Sunday, January 18, 2009

Sajer : Gambar Kat Kad Metrik....

Inilah budak itam yang polis tu serba salah nak cakap hensem. Sebab mmg tak ensem....wakakaka....

"Bersyukurlah pada Tuhan dengan apa yang aku ada"

Diari : Majlis Perpisahan Aku & Kawan2 Kat Damai Village......

Dah lama sebenarnya aku nak masukkan gambar2 nih, tapi tak sempat....Sbb aku buat menurut jujukan yang berlaku dulu. So, majlis ni adalah perpisahan terakhir antara aku dgn kwn2.....Huhu sedeynyer bile tgk gambar2 nih.....

Majlis ni dibuat kat Damai Village. Semua member ITS yang rapat2 ada...kecuali Hafiz. Sorry yer Hafiz, aku tau mgkn ko takkan bace, tapi aku nak mintak maaf byk2 sbb tak dpt jumpe sblm aku benti.....Smoga berjaya....Tuan Haji Hafiz...:))

Mase mula2 makan, nasik ngan lauk masih penuh lagik.....peace...:))

Haaa...sekejap ajer dh licin....wakakaka

Ini dia (dari kiri) Jufri, Hazman, aku, Dani, Azrul dan Rauf........

Aku dikelilingi aweks2......hui, tu sumer dh de orng punyer, de yang dh kwen lagi...wakakaka

Huuuuuu...sedeynyer aku nak benti....(tgh kesat air mater)...hehehe

Ni sumer yang g makan2 malam tuh......Semuanya tinggal kenangan....

Kenangan terkahir.....

Wakakaka....ni hadiah dari Azrul ngan Dani...
Tempat letak air mineral berwajahkan gajah yang comel....hehehe
Thank you....

"Setiap pertemuan mungkin melahirkan keceriaan dan kegembiraan. Namun, setiap pertemuan itu juga bakal menjelmakan perpisahan. Sebuah perpisahan adalah keperitan yang sukar digambarkan. Namun, hakikat kehidupan perlu diteruskan. Kita tak mampu untuk menafikannya kerana kita hanya insan yang kerdil lagi hina.Semuanya Telah ditakdirkan Tuhan.

Aku sempat menjadi warga PCM 2 tahun dan aku sempat mengenali kawan2 aku semua. Terus terang aku katakan, perpisahan ini adalah perpisahan yang sukar aku terima. Namun, demi tuntutan masa depan, aku akur dan redha. Terima kasih kawan2 kerana kalian adalah pembuka keceriaan dalam hidup aku dikala aku memerlukan keceriaan itu.

Namun, aku tetap ralat dengan ketiadaan seorang lagi kwn, Hafiz, yang belum lagi pulang dari Mekah. Apapun, aku harap dia takkan pernah ralat dan mudah2han dia berjaya dalam apa jua yang dia lalui. Cuma, terima kasih aku ucapkan kerana dia juga sangat banyak menyedarkan aku makna hakikat!


Kini, aku sudah melangkah ke alam baru. Sedar atau tidak, perpisahan ini mungkin menjarakkan hubungan antara kita semua. Namun, percayalah.....selagi kalian tetap mengingati aku, InsyaAllah, aku akan tetap mengingati kalian sebagai 'part of my best history'.

Semoga persahabatan ini tidak akan pernah terpadam. Thank you very much from deep of my heart."

Berita : Pilihan Raya Kecil Parlimen K. Terengganu

CALON Pas Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) mengangkat tangan selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Wan Mustafa Wan Hassan (tiga kiri) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. - Foto Bernama

" Tahniah calon pas kerana memenangi pilihan raya kecil parlimen Terengganu dengan majoriti 2631 undi.

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252
Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883
Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193


Info:






Majoriti:2,631






Undi Rosak:665






Pemilih berdaftar:80,229






Keluar Mengundi:63,993






% Keluar Mengundi:79.9%


Ini merupakan suatu pengajaran buat barisan kerajaan dan fahamilah luahan hati rakyat. Bagi kami rakyat Malaysia, bukanlah terlalu taksub dengan pakatan pembangkang mahupun Pas itu sendiri. Kami inginkan sebuah keadilan yang mutlak untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan berintegriti.

