Friday, April 16, 2010

SMKSA2 : Kosong......

Salam semuanya....

Lama betul aku tak menjengah blog nie. Kadangkala ada rasa rindu, tapi, hati aku tak sekuat dulu untuk berbicara lagi.

Entahlah, di mana kekuatan itu harus aku cari kembali. Masih ditimbunan atau sememangnya ia telah lama pergi.

Mudah2han Tuhan memberikan aku kembali kekuatan itu untuk menghadapinya. InsyaAllah.

Tuesday, February 9, 2010

SMKSA2 : 9 FEB 2010

Hari ni 9 Febuari 2010...

Perjalanan yg baru aku mulakan di sini bersama derap langkah yang begitu deras kadangkala membuat aku sdikit tergelicir dari landasan.

Namun, hakikat yg terpaksa aku hadapi ialah aku adalah aku kini. Tidak ada lagi khayalan2 yang buat aku bermimpi apalagi disiang hari.

Walau terlalu baru di sini, ibarat sudah bertahun aku menghabisinya. Penat, lelah dan letih sering bertindan & buat aku lesu.

Apapun, aku yang memilih untuk berdiri di sini. Bersamanya, ombak2 besar yang kadangkala boleh menarik aku tenggelam ke dasarnya.

Inilah...aku di sini. Masih sendiri, belum bererti, dalam mencari, mimpi realiti.

Monday, February 1, 2010

SMKSA2 : 1 FEB 2010

Erm, ape yang nak diceritakan hari ni yek?

OKla, pertamanya nak citer pasal subjek ape yang aku dpt kat sekola. Sebenarnya, hari pertama lagi aku jejakkan kaki kat skola dah dapt jadual waktu. Sungguh aku tak sangka begitu effisiennya cikgu2 kat skola nie.

Apepun, second day, (26 jan), aku dah mula masuk ke klas dan mengajar. Sbenarny takderla mengajar pn...cume buat aktivit kenal mengenali dulu. Biasala kan, tak kenal maka tak cinta. Tapi yg jadik persoalanny, smpi la ni, tak cinta2 jugak...Hahahaha..

Aku dpt subjek PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN untuk tingkatan 5 (3 kelas), PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN untuk tingkatan 4 (3 kelas), PENDIDIKAN KESIHATAN untuk tingkatan 3 (2 kelas) dan KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -KEMAHIRAN TEKNIKAL (3 kelas). So, korang jumlahkanla sendiri brape kelas yang aku masuk...hahaha

YANG AKU NAK CITER SKRG IALAH tetiba je tadi, masa aku masuk satu kelas, tetiba aku rase macam aku seronok sgt dengn budak2 kelas tu. rasa macam mase aku mengajar FIZIK kat manjung dulu. Memangla budak2nya bising dan agak nakal, tapi, aku berasa dekat dengan hati.

Aku pn tak sure knape, sbb sampi sekarang aku masih blom bertemu dgn jawapn. Agak2 knape yer????

Saturday, January 30, 2010

Bermula......

Degup jantung bergetar
Pemula langkah terketar
Namun semua itu dihindar
kerana telah datangnya sinar

Sinar menyuluh tanpa rasa
Buat hati berkilau-kilau jua
Jalan berbangga tanpa riaknya
Jiwa gembira tidak terkata

Mendung itu kalanya tiba
Lumrah alam takdir TuhanNya
Kuat lemah teruji bermula
Segalanya ditangan dan hati kita

Kaki ini baru melangkah
Pahit Maung akan bertingkah
Masam jua boleh bergundah
Manis masin akan bertelagah

Jalan ini suatu amanah
Moga Tuhan Beri mudah
Juga beri rahmat barakah
Buat penyelamat di alam barzah

Posting Chekgu....

Alhamdulillah, skrg nie aku dh dpt tempat posting sbg seorang chekgu sekolah.....

Kadang2 macam mimpi pulak aku rasa. Yela, sebelum ni, takda pun kursus yang aku ambik berkaitan dgn pendidikan masa dip pertama dan ijazah pertama dulu. lepastu dah kerja pulak sbg seorang engineer. At last, sekarang ni aku dh jadik chekgu. Itula namanya takdir dan rezki Tuhan yang dh letakkan aku kat dlm bidang ni.

Aku berharap yang aku takkan persia2 kan tugas dan tanggungjawab yang skrg ni dh terpikul kat bahu aku. Mudah2han Tuhan akan bantu aku untuk menghadapi cabaran menjadi seorang pendidik ni. InsyaAllah.....

