Setiap Perpisahan Di Awali Dengan Pertemuan. Jangan Salahkan Perpisahan Kerana Pertemuanlah Yang Menghadirkan Kasih Sayang.
Thursday, January 22, 2009
Hati : Apakah Ini?
Cukuplah kerinduan yang aku simpan selama ini terpendam dan dipendam. Aku letih untuk menghadapinya. Aku tidak kuat lagi untuk merasai getaran rindu itu.
Maafkan aku andai bicara yang tak bertepi ini. Namun, inilah hakikat yang terpaksa aku terima dan redha. Cukuplah pengalaman semalam membuatkan aku serik untuk merindu lagi.
Biarlah aku dengan haluanku. Tiada lagi kelibatku mendekati. Biarlah hati aku terus sayu di sini, di bumi baru yang aku akan tempuhi.
Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu bertahta lagi kerana perit rasanya bila kerinduan yang terbina putus ditengah jalan. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menangis lagi, kerana pedih rasanya bila kerinduan itu merintih dibahu sendiri. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menguasai hati, kerana sakitnya hati bila kerinduan itu terhiris dilukai.
Walau aku tahu, kerinduan itu payah untuk disingkirkan, tapi aku akur, aku terpaksa membina kekuatan baru demi masa depanku sendiri.
Tuesday, January 20, 2009
Berita : Pemimpin Arab bantu pulih Gaza
Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu.
Monday, January 19, 2009
Puisi : Menyintai tidak bermakna memiliki
Si dia kepunyaanmu. ..
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaanmu. ..
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali....
Puisi : Pertemuan Bukan Milik Kita
Menghadiahkan kita kasih sayang
Bila cinta SATU pasti bertemu
Ia tidak ternilai..
Kerana antara hati kita
Sudah tiada antaranya lagi..
Yang ada hanya cinta kasih ILLAHI
Biar berpisah selalu menderita
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta ABADI
Kita terpisah hanya sementara
Kerna pertemuan bukan milik kita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana ALLAH..
Sunday, January 18, 2009
Hati : Cukuplah.......
Maaf sekali lagi andai bicara hati ini sangat sukar difahami. Hanya ini ruang untuk aku berbicara.
Aku ingin menemui kehidupan yang baru dengan situasi yang baru dan wajah yang baru. Semuanya aku ingin serba baru. Aku ingin tinggalkan semua yang pernah menghimpit jiwa dan menyeksa hati. Aku ingin biarkan ia pergi tanpa mengekori kemana aku pergi. Aku ingin tinggalkan ianya dipinggiran ombak yang membawa ke lautan lepas.
Namun, apakan daya aku yang sekadar insan kerdil ini. Rupanya, ia terus menuruti aku walau kemana aku pergi. Cukuplah, aku letih dengan semua ini.
Tuhan, mampukanlah aku untuk melupakan setiap perkara yang telah berlaku itu. Mampukanlah aku Tuhan untuk meninggalkannya tanpa mengekori aku lagi. Mampukanlah aku Tuhan untuk memperbaiki kelemahan yang bersarang dalam jiwa ini. Mampukanlah aku Tuhan untuk terus mejadi hambaMu yang beriman dan bertakwa kepadaMu.
Tuhan, aku ingin melupakannya. Namun, setiap detik, ianya tidak pernah padam dari memori hati ini. Setiap saat, ianya selalu berlegar2 dengan kenangan2 yang sukar dilupakan. Setiap masa, ia tetap memburu ingatan ini.
Cukup2lah dengan apa yang telah menyeksa hati ini. Cukup2lah dengan ketidaksudian yang hadir. Cukuplah2 dengan kebencian yang tercerna. Cukup2lah dengan kebodohan yang mendatang. Cukup2lah dengan hati yang walang........
Cukuplah.........
Berita : Lagi-lagi isu murid menjawab dalam bahasa Inggeris
Hebohlah dicanangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa keputusan peperiksaan PMR 2008 cemerlang.
