Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Hati : Kerinduan......

Kerinduan sering menjadikan kita hidup tak keruan. Seolah2 ingin saja kita peluk dan genggam erat2 kerinduan itu tanpa melepaskannya.

Tapi, hakikat hidup sebenar jarang sekali mengizinkan kerinduan itu dapat menjadi realiti. Hanya kerana kerinduan itu mampu hidup di alam fantasi.

Kadangkala sangat penat kita merindu. Ibarat si pungguk rindukan bulan. Bulan yang tak pernah melihat dan memandang ke arah pungguk yang sendirian menanti dan terus menanti. Berbunyi macammana pun si pungguk, bulan takkan mendengar....

Begitulah kehidupan kita. Selagi kita belum berjumpa dengan cinta sejati, selagi itulah kerinduan itu takkan terubat. Mungkin ia mampu diredakan seketika, tetapi ianya takkan hilang seluruhnya.
 
Namun percayalah, Rindu itu Tuhan yang beri, Walau sekadar di alam fantasi, Kerana Tuhan Maha Mengerti, Yang terbaik hiburan hati......
 
Bersangka baiklah dengan Allah.....

Saturday, April 21, 2012

Hati : Kecewa.....

Keikhlasan akan teruji apabila apa yang kita lakukan tidak pernah dihargai oleh orang lain. Malah, ianya juga menjadi bahan umpatan yang tidak mampu untuk diterima andai kita sendiri yang mendengarnya.

Mungkin sekali dua masih mampu untuk mencari alasan dan sebab semuanya itu berlaku. Tapi, andai ia berterusan, maka hilanglah sifat redha dan ikhlas yang menghuni dihati dan diganti dengan buruk sangka dan bermacam lagi kebatilan.

Aku berikan semampu aku, aku korbankan masa aku, aku harapkan sebuah penghargaan, aku dambakan kepercayaan.....namun, semuanya dibalas dengan tusukan pedih kekecewaan. Apa yang telah aku berikan selama ini hanya sia-sia.

Tidak pernah aku menyesali setiap yang berlaku. Tetapi aku tertanya, mengapa ia harus berlaku. Sekuat mana hati aku untuk menerimanya, hanya Tuhan yang tahu.

Aku semakin hilang ketabahan dan semakin menebal kekecewaan. Hari demi hari yang berlalu, memberikan aku gumpalan-gumpalan sesal yang akhirnya memeritkan jiwa.

Hingga saat ini, hati aku seolah-olah tidak mampu berdiri lagi dengan semangat yang berterusan. Aku pasti, selepas ini tidak ada pengorbanan yang akan aku lakukan untuk mereka. Tidak ada lagi kesungguhan semangat yang akan aku berikan untuk mereka. Tidak akan ada lagi keakraban untuk mereka. Kerana ikhlas aku tidak mampu diterima oleh mereka.

Dahulu, aku pernah merasa kecewa dan terus pergi tanpa menoleh lagi. Kini, kecewa aku hanya memberikan aku pilihan untuk meniti dengan tabah dan sabar. Tapi, sejauh mana kesabaran itu akan terus bertahan. Adakah ia akan membawa aku kearah kekuatan jiwa yang semakin menebal atau ke arah kelesuan yang menjunam.

Semuanya hanyalah Allah sahaja yang tahu gerak perjalanan hidupku. Tidak mampu dijangkau dan diramal, hanya mampu berserah. Satu sahaja yang aku boleh kata.....Aku benar-benar kecewa dengan mereka. Buat masa ini, pasti aku akan menyendiri dan membawa haluan seketika. Semoga Allah kurniakan ketenangan dan kedamaian buat diriku. InsyaAllah.......

Monday, January 2, 2012

Hati : Terima Kasih Allah atas sebuah kerinduan.....

Segala sesuatu yang Allah kurniakan pada kita adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Sangat banyak hikmah dan kenikmatan yang Allah pinjamkan untuk kita rasai kemanisan dalam melalui liku2 kehidupan.

Rindu adalah tersirat. Tak mampu digambar dengan kata2 tetapi dapat dirasai dan difahami oleh mereka2 yang terlibat. 

Bisikan rindu yang kita meterai dihati, sedikit sebanyak pasti dapat dirasai oleh orang yang kita rindu itu walau dia jauh beribu batu.

