Thursday, February 26, 2009

Berita : 40000 pekerja bakal berhenti


Kesian mereka......

Aku sendiri pun tak tahu nak kata apa, cuma aku cukup bersimpati dengan mereka2 yang diberhentikan oleh majikan mereka disebabkan faktor ekonomi yang semakin menjunam sekarang ini. Aku risau, akan berlakunya peningkatan pada kadar jenayah di negara kita. ditambah lagi dengan isu pendatang asing, dengan keizinan atau tanpa keizinan, yang masih berada di dalam negara kita ketika ini.

Apakah sebenarnya pendekatan kerajaan mengenai hal ini? Cuma, aku difahamkan bahawa kerjaan akan membuka ruang untuk para pekerja yang diberhentikan itu untuk memohon jawatan dalam kerajaan yang sedang dibuka sekarang ini. Banyak juga!

Bagi aku, satu pendekatan dan strategi yang terbaik yang sedang dilakukan oleh kerajaan ketika ini. Hal ini boleh memberikan suatu yang positif antaranya ialah :-

1) Mereka2 yang berpengalaman di dalam sektor swasta yang diberikan vss atau hilang pekerjaan, diberikan ruang di dalam sektor kerajaan.
- Ini memberikan kelebihan buat kerajaan kerana pengalaman yang ada pada pekerja2 tersebut boleh digunakan dan diaplikasikan dalam sektor kerajaan dan ini akan mewujudkan penambahbaikan dalam sektor kerajaan itu sendiri.

2) Disiplin dalam sektor swasta dapat diserap masuk ke dalam sektor kerajaan
- Bila kita melihat isu pegawai kerajaan yang agak 'malas dan sering berehat', semacam tiada jalan untuk diperbaiki. Namun, mungkin perpindahan ini boleh mewujudkan penambahbaikan dalam budaya dan disiplin pekerja2 kerajaan itu sendiri.

3) Tidak menghentikan sumber pendapatan mereka2 yang diberhentikan
- hal ini dapat memastikan pekerja2 tetap dapat pendapatan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Sekadar menyebut beberapa contoh kebaikan. Mungkin diluar sana masih banyak kebaikan yang berlaku. Mudah2han kita sentiasa bersyukur dengan pemberian nikmat dan rezki dari Allah. Amin......

Berita : PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran

SubhanAllah.......seorang pejuang bahasa yang berani mempertahankan idea dan prinsip demi masa depan bangsanya sendiri. Namun, aku percaya, bagi pihak yang berkepentingan, mereka tidak akan melihat isu ini sebagai suatu yang boleh didengar atau dipertimbangkan dengan keikhlasan, tapi keegoan dan kepentingan politik lebih diutamakan seperti menegakkan benang yang basah.

Lihatlah isu ini, seorang pejuang yang banyak memperjuangkan bahasa atau agama sering menjadi mangsa kepada kekuasaan politik yang tidak pernah surut demi memastikan kedudukan dan pengaruh mereka terus terpelihara. Percayalah, pejuang bahasa ini akan dihinakan demi kepuasan politik pihak tertentu.

Buat Tuan Haji A. Samad Said, andalah seorang pejuang bahasa yang benar2 berani, bukan kerana cauvinist tapi demi maruah bangsa melayu itu sendiri. Syabas dan semoga berjaya.

Bagi para guru atau bakal guru, betulkanlah niat anda untuk mengajar. Memang mereka2 yang terlibat dengan PPSMI ini akan menerima elaun tambahan, namun percayalah, andai kita tidak mampu untuk melakukan yang terbaik demi anak bangsa kita sendiri, tidak ada keberkatannya dalam rezki kita. Berusahalah dan bertawakallah demi dan kerana Allah.

Puisi : Lapang Hati

Mereka yang dirahmati Allah SWT,
senantiasa mampu menyikapi berbagai persoalan dengan hati yang lapang.

