhalang disebabkan tangkapan suami.
    "Rakyat usah berterima kasih pada BN semata-mata melepaskan 13 tahanan ISA beberapa hari lepas. Ia bukan tindakan hasil kesedaran kerajaan tetapi kerana terpaksa ekoran desakan rakyat yang tidak pernah merasai jemu," jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub ketika ditemui selepas berucap di program 'Jom Sertai PAS' anjuran PAS Cawangan Taman Guar Perahu semalam.

  • Menurut beliau lagi, tindakan pelepasan tahanan ISA itu dibuat secara tergesa-gera kerana BN mahu menutup kes pencabulan kuasa Speaker di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang menyaksikan lunturnya demokrasi dan peraturan dewan yang selama ini disanjung.

  • Maka, sebab itu rakyat jangan terpedaya dengan sikap tidak bertanggungjawab BN yang telah menzalimi bukan sahaja mangsa yang tidak dihakimi malahan juga orang ramai yang tiada kena mengena dengan akta berkenaan.

  • "Tindakan BN itu bukan kerana menghormati demokrasi tetapi kerana nak tutup kes pencabulan di Dun Perak maka dilepasnya 13 tahanan ISA dengan harapan rakyat lebih cenderong membincangkan topik pembebasan daripada mengusung Speaker Dun Perak, Sivakumar keluar dewan untuk memberi laluan kepada Speaker baru melaksanakan tugas," tambahnya.

  • Sewajarnya jika Malaysia sebuah negara yang tamadun, bebas bersuara dan tidak mengamalkan demokrasi rimba kerajaan harus membebaskan ke semua tahanan ISA yang sampai kini tidak tahu apa kesalahan mereka sehingga ditangkap dan dikurung.
    PAS berharap Kerajaan BN jangan lagi menggunakan akta tersebut untuk kepentingan mereka apabila merasai kuasa yang ada tidak lagi stabil.

Mungkin apa yang diperkatakan adalah benar oleh akhbar harakah ini, namun aku kurang bersetuju dengan tajuk diatas.

Tidak mustahil kerajaan membuat satu isu baik ini untuk menutup satu isu yang tidak adil, tetapi walau dalam keadaan apa sekalipun, samada tekanan atau rela hati, kita melihat itu dari satu sudut yang positif.

Aku tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah mendengar luahan rakyat yang tidak jemu2 memperjuangkan apa yang mereka rasakan perlu. Janganla terlalu mengikut emosi sehingga kita gagal mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah melakukan sesuatu terhadap apa yang kita nak walaupun kita tak mendapatkannya secara keseluruhan.

Aku yakin, dalam ISLAM sendiri sekalipun, kita harus berterima kasih kepada musuh kerana musuhla yang menyedarkan kita tentang kealpaan dan kelemahan yang kita ada.

Kritik dan perjuangkanla apa yang ingin kita perjuangkan, namun jangan lupa, tanamkanlah budaya berterima kasih dalam diri generasi muda agar sifat ketimuran tidak akan luntur.

Saturday, May 9, 2009

Berita : Jin Notti temukan Mawi, Fara


Saje je aku nak letakkan gambar terbaru MAWI ngan FARA kat sini. Aku ni bukanla peminat fanatik MAWI, cuma sekurang2nya MAWI adalah ikon FELDA yang boleh menjadi "SESEORANG" dan patut dicontohi oleh warga FELDA yang lain.

Aku bukanla suruh warga2 FELDA yang lain turut sama di hiburan ni, tapi ambilla yang positif dari diri MAWI. Sekurang2nya, warga FELDA masih boleh berjaya dalam lapangan bidang masing2.

Wahai warga FELDA, tidak ada sesiapa yang boleh mengubah nasib kalian melainkan diri kalian sendiri. Berusahalah menjadi SESEORANG kepada NEGARA, kalau TAK mampu, jadilah SESEORANG bagi AGAMA, kalau TAK mampu, jadilah SESEORANG bagi BANGSA, kalau TAK mampu, jadilah SESEORANG bagi KELUARGA, kalau TAK mampu juga, cukupla jadilah SESEORANG yang mampu membanggakan IBU & BAPA.