Dan mungkin dia juga akan merindui kita sepertimana rindu kita padanya. Hanya Allah yang berhak mengatur segala kerinduan itu menjadi suatu realiti yang sukar untuk di telah dan dijangka tetapi mampu membuatkan kita tersenyum dan gembira.

Bersyukurlah kepada Allah atas kerinduan yang dipinjamkannya, berterima kasihlah pada orang yang kita rindu itu dan hargailah rindu itu sebaik2nya..............

Hati : Dunia Pendidikan.....

Dunia pendidikan bukanlah suatu tugas yang mudah. Bukan hanya sekadar mengajar dan menurunkan ilmu yang ada. Tetapi, lebih besar tugasnya daripada itu.

Cikgu........satu profesion yang amat dikagumi dan dihormati. Bermula daripada kita mula menjejakkan kaki ke sekolah pada hari pertama bertugas sehinggalah nafas kita terhenti dan dikuburkan di liang lahad, nama cikgu akan tetap kekal dalam ingatan.

Tugas seorang guru tak pernah terhenti. Di dalam kelas, guru mengajar, menegur dan menasihati anak2 pelajar. Seusai kelas, habis semuanya!

Pada kacamata ramai orang, itulah senario yg berlaku. Tetapi, jauh di sudut hati seorang guru, apa yang berlaku di dalam kelas, itulah yang akan guru fikirkan. Bagaimana anak2 pelajar dapat faham apa yang dia belajar? Kenapa anak2 pelajar tak faham apa yang guru ajar? Kenapa anak2 pelajar banyak sangat bermain dalam kelas? Dan yang paling menyedihkan ialah kenapa anak2 pelajar biadap dan tak hormat pada seorang guru?

Ditambah pula apabila guru tau kisah dan latarbelakang keluarga pelajar itu. Anak orang miskin, anak orang susah, anak yatim, anak yang terbiar, anak yang tak amalkan ajaran agama dan macam2 lagi.....

Apakah anak2 pelajar ini tak tahu apa yang guru sering fikirkan tentang mereka? Apakah mereka tak tahu yang guru menyayangi mereka?

Naluri seorang guru takkan pernah terhenti untuk fikirkan tentang anak2 muridnya.....lebih2 lagi mereka2 yang disayangi..............

Sunday, January 1, 2012

Hati : 2012

Alhamdulillah, kurniaan Allah pada nyawa dan kehidupan. Masih memberi ruang dan peluang untuk menikmati keindahan dan kemakmuran bumi ciptaan Allah Yang Maha Agung ini.

29 telah berlalu, menjangkau 30!!!!

Apa yang ada pada angka? Sekadar menentukan betapa lamanya kita telah hidup, berapa singkatnya pula kita akan dijemput Ilahi ke alam Barzakh sana.

Biar berjuta kisah dan sejarah telah kita tempuhi, itu hanyalah sekadar sebuah kenangan. Yang paling utama ialah bagaimana kita akan tempuhi selepas ini. Bagaimana pula kita akan menggunakan setiap kisah dan sejarah itu dalam ruang dan peluang hidup kita selepas ini.

Semoga Allah memberikan kita kesempatan untuk menjana kebaikan dan menginfakkan sebahagian kemampuan kita pada mereka2 yang memerlukan.....InsyaAllah....

Friday, December 2, 2011

Puisi : Monolog Hati

Seikhlasnya menyinta
Menghias rindu pada hamparannya
Memberi seluruh jiwa dan raga
Mengharap desir kasihnya

Kenangan itu tepat
Hadirnya tersemat
Di lubuk hati yang kuat
Mengundang rindu hebat

Tiadalah dipinta
Tiada juga menolaknya
Dikala hati tidak berjiwa
Dikala rindu tidak berwarna

Sepi hati terisi
Lara melangkah pergi
Hibur jiwa bererti
Cinta datang sendiri

Memang cinta adalah anugerah
Namun merasanya tak semua indah
Seolah terlarang sudah
Atau hanya sekadar singgah

Rindu padanya kuat
Kasih bagai sifat
Bicara bagai tersekat
Intaian cinta hebat.........

Thursday, September 8, 2011

Hati : Sebuah.....


Hati ini menyala dan membara menyayangi. Sepenuh dan seluruh rasanya terhulur ke arahnya. Terbentang dan terhampar kasih dan sayang yang menghiasi rimbunan rindu. Terlonjak dan terlompat penceritaan tentang kasih itu.

