Monday, December 22, 2008

Berita : Felda bayar bonus minggu depan

MARAN 21 Dis. - Felda akan mula membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM144.44 juta kepada peneroka yang setia bersama agensi itu mulai minggu depan, kata pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Beliau berkata, bayaran bonus itu memberi gambaran positif bahawa Felda tetap menunaikan janji untuk membantu warga peneroka walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar pada masa ini.

"Setiap peneroka yang bersama Felda menerima bonus purata RM2,000 seorang dan ini memberikan sumber kewangan yang diperlukan khususnya menjelang permulaan sesi persekolahan akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan acara penutup program Kembali Berkhidmat Untuk Masyarakat anjuran Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian bonus itu kepada 84,581 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Mohd. Yusof mengingatkan warga Felda supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu.

" Alhamdulillah, rezki datang dari Allah. Mudah2an yang dapat tu jangan mudah lupa diri. Ingat, sebenarnya tak semua tu milik kita! Ingat2la, rezki mesti dibelanjakan di atas jalan Allah. Selamat menguruskan kewangan dengan baik wahai warga Felda!"

Berita : Pernikahan tepis segala cemuhan

PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pada pagi Sabtu lalu membuktikan bahawa pasangan tersebut tidak lut pada segala cemuhan.

Sejak Mawi dan Ekin menguar-uarkan percintaan mereka pada 21 Oktober lalu, pasangan tersebut tidak henti-henti dilanda ujian.

Namun, berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain, akhirnya Mawi dan Ekin berjaya disatukan jua oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said pada pukul 11.40 pagi.

......sebahagian petikan sari utusan malaysia.....

" Selamat Pengantin Baru buat Mawi dan Ekin. Semoga jodoh kalian berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Segak dan anggunnya diorang. Bila agaknya aku yerk??? :)))"

Motivasi : Mula Kembali

Haha...tajuk pun dah macam sedey.....

Takpelah, aku rasa aku akan mulakan langkah baru aku. Lepas ni, aku cuba untuk buang semua perkara2 remeh yang bukan aje menyempitkan pergerakan aku, tapi jugak memusnahkan deria keceriaan aku.

Aku bertekad untuk melupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini, tapi, aku takkan pernah lupa kekuatan yang telah diberikan oleh mereka2 yang prihatin kepada aku. Jasa kalian takkan aku lupa sampai bila2. Hanya Tuhan dapat membalasnya...InsyaAllah...

Wednesday, December 17, 2008

Diari : Jatuh, Lalu Ku Tinggalkan Ia

Alhamdulillah, sesungguhnya pagi ini Tuhan masih memberikan aku peluang untuk terus menjadi hambaNya di muka bumi. Memberikan aku nyawa dan nikmat kehidupan setelah dimatikan sementara di alam tidur.

Pagi ini, aku meneruskan perjalanan untuk mencari rezki Tuhan walaupun sekarang ini aku hanya menghitung hari2 terakhir perjuangan aku di sini. Aku redha dan aku harus akur. Selagi aku masih di sini, aku perlu meneruskan kerja dan tanggungjawab.

Sebenarnya, pagi tadi, dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja, aku memandu seperti biasa. Tanpa menggunakan penyaman udara kereta (memang dah rosak). Entah macammana sementelah terlalu laju di selekoh, aku tidak menyangka semua barang2 yang berada di dashboard bertaburan dan jatuh iaitu Al-Quran kecil dan cermin mata hitam serta beberapa barang lain.

Mujur Al-Quran jatuh hanya di dalam kereta, tetapi cermin mata hitam jatuh keluar dari kereta. Sempat juga aku berfikir untuk berhenti dan mengambilnya kerana itulah barang berharga serta kenangan ketika aku pergi ke Jepun dahulu. Dalam keterbatasan waktu itu, aku sempat membulatkan tekad untuk membiarkan sahaja ia tanpa di ambil kembali.

Mengapa aku membiarkannya kerana hanya itulah kenangan aku ketika di Jepun dahulu? Aku sendiri kurang pasti tetapi aku tetap mengikut kata hati sendiri walaupun ia sudah dianggap membazir.

Dalam perjalanan seterusnya, aku terus memikirkan hal yang berlaku. Mungkin ada sesuatu yang ingin Tuhan tunjukkan kepada aku untuk berfikir seketika. Erm, mungkin benar....

Selama ini, aku sering meletakkan kasih sayang tak kiralah pada benda, kawan, teman atau keluarga. Namun, apa yang telah berlaku dalam hidup aku lewat masa ini, aku akur bahawa kasih sayang yang diberikan hanyalah sementara. Kita tak mampu untuk menerima dan membiarkan ianya berada bersama dengan kita disepanjang hayat.