Berita : Gelatin halal daripada kelapa sawit: Rosmah

Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
inasalwa@bharian.com.my
Malaysia mampu keluarkan produk bersih orang Islam

  • KUALA LUMPUR: Kelapa sawit boleh dijadikan sumber gelatin halal untuk pelbagai produk berikutan hanya satu peratus pengeluaran gelatin dunia adalah daripada sumber halal.

  • Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sebagai negara pengeluar kelapa sawit terbesar dunia, Malaysia mampu mengeluarkan bahan itu untuk kegunaan orang Islam di seluruh dunia.

  • “Pengguna Muslim sangat sensitif terhadap penggunaan produk berasaskan haiwan terutama jika membabitkan haiwan tidak halal.

  • “Ini adalah industri yang belum diterokai sepenuhnya dan memberi peluang besar untuk pelaburan,” katanya pada majlis penutup Persidangan Penyelidikan Halal Sedunia 2009, di sini, semalam.

  • Selain gelatin, Rosmah berkata, Malaysia juga boleh menjadi pengeluar utama vaksin halal yang dapat meningkatkan kesihatan umum bagi kegunaan penduduk negara Islam.

  • “Aplikasi konsep halal ini dapat memastikan bahan vaksin yang dikeluarkan memenuhi keperluan umat Islam dan dapat mengetepikan semua prasangka terhadap penggunaan vaksin,” katanya.

  • Rosmah berkata, banyak potensi produk halal menjadi tidak halal berikutan penggunaan bahan seperti kolagen dan gelatin yang dihasilkan daripada sumber babi.

  • “Selain itu, dalam isu halal ini wujud kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keselamatan pengguna dalam penggunaan bahan kimia,” katanya.

  • Beliau berkata, Malaysia boleh menjadi pusat bagi inovasi, pengeluaran dan perdagangan halal dan bahan semula jadi berikutan permintaan yang tinggi untuk produk halal di seluruh dunia.

Alhamdulillah, selaku penganut ISLAM, aku bersyukur kerana hal ini. Minyak sawit adalah alternative kpd gelatin lemak babi.

Mudah2han kita semua dapat manfaat yang lebih dari penemuan ini.

Cuma, percayalah, kemampuan kita ini sering menjadi pesaing kepada dunia barat yang sentiasa tidak mahu NEGARA ISLAM mendahului mereka. Berdoala agar kekuatan gelatin halal ini dapat menjadi antara tunggak kepada pemangkin ekonomi ISLAM di Malaysia....

Berita : Firma tempatan kesan DNA babi

  • "KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat sejarah apabila sebuah syarikat tempatan berjaya mencipta sejenis alat mengesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam makanan dan bukan makanan yang pertama di dunia.

  • Alat yang dikenali sebagai Olipro Porcine Gene Chip itu dibangunkan Olipro Biotechnology Sdn Bhd (Olipro) berpangkalan di Klang, Selangor yang aktiviti utamanya membangunkan biochip sejak tiga tahun lalu.

  • Ketua Pegawai Eksekutif Olipro, Diong Sing Peng, berkata cip itu dapat mengesan apa saja kandungan babi sama ada dalam makanan mentah atau diproses menggunakan teknologi tinggi serta bukan bahan kosmetik.

  • Beliau berkata, ia terbukti mampu mengesan kandungan berkenaan dalam tempoh singkat iaitu antara empat hingga enam jam dan kerja penyelidikan untuk membangunkan produk itu dilaksanakan dua setengah tahun lalu.

  • “Kejayaan ini amat membanggakan kerana dunia makanan hari ini memerlukan alat pengesan canggih untuk mengesan produk halal dalam jangka masa singkat dengan keputusan tepat.

  • “Usaha ini hasil bantuan kerajaan yang memberi geran selain kerjasama berpasukan saintis kami,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sesuatu yang perlu dibanggakan kerana sebagai seorang MUSLIM, kita perlu meyakini bahawa semua makanan, pakaian dan keperluan seharian kita adalah bersumberkan dari yang halal.