Bukan sengaja aku menghulur kasih itu. Bukan sengaja aku memberikan rasa rindu. Bukan sengaja aku melonjakkan rasa ria kecintaan itu. Kerana, ia hadir tanpa terduga dan tersangka. Hadirnya mencari rindu dijiwa. Hadirnya mencari kasih dan sebuah perhatian.

Tidak pernah aku meminta dan tidak pula aku menolak. Tidak mungkin aku mencari dan tidak pula aku memandang sepi. Hanya takdir Tuhan yang menentukan segalanya.

Aku biarkan ianya berlalu. Aku biarkan ianya merindu. Aku biarkan ianya terus memburu. Aku biarkan segala-galanya mengikut takdir Tuhanku....

Hanya Allah yang maha tahu dan hanya Allah yang berhak mengaturkan hidupku.....

Lahaulawalaquwwataillabillah...............

Sunday, June 20, 2010

Hati : Sekadar Coretan

Hari-hari yang berlalu kini terus menjadikan aku semakin buntu. Buntu untuk meneruskan kehidupan yang banyak menjadikan aku bermonolog sendiri. Banyak aksi dan drama yang melingkari kehidupan aku di alam mimpi.

Aku teringat kembali, tika Sang Merpati Putih ini berdiri, melangkahi sebuah titi kekecewaan yang hampir menutup segala kekuatan hati, terbina semula setelah ia runtuh menyembah bumi, sehinggakan pernah aku bertekad di hati, tidak mungkin ku ulangi lagi.

Namun, di kala itu, Tuhan mentakdirkan untuk aku, sebuah harapan itu, menjadi penyeri hidupku.

Tatkala pintu hati rela terbuka, Tuhan mentakdirkan ianya kembali luka, pedih dan perit amat terasa, runtuh kekuatan diri untuk yang seterusnya.

Kini, aku sudah jauh dari sejarah dulu. Walau ianya pernah membelit jiwa hingga nafas tersesak di dada, rupa-rupanya sejarah itu menghakis kekuatan jiwa. Langkah demi langkah aku aturkan di hadapan, agar segalanya pulih untuk teruskan kehidupan. Langkah itu mampu ku harungi. Semua sejarah lalu turut ditinggal pergi. Juga semangat aku telah separuh terhenti......

Sang Merpati Putih amat setia. Menunggu ketik jari ini untuk berceritara. Mungkin jua berkongsi rasa. Supaya diri ini aman bahagia.

Aku pernah membayangkan, di tempat baru mampu membuatkan aku terlupa pada sejarah lalu yang sering membuatkan aku pilu. Namun, rasa kecewa dengan situasi baru membuatkan sejarah lalu terus memburu diriku....

Tuhan, berilah aku kekuatan untuk melalui liku-liku ini sehingga akhir hayatku....

Saturday, October 31, 2009

Hati : Rindu

Malam ini sepi
Hujan mengiringi
Seolah memahami
Erti rindu di hati

Rindu ini jahat
Datang berdekat-dekat
Tusuk hati tidak bertebat
Berbisa pilu terkulat-kulat

Rindu masa lalu
Buat semakin cemburu
Pilu semakin memburu
Tidak metah begitu

Rindu pada teman
Rindu pada kawan
Rindu pada halaman
Rindu pada kenangan

Hah!!
Biarkan kerinduan itu membubar sendirian
Kerana datangnya tak berundangan
Pilu pada rindu itu hanya permainan
Kerana selalu bertepuk tanpa sambutan

Saturday, September 5, 2009

Hati, Puisi : Pasrah.....

Hari demi hari yang berlalu
Telah membawa aku ke suatu penjuru
Yang tepu dan lesu

Penjuru itu semakin sempit
Dari asakan yang mendatang
Dada terus terasa dihimpit
Dalam nafas yang berkurang

Perlukah aku terus meniti
Sedangkan aku terlanjur ada di sini
Perlukah aku terus mencari
Sedangkan hati terlanjur bererti

Berkata itu mudah
Dikota itu indah
Perit itu berdarah
Hanya bertemankan pasrah......

Thursday, August 6, 2009

Hati : Pulanglah.....