Ada kalanya mereka bersedih, berduka, kecewa, atau barangkali tersulut kemarahannya. Tetapi mereka berhasil menguasai hatinya kembali.

Hati mereka tetap ridha, mata mereka tetap teduh.
Ketenangan menghiasi jiwa-jiwa mereka.
Duhai betapa indahnya.
Subhaanallah. .

Dalam keseharian kita,
seringkali kita dapati persoalan-persoalan yang sebenarnya remeh,
namun kita lihat lalu sikapi secara keliru hingga demikian
keras terasa benturan dalam psikologis kita.

Sempit dada, nafas tersengal, kesal hati, murung wajah,
hati bergemuruh duka cita, tetes air mata dan bahkan.. dendam !
Astaghfirullah. .

Setiap kita pasti memiliki tujuan hidup yang sedemikian agung dan mulia.
Namun, ketika dalam perjalanan menuju tujuan tersebut, justru terdominasi
oleh sikap semacam di atas, tentu akan sulit tercapai.

Sulit rasanya, menciptakan amal-amal, juga karya-karya yang besar,
lantaran ia hanya mampu terlahir dari jiwa yang tenang, hati yang lapang,
penuh ridha, serta pikiran yang jernih. Sifat - sifat seperti ini
dengan mudah dapat kita cermati pada kisah hidup orang - orang shalih.

Apa kunci sikap lapang dada yang dimiliki oleh
para salafusshalih (insan shalih) ini, hingga demikian mudah bagi mereka
untuk menapaki tiap ujian perjalanan dan meraih hidup 'bahagia'?

Hati : Keputusan ini

Meniti di atas laluan yang telah terukir kerana sebuah kisah silam seringkali memeritkan jiwa. Ianya menjadi satu lagenda ngeri yang sering datang dan pergi. Kengerian itu bertandang tanpa kira masa dan waktu.
Seringkali luahan berlaku secara intrapersonal yang disitu mengungkap sejuta kepastian, sejuta pengharapan dan berjuta pujukan. Namun, kebuntuan menjadi penghalang setiap bidaan yang berlaku. Tumpukan menjadi omong kosong yang merantai mulut dari berbicara.
Akhirnya, kesepian datang melanda menabur racun di dada gembira. Hilang perasaan untuk bicara. Pudar harapan pada impian. Samar sudah pada langkahan. Kunci mulut jalan penghabisan.

Tuesday, February 24, 2009

Artikel Pilihan : Tarikh lahir nabi Muhammad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Di antara cuti umum yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia ialah pada 12hb. Rabiul Awwal kerana ia dianggap sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul).

Pihak Darul Quraan Was Sunnah berasa bertanggungjawab untuk membincangkan persoalan ini demi memperbetulkan tarikh lahir Baginda SAW yang ditetapkan sebagai cuti umum itu kerana tidak ada ertinya kita merayakan sesuatu hari jika ia tidak menepati hari yang dimaksudkan itu dengan tepatnya. Apalagi kalau diterima juga tarikh wafat Nabi SAW sebagaimana dipercayai umum pada 12hb. Rabiul Awwal.

Keadaan ini tentunya menimbulkan satu konflik di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran Nabi SAW dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi SAW. Jadi di manakah adanya kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari perkabungan- nya? (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida'ah)

Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi SAW berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak keistimewaan dengannya. Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, jld. 2, hal. 144)

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi SAW dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca daripada Ibnu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya.

Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap sebagai seorang syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya. Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada berkata, "Dia adalah seorang yang berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."

Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah, Yahya bin Sa'id Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang pendusta besar. Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia seorang dajjal". (Mizanul I'tidal, Imam Zahabi, jld. 3, hal. 468-475). Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya.

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb. Rabiul Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin 'Aini. (Al Bidayah wa An Nihayah, jld. 2, hal. 260-261).

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi SAW hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin pada bulan berkenaan Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah SAW iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad SAW ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi SAW jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan
kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi SAW, walau-bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal.