Aperpun, aku dh dipostingkan kat SMK Seri Alam 2, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Bermula 25 Januari 2010, rasmila aku jadik chekgu kat sekolah ni dan bermulala kiraan duit gaji...heeee

Kat bwh nie, ade beb gambar yg aku amik dari web sekolah. sekadar berkongsi keindahn skola nie...:))

Dataran Sekolah

Padang Sekolah

Lobi utama

Dataran perhimpunan

Gambar dari arah kantin

Sunday, November 8, 2009

Falsafah : Persahabatan Dan Pergaulan

"Seribu kawan masih terlalu sedikit buatmu, tetapi seorang musuh sudah terlalu banyak bagimu"

- Mahatma Ghandi-

Diari : Sakit Hati....

Dalam kehidupan ini, kita mempunyai kawan yang kadangkala sangat kita percaya. Segala suka dan duka, kita tempuhi bersama. Pertolongan diberikan dengan seikhlas hati. Hanya kerana kita yakin dan percaya bahawa mengasihi dan mencintai kawan kerana Allah adalah sangat mulia di sisi-Nya.

Kadangkala juga kita dipertemukan Allah dengan kawan yang hanya memerlukan kita atas sebab2 tertentu. Datang mendekat masa kita senang, tapi menjauh pabila kita terasa susah.

Apakah ini memang lumrah yang Tuhan telah ciptakan untuk makhluk menghadapinya? Atau ini adalah satu sikap ciptaan manusia sendiri yang leka dan lalai dalam memahami hati dan perasaan orang lain.

Percayalah, jangan terlalu berbuat baik dengan orang lain tanpa memikirkan tentang hak dan kepentingan kita sendiri kerana tidak semua orang akan mempunyai jiwa dan hati seperti kita.

Berbaiklah sekadar adanya, sekadar memenuhi tuntutan bersahabat dalam agama dan jangan berlebihan kerana mungkin ia akan menjadi barah yang amat berbisa untuk kita.

Aku sangat bersyukur kpd Tuhan kerana rupanya....kesakitan yang telah aku alami, menjeruk perasaan dan menghakis kasih sayang telah memberikan aku sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan persahabatan. Dan satu perkara yang telah aku pelajari ialah, aku tidak akan menyayangi apa pun jua dengan sepenuh hati. Kerana pabila tiba saat dan ketika, di mana kita tidak diperlukan dan terasa dikhianati, hati kita akan sakit dan terlalu pedih untuk menerimanya. Cukuplah sekadar adanya......

Mudah2han, peristiwa semalam menjadikan aku lebih kuat dan tabah. Dan mudah2han begitu juga bagi mak.....

Monday, November 2, 2009

Diari : Selamat Menunaikan Ibadah Haji...

SubhanAllah wa Alhamdulillah...
Segala puji hanya milik Allah....
Bertemu lagi aku dengan musim haji pada kali ini...
Cuma bezanya, aku di sini...

Buat semua jemaah2 haji yang sedang dan akan.....
pergi menunaikan haji pada kali ini...
diucapkan selamat pergi dan selamat balik...
semoga diselamatkan Allah...
dan dipermudahkan segala urusan di sana...

Tempuhilah ianya dengan tabah dan sabar...
ujian Tuhan pasti akan datang...

Masjidil Haram di Mekah Al Mukarramah....

Masjid Nabawi Madinah....

Semoga aku diberikan hidayah untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah....

Diari : Hujung Minggu....


Kadangkala kita tak dapat mengagak bagaimana Tuhan mahu memberikan rezki kepada kita. Adakah Tuhan memberi secara nyata mahupun tersembunyi. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui atas apa yang dikurniakan kepada setiap hamba2Nya.

Apapun jua yang telah kita terima adalah suatu rezki dan nikmat yang tidak terhingga nilainya sehinggakan kita pasti tidak mampu untuk membayar apa yang telah Tuhan kurniakan kepada kita.

Selalulah mengucapkan syukur kepada Allah, kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, kita diberikan rezki yang membolehkan kita terus hidup dimuka bumi Allah ini.

Alhamdulillah. segala pujian hanyalah milik Allah......

Sunday, November 1, 2009

Kenangan : Penghargaan.....

Erm, Alhamdulillah...
Mereka masih mengingati aku lagi...

Aperpun, pic kat bwh nie adlh hasil kreativiti dari sorang dari murid aku.
Nama dia Husna(bertudung biru).

Trima kasih sekali lagi.......

4S2 dalam kenangan.....

Pandai tak diorang edit gambar nier???