Thursday, April 30, 2009

Artikel Pilihan : Kurangkan ketawa, banyakkan menangis

Oleh Ustaz Zainudin Hashim
Mon Apr 27, 09 10:59:19 am MYT

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti 'Rajalawak'/ 'Lawaking' yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah - Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) , dia mengkhianatinya.

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti �Jomheboh� dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya. .

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Sumber: mymasjid.net.my

Diari : NOT FAIR!!!!!

SubhanAllah….Lahaulawala Quwwataillabillah….

Tidak ada kata lain yang boleh aku ungkapkan selain menyerahkan apa yang telah berlaku pagi ini kepada Allah, Tuhan semesta ‘Alam yang Maha pengasih lagi Maha Mendengar setiap rintihan hamba2nya….

Kali ini, masuk kali ke 2 saman dikenakan pada aku. Aku akui, memang aku takde pelekat kenderaan UPSI yang membolehkan aku bawak masuk kete dalam kampus. Tapi, cara PAK GUARD yang menyaman aku tu langsung tak PROFESIONAL.

Aku memang tak berniat utk terus tulis rintihan dan KETIDAKPUASAN HATI aku kat sini sejurus lepas kena saman tu, kerana aku yakin apa yang akan aku tulis nanti pasti akan datangkan kesan yang tak elok kpd diri aku sendiri dan juga UPSI nanti. Namun, mengertilah, inilah realitinya yang harus UPSI terima.

Masa kali pertama aku kena saman iaitu pada ............., aku bawak masuk kereta dalam kampus kerana kebanyakkan kelas aku pada semester ni adalah di dalam kampus iaitu di Makmal Fakulti Sains dan Teknologi. Jadi, nak tak nak, aku perlu bawak masuk kereta aku ke dalam dan letakkannya di hadapan bangunan fakulti aku.

Tapi, sebaik je roda kereta berputar masuk ke dalam kawasan kampus, ada seorang PAK GUARD menahan aku. Kebiasaannya, andai mana2 kereta yang ditahan, hanya dilihat dan kemudian dilepaskan begitu sahaja. Jadi, aku pun berandaian yang aku akan menghadapi situasi yang hampir sama.

Tapi, yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa memberikan aku untuk menerangkan situasi yang sebenar, PAK Guard terus mintak Kad Matrik aku dan terus saman aku. Aku tahu, memang aku takde pelekat, tetapi tak ada ruangkah untuk berlakunya budi bicara. Tahu2 terus saman tanpa memberikan apa2 jua peluang. Terang2 pelajar2 DPLI tak boleh mendapatkan pelekat kenderaan itu dan mereka tahu tentang itu.

Aku tidak mempersoalkan kesalahan aku kerana yang salah tetap salah. Tapi, aku mempersoalkan tentang keadilan!!!

Buat pengetahuan semua, bukan aku seorang yang membawa kereta masuk ke dalam kampus dan waktu tu berderet2 yang masuk. Semuanya student DPLI yang sekelas dengan aku. Semua kereta2 tu tak ada pun pelekat kenderaan, tapi semuanya ditahan dan kemudian dilepaskan macam tu aje. Tapi, bila time kereta aku, tidak ada langsung budi bicara yang boleh memberikan ruang untuk aku bercakap dan terangkan situasi sebenar. Semua kete yang depan dan belakang aku lepas macam tu aje.

Aku ingin bertanya di sini, di manakah keadilan yang boleh PAK GUARD ni tunjukkan? Adakah kerana kereta aku terlalu buruk sehingga aku tidak ada ruang langsung untuk diberi kesempatan membela diri? Apakah specialnya mereka2 yang lain sehingga tak kena saman langsung? Apakah sebenarnya ciri2 yang telah ditetapkan oleh PAK GUARD UPSI untuk menyaman pelajar?

Aku bukan nak memburukkan UPSI dan PAK GUARDnya, tapi aku ingin berkongsi rasa tidak puas hati aku dalam perihal keadilan ini.

Dan hari ni, sekali lagi aku kene saman. Alasan yang sama dan sekali lagi aku tak diberikan peluang langsung untuk bercakap. Apa ni??? Apa terlalu besar sangatkah kuasa mereka tanpa langsung memberikan aku ruang dan peluang untuk mempertahankan diri?

Dan satu lagi yang membuatkan aku pelik, semasa aku membayar saman itu, memanglah dikurangkan dari 50 kepada 10 ringgit. Tapi, semasa aku sedang bercakap dengan seorang pegawai ni, tetiba beberapa orang pegawai lain menyampuk tanpa minta izin atau beri salam. Wei, di mana adab PAK GUARD UPSI ni. Semua nak serang aku. Aku sekadar mengatakan PERLUNYA KEADILAN tanpa meninggikan suara pun. Aku cuba cakap seelok2 yang boleh. Tapi, dengan BIADAPnya mereka datang ramai2 serang dan provok aku. APA NI??? Apa kerana aku terlalu kerdil dan kalian boleh menunjukkan kebiadapan yang NYATA dan TERANG macam tu???