Salahkah barisan2 media memberikan laporan yang seimbang kepada barisan pembangkang? Bersikap adillah kepada semua pihak. Berikan mereka ruang dan peluang untuk sama2 berjuang demi masyarakat dan demi membangunkan negara Malaysia ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.

Kami sudah mual dengan laporan berat sebelah yang diberikan. Kami sudah bosan dengan laporan palsu yang diberikan. Jangan perjudikan nasib rakyat dan bangsa melayu khususnya.

Kami, warga2 yang berpelajaran bukanlah tidak menghargai atau golongan yang tidak membalas budi. Tapi, kami inginkan pembaharuan yang sebenar. Percayalah barisan kerajaan, kami sayangkan kerajaan, tapi barisan kerajaan tidak pernah mendengar luahan hati rakyat.

Janganlah digembar gemburkan kesalahan orang lain, tapi cariklah bagaimana sesuatu perkara atau isu itu boleh diperbaiki. Jangan suka menuding dan memburukkan orang lain. pleaselah kerajaan, dengarlah. Kami terlalu letih dengan mainan politik yang tak bertepi ini.

Aperpun, tahinah kepada penduduk Kuala Terengganu kerana memberikan suatu keputusan yang boleh memberi mesej kepada kerajaan. Kepada Ahli parlimen baru, Abdul Wahid Endut, Tahniah dan banyak tugas besar menanti anda. berhati2lah dan selamat berjaya.....:))"

Motivasi : Memasak dpt kurangkan tekanan

Erm, mase aku pegi makan tadi, sementara tunggu makanan yang diorder sampai, aku terbaca satu artikel pendek yang mengatakan memasak boleh meredakan tekanan yang dihadapi.

Artikel ni mengatakan jika seseorang itu memasak, ia akan memberikan satu fokus kpd proses memasak itu dan menyebabkan proses itu dpt meredakan tekanan yang sedang dihadapi oleh seseorang. Konsepnya sama seperti seseorang yang sedang mempunyai tekanan tapi melakukan kerja2 kebun.

Secara realitinya atau logiknya, aku rasekan konsep ini betul dan boleh diikut oleh sesape pun. Namun, ia bukanlah satu kemestian, tapi sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress yang ada.

Cubalah......:))

" Aku rasekan ia mempunyai kebenaran. Melalui pengalaman aku bekerja di Panasonic suatu mase dulu, aku mmg memasak kat rumah walaupun aku sekadar menggoreng telur ayam, atau ikan goreng dan sewaktu dengannya. Aku merasakan yang hidup aku serba lengkap, Alhamdulillah. Walaupun aku duduk sorang2, tapi aku tetap ceria dan mampu menghadapi tekanan yang berlaku dengan tenang. Bohongla kalau aku katekan yang aku tidak ada tekanan langsung, tapi, aku bersyukur kerana aku masih dapat menghandlenya dengan baik.

Tapi, setelah beberapa lame lepas tu, aku dah jarang masak lantaran slalu balik keje lewat. Satu demi satu tekanan aku hadapi. Sehingga tekanan itu membuatkan aku hilang fokus pada kehidupan sendiri.

Jadik, artikel pendek ini ada benarnya. Cuma, sejauh mana kebenaran itu memberikan kesan besar atau kecil, aku tak pasti. Apa yang boleh aku katekan adalah, memasak merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi dan memberi keberkatan dalam rumah yang kita tinggal."

Diari : Forum Conference

Ehm, pagi nie aku tetibe dpt mesej dari member aku soh kol dia balik utk masuk ke forum conference bebudak UTMJB. Rindu rasenye ngan diorang. Maklumlah dah lame tak jumper. Dulu byk je aktiviti aku ngan diorang. Same2 dari UTMKL, kemudian ke UTMJB dan sekarang masing2 dah bawak haluan yang berbeza. Bila teringat balik kenangan lame, hati jadik sayu seketika. Mudah2han persahabatan yang terbina takkan pudar selamanya.

Yang terlibat dalam forum conference tadi termasuklah aku, epul, farha, diyana dan nazri. Kitaorg mmg rapat. Kekadang sambut besday pun same2. Tak kisahlah sape blanje. Biasenyer tuan punye badan ar blanjer.....