Mereka hanya berselisih tentang tarikh di antara 8 hingga 12 haribulan dalam bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam Nurul Yaqin (hal. 6), Safiyyul Rahman Al Mubarakpuri di dalam Ar Rahiqul Makhtum (hal. 54), 'Allamah Sibli Nu'mani di dalam Siratun Nabi (jld. 1, hal. 176), Maulana Abul Kalam Azad di dalam Rasul Rahmat (hal. 37) dan lain-lain.

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad SAW pula, beberapa perkara yang telah diterima oleh ulama hadis dan sirah perlu diletakkan dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
· Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awwal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti berikut:

1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.

2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.

Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M

Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan, pihak kami berharap agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal ia bukanlah harinya yang sebenar.

Darul Quraan Was Sunnah

Monday, February 23, 2009

Berita : Pelajar dipukul 24 remaja meninggal


Sayu rasa hati apabila kita melihat perkara seumpama ini berlaku. Adakah nyawa manusia sangat murah sehinggakan sanggup berbunuhan semata2 kerana perkara yang boleh dielakkan. Tapi, disebabkan kerana nafsu semata, hukum agama dan norma masyarakat dah tak kenal lagi.

Apa sebenarnya berlaku? Apakah pelajar di Malaysia ini semakin jahat dan sudah hilang kewarasan diri? Apakah kerana faktor pelajar itu sendiri? Apakah guru juga boleh dipersalahkan? Apakah ibubapa yang tidak pandai menjaga anak? Atau apakah tiada didikan agama sehinggakan perkara seumpama ini boleh berlaku?

Adalah menjadi tanggungjawab semua sebenarnya. Ini adalah kerana pelajar dalam lingkungan umur tersebut merupakan golongan yang sedang mencari identiti mereka. Di manakah orang yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada remaja dan apakah mereka tahu tentang kehidupan peribadi anak mereka?

Aku tidak mahu mengulas banyak kerana terlalu banyak perkara untuk dirungkaikan. Namun, pokok utama yang menjadi bahan bukti adalah anak remaja yang terlibat tidak mendapat cukup "makan" dari ibubapa mereka.

Maaf, andai perkara ini terlalu menusuk mereka yang berkaitan. Tapi, fikirkanlah kembali, apakah sebagai ibubapa, mereka mengetahui kemana anak mereka pergi? Bersama siapa anak mereka berkawan? Apa yang anak mereka buat semasa dirumah dan disekolah, lebih-lebih lagi apabila waktu sekolah sudah tamat?? Apakah ibubapa mendoakan anak-anak mereka supaya menjadi anak yang berguna dan anak yang tidak mendatangkan masalah kepada diri, agama, bangsa dan negara? Apakah yang selalu diutarakan atau perkongsian yang berlaku antara anak dan ibubapa? Dan, pernahkah kita menegur dan menasihati anak kita sendiri?

Bukan mahu terlalu lancang untuk berbicara, tapi sekadar memberikan kita input untuk berfikir sejenak tentang tugas dan tanggungjawab terutamanya para ibubapa? Benarlah kata pepatah, untuk melihat perangai anak, lihatlah ibubapanya dulu. Fikir-fikirkanlah.....

Sekadar berkongsi rasa. Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Hadzrin.

Monday, February 16, 2009

Sajer : BLR RHB


" Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah.
Dari 6.50 kepada 5.95."

Berita : Warga aing 'takluk' Nusajaya

"Aku sokong dengan isu ini. Memang kat negeri kelahiran aku ni, Johor dan aku juga percaya kat tempat2 lain juga dah berlambak2 pekerja asing nih. Lebih2 lagi kat kawasan rumah murah. Mereka akan conquer tempat nih dan jadikan seolah2 negara mereka sendiri. Maka dari situ, muncullah pelbagai masalah2 jenayah yang semakin meningkat.

