Setiap Perpisahan Di Awali Dengan Pertemuan. Jangan Salahkan Perpisahan Kerana Pertemuanlah Yang Menghadirkan Kasih Sayang.
Monday, March 2, 2009
Diari : Jumpa Pn. Azian
Sajer : Gambar mase orientasi UPSI
Berita : Keputusan KDN Tepat

Apa yang perlu dilakukan adalah, haramkan terus penggunaan Allah dalam agama selain dari Agama Islam kerana mereka kan ada name khusus untuk Tuhan mereka. Contohnya Jesus yang mengamalkan konsep trinity dalam agama mereka.
Sekali lagi aku katekan bahawa perlulah dipantau dan diharamkan terus penggunaannya serta kementerian yang terlibat perlu juga mengharamkan terus penggunaan perkataan Allah dalam bible2 ciptaan org2 kristian.
Kalau dalam Islam, perkataan Allah dalam bahasa Arab tetap digunakan dalam aper2 jua bahasa didunia ni. Tapi, bagi agama kristian, kenapa setiap bahasa mereka gelarkan nama tuhan mereka tidak sama yer??? Apakah mereka sebenarnya tak percaya pada tuhan mereka sendiri? Ehm, mungkin juga.:))"
Sunday, March 1, 2009
Berita : Dilarang Guna Allah

Diari : 1 Mac 2009
Saturday, February 28, 2009
Diari : 28 Febuari 2009
Mula2 aku cadang nak naik kerete api jerk. Senang dan mudah. Tapi, bila2 aku pikir2 balik, bila lagi aku nak mencuba jalan2 kat area sini. Mungkin ni adalah yang pertama dan terakhir aku bawak keter kat area sini. Sape tau kan????
Memang perjalanan ni mencabar bagi aku. Dengan tak tau jalan dan main redah ajer, aku ngan 2 lagi member aku main gamble jer....
Ujian dari Tuhan tu datang menguji aku. Sepanjang perjalanan tu, hujan turun adakalanya lebat dan susah nak nampak jalan. Bertambah2 lagi dengan kereta aku tu mane ada aircond. Terpaksalah redah jugak demi berjumpa kawan lama kerana Allah.
Aku sampai kat area Penang ni dalam jam 9.20 malam. Tapi, masing2 gatal nak g pusing2 penang dulu. Dah la malam, jalan pun tak tau, tu yang terpusing2 tuh....At last, kitaorng dh lapar, g la makan kat kedai mamak restoran khaleel sdn bhd, p pekene nasik kandaq. Tapi kan, peliklah, nasiknyer xsedap mane pun, pastu cam nasik biase jer....dah la kitaorng nak abiskan nasik tu terkulat2. Aku tengok din, din tengok duan, duan tengok aku balik. Wakakaka, semuanya tak abis makan. Tak besh langsung...huhuhu...
Kitaorg malas nak kaco nazri ngan abg dia, so kitaorg pun cariklah hotel yang ade. carik punyer carik, dapatla hotel bayview ni. Bilik standard utk 2 org, 170++. Oklah tuh... bagi 3 org. hehehe. Lagipun, member aku ni nak wat assignmnet dia. Ehm, kat sini pun masih pikir assignmnet. Memang komited ngan kerjalah dia nih.hehehe...
Tapi, satu berita yang aku dengar dari member aku yang plan perjumpaan kat Batu Feringgi nih. Lepas sorang2 member yang tarik diri. Mula2 Diyana, pastu Farha, last2 Mala plak ader hal belah pagi tuh.
Aper pun, aku rasa sekarang ni, aku nak hargai apa jua yang datang pada aku dan aku tak mo lagi terlewat menghargai sesuatu. Nyesal nanti.
Tak mengapalah, mudah2han esok pagi, mungkin perjumpaan dalam jam 9 pagi, diredhai Allah hendaknya. Amin.....nantilah aku masukkan gambar kalo ader....InsyaAllah.....
Thursday, February 26, 2009
Diari : Hari Sabtu, 1 Mac 2009
Perancangan awal, aku akan drive kereta dari Tjg Malim ke Penang. Jauh jugak tu dalam 5 jam perjalanan. Tapi, memandangkan hanya aku sorang yang memandu, aku rasakan cam malas lak nak bawak kereta. Dahlah memandu sorang2, jauh lak tu. Mungkin aku akan pertimbangkan untuk naik kete api.
Ehm ,tengoklah nanti.....
Sebenarnya, group aku buat reunion kat penang. Kat Batu Feringgi. Diorang kata best. Takperlah, aku pon bukan penah sampai kat situ pun. Eloklah tu, jalan2 carik makan...:))
Mudah2han, perjumpaan kami di sana diredhai Allah...Amin....
Nantilah, kalau ada gambar, aku postkan kat sini....