Cuma, aku terasa sikit kesal sebab yang menjumpainya adalah seseorang yang bukan MUSLIM (berdasarkan namanyalah). Mana sebenarnya kebijakan umat Islam sehinggakan yang mencipta alat ini pun adalah orang bukan ISLAM?

Memang tak menjadi masalah untuk menggunakannya, cuma, penciptaan ini telah mengukuhkan bahawa umat ISLAM di Malaysia (khususnya) telah jauh ketinggalan daripada bangsa dan agama lain.

Di Malaysia, hanya terlalu SIBUKKAN KUASA & PANGKAT serta apa jua perkara yang boleh mengekalkan STATUS QUO yang mereka miliki.

Sungguh menyedihkan dan inilah realitinya kita hari ini.......

Berita : Timur: Kesatuan guru kesal komen Murugiah

  • Berita Harian Online: "JERANTUT: Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGGLMSM) kesal dengan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah berhubung kenyataannya yang boleh mendatangkan keraguan dan mencetuskan kebimbangan mengenai bidang dan tugas sebenar profesion guru.

  • Beliau berkata, kesatuan itu kesal dengan kenyataan Murugiah yang seolah-olah menyalahkan tindakan seorang guru yang mencubit seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah Perak, baru-baru ini walaupun hakikatnya pelajar berkenaan dipercayai cuba meraba seorang pelajar perempuan sekolah berkenaan.

  • Jamale berkata, kenyataan sedemikian sebenarnya mengecewakan warga guru terutama guru disiplin yang berusaha mendidik dan meningkatkan sahsiah dan jatidiri pelajar.

  • 'Jika ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan perkara sebenarnya dan menjejaskan profesion guru maka ia akan memberi kesan negatif bukan saja kepada guru terbabit malah seluruh warga guru.

  • Beliau berkata, pelbagai pihak sepatutnya membiarkan pihak berwajib mengadakan siasatan terlebih dulu dan tidak terus melulu menghukum guru jika berlaku kejadian seumpama itu."

Haik, apa yang pak menteri ni cakapkan???Siasatan belum habis lagi dijalankan, hukuman dah dijatuhkan!!!!

Tak sesuailah warwarkan pada orang ramai sedangkan keputusan pun belom tau lagi. Kenapa nak dihebohkan guru tu mencubit murid sahaja dan tak diceritakan apa kesalahan murid tu.

Janganla terlalu memperlekehkan tugas dan tanggungjawab guru. Berikan guru ruang dan peluang bukan sahaja utk mengajar subjek akademik tapi juga sahsiah dan moral pelajar.

Sudahlah tugas guru semakin terbeban dengan pelbagai kerja dan kegiatan di sekolah, ditambah lagi dengan masalah disiplin pelajar yang semakin menjadi2, janganlah jatuhkan semangat guru2 disekolah sedangkan mereka ikhlas untuk mengajar dan mendidik anak bangsa supaya berjaya dan mempunyai akhlak yang baik.

Kalau murid tu melakukan perkara yang terang2 salah, memanglh kita boleh bawak ke pengadilan, tapi dek kerana dah terlalu banyak kes yang akhirnya guru dipersalahkan, maka sedikit sebanyak kita melatih guru untuk membiarkan sahaja akhlak pelajar menjadi semakin buruk!!!!

Belalah guru menjadi pendidik. Kalau tidak, negara akan terus mengalami masalah sosial yang diwujudkan oleh murid2 yang terlalu dibela oleh masyarakat walau jelas salah mereka. Bermula dari kesalahan kecilla yang patut kita bagi hukuman yang setimpal. Nanti, kalau dah buat jenayah, IBARAT SATU SEN PUN DAH TAK GUNA!!!!!!!

Sunday, March 8, 2009

Berita : Demo anti-PPSMI dihujani gas polis




Punyalah ramai.................


Berkuasakah mereka untuk menentang kehendak rakyat????


Kesesakan yang berlaku.....


Hanya kerana melihat kesanggupan pemimpin pembangkang turun, mereka yang terlibat sanggup menuduh bahawa bantahan ini lebih kepada bersifat politik. Kenapa tak mahu mengaku hakikat yg sebenar????