Aku tak heran untuk bayar saman tu. Lagipun, itu adalah ”DERMA” aku untuk UPSI. Aku tetap mengaku salah sebab tak ada pelekat kenderaan UPSI. Yang salah, aku tetap akui salah. Cuma, cubalah bersikap adil. Kalau kereta depan takde sticker dilepaskan, apa salahnya aku pun dilepaskan juga. Kenapa perlu ada double standard. Bukan sekali benda nie berlaku, tapi dah dua kali.

Tolonglah PAK GUARD UPSI, berlakulah adil. Anda buat camnie, pasti kene sumpah dengan orang lain. Memang anda buat keje, tapi buatlah secara ADIL & PROFESIONAL.

Tuesday, April 28, 2009

Diari : Dorongan atau Sendaan???

Bergurau tiada salahnya. Beguraulah...kerana ia pemanis dalam perhubungan. Namun, adakalanya kita perlu menjaga hati dan perasaan orang yang terlibat. Kerana mood setiap orang tidak sama pada hari yang berbeza.

Tahukah kita, adakalanya gurauan itu mematikan langkahan waja yang terbina sebelum ini? Tahukah kita, ada kalanya gurauan itu mewujudkan prasangka yang semakin melebar? Tahukah kita, adakalanya gurauan itu membunuh satu jiwa dalam diam? Tahukah kita, ada kalanya gurauan itu menguburkan seseorang dari dunia impiannya?

Justeru, cukup2lah. Fikirlah sebelum melakukan gurauan. Kita tidak boleh samakan diri kita dengan orang lain kerana setiap insan itu berbeza2 sikap dan perwatakan. Jagalah diri, jagalah hati, jagalah mulut dalam berbicara.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"

Berilah dorongan sesama rakan, bukan sendaan yang menghapuskan impian!!!!

Friday, April 24, 2009

Diari : Balik Kota Tinggi

Kejap jer lagi bas akan sampai tapi aku sempat lagi online semata2 nak gtau yang aku nak balik kota tinggi. Bas dari sini kol 2.30 petang kat depan tu haa...
Aku akan trus shoot ke johor petang ni jugak semata nak amik mak aku nak bwk balik klang. Sebab sebelum ni mak aku stay kat kota, ada appointment yang penting. Tapi, akhirnya appoinment tu dibatalkan. Aperpun, aku akan balik dan jap lagi nak gerak. Oklah, daaa....

Diari : Main Futsal

Huh, penat sungguh malam semalam. Inilah pertama kali dalam masa 10 tahun aku main bola. Aku memang dh terlalu lama tak main bola sampaikan aku memang dh jadik tak tahu main dh.

Aperpun, malam tadi memang enjoy. Aku rasa penat malam tu berbalas gak dengan kenangan yang tercipta. Sebab lepas ni, mungkin dh susah nak jumper dn kumpul beramai2 lagi camni.

Bile nak main lagi eh??? hehehehe

Thursday, April 23, 2009

Sajer : Persahabatan

Buat Semua Sahabat2 ku di luar sana.......
Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabatku.......

Artikel Pilihan : Emosi Vs Penyakit

Aku dapat artikel ni dari sorang kawan aku yang keje kat PCM. Mungkin ada betulnya dan mungkin ada tak betulnya, ntah aku sendiri pn tak pasti. Aperpun, jadikanlah ia sebagai satu panduan supaya kita berhati2 apabila menjadi orang yang beremosi......Aku dh terlalu banyak lalui emosi no 5, cam ader betul gak....:))

Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita...


EMOSI & KESANNYA

Kondem Orang - Pengerasan ateri dan sakit tekak

Domineering, menguasai, menganiaya -Sakit belakang

Cynical, sindiran - Bongkok

Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang

Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang

Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, - Kanser cemburu, kebencian,

Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu - Sembelit

Menyampah kepada seseorang - Batuk

Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru

Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi

Memendam emosi - Sakit pinggang

Kekesalan - Hati (liver)

Ketegangan emosi - Tengkuk tegang

Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas

Komplen - Organ seks

Dendam - Gastrik

KESIMPULANNYA

Sebagai man usia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi diatas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supaya kita bersederh ana dalam semua hal.

Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

Waallahualam...
Emosi rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita...

Wednesday, April 22, 2009

Diari : Ke PWTC - Pesta Buku Antarabangsa

SubhanAllah, hari yang betul2 memenatkan...hehehe...

Melangkah minggu ke 2 dalam semester ke 2 ni, aku belom rasakan bahang tekanan dalam subjek. Maklumlah, baru bukak sem katekan. Pagi ni ader kelas jam 8 pagi. Tapi nak disedapkan citer, lecturer xmasuk kelas. Lebey kurang 30 minit kitaorg tunggu & lecturer pn xmasuk, masing2 pakat balik.

Apa lagi, kitaorg pun plan ar ape nk buat hari ni, saje nak buangkn mase. Tetibe jer teringat ada Pesta Buku kat PWTC. Jadik, kitaorg plan g sane, nak cariklah aper2 yang patut. Maklumlah, nak jadi pendidik ni kenala ade buku rujukan dan banyak membaca. Supaya budaya tu dapat diamalkan sama oleh anak murid kita nanti, InsyaAllah.

