Monday, January 12, 2009

Berita : Ibu bapa bimbang guru Semenanjung ramai

SIBU: Ketika usaha menghantar guru Semenanjung mengajar di Sarawak disambut baik bukan saja ke arah menangani masalah kekurangan guru, malah ke arah memantapkan lagi integrasi nasional, namun timbul kebimbangan di kalangan ibu bapa mengenai kuota guru Semenanjung di sesetengah kawasan di luar bandar negeri ini, yang dikatakan terlalu ramai berbanding guru tempatan.

Bahagian Kapit, kira-kira tiga jam perjalanan dengan bot dari bandar ini misalnya dikatakan menghadapi masalah lambakan guru Semenanjung sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa, yang mengadu kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili masyarakat luar bandar negeri ini.

Malah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kain, Baleh, dalam bahagian itu, kesemua kuota sembilan guru yang ditugaskan mengajar di sekolah berkenaan terdiri daripada guru dari Semenanjung, tanpa ada seorangpun guru tempatan.

Presiden PRS, Datuk Sri Dr James Jemut Masing berkata, sebanyak 71.4 peratus atau 500 daripada 700 guru di Bahagian Kapit adalah dari Semenanjung dengan majoritinya berasal dari Kelantan.

"Kita menghargai kesediaan guru dari Semenanjung berkhidmat di kawasan luar bandar di Sarawak dan berterima kasih kepada mereka, namun ibu bapa di luar bandar mahu supaya jurang perbezaan antara jumlah guru Semenanjung dan tempatan yang mengajar di luar bandar negeri ini dirapatkan. "Sekurang-kurangnya jumlah guru Semenanjung dan tempatan diletakkan dengan jumlah yang seimbang. Kita membangkitkan perkara ini atas permintaan ibu bapa dan ia turut dijadikan salah satu resolusi PRS dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Kapit kelmarin," katanya.

Resolusi PRS turut meminta kerajaan menghubungkan bahagian Kapit dengan jalan raya dengan bahagian lain, kerana setakat ini hanya bahagian Kapit ibarat pulau di Sarawak, yang hanya boleh dihubungi dengan bot.

" Pasal perkara ni, aku lebih suka melihat dari sudut positif. Setiap langkah yang di ambil oleh kerajaan mempunyai pro dan kontra. Namun, sejauh mana pro dan kontra itu dapat dikawal spy semua pihak dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Bagi aku, aku bersetuju dengan PRS yang menyuarakan hal ini. Setidak2nya kerajaan akan berfikir semula spy tidak melambakkan guru2 semenanjung ke sabah dan sarawak. Buat pengetahuan semua, 60% lepasan UPSI ke sabah dan 40% ke sarawak utk tahun lepas. So, ape nak dikata???"

Hati : Touch


" Tuhan telah menentukan yang mana yang terbaik bagi kita. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan perolehi. Sesungguhnya, banyak hikmah yang tersembunyi disebalik setiap yang berlaku. Cinta mungkin akan lebih bahagia andai ianya dibiarkan pergi."

Sajer : Kenangan

Dah kol 1 pagi. Mate aku cam tak mo tido lagik. Aku sendirik tak tau nape....Lagipun, kelas esok kol 2ptg...so, pe lagi, main tenet ar...ekekeke...


Tapi kn, aku cam nak masukkan gambo yang satu ni...aku sendirik tak tau, pe sebabnyer....aperpun, tgk ar...sumer org de kat situ....

" Kerinduan yang hadir tetap meninggalkan kesan di lubuk sanubari."


Diari : Malam Pertama....aku try broadband kat UPSI...hehe

Salam...Ehm, malam ni aku br smpi kat bilik hostel kat UPSI nih. Penat gak. Dari Klang aku gerak kol 6ptg. Sib baik abg aku antar kat KL sentral. Kalo tak, bykla brg yang aku kene angkut dr Bukit Badak ke KL sentral. Sekurang2nyer dh sebahagian perjalann. Time kasih abg. Hehehe...

Dari KL sentral ke Masjid Jamek, kemudian ke Plaza Rakyat. Berpeluh2 bawak beg yng byk dn berat tu...huhuhu.. Tapi takperlah, janji sampai kt destinasi. Dari Puduraya kol 8mlm dan sampai kt Arked Bahtera, UPSI kol 9.20mlm....

Laparnyer, singgah jap kat kedai mkn. Makan bungkus ajer. Nasik goreng ikan masin yang ala2 tak brape sedap. Tapi, bersyukurla....ader gak makanan....

So, mlm ni try ar kepoweran broadband celcom kt sini. Huhuhuhu.....dpt 2G ajer....GPRS la tuh....rindu lak aku kt network kt Pasir Gudang. Dpt HSDPA kat saner....Bagai langit ngan bumi kat sini...Tapi, takper ah....dpt gak aku tgk2 brite2 terkini terutamanya blog aku ni dn friendster...Hopefully, dpt gak aku chat ngan member2 kijer yang aku rindui....eiiiii, geli lak aku...wakakakaka....

" Sebut pasai member kijer, aku masih terbayang kedudukn meja ngan ngan kusi yng aku duduk. Semua tu kenangan yang berlalu.......:))"

Thursday, January 8, 2009

Diari : Hari2 Baru Bermula

Ehm.....dah lama betu aku rase tak update blog nie....bukan tak mo, cume mase tak mengizinkan...