Epul dah kawen dh. Baru 25hb disember aritu kawen. aku g lah majlis dia kat umah pompuan, Muar. Aku dengar dia nak keje kat area JB. Tapi lupe lak aku nak tanyer dia dh dpt ke belom. Sebelum nie dia keje kat Cytron.

Farha keje ngajar kat ILP Sandakan. Haha....jadik tenaga pengajar jugak dia. Padahal dia tak brape minat. Nak wat camner, kalo dh rezki dia kat situ, maka ke situla dia.

Diyana keje kat U-Mobile. (ke sekarang dh tukar name eh?) aku luper lak. Nazri still sbg blajar master by research kat UTMJB. Where tak mo ckp. Dia malu agaknyer.....eeee...geli jer where...wakakaka...

Aper2 hal pun, diorang mmg kwn2 yang baik. Aku beruntung dpt kwn2 cam diorang. Cuma sekarang dh xboleh nak gossip2 cam dulu. Kalo dulu, akula org yang tau semua gossip. Hehehe...
Sekarang gossip aku pn tak terlayan, pe lagi nak layan gossip org len. Malas dah...hahaha...

Mudah2han satu hari nanti dpt kita semua jumpe beramai2. Leh sbg gossip2 terkini...:))

" Sahabat, pertemuan yang dizinkan Tuhan seringkali memberikan kita nafas baru untuk terus hidup. Tapi, kita seringkali terlupe pada sebuah perpisahan yang akan menyusul kemudiannya. Keberkatan pertemuan akan diringi oleh keredhaan Tuhan andai diri kita bersyukur dengan hikmah dan ketentuannya. Justeru, bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana tidak semua yang ada pada kita dimiliki oleh orang lain."

Diari : 16 Januari 2009

Selepas aku menonton citer Sifu dan Tongga arahan Razak Mohaideen, lakonan Apek dan Nabil, aku terus balik ke rumah. Macam biaselah, naik bas dari kampus ke rumah. Nasib baik perkhidmatan bas kat UPSI ni baik dan bagus. Kalau macam bas kat UTM dulu, hampeh ajerlah. Hehe, jgn mare org2 UTM....

Balik tu, member rumah ajak makan walhal mase tu dh jam 11 mlm. Dah agak lewat gak. Aku OK jer cume cadangnye nak minum jer sementara temankan diorang berdua makan (Lan & Din). Tapi, ntah ape ke halnya aku pn tak tau. Duduk je kat kedai makan Rela tu, aku mule rase lapar. Huhu...aku tak mo ar makan mlm2 camgini. Bila lak nasik tu nak hadam. Tapi, godaan sungguhla hai.....Akhirnya aku makan gak. Maklumlah, diorang tempah ikan siakap (eh, betul ke name ikan ni eh??) masak 3 rase, kemudian sayur kalian ikan masin, tomyam campur dan telur dadar.

Pergh, makan besar rupenye diorang termasukla aku. huhu. Aku pn tempah ar nasik putih skali cam diorang. Janji aku nak bagi separuh nasik kat salah sorang member aku sbb aku dh kenyang. Tapi kn, member aku pekene aku rupenye. Dia tak amik pn nasik tu. Huaaaaa...aku dh kenyang, tp sayang kt nasik tu....At last, aku abiskan jugak. Tapi, mmg mengah dan kenyang sangat2....Alhamdulillah...

Aduhai, sesungguhnya aku kat sini sangat2 kuat makan compare ngan mase aku kat panasonic dulu. Jauh beza sangat. Bayangkanlah, berat ideal aku adlh 46 ke 47 kg. Tapi, mase aku de prob dulu, berat badan aku tinggal 42 kg jer. Selepas hati aku ceria kembali, berat aku naik ke 44kg. Mase masuk ke UPSI ni, berat aku naik ke 44.9 kg. Tapi kemudian baru 2 minggu aku kt sini, berat aku dh naik 46 masuk 47 kg. Walaupn berat tu berat ideal aku, tp aku rase mmg aku dh cam tembam sket......mane tidaknye, asik makan aje kt sini....Alhamdulillah....(mudah2han tak ar gemuk sgt.....xsesuai ngan diri aku).

