Saturday, September 20, 2008

Falsafah : Watak Manusia

" Dalam kesulitan akan terungkap watak seseorang, dalam fitnah akan terungkap kemurniaan pendapat, dalam pemerintahan akan terlihat kemurniaan akhlak, dalam harta akan terlihat belang orang yang mengaku takwa, dalam pangkat akan terlihat keluhuran asal-usul dan dalam kesusahan akan terlihat kejujuran persaudaraan" - Dr. Musthafa al-Siba'i.

Wednesday, September 17, 2008

Puisi : Terima Kasih Sahabat

Sahabat
Pernah dulu aku tak mengerti
Kehadiranmu disisi
Apa harus kurasai
Suka atau benci....

Sahabat
Aku pernah bertekad
Hanya sekali aku muktamad
Tiada ulangan tiada tempat
Sendiri aku akhirnya bertekad

Sahabat
Dunia ini tidaklah mutlak
Walau tekad sudah bernoktah
Tuhan jua yang punya takdir
Segala kemungkinan terhampar
Tiada yang mustahil

Sahabat
Aku cuba mengerti kehadiranmu kini
Hikmah Tuhan pasti tersembunyi
Moga Tuhan redhai hati
Agar kita sering diberkati

Namun sahabat,
Sungguh aku tak suka perkenalan
Yang akhirnya bawa perpisahan
Perit untuk diangankan
Lagi pedih bila berdepan

Justeru sahabat
Takdir aku mungkin berundur
Sebelum disentap
Sebuah sejarah ulangan
Yang pernah menggigit jiwa

Maafkan aku sahabat
Andai persahabatan ini ikhlas
Aku yakin Tuhan akan jagainya
Kerana Tuhan adalah Yang Maha Kuasa
Kerana Tuhan takkan pernah zalim

Sahabat
Berundur aku sekadar hakikat
Jangan dibuang ke lopak sepi
Jika aku tak terlihat lagi

Sahabat
Terima kasih atas segalanya
Sebuah hakikat
Pasti jadi kenangan jiwa

Tuesday, September 16, 2008

Berita : 23 fakir maut rebut wang zakat RM16

Aku merasa sangat sayu dengan berita yang aku baca pagi ini. Hanya kerana untuk mendapatkan wang sedekah sebanyak 40000rupiah atau 16ringgit, mereka yang sepatutnya menjadi penaung kepada keluarga yang lain, hilang nyawa dan terkorban.

Dalam keadaan ini, aku amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan aku sebuah kehidupan yang taklah mewah, tetapi cukuplah untuk membolehkan aku hidup dalam keadaan yang agak tenang. Syukur Alhamdulillah.

Namun, aku sangat sedih dengan kejadian yang menimpa mereka ini, lebih2 lagi yang sebangsa dan seagama dengan aku. Aku pasti, bukan kehendak mereka untuk menjadi seperti itu. Dan aku cukup pasti bahawa Tuhan bukanlah zalim sehingga menjadikan mereka fakir dan miskin sebegitu sekali. Namun, itulah ujian yang Tuhan berikan kepada mereka.

Tuhan telah mentakdirkan mereka hidup dalam keadaan yang serba tak cukup. Tuhan telah mentakdirkan mereka hidup dalam kemiskinan dan kepayahan. Bagi mereka yang sabar dan tabah, Allah sangat2 menyayanginya dan kehidupannya akan berkat. Namun, bagi mereka yang tidak tahan dengan dugaan dan ujian itu, maka berbondong2lah mereka keluar mencari jalan yang singkat walaupun tidak diredhai Tuhan.

Bagi aku, mati seperti ini tidaklah berbaloi apa pun melainkan kematian, namun, ia jauh lebih baik dari mati sebagai seorang penjenayah dan penjahat yang bukan sahaja menyusahkan diri sendiri bahkan juga orang lain akan merasai kesusahan itu.