Dalam jam 11 pagi, kitaorg gerak ke KL (Aku, Riduan, Razi dan sorang lagi...hehe). Sampai kat Hentian Bas Putra, Jalan Duta lebey kurang kol 12 tengahhari. Memang tengah panas. Huhu....

Tup2, aku ternampak apad (member aku kat UTM Skudai dulu) tengah melintas jalan. Aku tak sempat nak tegur dia dan aku tak de no phone dia. Dahlah HP aku rosak. Huhu. Aku harap dpt jumper dia kt book fair tu, tp kan, manusia ramai cam semut...hehehe, xdpt jumper....Aperpun, dia dh kawen dan aku just nak wish, selamat berbahagia hingga ke anak cucu....

Berbalik pd citer aku kt PWTC, kitaorg pusing2 kt dalam PWTC tu lebey kurang 3 jam ajer. Banyak jugak buku yang aku beli termasukla

1) Buku Rujukan Fizik - Form 5 (Longman)

2) Buku Rujukan Add Math - Form 4 (Longman)

3) 13 Mei - Sebelum & Selepas - Tunku Abdul Rahman
(politik)

4) Blood beast - Darren Shan
(novel)

5) 1515 - Faizal Tehrani
(novel)

6) Advencer Si Peniup Ney - Faisal Tehrani
(novel)

7) Tentang Cinta - Pahrol mohd Juoi
(Motivasi)

8) Makkah al-Mukarramah - kelebihan & sejarah
(Agama)

Erm, banyak juga ya aku dh beli buku nie. Biasa ar, kalo dh pegi tu, duit akan mengalir macam air. Tapi, aku puas sebab ader 2 buku yang aku rasa begitu menyentuh hati aku. First ialah buku Tentang Cinta. Walaupun aku tak baca lagi tulisan buku nie, tapi mungkin ada sesuatu input yang sangat berguna untuk aku guna pada hari2 yang mendatang ini, InsyaAllah....

Second adalah buku Makkah al-Mukarramah - kelebihan & sejarah. Makkah yang sangat2 aku rindui. Aku sangat menggharap agar suatu hari nanti, Tuhan mengizinkan aku untuk ke sana sekali lagi, InsyaAllah....Rindunya aku untuk merasai kemanisan2 itu....lagi....

Abis jer round2 kat PWTC tu, kitaorg pakat kluar dari KL supaya x tempuh traffic jam. Rupa2nya, ada plak plan lain, ke shah alam main bowling. Memang jauh, tapi, OKlah...haha...

Akhirnya, kitaorg sampai kat rumah dalam jam 9.30 malam. Aku x sempat nak upload gambar lagi. InsyaAllah, kalo ader kelapangan nanti, aku uploadkn.

Aper2 pun, hari ni adalah perjalanan yang meletihkan, tapi cukup manis untuk dijadikan kenangan. Cuma, ada sikit perkara yang terusik kat hati aku tadi masa main bowling. Bukan disebabkan oleh member2 aku tadi, tapi tetiba aku teringat kat kisah lama yang membawa aku ke mari.....Tapi, biarlah ianya menjadi gurindam hanya di hati ini.....

Tuesday, April 21, 2009

Hati : Di Mana Cinta Bersembunyi???

Kekuatan hati tidak pernah menipu. Ia datang dengan penuh keikhlasan kerana bersamanya naluri terpempan dan menagih untuk dipenuhi. Namun, kekuatan itu sering bersembunyi disebalik perasaan yang datang dan pergi.

Pernah dahulu cinta itu mengapung di dada, berlari2 disebalik keriangan dan kegembiraan. Namun, kisah cinta itu menuju ke jalan penamat yang tiada kesudahan yang indah. Akhirnya, ia sekadar menjadi kenangan yang hanya mampu menjadi penyeri sejarah silam.

Kini, cinta itu bersembunyi di balik tabir yang hanya mampu merenung dari jauh. Walau kadangkala ia seakan ingin menjelmakan diri di keriuhan yang ada, tidak termampu untuknya berhadapan dengan realiti.

Kini, cinta itu masih dibalik tabir untuk menyembunyikan diri.......

Monday, April 20, 2009

DPLI : Tempat praktikal

Alhamdulillah, aritu aku dh confirmkan semula tempat praktikal aku nanti. At last, kitaorg memang dapat smule sekolah dato wan ahmad rasdi tu. Cuma kitaorg xdpt bertiga. Aku ngan Razi je dpt sekolah tu, ridu dpt kat sekolah taman panglima.

Takperlah, yang penting dapat sekolah dn sekolah tu plak sesuai ngan aku, InsyaAllah. Cuma tinggal lebih kurang 3 bulan jer lagi nak praktikal ni. Terlalu byk bende yang aku kene catch up balik. Mudah2han aku dpt kuasainya....InsyaAllah.....