Hati
Tak terduga olehku
Saat ku impikanmu
Makin sarat dikau berlalu
Makin berat untuk menarikmu


Hati
Ke mana lagi mau kau pergi
Penat sudah ku kini
Lelah, letih dan longlai sendiri

Hati
Apakah bicaraku tiada erti lagi
Hingga ia terhenti ia sendiri


Hati
Aku tetap menanti
Pulangmu suatu hari
Akan ku khabarkan pada mimpi
Agar kau setia menemani
Diriku di kala sunyi.....

Tuesday, July 21, 2009

Hati : Selamat Hari Lahir....

Happy birthday to U.....
Happy birthday to U.....
Happy birthday to Youuuuu....
Happy birthday to U....

Selamat hari lahir yang ke 25 tahun...
Semoga segala impian dan harapan menjadi kenyataan....
Semoga apa yang dihajati, dapat dicapai menerusi keredhaan Tuhan....
Jangan mudah berputus asa......

Ingatlah pesanku.....
Jagailah keluarga
Jagailah kekasih
Jagailah teman
Kerana ketiga2nya adalah
Pemberi semangat dalam kehidupan.....

Wednesday, June 17, 2009

Hati : Bertandangnya Rindu....

Bila bertandangnya rindu
Dikala ianya tidak perlu
Segala ceria menjadi lesu
Yang indah diam membisu

Bila bertandangnya rindu
Hati hanya ingin tahu
Segalanya yang berlaku
Walau tersembunyi di sebalik itu

Bila bertandangnya rindu
Banyak fikir diripun kaku
Hati resah minda membeku
Kepalang hanya sendiri yang tahu

Dan begitu
Bila bertandangnya rindu.......

Wednesday, June 10, 2009

Hati : Meletak Kasih

Aku seringkali meletakkan kasih aku pada situasi dan keadaan yang sedang aku lalui. Kasih sayang itu selalunya hadir bersama kenangan2 yang manis dan mampu menjadikan aku menghayati saat2 indah bersama2.

Namun, aku sering terlupa bahawa saat indah itu tidaklah akan kekal selamanya dan suatu hari nanti aku terpaksa akur bahawa kehidupan ini pasti ada perpisahan. Perpisahan setelah manis dan cerianya menghiasi corat-coret kehidupan.

Kadangkala aku terlalu takut untuk membiarkan kasih itu wujud disepanjang sebuah perkenalan kerana akhirnya perpisahan lebih dominan dalam kehidupan.

Namun, hakikatnya....tekad yang pernah aku bulatkan sebelum kaki menjejak ke sini, gagal aku laksanakan kerana kasih itu telah subur tersemai di hati.

Apakah peristiwa semalam akan berulang kembali pada pengakhirannya nanti?

Tuesday, June 9, 2009

Hati : Ku Panggil Kembali Kenangan

Kenangan, disudut itu telah ku letakkanmu. Namun, kemarilah...aku yang memanggilmu untuk datang kembali. Aku tahu, panggilan ini akan menyentak jantung hati aku sendiri, namun aku terpaksa akur, kerana hakikat tetap hakikat dan hakikat terpaksa aku terima....seadanya....

Izinkan diriku untuk terus memandangmu walau dikejauhan....
Izinkan aku mendoakanmu walau kita takkan pernah lagi berdampingan....

Terima kasih, permisi ku undur diri.....

Tuesday, June 2, 2009

Hati : Kau, Maafkanlah aku

Bagaimana harus aku mulakan bicara hati ini kerana aku tidak tahu sejauh mana kejujuran hati aku sendiri.

Kau, Maafkanlah aku.....
Aku bukan tidak mahu untuk menghadapi realiti ini yang telah aku cipta sendiri oleh tangan aku sendiri. Aku seperti insan lain, ingin merasai nikmatnya hati kurniaan TUHAN. Aku cuba untuk bersedia dan aku bangkit untuk bersedia. Aku buangkan segala kepayahan yang pernah tercipta dalam diari hidupku. Aku ingin lepas bebas seperti burung2 merpati yang jinak berkeliaran dan berterbangan. Aku ingin melihat jatuh bangun aku sendiri dalam membina nikmat hati.

Kau, Maafkanlah aku.....
Di kala aku telah merasai nikmat kemanisan hati, jiwa aku direntap kembali. Aku sendiri tidak memahami mengapa harus ianya berlaku. Aku sedar, aku telah memulakan langkah yang aku anggap suatu pengorbanan diri aku sendiri. Namun, langit tidak selalunya cerah.....