Aku tak kata mereka semua melakukan jenayah, tapi rekod jenayah juga menunjukkan mereka juga ada yang terlibat dalam jenayah. Maknanya, kehadiran mereka juga akan mengakibatkan jenayah yang berleluasa lebih2 lagi masalah sosial yang semakin meruncing dinegara malaysia ini.

Sebenarnya, itu bukan isu utama yang aku nak perkatakan kat sini. Kalau dilihat dari segi pembangunan atau tenaga buruh, ya memang warga asing menguasai kilang2 dan seumpamanya seperti di Nusajaya ni.

Tapi, kita perlu tanya, siapa yang membeli hartanah, rumah dan kedai di kawasan Nusajaya, Iskandar atau mana2 tempat pun kat negeri johor yang rata2nya adalah eksklusif dan terlalu mahal sehinggakan mengurangkan peluang untuk warga tempatan membelinya lebih2 lagi mereka yang berpendapatan rendah dan mungkin juga sederhana?

Apakah sebenarnya trend pembelian hartanah di Johor sekarang ini? Apakah reaksi kerajaan negeri Johor? Setahu aku, rata2 rakyat singapura dan luar negara juga boleh membelinya dengan harga yang sedikit mahal. Namun, apalah yang boleh dikira sangat bilamana kita bandingkan nilai matawang mereka dengan ringgit malaysia!

Aku tidak menafikan hak rakyat luar untuk membeli hartanah di negeri Johor, namun, apakah perancangan kerajaan Johor untuk mengurangkan penguasaan rakyat luar terhadap hartanah negeri Johor sendiri. Jangan kerana untuk mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, hartanah di johor dikuasai oleh orang luar.

Aku amat berharap, pembangunan hartanah dinegeri Johor diberikan perhatian yang paling penting dalam menjaga maruah dan kedaulatan negara. Jangan hanya nak menjaga hati orang lain atau hanya menjaga poket sendiri, segala tanah milik rakyat negeri johor di berikan kepada orang lain yang tiada kaitan dengan watan negeri johor.

Bagi penduduk tempatan pula, khususnya warga melayu....rebutlah peluang yang ada. Jangan suka enjoy dan menghabiskan duit yang ada dengan perkara2yang tidak berfaedah. Membelilah seadanya dan bersyukurlah selalu. InsyaAllah, Tuhan akan memberkati kita."

Berita : Pemimpin Israel, Palestin bentuk kerajaan perpaduan

"Masa aku mula2 baca berita ni, aku ingatkan israel dan palestin nak digabungkan. Kalau gabung, aku yakin lagi byk penindasan yang akan dilakukan oleh israel pada penduduk palestin. Mungkin semuanya akan lagi teruk dari apa yang telah kita tgk dan dengar baru2 ini.

Rupa2nya, pemimpin2 mereka berbincang untuk membentuk kerajaan sesama mereka. Maksud aku, fatah ngan hamas bentuk kerajaan bagi palestin, manakala kadima dan likud untuk israel.

Bagi aku, sesiapa pun yang naik bagi israel, mereka tetap jahat. Yang penting sebenarnya Fatah dan Hamas mesti bersatu. Selagi mereka tidak bersatu, selagi itulah Israel akan bermaharajalela. Kalau Fatah kene serang, Hamas akan jadi sekadar pemerhati, manakala kalau hamas diserang, fatah akan jadik pemerhati. Andai begini, sampai bila Palestin nak aman?

Tak payah sebut orang luar dululah. Orang arab tak bantu, pbb tak bantu. Sepatutnya mereka kene bantu diri mereka sendiri sebelum orang lain bantu. Aku tak mengatakan orang lain tak perlu bantu, tapi penyelesaian adalah bermula dari persepaduan di antara Hamas dan Fatah. Percayalah, Allah itukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!...

Berita : Bapa Siti Nuhaliza Meninggal Dunia


"Takziah Siti Nurhaliza.....Semoga roh bapa Siti ditempatkan dikalangan orang2 yang solleh...."