"Thanks kwn2 sbb jadikan aku sebagai kwn korang. Aku bersyukur kerana aku dikurniakan kwn2 yang baik. Mudah2han Tuhan beri kalian keselamatan dan ketenangan dlm kehidupan. Cuma, maafkan aku jika berlaku kekhilafan antara kita semua."

Saturday, January 17, 2009

Berita : 280 pelajar DPLI kini terdesak apabila tajaan ditarik balik

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my

PETALING JAYA - Ada antara mereka sanggup berhenti kerja bergaji besar semata-mata mahu mengejar impian menjadi guru setelah menerima tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Bagaimanapun, selepas dua minggu mengikuti kelas, 280 pelajar DPLI sesi kemasukan Januari 2009 itu kecewa apabila dimaklumkan Kementerian Pelajaran membatalkan tajaan berjumlah hampir RM21,000 seorang secara tiba-tiba.

Lebih membuatkan pelajar pelbagai pengkhususan sesi Januari 2009 itu berang ialah surat pemberitahuan pembatalan itu dimaklumkan hanya menerusi satu kiriman e-mel.
"E-mel daripada Kementerian Pelajaran diterima oleh pihak fakulti pada 13 Januari lalu dan kami jadi panik sebab ramai bergantung pada wang tajaan itu untuk belajar,'' kata jurucakap kumpulan pelajar itu, Muhammad Nizam Che Hasan pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Muhammad Nizam, mereka yang terlibat bukan datang dari sebuah universiti sahaja tetapi melibatkan hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Antara IPTA yang terbabit ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Kata Muhammad Nizam, kemarahan mereka ada asasnya kerana kesemuanya telah menjalani proses kelayakan termasuk temu duga malah surat tawaran penajaan program khas DPLI diterima pada 15 Disember lalu.

"Sebenarnya, mmg ketakutan bagi aku dan kawan2 yang menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Pendidikan (DPLI) ini. Bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main tentang perkara atau issue besar seperti ini.

Meninggalkan pekerjaan yang boleh dikatakan selesa demi memenuhi cita2 dan impian untuk menjadi guru yang menyumbangkan bakti kpd masyarakat setelah mendapat tawaran tetapi tiba2 tawaran itu ditarik semula. Semua pekerjaan telah dilepaskan dan kini tiada lagi sumber rezki melainkan duit elaun dan tajaan yang diberikan oleh KPM.Tidakkah mereka yang berkaitan terfikir tentang issue ini?

Sebenarnya, aku takder kaitan dengan issue yang membabitkan pelajar DPLI kene buang atau ditarik semula tajaan dari KPM. Yang terlibat hanyala mereka2 yang meraikan konvokesyen dan graduate tahun 2008 sahaja. UPSI ada tersenarai 82 org dari 200++.

Masalahnya bukanlah berpunca dari pelajar tetapi dari kementerian sendiri. Pada aku, sebenarnya terdapatnya konflik antara kementerian pelajaran malaysia (KPM) dan kementerian pengajian tinggi malaysia (KPT) dalam issue ini. Memangla syarat awal permohonan mestila telah graduate tahun 2007 dan sebelumnya. Tapi, mengapa tidak berlakunya tapisan sebelum membuat sebarang tawaran kepada pelajar2 DPLI sekarang?

Setahu aku, permintaan untuk guru KPLI dan DPLI adalah tinggi. Tapi, ia tidak dpt dipenuhi sepenuhnya. Maka, kementerian perlu mengambil plajar2 lulusan 2008 untuk turut mengikuti DPLI ini. Itu pun masih jauh untuk mencukupi dari permintaan. Bagi mereka2 yang mengikuti KPLI, pasti tiada masalah kerana KPLI mmg bwh KPM dan KPM tutup sebelah mate. Berbeza dengan DPLI yang sebenarnya bwh KPT, tapi dpt tajaan dari KPM.