Tuhan, ampunilah dosa2 mereka dan kurniakanlah mereka kehidupan yang lebih baik. Mudah2han mereka menjadi orang2 yang bersyukur kepadaMu.

Tuhan, janganlah kau uji aku dengan bebanan ujian yang tak tertanggung olehku. Sesungguhnya, Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berkatilah kehidupan aku dan berikanlah kepada aku kekuatan agar aku mampu menjadi seorang yang dapat membantu dan menolong orang yang berada di dalam kesusahan. Janganlah kau jadikan aku sombong dengan harta yang Kau pinjamkan untuk aku ini. Amin....

Saturday, September 13, 2008

Diari : Perjalanan Ini

Cuti kali ini memang agak memenatkan!

Begitulah harga sebuah pengorbanan yang terpaksa kita bayar demi sebuah kesucian kasih sayang keluarga. Tanpa keluarga, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan sebuah keluarga apatah lagi kekerabatan yang terjalin.

Jumaat malam sabtu, aku menghabiskan waktu kerja agak awal. 6 petang aku sudah bergerak keluar dari kilang dan menuju ke pasir gudang. Tanpa menunggu waktu berbuka puasa, aku meneruskan pula perjalanan bersama mak aku ke Tjg Sedili. Berbuka pastinya di dalam perjalanan. Sesampai di Tjg Sedili, aku singgah sebentar di Pantai Kemelah dan malam itu juga aku bergerak ke Rumah Aping sekadar menjengah dan berkemas apa yang patut. Selama satu jam di situ, bertolak semula ke Pasir Gudang dan sampai dalam jam 12.30 tengah malam.

Pagi2, aku datang ke kilang untuk menghabiskan kerja2 aku yang tak pernah abis. Dalam perjalanan, dengan hujan yang renyai2 lebat dan keadaan yang agak 'jamm', aku sampai ke ofis dalam jam 10.00 pagi. Aku menghabiskan masa di ofis sehingga jam 5 petang. Dan kemudiannya aku bergerak semula ke Pasir Gudang untuk berbuka puasa.

Selepas berbuka, aku kemudiannya bergerak ke Ulu Tiram dan bertolak semula dari ulu Tiram menuju ke Batu Pahat pada jam 10malam. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih dan tiba pada jam 12 lebih dan tidur disana untuk melepaskan lelah aku.

Keesokannya, bersahur bersama2 atuk dan menikmati masakan atuk yang dah lama tak rasa. Maklumlah kalau dulu, memang tiap2 hari aku rasa sementelah aku duduk dan tinggal dirumah atuk.

Sebelah pagi, aku, mak, atuk, muksu dan beberapa orang lagi pergi ke kebun semata2 untuk mencari pucuk paku, bekalan untuk dibawa balik. Aku hanya sempat dapat sikit saja, maklumlah bukan perkara biasa....

Dalam jam 10.30 pagi, aku dan mak kemudiannya pergi pula ke Azhar Food Supplies untuk membeli beberapa kerepek dan kuih raya. Sekadar buat tambahan, maklumlah aku juga menempah kuih raya dari atuk, Tat Jambu, Tat Manggis, Almond London dan Sarang Semut. Dan tujuan aku ke kampung juga adalah semata2 untuk mengambil kuih tempahan untuk dijual dikawasan senai dan pasir Gudang.

Kemudiannya, aku menjengah pula atuk busu laut, mak sedara kepada mak. Sempat juga mengambil beberapa sayur kampung untuk dijadikan juadah berbuka nanti.

Selepas zohor, dalam jam 3 lebih, aku dan mak kemudiannya berangkat pulang ke pasir gudang dan sempat pula berbuka bersama2 kakak sekeluarga.