Mungkin kurang berkaitan antara kasih sayang dan meninggalkan apa yang kita sayang. Namun, aku membulatkan tekad untuk tidak akan menyayangi apa pun jua tanpa berlandaskan kepada hukum Tuhan. Cukuplah dengan apa yang belaku. Dan aku harus tegar untuk menerima segalanya dan aku harus kuat untuk pergi meninggalkan apa yang aku sayang, demi mencari kekuatan sendiri!.....

" Meninggalkan adalah suatu yang perit, tetapi yang lebih memeritkan adalah apabila kita ditinggalkan sewaktu kita memerlukan."

Kemanisan.....

Indahnya gula, sifatnya manis membuatkan semut tertarik padanya. Begitulah hidup manusia. Kemanisan yang ada pasti membuatkan orang lain akan dapat merasai kemanisan tersebut. Sebenarnya, bila kita ceria dan gembira, kita telah menyumbangkan suatu bakti kepada orang lain agar dia turut gembira bersama.
Namun, perlu diingat bahawa, kemanisan kita tidak akan berharga apabila kita terlalu bersimpati dengan kemanisan tersebut sehingga kita hanya membiarkan manis itu hanya di mamah bila perlu. Habis manis, ia kosong tanpa erti. Berhati2lah dalam hidup dan ikhlaskanlah perasaan demi Allah, Tuhan semesta 'Alam.

Lirik : Ku Kunci Rindu Buatmu

Kenapa ya aku letak lagu ni? Aku sendiri pun tak tahu tentang lagu ni. Entahlah, tapi aku rasakan ada sesuatu dalam lirik lagunya. Apakah yang terjadi sebenarnya?
" Hanya Tuhan Yang Maha Tahu"

Tuesday, December 16, 2008

Diari : Esok Letak Surat

InsyaAllah, esok bermulalah suatu peralihan fasa dalam hidup aku. Suatu keputusan yang aku rasakan terlalu drastik dan terlalu cepat pernah aku buat. Antara kehidupan masa kini dan akan datang. Benarlah, Allah memberi pilihan dan akal, namun hanya kita yang mampu untuk membuat pilihan tersebut mengikut kehendak dan takdir Tuhan.

" Suatu bangsa tidak akan mampu mengubah keadaannya melainkan bangsa itu yang mengubah dirinya sendiri"

Justeru, esok adalah antara hari bersejarah yang akan aku ingat dalam kamus kehidupan aku sampai bila2. Esok, aku akan menghantar notice untuk meletak jawatan sebagai seorang jurutera R&D di PCM.

Pada awalnya, memang payah untuk aku membuat keputusan. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan aku masih sayang pada PCM. Bukan sayang pada company, tapi banyak kekuatan aku terbina di sini dan mungkin sukar untuk aku mendapatkannya dari tempat lain. Tapi, aku percaya, Tuhan tidak akan pernah membuang memori aku sepanjang berada di sini. Dan aku pasti, aku akan sentiasa merindui semangat aku di sini bersama orang2 yang pernah aku rindui....... :))

" Wahai hari ESOK, tunggulah! Sejarah akan termaktub dalam bukunya. Pilihan sudah berada ditangan. Hanya menanti orakan langkah yang bakal tercipta".

Hati : Pergi Ku Hanya Seketika

" Aku hanya meninggalkanmu buat seketika, namun aku akan menanggung amanah yang terpikul di bahuku selamanya. Demi masa depan, aku rela berkorban".

Setelah tawaran diumumkan, aku termenung seketika dalam membawa hati dan minda untuk mencari keputusan yang perlu dipilih. Aku hanya boleh memilih satu dan bukan dua atau tiga. Begitulah lumrah manusia, andai diberi pilihan.

Aku percaya, ketentuan Tuhan ini adalah yang terbaik untukku. Ketika aku memerlukan kekuatan, semua mereka menjauh dari aku. Aku hanya mampu membina kembali kekuatan dengan semampu yang mungkin.

Justeru, pergiku ini bukanlah selamanya. Aku bertekad untuk kembali semula, mungkin bukan di sini, tetapi aku akan pastikan amanah tetap amanah!

" Tuhan, aku pohon kepadaMu keredhaan dan keberkatan atas keputusan yang aku pilih ini. Permudahkanlah laluan untukku dalam mendidik anak bangsa. Kurniakanlah yang terbaik bagiMU dan bagiku mengikut kemampuanku"

Sunday, December 14, 2008

Diari : Percutian ke Terengganu

Alhamdulillah, aku selamat pergi dan selamat kembali dari percutian ke Terengganu. Walaupun ianya sesingkat cuma, namun ia cukup memberikan aku sedikit nafas baru setelah sesak beberapa ketika.