Inilah pejuang bangsa yang aku kagumi. Beliau tidak hanya membiarkan kedudukannya sebagai sasterawan untuk dipuji dikala senang, tapi berani untuk dihina dikala susah. A Samad said, perjuanganmu adalah suatu pengorbanan yang tidak tolok bandingnya.....

"Bantahan secara rasmi anti PPSMI telah berlansung semalam. Dengan tautan kerana kasih dan sayang akan bangsa melayu, banyak pejuang bahasa sanggup memperjudikan nasib mereka di tangan kerajaan. Mereka berani bersuara mengikut apa yang mereka telah alami dan kaji. Itulah ahli akademik yang bertanggungjawab memperkasakan bahasa dan bangsa melayu.

Wahai kerajaan, dengarlah rintihan mereka yang arif dalam bidang ini. Jangan hanya melihat dari sudut politik semata, tapi lihatlah dari aspek pembangunan sosial dan budaya. Saterawan dan mereka yang anti ppsmi bukan menolak terus bahasa inggeris, tapi mereka mahu bahasa melayu diperkayakan oleh anak bangsanya sendiri.

Lihatlah, berapa ramai rakyat yang telah berjaya dalam profesion masing2 dengan menggunakan bahasa melayu. Ada antaranya sudah menjadi pakar diluar negara. Tidak salah dengan bahasa inggeris, tapi janganlah sampai mengabaikan bahasa melayu itu sendiri. Perkasakan pengajaran bahasa inggeris. Wujudkan pembelajaran yang menarik dalam bahasa inggeris. Latih mereka2 yang benar2 berkebolehan dalam bahasa inggeris untuk menjadikan subjek inggeris itu lebih interaktif dan menarik minat pelajar untuk terus belajar.

Dengarlah alasan dan hujah anti ppsmi ini, jangan hanya menuduh isu ini disebabkan oleh politik semata. Cubalah duduk dikalangan ahli akademik. Hujahan mereka perlu diambil kira.
Jangan menegakkan benang yang basah hanya kerana ingin menjadi jagoan syok sendiri!!!!"

Monday, March 2, 2009

Berita : Keputusan KDN Tepat



"Baru aku tahu yang sebenarnya org bukan Islam dah lame gunakan perkataan Allah dalam buku2 mereka. So, para ilmuwan Islam, duduklah berbincang untuk menentukannya. Tapi, bagi aku, seboleh2nya dielakkan kerana ia akan menyebabkan kekeliruan bagi umat Islam yang sekarang ini pun sudah terkontang kanting dan gersang dalam aqidah.

Apa yang perlu dilakukan adalah, haramkan terus penggunaan Allah dalam agama selain dari Agama Islam kerana mereka kan ada name khusus untuk Tuhan mereka. Contohnya Jesus yang mengamalkan konsep trinity dalam agama mereka.

Sekali lagi aku katekan bahawa perlulah dipantau dan diharamkan terus penggunaannya serta kementerian yang terlibat perlu juga mengharamkan terus penggunaan perkataan Allah dalam bible2 ciptaan org2 kristian.

Kalau dalam Islam, perkataan Allah dalam bahasa Arab tetap digunakan dalam aper2 jua bahasa didunia ni. Tapi, bagi agama kristian, kenapa setiap bahasa mereka gelarkan nama tuhan mereka tidak sama yer??? Apakah mereka sebenarnya tak percaya pada tuhan mereka sendiri? Ehm, mungkin juga.:))"

Sunday, March 1, 2009

Berita : Dilarang Guna Allah


Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.

" Apa sebenarnya yang mereka inginkan? Apakah sebenarnya agenda mereka? Apakah ini jalan mereka untuk menyebar luaskan fahaman agama mereka dalam kekebalan institusi keislaman di Malaysia?

Lihatlah betapa lemahnya Islam di Malaysia sehinggakan ada yang berani mencabar tentang kedaulatan Islam itu sendiri. Mengapa mereka ingin menukar nama tuhan mereka kepada perkataan 'Allah' yang jelas sejelas2nya menunjukkan yang Allah itu adalah Tuhan bagi Seluruh umat Islam. Mengapa baru sekarang mereka ingin menukar nama tuhan mereka kepada nama 'Allah'? Mengapa tidak dari dahulu sejak mereka melakukan penyelewengan terhadap agama mereka sendiri? Mengapa baru sekarang? Apakah alasan yang mereka berikan?