Dan dilaporkanlah dalam akhbar bahawa pelajar yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bertambah.
Jumlah murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 21.5% pada tahun 2007 kepada 51.2% dalam tahun 2008
Jumlah murid menjawab matematik dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 4.6% pada tahun 2007 kepada 26.9% pada tahun 2007.
Bagaimana ini berlaku! Hairan.
Hairan kita melihat angka ini. Setelah diajar berrfikir secara kritis di sekolah, tentulah kita mudah sahaja membuat kritikan terhadap angka ini.
Sekiranya ada 51.2% murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris, tentulah peratus yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris sama juga bilangannya. Atau jikalau ada perbezaan pun, mungkin sedikit sahaja.
Tetapi yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris hanya 26.9%, pada hal 51.2% sudah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris. Apa berlaku kepada 24.3% murid-murid yang tiba-tiba menjadi tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris?
Setelah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris, murid yang sama tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris! Pada hal seharusnya lebih mudah.
Lagi pun, bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini? Sekiranya murid hanya dikehendaki menjawab dengan memilih A, B, C atau All the above, mereka belum boleh dikatakan menjawab dalam bahasa Inggeris seperti yang diimplikasikan!. Lihat dahulu detelnya.
Dan juga Tuan menyimpulkan bahawa “jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semakin mengecil.”
Berguraukan Tuan? Bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini! Apa buktinya!
Maksud Tuan, selepas ini wajarlah ppsmi diteruskan!
Bantahan terhadap ppsmi bukan pun kerana ini semua. Pendidikan lebih berkesan disampaikan dalam bahasa ibunda. Itulah yang menjadi isu."Wahai bijak pandai, berdiskusilah dengan waras dan aman. Buatlah satu keputusan yang terbaik demi bangsa melayu generasi akan datang. Percayalah pada kemampuan yang ada"
Diari : Majlis Perpisahan Aku & Kawan2 Kat Damai Village......
Majlis ni dibuat kat Damai Village. Semua member ITS yang rapat2 ada...kecuali Hafiz. Sorry yer Hafiz, aku tau mgkn ko takkan bace, tapi aku nak mintak maaf byk2 sbb tak dpt jumpe sblm aku benti.....Smoga berjaya....Tuan Haji Hafiz...:))
Tempat letak air mineral berwajahkan gajah yang comel....hehehe
Thank you....
"Setiap pertemuan mungkin melahirkan keceriaan dan kegembiraan. Namun, setiap pertemuan itu juga bakal menjelmakan perpisahan. Sebuah perpisahan adalah keperitan yang sukar digambarkan. Namun, hakikat kehidupan perlu diteruskan. Kita tak mampu untuk menafikannya kerana kita hanya insan yang kerdil lagi hina.Semuanya Telah ditakdirkan Tuhan.
Aku sempat menjadi warga PCM 2 tahun dan aku sempat mengenali kawan2 aku semua. Terus terang aku katakan, perpisahan ini adalah perpisahan yang sukar aku terima. Namun, demi tuntutan masa depan, aku akur dan redha. Terima kasih kawan2 kerana kalian adalah pembuka keceriaan dalam hidup aku dikala aku memerlukan keceriaan itu.
Namun, aku tetap ralat dengan ketiadaan seorang lagi kwn, Hafiz, yang belum lagi pulang dari Mekah. Apapun, aku harap dia takkan pernah ralat dan mudah2han dia berjaya dalam apa jua yang dia lalui. Cuma, terima kasih aku ucapkan kerana dia juga sangat banyak menyedarkan aku makna hakikat!
Kini, aku sudah melangkah ke alam baru. Sedar atau tidak, perpisahan ini mungkin menjarakkan hubungan antara kita semua. Namun, percayalah.....selagi kalian tetap mengingati aku, InsyaAllah, aku akan tetap mengingati kalian sebagai 'part of my best history'.
Semoga persahabatan ini tidak akan pernah terpadam. Thank you very much from deep of my heart."