Ya, aku pasti akan mencoretkan sesuatu agar aku sendiri mampu mengingati peristiwa2 silam yang bukan bertujuan mengembalikan kesedihan atau kekecewaan yang berlaku, cuma sekadar kenangan yang tak mungkin diulang kembali.

Aku bertolak ke Terengganu pada hari Jumaat malam Sabtu (12.12.2008) bersama 2 lagi sahabat aku, where & paklong. Cuma malam itu, persediaan aku agak tergesa lantaran khidmat aku diperlukan seketika. Aku ikhlas membantu, cukuplah sekadar aku dihargai. Lantaran pula, aku akan berhijrah ke kehidupan yang baru.

Tiket menunjukkan jam 10.05mlm bas akan bertolak dari Johor bahru ke Sri Puteri, Skudai. Mungkin dalam jam 10.30 @ 10.40, aku akan memulakan perjalanan ke Terengganu. Namun, apa yang dijanjikan tersasar! Setelah menunggu hampir satu jam lebih (11.25mlm) , akhirnya perjalanan dimulakan dengan lafaz Basmallah.

Suatu perjalanan yang memenatkan! Hari ini, baru aku dapat rasakan betapa peritnya dan sanggup berkorbannya mereka2 yang menyambung pengajian jauh dari kampung halaman. Walaupun, perjalanan aku ini hanyalah sebuah percutian, tetapi kepenatan mampu dirasai. Sungguh Tuhan memberi mereka pahala Jihad, InsyaAllah....

Singgah sebentar solat subuh di suatu masjid pada jam 6.15 pagi dalam daerah Terengganu. Akhirnya, aku sampai ke Kuala Terengganu dalam jam 8.00 pagi. Pusing seketika mencari tempat untuk bersarapan dan kemudian memerhati serta cuba memahami kawasan sekitar. Maklumlah, belum pernah aku sampai ke sana. Mujur ada 2 org lagi sahabat aku. Taklah terpinga2 sangat.

Aku menunggu kedatangan seorang kawan yang berjanji untuk mengambil kami bertiga dan membawa ke mana2 tempat asalkan OK. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melawati Taman Tamadun Islam. Kebetulan pula terserempak dengan majlis penyerahan royalti minyak negeri Terengganu yang dibuat di dalam dewan konvensyen TTI.Tapi, taklah kami terlibat ke sana, sekadar memerhati dari jauh.

Entahlah, aku tidak pasti apa permainan yang mereka sedang lakukan. Biarlah Tuhan yang menjadi Saksi....

Satu lagi, berkenaan dengan Masjid Kristal! Entahlah, aku sendiri tak faham untuk apa pembinaan masjid itu yang agak jauh dari perkampungan orang Islam, hatta mereka sendiri sudah mempunyai surau mahupun masjid yang terdekat. Lebih2 lagi, mereka yang mengimarahkan masjid adalah dari golongan yang sudah berusia, payah untuk melihat anak2 muda sama2 berjemaah di masjid2 mahupun surau. Hal ini akan kupas suatu hari nanti....

Penat juga berpusing melihat2 replika masjid2 besar diseluruh dunia. Sempat juga merakam gambar buat kenang-kenangan. Cuma, waktu terlalu pendek, matahari terlalu terik. Akhirnya, sampai ke rumah pengantin dalam jam 3.30ptg. Sebenarnya, inilah tujuan asal aku untuk menghadiri majlis perkahwinan member baik semasa belajar di UTMKL dan UTMJB. Ibarat menyelam sambil minum air.....

Sambil menunggu bas sebelum pulang ke Johor bahru, sempat juga aku bertiga membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan jodoh dan masa depan. Hanya tinggal kami bertiga sahaja yang masih membujang. Namun, aku optimis dengan setiap yang berlaku. Kadangkala hati dan perasaan terlalu payah untuk difahami. Cuma, segala perasaan adalah kurniaan Tuhan. Redha dan pasrahlah dengan ketentuan-Nya. Aku yakin, Allah memberi sesuatu sebagai ujian dan akan menggantikannya dengan nikmat dan kesyukuran.InsyaAllah.....

Jam 9.00malam, aku bertolak ke Johor Bahru dari Hentian Bas Kuala Terengganu dan sampai di Sri Skudai hari Ahad (14.12.2008) pada jam 6.00pagi. Sepanjang perjalanan, aku tidak sedar apa yang berlaku kerana terlalu letih. Aku tidak ada rehat sebelum bertolak ke Terengganu, berjalan jauh, Melawat replika masjid di TTI semasa panas berdeting dan kemudian balik semula ke Johor Bahru. Uhh, penat tapi ada pengalaman dan kenangan yang mungkin menjadi sejarah berharga dalam hidup aku.

Terima kasih sahabat kerana sudi mengajak aku sekali ke Terengganu. Mungkin inilah yang pertama dan mungkin ini jua adalah yang terakhir......