Namun, keletihan akibat perjalanan ini menyebabkan aku hampir2 kemalangan di Kempas. Entah bila aku terlelap, aku pun tak pasti. Sedar2 saja, tayar depan dah naik atas divider. Alhamdulillah, Tuhan tu masih sayangkan aku dan mak. Aku sempat paut stereng semula ke arah jalan dan meneruskan perjalanan seperti biasa. Tapi, untuk mengelakkan aku terus dalam keadaan terkejut, aku berhenti di tepi dan membasuh muka.

Mungkin inilah pengorbanan yang orang tak akan tahu dari sebuah ketulusan. Mudah2han perjalanan aku sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah. Syukurlah Ya Allah, kau masih memberikan nikmat nyawa dan kehidupan kepada mak dan aku khususnya.Dan mudah2han juga perjalanan ini akan menjadi pedoman kepada aku agar lebih berhati2.....

Diari : Malam G Tepi Laut

Perancangan yang berlaku tak sebegitu. Cuma ada hasrat dan perasaan untuk ke sana. Mungkin belum tiba masanya untuk aku kesana, namun kerana tuntutan perasaan ingin membantu, aku gagahkan juga untuk ke sana walau badan dan mata sangat letih.

Bagi aku, duit boleh dicari, tapi saudara tidak boleh. Justeru, aku memandangnya sebagai satu keperluan untuk membantu dan menolong semana yang mampu.

Cuma, aku pelik melihat ragam manusia yang dijadikan Tuhan yang sepatutnya saling tolong menolong dan membantu antara satu sama lain. Yang sepatutnya hormat menghormati kehendak dan keperluan orang lain. Bukan memusnahkan kerjaya dan kehidupan orang lain!

Aku cukup benci bila mendengar hasad dengki dan busuk hati yang selalu sahaja menjadi mainan mereka2 yang pentingkan pangkat dan kedudukan tanpa memikirkan kehidupan, perasaan dan kehormatan orang lain. Sanggup menjadikan busuk hati dan kedengkian itu untuk menguasai diri. Itukah perjanjian kita dengan Tuhan?

Atas tuntutan inilah aku sanggup untuk ke Pantai Kemelah semata2 untuk singgah sebentar menurut aturcara perubatan yang perlu dituruti. Mudah2han semuanya dipermudahkan Allah serta diredhai dan diberkati olehNya.

Mungkin ada hikmah jua mengapa tuntutan itu harus berlaku. Bukan sekadar untuk memenuhi proses perubatan, malah ianya juga dapat menenangkan jiwa2 yang kosong serta membantu memulihkan perasaan yang sedikit berkecamuk akibat dari keperluan2 lain yang semakin menggigit naluri dan perasaan. Apapun, pasti ada yang tersembunyi yang ingin Allah tunjukkan. Mungkin aku belum dapat melihatnya, tapi, Allah itu Maha Adil dan Berkuasa. Dia tidak akan menjadikan hamba2Nya terumbang ambing tanpa bantuan dan pertolongan dariNya.

Mudah2han Disembuhkan Tuhan serta diperbaiki kelemahan2 yang ada....InsyaAllah....
Sesungguhnya, walau hanya sebentar berada ditepian pantai, terpalit jua sedikit kenangan yang hanya sendiri yang tahu......

Friday, September 12, 2008

Puisi : Ku Sebut Namamu

Bila hati berbicara
Mengukir sebuah kemanisan
Sukar untuk menghentikannya

Bila mata berbicara
Mengenyit rindu bayangan
Sukar untuk melepaskannya

Bila mulut berbicara
Menyebut kalimah cinta
Sukar untuk mematikannya

Namun,
Bila bicara hanya sendiri
Tak mungkin ia dimengerti
Bila mata hanya melihat
Tak mungkin ia difahami
Bila mulut terkunci rapat
Tak mungkin ianya terisi

Biarlah
Hanya kusebut namamu
Walau kepastian telah berlalu
Kerana kau tak mungkin milikku....

Izinkan aku
Terus menyebut namamu dihatiku...........

Diari : Interview

Bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan andai kita tidak kuat dalam mengharungi setiap yang tersurat untuk kita!