Oleh itu, KPM tak mahu sign utk luluskan tajaan kpd pelajar2 DPLI ini. That's whylah jadik issue plajar2 DPLI ini kene buang. Tapi, setahu aku, di UPSI ini, mereka tgh fight lg untuk jage budak2 DPLI. Sbb kalo dh kene buang, mmg tinggal separuh ajerlah......Dan info yang aku dpt, DPLI diberi 2 pilihan samada kluar sekarang tp, masuk bulan 7 nanti dan akan dpt tajaan KPM. Atau truskan blajar tapi kene guna duit sendiri serta susah nak dpt posting.

So, dlm hal nie, aku rasekan plajar2 DPLI mmg teraniaya dan perlu pembelaan! Kalau KPM tak mo taja, KPT tajalah....bukan susah sgt pun.!!!!!

Ehm, syukurlah aku tiada ape masalah......"

Diari : Tonton Citer Sifu & Tongga

Ehm, malam nie aku rase nak citer pasal satu citer yang blom kuar dipawagam, tapi dh dipertontonkan di kampus aku sekarang.

Dalam minggu pertama selepas orientasi aku kat UPSI ini, aku terserempak dengan tempat penjualan tiket dari jabatan kebajikan UPSI. Dari jauh aku terpandang satu poster yang aku rase cam menarik. So, aku pun datangla dekat sket sambil tgk2....

Yang aku tau, ader filem terbaru Sifu & Tongga arahan Razak Mohaideen. Seorang pengarah yang mempunyai identiti yang tersendiri. Lakonan utama Apek dan nabil. Aku layan jer citer2 yang boleh dilayan...hehehe

Filem ni sepatutnya ditayangkan kat pawagam pada 29 januari 2009. Tapi, UPSI dpt hak penyiaran eksklusif utk plajar2 UPSI. Harga tiket RM5 sebab digelar tayangan amal. So, satu usaha yang baik untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Cuma, aku terfikir, adakah yang menguruskannya atau pihak production sendiri betul2 jujur? Ehm, same2lah kiter fikirkan.

So, hari ni 16 januari 2009 adlh masa tayangan. Ada 2 slot penayangan iaitu kol 8mlm dan kol 10mlm. Aku dtg awal sket dan masuk slot yang kol 8 tuh....

Citer dia macam ni. Ada satu kaum asli yang tinggal kat hutan. Diorang ni betul2 asli dgn berpakaian cam org asli yang blom naik taraf lagi. Diorang idup dengan kelompok diorang ajer. Sampailah satu mase, ade seorang editor akhbar sinar, tammy dan konco2 nyer pergi ker kawasan perkampungan org asli tu tadi dan culik sorang gadis kaum tu, Mila. Tujuannya nak jadikan satu issue spy akhbar sinar jadik popular.

Si Sifu dan Tongga dpt tau yang Mila kene culik. Mila ni kekasih hati Sifu. So, mereka berdua pun ditugaskn utk carik mila smule. Dlm pencarian tu byklah adegan2 yang lucu, slapstik dan confius. Akhirnya, Mila dpt diselamatkan oleh mereka berdua dan akhirnya mereka dpt kembali ke gua, tempat mereka tinggal. Mase pengakhiran tu, aderlah jugak serangan yang dibuat o kumpuln editor td sbb Mila dh terlepas dr tangan mereka. Mereka serang kg orng asli tu. Tp, mereka kalah akhirnya.

"Secara ringkasny, aku dpt simpulkn yang citer ni bukanlah yg terbaik yng Razak Mohaideen penah buat. Cuma, aku tertanya2, ape sebenarnya mesej yg dia nak bagi.....Sekadar lakonan yang tiada mesej, takkan beri kesan pd penonton. Tapi, aku still puji sket ar, ttp ader babak2 yang betul2 lucu. Sampai aku pun dok sibuk gelak. Tapi, takder ar byk sgt gelaknya....

Aperpun, aku dh tgk citer tu. Kalo sesape yg nak tgk, terpulangla, cume aku takkan promote sbb citer dia bukan kelas A. Faham2lah......."

Thursday, January 15, 2009

Falsafah : Agama

“Ingatlah Allah ketika kamu dalam keadaan senang supaya Dia mengingati engkau di waktu engkau susah” - Maksud Al-hadith

Wednesday, January 14, 2009

Lirik : Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
…
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Haa…Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku

Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat