Showing posts with label Falsafah. Show all posts
Showing posts with label Falsafah. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

Falsafah : Persahabatan Dan Pergaulan

"Seribu kawan masih terlalu sedikit buatmu, tetapi seorang musuh sudah terlalu banyak bagimu"

- Mahatma Ghandi-

Thursday, April 2, 2009

Falsafah : Kehidupan

Kehidupan semalam sekadar masa silam bagi kita. Jangan terlalu merinduinya kerana ia tidak pernah menghargai kita. Jadilah perindu hari ini, kerana penghargaan mungkin hadir dikala kita menghargainya.....

Saturday, March 7, 2009

Falsafah : Sahabat.....

Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

Thursday, January 15, 2009

Falsafah : Agama

“Ingatlah Allah ketika kamu dalam keadaan senang supaya Dia mengingati engkau di waktu engkau susah” - Maksud Al-hadith

Saturday, September 20, 2008

Falsafah : Watak Manusia

" Dalam kesulitan akan terungkap watak seseorang, dalam fitnah akan terungkap kemurniaan pendapat, dalam pemerintahan akan terlihat kemurniaan akhlak, dalam harta akan terlihat belang orang yang mengaku takwa, dalam pangkat akan terlihat keluhuran asal-usul dan dalam kesusahan akan terlihat kejujuran persaudaraan" - Dr. Musthafa al-Siba'i.

Tuesday, August 26, 2008

Falsafah : Persahabatan dan Pergaulan

" Tidak ada kesenangan hati yang melebihi kesenangan bersahabat, dan tidak ada kedukaan yang melebihi kedukaan putusnya persahabatan. " - Abu Hakim

Thursday, August 21, 2008

Falsafah : Persahabatan dan Pergaulan

" Jika anda ingin supaya anda diperhatikan orang, maka jadilah anda orang yang pandai mendengarkan, dan berilah alasan dan kesempatan kepada orang lain supaya dia bercerita mengenai dirinya sendiri." - Dale Carnegie.

Thursday, August 14, 2008

Falsafah : Kesihatan Jasmani & Rohani

" Ada empat perkara yang boleh melemahkan badan iaitu banyak bersetubuh, banyak berdukacita, banyak minum tanpa makan dan banyak memakan makanan yang masam". -Imam Al-Ghazali.

Wednesday, August 13, 2008

Falsafah : Agama dan Falsafah

" Adapun tanda agama yang hak itu ialah yang dapat menghidupkan, menyedarkan dan menginsafkan diri dalam hatimu perasaan tahu akan harga diri". - Hukamak.

Wednesday, August 6, 2008

Falsafah

" Suatu kesilapan manusia yang tidak dapat dimaafkan oleh budi pekerti ialah bahawa mereka lebih mengutamakan bentuk dan rupa sesuatu, daripada nilai akhlaknya." - Sidi Gazalba