Selasa : 9 September 2008.
Aku mengambil cuti kecemasan semata2 untuk menghadiri suatu perkara penting yang mungkin akan mencorakkan langkahan baru dalam hidup. Walaupun ketika ini kerja sedang bertimbun2, tapi aku nekad. Mungkin inilah yang bakal tersurat untuk aku. Cuma, aku tak pasti apakah natijahnya kepada langkahan ini. Adakah ia akan memberikan aku sedikit cahaya atau aku akan terus berdepan dengan kekelaman sinar.....

Cikgu! Suatu waktu dahulu aku pernah meneroka ilmu dari mereka yang bergelar guru. Mereka mendidik aku dengan semampu mereka sehinggalah aku berjaya hari ini, ditahap ini. Bukan aku berbangga dengan kejayaan aku, tapi aku amat menghargai mereka2 yang jua pernah terlibat dalam mendidik diri ini.

Dan tika ini, aku mungkin cuba mengorak langkah untuk menjadi sebahagian dari mereka dan berkhidmat pula untuk anak bangsa aku sendiri.

Inilah cita2 aku sejak dari kecil. Aku membesar dengan tekad mak dan arwah ayah untuk menjadikkan aku seperti yang mereka pernah idam2kan. Aku membesar dengan jujukan cita2 yang dibawa terus dari mak dan arwah ayah. Aku juga pernah berangan2 untuk menjadi seorang pendidik bangsa apabila melihat guru2 yang begitu gigih dalam menyempurnakan tugas mereka.

Kini, aku telah meletakkan sebelah kaki aku untuk menggapai cita2 itu. Menghadiri temuduga adalah suatu yang aku kira berjaya untuk meletakkan aku sebaris dengan calon2 yang lain. Namun, adakah aku akan berjaya untuk mengangkat kedua2 belah kaki untuk terus berkhidmat untuk bangsa dan negara?

Mungkin sautu keputusan yang aku rasakan suatu debaran yang tak berkesudahan selagi ia belum dizahirkan dengan keputusan. Aku akan menunggu dengan penuh kesabaran.

Tuhan, aku berserah kepadaMu untuk menentukan yang mana terbaik bagiMu dan bagiku mengikut kemampuanku. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan yang telah dan akan kau berikan. Aku berserah dengan setiap pemberianMu. Namun, kurniakanlah yang terbaik bagiku. Amin.

Thursday, September 11, 2008

Lirik : Dealova - Once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…

Sya… na na na…

Friday, August 29, 2008

Puisi : Merdeka

Merdeka
Laungan keramat yang didamba
Bukan sahaja yang punya bicara
Malah seinci umat jua

Merdeka
Sebuah perjuangan dari dahulukala
Dipusakai generasi seterusnya
Menjadi warisan berharga
Tidak ternilai dek bicara

Merdeka
Perit jerih tok nenek mendapatkannya
Menjulang keris dan senjata
Juga bijak atur bicara
Membebaskan bangsa agar merdeka

Kini kita menikmatinya
Dengan aman dan sejahtera
Juga rentetan peristiwa sejarahnya
Yang segar dalam lipatannya

Namun,
Benarlah kita bangsa yang alpa
Bicara manis sentiasa menjadi madahnya
Hasad dengki mainan jiwa

Bukankah ini suatu derita?
Juga sebuah petanda?
Yang aman akan berubah jua
Yang damai akan direntap sengsara
Yang tenang akan dirimbakan akhirnya

Anak bangsa yang merdeka
Pulangkanlah sirih ke gagangnya
Janganlah alpa, janganlah leka
Kelak pancang tertumbang jua.....

Tuesday, August 26, 2008

Falsafah : Persahabatan dan Pergaulan

" Tidak ada kesenangan hati yang melebihi kesenangan bersahabat, dan tidak ada kedukaan yang melebihi kedukaan putusnya persahabatan. " - Abu Hakim