Setiap Perpisahan Di Awali Dengan Pertemuan. Jangan Salahkan Perpisahan Kerana Pertemuanlah Yang Menghadirkan Kasih Sayang.
Wednesday, July 29, 2009
Diari : Hari Ke 6 Praktikum
Monday, July 27, 2009
Berita : Pelajar ponteng sekolah maut nahas motosikal
TANAH MERAH: Seorang pelajar yang ponteng sekolah maut, manakala rakannya cedera ringan apabila motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Bukit Telaga, di sini, semalam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chetok dekat Pasir Mas, Mohd Hanif Mohd Fazli, 16, dipercayai dalam perjalanan ke kawasan rekreasi di Lata Hujan, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Rakan mangsa, Mohd Nazri Hairi Mahabi, 16, dari sekolah sama, terselamat dan hanya cedera ringan dipercayai sempat melompat dari motosikal Honda EX-5, sebelum kenderaan itu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata ketika kejadian itu, dua pelajar terbabit dipercayai dari sekolah mereka menuju ke Lata Hujan dekat Gual Ipoh.
Sementara itu, ibu mangsa, Nik Sah Nik Yusof, 44, berkata anak ketiganya daripada empat beradik itu keluar ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi semalam.
Katanya, beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pengurusan sekolah yang memaklumkan anaknya terbabit kemalangan kerana menyangkakan Mohd Hanif berada di sekolah.
"Ketika keluar dari rumah pagi tadi, dia memang bersiap ke sekolah. Dia tidak pernah memaklumkan kepada saya untuk pergi berkelah ke Lata Hujan," katanya.
"Kita bukan mahu menuding jari kpd mane2 pihak krn malang itu tidak berbau. Apa lagi yang boleh diperkatakan andai ini terus berlaku dlm alam persekolahan remaja masa kini.
Masih mahu salahkn ibubapa? Atau mahu salahkan guru & pihak sekolah?Ke mana isu ini perlu dibawa?
Sebagai guru aku makin terpanggil untuk menyertai meja bulat yg membincngkn isu2 seperti ini. Entah kenapa aku pn tidak pasti, tapi aku terlalu kasihan apabila mendengar dan meliht isu2 spt ini diperkatakn.
Mudh2an Tuhan memberikn aku kemudahan untuk membantu dlm mperbaiki kelemahan2 yang ada."
Sunday, July 26, 2009
Kenangan : Transformer....





Berita : Rumah Mawi dirompak, 2 ditembak mati
johan@bharian.com.my
KAKAK Mawi, Rashidah menunjukkan bagaimana ibunya dicekik perompak yang memecah masuk rumah mereka, semalam. Gambar kecil Teratak Bonda di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
KULAIJAYA: Polis menembak mati dua perompak warga Indonesia tengah hari semalam, kira-kira lapan jam selepas mereka bersama dua lagi rakan merompak rumah ibu penyanyi terkenal, Mawi atau Asmawi Ani di Felda Taib Andak, di sini.Empat lelaki dipercayai berusia antara 20 dan 30 tahun bersenjatakan parang, memecah rumah ibu Mawi, Teratak Bonda, kira-kira jam 4 pagi semalam, dipercayai melalui pintu belakang sebelum melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM8,000.
Ketika kejadian, terdapat sembilan orang di rumah berkenaan termasuk ibu Mawi, Ramlah Sarlan; kakaknya, Rashidah Ani, 38; suami Rashidah, Sahrom Saji, 40, serta tiga anak; adik Mawi, Asmidah Ani, 22, dan dua anak saudara penyanyi itu.
Bertindak atas maklumat berkenaan, polis menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya bagi menjejaki kumpulan perompak terbabit.
Difahamkan, usaha menjejaki kereta perompak terbabit berhasil, selepas polis mendapat maklumat orang ramai bahawa ada sebuah kereta mencurigakan masuk ke ladang kelapa sawit, Ladang Fraser yang terletak kira-kira lima kilometer dari Felda Taib Andak.
