Showing posts with label Pengenalan Diri. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan Diri. Show all posts

Thursday, August 14, 2008

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Bersyukurlah....sesungguhnya Tuhan itu tidak akan menzalimi hamba2nya yang taat dan redha dengan ketentuan dan takdir dirinya.

Hanya kata2 seperti inilah yang mampu untuk kita ungkapkan apabila sesuatu yang dihajati tersasar dan terpelanting jauh dari kamus kehidupan....

Tak mengapalah, dah bukan rezki mak dan arwah ayah. Mungkin Tuhan dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka walaupun hasrat mereka diinjak2. Kerana tekadlah, mak dan arwah ayah menjadikan anak2 nya orang2 yang berjaya seperti hari ini. Mudah2han kejayaan yang kami anak2 nya perolehi diredhai dan dilanjutkan agar kami dapat berbakti.

Aku bukanlah seorang budak yang genius apatah lagi bijak. Aku sekadar insan biasa namun aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku. Terus terang aku katakan, aku agak lambat dalam pelajaran. Kadangkala sesuatu ilmu yang diajarkan kepadaku itu payah untuk aku terima. Sampai berkali2 membaca atau mengulang semula, barulah aku akan dapat memahaminya.

Sesuatu yang menguntungkan diri aku, mak dan arwah ayah sangat2 rajin dan 'telatin' dalam memastikan anak2nya berjaya. Walaupun aku ada banyak kekurangan serta agak lambat dalam pelajaran, lambat pula pandai bercakap, tekad dan kesungguhan mereka memberi implikasi yang sangat baik bagi diriku. Aku bersyukur Ya Allah kerana aku dikurniakan mak dan arwah ayah yang sangat prihatin dengan kekurangan aku ini.

Tiba-tiba aku teringat kisah aku sewaktu aku diajar oleh mak. Waktu itu baru belajar mengeja dan membaca. Seperti kanak2 lain yang mendapat perhatian dari orang tuanya. Dengan penuh kasih sayang mak mengajar aku membaca.

Lantas aku pun mengeja dan menyebutnya satu persatu, " O " " B " " O " " R ". Bersama2 itu juga, ada paparan seseorang yang sedang membawa obor. Senang bukan?? Tapi, siapa yang dapat meneka apa yang aku jawab?? Sekarang ini aku sendiri terfikir mengapa aku mengatakan sedemikian sedangkan perkataannya cuma OBOR?

Selesai aku mengeja, aku mengatakan yang bunyiknya adalah " ORANG BAWAK API!". Haha...lucu pula bila aku teringatkan kembali. Sedangkan ianya taklah sesusah mana, cuma ada dua suku kata. Dengan sabar, mak terus membetulkan walau marah tetap marah. Marah2 sayang.

Memang kesabaran mak dan arwah ayah sungguh tinggi sehingga aku tak pasti apakah aku juga telah dan akan bersikap demikian terhadap mereka? Aku juga tak pasti yang aku akan sabar terhadap anak2 kecil seperti mereka??

SubhanAllah...terima kasih mak dan arwah ayah kerana dengan kesungguhan yang kau berikan dalam mendidik aku, aku berjaya seperti hari ini. Mudah2han kalian mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.....

Wednesday, August 13, 2008

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Aku dilahirkan di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang serba sederhana dan aku bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepadaku. Kasih sayang, kesenangan dan bimbingan dari keluarga merupakan hadiah yang paling berharga buatku. Tak ternilai harganya.

Sebelum aku mula bersekolah, beberapa pelajaran telah menjadi rutin bagiku. Mak dan arwah ayah akan mengajar aku mengaji, menulis, membaca dan beberapa perkara asas bagi seorang murid. Mak dan arwah ayah memang garang dan tegas dalam mendidik aku. Kejayaan dalam akademik sangat2 dititik beratkan. Mereka sangat bertekad untuk menjadikan anak2nya cemerlang dan berjaya didalam pelajaran sebagai menyambung cita2 mereka yang tak kesampaian suatu waktu dahulu.

bercerita mengenai kisah mak dan arwah ayah, kadangkala aku sedih untuk mengingatinya. Cita2 mereka besar, namun begitulah lumrah manusia, disebabkan oleh kedangkalan mereka2 yang tak berpandangan jauh serta hasad dengki dan irihati, akhirnya mak dan arwah ayah terpaksa melupakan hasrat mereka yang sangat diidamkan.

Tak perlulah rasanya aku bercerita kenapa dan mengapa. Cukuplah sekadar mengatakan apa yang telah aku perkatakan. Mudah2han mereka2 yang jahat dan tak punya hati itu akan menerima hukuman yang cukup berat dari Tuhan. Jadikanlah ianya sebagai pengajaran agar kita tidak mudah mempercayai apa jua yang berlaku.

Wednesday, August 6, 2008

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Assalamualaikum.....

Buat pertama kalinya, aku mula berjinak-jinak dengan blog seperti ini. Selama ini, aku hanya selalu membaca blog dan juga penulisan orang lain. Tapi, kali ini, aku ingin menjadi seperti mereka dengan memiliki blog sendiri. Aku akan cuba untuk memanfaatkan pertemuan dan perkongsian diruang siber ini dengan sebaiknya. Mudah2han semangat aku kuat untuk meneruskan permulaan ini.

Tak kenal maka tak cinta!

Huh, peribahasa melayu sangat mudah difahami. Baiklah, izinkan aku memperkenalkan diri sepintas lalu. Moga2 semuanya dapat menerima dan berkongsi dengan keluhuran hati yang suci.

Nama aku Mohd Fauzi Bin Abd Rahman. Umur aku sudah menjangkau 26 tahun. Lahir pada 12 Julai 1982. Merupakan anak ke tiga dari tiga adik-beradik. Abang aku yang sulung sepuluh tahun lebih tua dari aku, 36 tahun umurnya kini. Sekarang dia menetap di Nilai, Negeri Sembilan dan bekerja di Shah Alam. Kakak aku yang kedua sudah berumur 32 tahun. Beza 6 tahun umurnya. Dia kini bekerja di Pasir Gudang, Johor dan mungkin akan bepindah ke Kuala Lumpur.

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. Ayah dan Mak aku merupakan peneroka Felda sejak tahun 1975(kalau tak silap aku). Sekarang hanya tinggal mak aku saja. Arwah ayah sudah pergi meninggalkan aku sekeluarga 6 tahun yang lalu. Tanggal 11 Disember 2002 bersamaan 6 Syawal merupakan satu tarikh yang hiba bagi aku sekeluarga. Namun, itulah ketentuan Tuhan yang terpaksa kita redha. Mudah2han roh ayah aman dan tenang di alam kubur sana. Alfatihah.....