Kau, Maafkanlah aku.......
Langkahan ini terpaksa aku undurkan kembali. Tiada daya untuk aku meneruskannya. Ingin sahaja aku berteriak kecewa, namun hati aku sukar untuk mengeluarkan kata walau sekadar bermadah bicara.

Kau.....
Jangan lihat lagi dunia yang telah berlalu. Teruskanlah hidupmu. Aku sangat-sangat ingin memohon maaf atas keterlanjuran hati yang pernah singgah padamu. Aku akui, undurnya diriku pasti kecewa buatmu. Kerana pertemuan itu ada suatu nikmat yang tersendiri. Namun, biarlah aku berundur sebelum segala-galanya menjadi pujangga cinta. Aku akan menanti suatu yang lebih pasti dan akan aku biarkan ianya mengerti sendiri.

Kau.....
Aku doakan kau tabah kerana pengunduranku ini. Mungkin bukan aku yang terbaik bagimu. Biarlah TUHAN yang berbicara dan kita hanya berdoa kepadaNYA.

Kau....
Percayalah, kau adalah istimewa bagiku dan sungguh, kau adalah antara insan yang pernah menghiasi hidupku, namun aku perlu berundur dan pergi sehingga aku benar2 bersedia. Carilah ketenanganmu yang diingini....

Kau.....Maafkanlah aku...........

Thursday, May 28, 2009

Hati : Makkah Al-Mukarramah….

Kaabah, berjuta orang berkiblatkannya untuk menyembah TUHAN yang Maha Esa....

Pintu utama masuk ke Tempat Saie antara Safa Dan Marwah.....

Masjidil Haram yang menjadi tempat berkumpulnya UMAT ISLAM terutamanya sewaktu mengerjakan HAJI dan UMRAH....

Umat yang sedang melakukan Tawaf, berhenti seketika untuk melakukan Solat secara berjemaah

Masjidil Haram di waktu Musim Haji atau Umrah dalam Bulan Puasa akan menjadi destinasi tumpuan UMAT ISLAM......

Betapa diriku merinduinya

Untuk jejak kaki ke sana

Menziarah Baitullah yang Maha Esa

Beribadat sepenuh jiwa


Ya Allah

Ruangkanlah untukku peluang

Bukakanlah relung hatiku juang

Izinkan rinduku bertandang

Pada Mu Rabb yang Maha Penyayang


Thursday, May 21, 2009

Hati : Menuju Cahaya


Aku melihat dihujung sana
Bersinar indah bercahaya
Menggamit hati untuk melihatnya

Lalu kulangkahkan kaki ini
Menuju ke sana mencari erti
Dan ku mulakan perjalanan ini

Dalam perjalanan
Kutempuh seribu halangan
Untuk menggapai kesempurnaan

Namun,
Aku akur dan sedar
kesempurnaan milik TUHAN
Hanya kita mampu melakar
Tapi TUHAN yang menentukan

Disebalik cahaya itu
Rupanya tersembunyi angin berbisa
Yang bertiupan bersela-sela
Menusuk jiwa dan raga

Hanya perit terasa
Bak luka yang terkena
Pada kulit yang berjiwa

Namun
Akanku tahan peritnya
Sehingga aku berjaya

Akanku bukti pada semua
Selagi nafas masih bernyawa
Takkan ku anggap ini penyudahnya

Sungguh......Destinasiku belum menuju penamatnya......

Tuesday, May 12, 2009

Hati : Mengapa Sang Merpati Putih???

Aku tidak pernah memikirkan
kenapa dan mengapa
aku harus memilih nama Sang Merpati Putih
untuk menukilkan sesuatu catatan peribadi
sehingga seorang daripada sahabat aku bertanya
kenapa aku memilih nama itu
sedangkan aku tidaklah putih
seperti merpati putih pun.

Aku terkesima seketika
memikirkan suatu alasan
yang aku rasakan logik dan munasabah.

Entah yer,
cuma jawapan yang aku berikan adalah
'Ibarat Jinak-Jinak Si Merpati, Walaupun Jinak Tetap Di Hati."
Adakah ia suatu jawapan
yang reasonable???

Terdapat rahsia disebaliknya
yang
jujur
ditutupi.

Bersamanya terhimpun kenangan2
yang
sukar
dilupai.......

Aku biarkan
ianya sekadar menjadi kenangan
yang
aku
abadikan dalam "Sang Merpati Putih"
ini....