Berikutan itu, pasukan polis mengepung kawasan berkenaan, dan mengarahkan empat perompak terbabit menyerah diri tetapi mereka bertindak menyerang anggota polis mengakibatkan dua daripada mereka ditembak mati manakala dua lagi berjaya meloloskan diri.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, berkata dua perompak yang ditembak mati dikenali sebagai Marwa, 30, dari Mataram, Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang.
"Mereka masuk ke Johor menggunakan pasport sah masing-masing pada Jumaat minggu lalu serta Khamis lalu, dan kereta yang digunakan perompak ini, jenis Proton Waja dilaporkan dicuri di Taman Pelangi, di sini, Oktober lalu," katanya.
Jalaludin berkata, polis turut menemui sebahagian barang kemas disamun dari rumah ibu Mawi dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun seperti kuku kambing, pemotong besi dan pemutar skru.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 dan 395 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan dua lagi perompak yang dipercayai masih berada di sekitar Kulaijaya.
SEBAHAGIAN senjata serta barangan yang ditemui selepas polis menembak mati dua daripada empat penjenayah yang memecah masuk rumah Mawi di Felda Taib Andak, semalam.
Sementara itu, Rashidah yang sedang mengandung lapan bulan ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga melalui detik mencemaskan selama kira-kira 10 minit.
Beliau berkata, kepalanya serta ibu, Ramlah diketuk beberapa kali selain rantai dan gelang mereka diragut salah seorang perompak terbabit.
"Saya tidur di tingkat bawah bersama dua anak, manakala ibu di bilik lain di tingkat bawah terkejut apabila mendengar bunyi bising dan mendapati terdapat empat lelaki di dalam rumah, berpakaian ala ninja sebelum salah seorang daripada mereka bertindak mencekik leher bagi mengelak saya menjerit.
"Bagaimanapun, saya terjerit kerana ketakutan menyebabkan kepala saya diketuk sebanyak tiga kali dengan ulu parang sebelum saya terus memeluk anak dan meminta mereka (anak) juga tidak membuat bising," katanya.
Beliau berkata, rantai dan gelang diragut dalam kejadian itu sebelum salah seorang daripada perompak terbabit memasuki bilik Ramlah lalu mencekik serta merampas rantai dan gelang.
"Suami yang tidur di dalam bilik di tingkat atas kemudian keluar dan ketika menuruni tangga ternampak perompak terbabit menyebabkannya lari semula ke atas sebelum salah seorang daripada perompak mengejarnya ke dalam bilik," katanya.
Sementara itu Mawi ketika dihubungi selepas selesai perlawanan Liga Futsal HotFm 2009 di Sabah petang semalam mengakui panik dan bimbang sebaik diberitahu mengenai kejadian yang menimpa keluarganya.
Mawi mengakui kejadian berkenaan bukanlah yang pertama kali, sebaliknya sudah masuk kali ketiga sejak sebelum bergelar juara Akademi Fantasia 3 lagi.
"Memang kejadian kali ini agak menakutkan dan ganas kerana penjenayah bertindak lebih berani menggunakan senjata selain bertopeng," tambahnya yang berbangga atas kecekapan polis menumpaskan dua daripada empat penjenayah berkenaan kurang daripada 24 jam selepas kejadian.
Diari : Tak Jadi Ke PD..
Thursday, July 23, 2009
Diari : Hari Ke 5 Praktikum
Msuk hari ke 5 praktikum di SMK Seri Manjung, aku dpt merasakan pengalaman baru. Mungkin tidak ada ape sangatlah sebab aku belum mpun masuk ke kelas sebenar. Cuma masuk untuk kelas ganti.
Setakat ni, aku mmg rasakan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Kali ni, aku masuk ke kelas 3A8. Sekali lagi aku teruja untuk berkenalan dengan mereka. Dan mereka semuanya sporting.
Aku harap, mereka semua akan kekal baik seperti mana yang mereka tunjukkan dalam kelas aku.