Berita : Pilihan Raya Kecil Parlimen K. Terengganu
CALON Pas Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) mengangkat tangan selepas diumumkan pemenang Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Wan Mustafa Wan Hassan (tiga kiri) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. - Foto Bernama" Tahniah calon pas kerana memenangi pilihan raya kecil parlimen Terengganu dengan majoriti 2631 undi.
| |
Info:
|
Ini merupakan suatu pengajaran buat barisan kerajaan dan fahamilah luahan hati rakyat. Bagi kami rakyat Malaysia, bukanlah terlalu taksub dengan pakatan pembangkang mahupun Pas itu sendiri. Kami inginkan sebuah keadilan yang mutlak untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan berintegriti.
Salahkah barisan2 media memberikan laporan yang seimbang kepada barisan pembangkang? Bersikap adillah kepada semua pihak. Berikan mereka ruang dan peluang untuk sama2 berjuang demi masyarakat dan demi membangunkan negara Malaysia ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.
Kami sudah mual dengan laporan berat sebelah yang diberikan. Kami sudah bosan dengan laporan palsu yang diberikan. Jangan perjudikan nasib rakyat dan bangsa melayu khususnya.
Kami, warga2 yang berpelajaran bukanlah tidak menghargai atau golongan yang tidak membalas budi. Tapi, kami inginkan pembaharuan yang sebenar. Percayalah barisan kerajaan, kami sayangkan kerajaan, tapi barisan kerajaan tidak pernah mendengar luahan hati rakyat.
Janganlah digembar gemburkan kesalahan orang lain, tapi cariklah bagaimana sesuatu perkara atau isu itu boleh diperbaiki. Jangan suka menuding dan memburukkan orang lain. pleaselah kerajaan, dengarlah. Kami terlalu letih dengan mainan politik yang tak bertepi ini.
Aperpun, tahinah kepada penduduk Kuala Terengganu kerana memberikan suatu keputusan yang boleh memberi mesej kepada kerajaan. Kepada Ahli parlimen baru, Abdul Wahid Endut, Tahniah dan banyak tugas besar menanti anda. berhati2lah dan selamat berjaya.....:))"
Motivasi : Memasak dpt kurangkan tekanan
Artikel ni mengatakan jika seseorang itu memasak, ia akan memberikan satu fokus kpd proses memasak itu dan menyebabkan proses itu dpt meredakan tekanan yang sedang dihadapi oleh seseorang. Konsepnya sama seperti seseorang yang sedang mempunyai tekanan tapi melakukan kerja2 kebun.
Secara realitinya atau logiknya, aku rasekan konsep ini betul dan boleh diikut oleh sesape pun. Namun, ia bukanlah satu kemestian, tapi sebagai salah satu cara untuk mengurangkan stress yang ada.
Cubalah......:))
" Aku rasekan ia mempunyai kebenaran. Melalui pengalaman aku bekerja di Panasonic suatu mase dulu, aku mmg memasak kat rumah walaupun aku sekadar menggoreng telur ayam, atau ikan goreng dan sewaktu dengannya. Aku merasakan yang hidup aku serba lengkap, Alhamdulillah. Walaupun aku duduk sorang2, tapi aku tetap ceria dan mampu menghadapi tekanan yang berlaku dengan tenang. Bohongla kalau aku katekan yang aku tidak ada tekanan langsung, tapi, aku bersyukur kerana aku masih dapat menghandlenya dengan baik.
Tapi, setelah beberapa lame lepas tu, aku dah jarang masak lantaran slalu balik keje lewat. Satu demi satu tekanan aku hadapi. Sehingga tekanan itu membuatkan aku hilang fokus pada kehidupan sendiri.
Jadik, artikel pendek ini ada benarnya. Cuma, sejauh mana kebenaran itu memberikan kesan besar atau kecil, aku tak pasti. Apa yang boleh aku katekan adalah, memasak merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi dan memberi keberkatan dalam rumah yang kita tinggal."