Alhamdulillah, dah hampir seminggu aku mulakan idup baru di satu tempat yang agak asing bagi aku. Tapi takper, semua ni dah ketentuan Tuhan untuk aku. Mudah2han keputusan yang aku buat ini diredhai dan diberkati Allah.

Aku tak sempat nak taip panjang2. Maklumlah, aku belom bawak laptop lagi ke sini. Aku cume boleh gunakan khidmat cc ajer. Secara sambilan sementara tunggu kelas, aku carikla cc yang boleh aku gunakan. Sib baik cc ni tak jauh dari tempat kuliah aku....

Ehm, nak gak aku kongsi keadaan aku kat sini....tapi, nantilah. Aku tak leh nak upload gambar2 lagi...aku baru nak skodeng gambar2 dari team PCI mase haluan siswa tu hari...ader rezki, dptlah aku upload gambar kat sini eh.

Aku benornye, rindu kat johor, tanah tumpah darah aku. (kota tinggi ar). Tapi, nilah pengorbanan yang aku wat demi mase depan aku sendiri. Aku rindu kat kengkawan kat sane. Aku rindukan pcm. Aku rindukan rumah aku kat kota. Aku rindukan rumah akak aku kat pasir gudang. Aku rindukan kete aku. walopun kete tu burok, tapi kete tu byk memori bagi aku....

hehehe....aku ni slalu sangat perasan, berangan pun ader....biarlah, kerinduan tu aku sendiri yang tanggung......

Salam permisi ku undur diri....wakakaka

Friday, December 26, 2008

Diari : Hari2 Terakhir Di Sini

Tinggal 2 hari aje lagi aku kat PCM nih. Aku sendiri tak tau ape perasaan aku samada suka, gembira, ceria, sedih atau kesal. Yang aku pasti semua perasaan tu ada dlm hati aku.

Aku suka kerana aku akan memulakan kehidupan baru aku selepas ni.
Aku gembira kerana cita2 aku hampir terlaksana.
Aku ceria kerana aku mula nampak masa depan aku sendiri...
Tapi dlm mase yang same,
Aku sedih kerana meninggalkan kawan2 dan semangat aku di sini.
Aku kesal kerana aku tak sempat jumpa semua kawan2 aku dan meraikan perpisahan ini....

Tapi benarlah, Tuhan itu lebih tahu atas stiap yang berlaku. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana memberi aku ruang dan peluang di tempat baru. Mungkin aku boleh lupakan sesuatu yang pernah berlaku di sini.

Mudah2han aku dapat kehidupan yang lebih baik apabila jadik pendidik nanti. Dan mudah2han juga aku dapat bina 3 kekuatan aku yang pernah menjauh.

Camne aku nak ucapkan trima kasih pd kwn2 yang berikn aku kekuatan stelah aku goyah seketika dulu? Hmmm, tak mampu rasanya nak balas jasa diorang. Hanya Tuhan dapat membalasnya. Terima kasih kawan2 semua. Moga kita berjumpe lagi di lain masa. Eh, hari selasa ader lagi lah....:)))

Monday, December 22, 2008

Berita : Felda bayar bonus minggu depan

MARAN 21 Dis. - Felda akan mula membayar bonus insentif produktiviti berjumlah RM144.44 juta kepada peneroka yang setia bersama agensi itu mulai minggu depan, kata pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Beliau berkata, bayaran bonus itu memberi gambaran positif bahawa Felda tetap menunaikan janji untuk membantu warga peneroka walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar pada masa ini.

"Setiap peneroka yang bersama Felda menerima bonus purata RM2,000 seorang dan ini memberikan sumber kewangan yang diperlukan khususnya menjelang permulaan sesi persekolahan akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan acara penutup program Kembali Berkhidmat Untuk Masyarakat anjuran Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian bonus itu kepada 84,581 orang peneroka Felda di seluruh negara.

Mohd. Yusof mengingatkan warga Felda supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu.

" Alhamdulillah, rezki datang dari Allah. Mudah2an yang dapat tu jangan mudah lupa diri. Ingat, sebenarnya tak semua tu milik kita! Ingat2la, rezki mesti dibelanjakan di atas jalan Allah. Selamat menguruskan kewangan dengan baik wahai warga Felda!"

Berita : Pernikahan tepis segala cemuhan

PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pada pagi Sabtu lalu membuktikan bahawa pasangan tersebut tidak lut pada segala cemuhan.

Sejak Mawi dan Ekin menguar-uarkan percintaan mereka pada 21 Oktober lalu, pasangan tersebut tidak henti-henti dilanda ujian.

Namun, berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain, akhirnya Mawi dan Ekin berjaya disatukan jua oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said pada pukul 11.40 pagi.

......sebahagian petikan sari utusan malaysia.....

" Selamat Pengantin Baru buat Mawi dan Ekin. Semoga jodoh kalian berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Segak dan anggunnya diorang. Bila agaknya aku yerk??? :)))"

Motivasi : Mula Kembali

Haha...tajuk pun dah macam sedey.....

Takpelah, aku rasa aku akan mulakan langkah baru aku. Lepas ni, aku cuba untuk buang semua perkara2 remeh yang bukan aje menyempitkan pergerakan aku, tapi jugak memusnahkan deria keceriaan aku.

Aku bertekad untuk melupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini, tapi, aku takkan pernah lupa kekuatan yang telah diberikan oleh mereka2 yang prihatin kepada aku. Jasa kalian takkan aku lupa sampai bila2. Hanya Tuhan dapat membalasnya...InsyaAllah...