Apa yang aku tekankan adalah " Kamu yang menentukan diri kamu sendiri". Kalau baik, maka baiklah, kalau nakal, maka nakallah.
Aku yakin dan percaya, bahawa mereka perlukan bimbingan yang sepatutnya. Tidak kiralah siapa pun mereka, mereka masih remaja yang sangat perlukan perhatian.
Aku doakan agar mereka berjaya dan aku tidak mahu mereka gagal kerana gagal di waktu muda adalah kegagalan yang sangat merugikan.
Wahai warga kelas 3A8, SMK Seri Manjung, nasib kalian berada ditangan kalian sendiri. Orang lain takkan mampu mengubah kalau kalian tidak mahu mengubahnya sendiri. Percayalah bahawa ada sesuatu yang berharga dalam diri kalian yang tidak pernah kalian gunakan. Carilah "sesuatu" itu!
Agama : Dengan siapa kamu duduk
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya
Artikel Pilihan : Larangan Melintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Sembanhyang
dan menurut hadis yang lain ......
"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....
penjelasannya ?..
DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .
dan ?..
Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya.
dan ?..
Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??
Artikel Pilihan : Drink Water On Empty Stomach
For old and serious diseases as well as modern illnesses. The water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a hundred percent cure for the following diseases:
* Headache
* Body ache
* heart system
* arthritis
* fast heart beat
* epilepsy
* excess
* fatness
* bronchitis
* asthma
* TB
* Meningitis
* Kidney and Urine diseases
* vomiting gastritis
* diarrhea
* piles
* diabetes
* constipation
* all eye diseases
* womb cancer
* menstrual disorders
* ear nose
* throat diseases
METHOD OF TREATMENT
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink four glasses of water each of 160 ml.
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes.
3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for two hours.
5. Those who are old or sick and are unable to drink four glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to four glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.
The following list gives the number of days of treatment required to cure main diseases:
1. High Blood Pressure 30 days
2. Gastric 10 days
3. Diabetes 30 days
4. Constipation 10 days
5. Cancer 180 days
6. TB 90 days
Arthritis patients should follow the above treatment for only 3 days in the first week to be followed by daily treatment.
This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.
Good Health to you all.......
Diari : Hari Ke 4 Praktikum
Hari terus berlalu. Kisah semalam masih terus berawangan dalam benak fikiran aku. Erm, siapa aku yang perlu risau dan bimbang terhadap anak-anak (mungkin lebih sesuai - adik-adik) bangsa aku sendiri di sekolah ini?
Takpalah, ini baru pengalaman pertama yang akan aku bukukan di dalam diari kehidupan aku sebagai seorang guru.
Hari ini, aku ditugaskan sebagai guru ganti bagi kelas 4K3 dan 5ST.
Sekali lagi, banyak cerita yang aku dengar tentang mereka. Bukan aku tidak percaya pada cerita2 itu, tapi, aku lebih yakin dan lebih percaya bahawa Tuhan tidak akan pernah meletakkan aku pada tempat yang tidak mampu aku hadapi dan depani. Aku hanya berserah kepada Tuhan atas segala-galanya.
Alhamdulillah. Biasalah, budak mana yang tidak nakal. Cuma yang membezakannya adalah bagaimana tahap kenakalan mereka. Sekadar menjadi guru ganti, mungkin belum mencabar tahap kesabaran aku. Apa yang benar adalah Pelajar2 kelas 4K3 aku anggap sebagai pelajar2 yang OK sebenarnya. Cuma, bagaimana kita mempertingkatkan kendiri mereka, itulah yang perlu difikrkan.
Aku doakan agar mereka menjadi anak murid yang berjaya, berilmu dan berakhlak baik disekolah mahupun diluar. Aku kasihan melihat mereka andai mereka tidak berjaya nanti.
Wahai warga Kelas 4K3, SMK Seri Manjung, percayalah, kalian amat berharga bagi negara. Perbaikilah akhlak dan kamu akan terus kehadapan.