Apapun jua alasan, perkara ini telah menyentuh sensitiviti agama Islam. Hormatilah agama lain. Gunakan apa yang telah anda selewengkan. Jangan babitkan penyelewengan itu dengan agama Islam. Kuatlah wahai Islam. Jangan biarkan kita terus2 dihina sebegini!.

" Tiba2 aku terfikir, mengapa agaknya mereka ingin menukar perkataan itu. Mungkin disebabkan, mereka sebenarnya telah tahu bahawa agama mereka bukanlah agama yang sebenar dan telah diselewengkan. Justeru mereka takut dan malu untuk mengaku bahawa agama yang sebenar adalah Islam.

Jadik, mereka yang tahu tentang itu seboleh2nya nak tutup segala rahsia dan dalam masa yang sama mereka ingin hancurkan kefahaman dalam Islam. Sebab tulah jadik perkara camni. Kalo tak, nape tiba2 jer mereka nak ubah sedangkan mereka katakan tuhan mereka adalah jesus yang kononya dipalang?

Tuhan (ALLAH) bagi umat islam tidak ada anak dan tidak pula diperanakkan! Berbeza dengan tuhan agama kristian yang boleh beranak! Justeru, perkataan 'ALLAH' tidak boleh digunakan oleh agama lain yang sudah terang lagi bersuluh, tidak ada kesefahaman yang sama dalam aqidah!"

Thursday, February 26, 2009

Berita : Album Baru



Ehm, camne lah lagu2 dalam album ni eh??? Penah dengar gak dalam radio era....Tapi, cam biaser2 ajer....ntahlah.....Semoga lagu2 dalam album nih best2....hehehe

Berita : Dengarnya......Mawi nafi ibu tenat


Mudah2han ibu mawi semakin sihat.....InsyaAllah....

Berita : 40000 pekerja bakal berhenti


Kesian mereka......

Aku sendiri pun tak tahu nak kata apa, cuma aku cukup bersimpati dengan mereka2 yang diberhentikan oleh majikan mereka disebabkan faktor ekonomi yang semakin menjunam sekarang ini. Aku risau, akan berlakunya peningkatan pada kadar jenayah di negara kita. ditambah lagi dengan isu pendatang asing, dengan keizinan atau tanpa keizinan, yang masih berada di dalam negara kita ketika ini.

Apakah sebenarnya pendekatan kerajaan mengenai hal ini? Cuma, aku difahamkan bahawa kerjaan akan membuka ruang untuk para pekerja yang diberhentikan itu untuk memohon jawatan dalam kerajaan yang sedang dibuka sekarang ini. Banyak juga!

Bagi aku, satu pendekatan dan strategi yang terbaik yang sedang dilakukan oleh kerajaan ketika ini. Hal ini boleh memberikan suatu yang positif antaranya ialah :-

1) Mereka2 yang berpengalaman di dalam sektor swasta yang diberikan vss atau hilang pekerjaan, diberikan ruang di dalam sektor kerajaan.
- Ini memberikan kelebihan buat kerajaan kerana pengalaman yang ada pada pekerja2 tersebut boleh digunakan dan diaplikasikan dalam sektor kerajaan dan ini akan mewujudkan penambahbaikan dalam sektor kerajaan itu sendiri.

2) Disiplin dalam sektor swasta dapat diserap masuk ke dalam sektor kerajaan
- Bila kita melihat isu pegawai kerajaan yang agak 'malas dan sering berehat', semacam tiada jalan untuk diperbaiki. Namun, mungkin perpindahan ini boleh mewujudkan penambahbaikan dalam budaya dan disiplin pekerja2 kerajaan itu sendiri.

3) Tidak menghentikan sumber pendapatan mereka2 yang diberhentikan
- hal ini dapat memastikan pekerja2 tetap dapat pendapatan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Sekadar menyebut beberapa contoh kebaikan. Mungkin diluar sana masih banyak kebaikan yang berlaku. Mudah2han kita sentiasa bersyukur dengan pemberian nikmat dan rezki dari Allah. Amin......

Berita : PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran

SubhanAllah.......seorang pejuang bahasa yang berani mempertahankan idea dan prinsip demi masa depan bangsanya sendiri. Namun, aku percaya, bagi pihak yang berkepentingan, mereka tidak akan melihat isu ini sebagai suatu yang boleh didengar atau dipertimbangkan dengan keikhlasan, tapi keegoan dan kepentingan politik lebih diutamakan seperti menegakkan benang yang basah.

Lihatlah isu ini, seorang pejuang yang banyak memperjuangkan bahasa atau agama sering menjadi mangsa kepada kekuasaan politik yang tidak pernah surut demi memastikan kedudukan dan pengaruh mereka terus terpelihara. Percayalah, pejuang bahasa ini akan dihinakan demi kepuasan politik pihak tertentu.

Buat Tuan Haji A. Samad Said, andalah seorang pejuang bahasa yang benar2 berani, bukan kerana cauvinist tapi demi maruah bangsa melayu itu sendiri. Syabas dan semoga berjaya.

Bagi para guru atau bakal guru, betulkanlah niat anda untuk mengajar. Memang mereka2 yang terlibat dengan PPSMI ini akan menerima elaun tambahan, namun percayalah, andai kita tidak mampu untuk melakukan yang terbaik demi anak bangsa kita sendiri, tidak ada keberkatannya dalam rezki kita. Berusahalah dan bertawakallah demi dan kerana Allah.

Monday, February 23, 2009

Berita : Pelajar dipukul 24 remaja meninggal


Sayu rasa hati apabila kita melihat perkara seumpama ini berlaku. Adakah nyawa manusia sangat murah sehinggakan sanggup berbunuhan semata2 kerana perkara yang boleh dielakkan. Tapi, disebabkan kerana nafsu semata, hukum agama dan norma masyarakat dah tak kenal lagi.

Apa sebenarnya berlaku? Apakah pelajar di Malaysia ini semakin jahat dan sudah hilang kewarasan diri? Apakah kerana faktor pelajar itu sendiri? Apakah guru juga boleh dipersalahkan? Apakah ibubapa yang tidak pandai menjaga anak? Atau apakah tiada didikan agama sehinggakan perkara seumpama ini boleh berlaku?

Adalah menjadi tanggungjawab semua sebenarnya. Ini adalah kerana pelajar dalam lingkungan umur tersebut merupakan golongan yang sedang mencari identiti mereka. Di manakah orang yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada remaja dan apakah mereka tahu tentang kehidupan peribadi anak mereka?

Aku tidak mahu mengulas banyak kerana terlalu banyak perkara untuk dirungkaikan. Namun, pokok utama yang menjadi bahan bukti adalah anak remaja yang terlibat tidak mendapat cukup "makan" dari ibubapa mereka.

Maaf, andai perkara ini terlalu menusuk mereka yang berkaitan. Tapi, fikirkanlah kembali, apakah sebagai ibubapa, mereka mengetahui kemana anak mereka pergi? Bersama siapa anak mereka berkawan? Apa yang anak mereka buat semasa dirumah dan disekolah, lebih-lebih lagi apabila waktu sekolah sudah tamat?? Apakah ibubapa mendoakan anak-anak mereka supaya menjadi anak yang berguna dan anak yang tidak mendatangkan masalah kepada diri, agama, bangsa dan negara? Apakah yang selalu diutarakan atau perkongsian yang berlaku antara anak dan ibubapa? Dan, pernahkah kita menegur dan menasihati anak kita sendiri?

Bukan mahu terlalu lancang untuk berbicara, tapi sekadar memberikan kita input untuk berfikir sejenak tentang tugas dan tanggungjawab terutamanya para ibubapa? Benarlah kata pepatah, untuk melihat perangai anak, lihatlah ibubapanya dulu. Fikir-fikirkanlah.....

Sekadar berkongsi rasa. Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Hadzrin.