Wednesday, November 12, 2008

Hati : Haruskah Aku Berterus Terang???

Tuhan, aku merasakan bahawa kekuatan yang Kau berikan kepadaku adalah sesuatu yang aku rasakan getaran kasih sayang yang Kau berikan. Namun, aku masih belum pasti apa yang harus aku lakukan dengan gerakan hati ini. Adakah aku harus menerima semua ini dengan sebuah kekuatan atau aku perlu menafikan setiap kekuatan yang sudah tertakdir untukku ini?

Tuhan, aku tidak mengerti perasaan hati ini. Adakah ianya takdir yang Kau kurniakan atau suatu ujian yang Kau berikan semata untuk menguji kekuatan iman dan takwaku.

Jauh disudut hati ini, aku ingin merasai keceriaan dan kegembiraan seperti orang lain, namun semua itu sukar sekali untuk aku perolehi. Bukan aku mempersoalkan takdir yang telah Kau tentukan untuk aku, namun aku ingin mengerti dan aku ingin memahami sesuatu yang sukar aku faham. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui tiap2 perkara yang Kau kurniakan kepada hamba2Mu.

Tuhan, adakah aku harus bercerita demi memuaskan hati ini? Ataukah aku harus memendam dan menyingkirkan perasaan itu dari hati ini? Aku tidak kuat Tuhan untuk berhadapan dengan realiti ini. Aku tidak kuat Tuhan untuk menghadapi dugaan ini. Sungguh, Kaulah tempat aku bermohon dan tempat untuk aku berterus terang. Berilah aku petunjuk dan hidayah yang seluas2nya agar aku bisa menunaikan setiap gerakan hati yang Kau berikan kepadaku.

Monday, November 10, 2008

Diari : Cuti

Hari ini aku cuti.....

Mungkin bukan mudah untuk aku membuat keputusan yang amat drastik tatkala hati sedang merintih untuk diberi perhatian. Namun, aku terpaksa untuk melakukannya walaupun ia adalah suatu yang pahit dan perit.

Hari khamis, aku membuat satu keputusan yang begitu drastik aku rasakan dalam kehidupanku. Aku tak mampu untuk membuat keputusan sendirian dan aku serahkan sepenuhnya pada kehendak takdir. Andai di sana adalah terbaik buatku, maka aku akan terus menetap. Namun, andai perpindahan adalah yang terbaik buatku, maka aku harus juga pasrah utnuk melakukannya.

Akhirnya, Tuhan memberikan aku kekuatan dan pemberatan agar aku perlu keluar dari kepompong dunia yang aku cipta sendiri. Aku tak menafikan, di sana terdapat peristiwa dan semangat rumah yang aku rasakan masih kuat. Namun, hakikat kehidupan perlulah memilih satu antara dua. Itulah keperitan yang terpaksa aku lalui. Namun, mungkin keperitan ini mungkin terselit hikmah yang kita sendiri tidak tahu. Hanya Allah jualah yang mengetahui segala2nya.

Antara sayu dan perlu, aku harus menerima sebuah hakikat yang Tuhan berikan untuk aku. Aku berserah seluruh jiwa dan raga aku kepada Allah, Tuhan pencipta sekelian 'alam.

Mudah2han, penghidupan baru aku di sini dapat memberikan aku sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan meninggalkan seluruh kekecewaan dan ketirisan yang sering membelenggu diri sejak sekain lama.

Namun, aku sedar, bahawa penghidupan ini turut akan memberikan aku sebuah perujian yang lebih mencabar. walau apapun, aku harus kuat dan tabah dalam melalui liku2 kehidupan ini. Mudah2han Tuhan membantu aaku dan memberikan aku ruang dan peluang untuk kembali kej jalan yang diredhaiNya.....

Wednesday, November 5, 2008

Hati : Perpisahan

Perpisahan adalah suatu yang menyakitkan!

Begitulah realiti kehidupan. Bukan mudah untuk kita menghadapi sebuah perpisahan andai kita tidak pernah menjangkakan ianya akan berlaku.

Bukan salah perpisahan, tapi salah pertemuan yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Apa mungkin akan berlaku perpisahan andai tidak ada sebuah pertemuan? Apa mungkin ada perpisahan andai kita menafikan pertemuan. Apa ada perpisahan andai kita menolak salam yang hadir?

Tekad yang bulat untuk menafikan segala pertemuan kadangkala jua tidak menjadi. Kerana takdir Tuhan itu lebih berkuasa dalam menentukan setiap perkara yang berlaku. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan itu adalah sebaik2 perancang yang menzahirkan sebuah hakikat. Suka atau tidak, mampu atau tidak, kita terpaksa untuk mendepaninya. Cuma, semuanya terpulang kepada kita cara bagaimana untuk kita menerima takdir itu. Ia juga terpulang kepada kita untuk hanya redha dan pasrah atau kita keluar dari kepompong kesedihan yang terhampar itu.

Bagi aku, sebuah perpisahan itu adalah lebih perit dan menyakitkan. Namun, mengisi sebuah perkenalan itu jauh lebih mencabar. Apakah kita yakin dalam mengisi perkenalan itu dapat membuahkan keakraban yang baik serta diredhai Allah? Apakah ianya juga mampu untuk kita depani sebaik mungkin tanpa ada prasangka buruk atau pengkhianatan? Apakah kita mampu menjamin keredhaan Tuhan akan mengiringi kita?

Pastinya, sebuah perkenalan yang akhirnya membawa kepada perpisahan adalah suatu hikmah yang perlu kita sedar. Walaupun ianya perit dan pedih, tapi pasti Tuhan itu tidak akan pernah zalim. Ia memberi kita sesuatu ujian dan cabaran untuk menguji sejauh mana kekuatan kita untuk menghadapinya dengan tabah dan sabar. Selebihnya adalah terpulang kepada kita untuk menghadapinya.

Memang sukar dan susah untuk menerima setiap apa yang kita kurang suka apatah lagi perkara yang kita benci. Namun, kita tak punya kuasa apa2 melainkan kekuasaan Tuhan jua yang Maha berkuasa. Berdoalah dengan sebaik yang mungkin. InsyaAllah, Tuhan itu amat memahami dan menyayangi kita andai kita memohon pertolongan dariNya.

Bersabarlah dengan dugaan dan cabaran yang datang. Bersangka baiklah pada Tuhan InsyaAllah, kita akan memperolehi keamanan yang terbaik dari Allah.

Allah!!!!!Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap yang berlaku ini......

Saturday, October 18, 2008

Hati : Menyingkap Tabir

Meneruskan hidup merupakan suatu kewajipan! Tanpa kelangsungannya, kita bukanlah dikira sebagai Hamba kepada Tuhan Yang Esa, melainkan dengan keizinannya yang tidak mustahil untuk berlaku.

Seringkali berbicara soal hati, kita selalunya membiarkan hati sendirian untuk membuat keputusan. Tanpa kita sedari, sebenarnya keputusan itu bukanlah sautu keputusan yang terbaik kerana ia tidak disertakan dengan keputusan akal, doa dan kepasrahan pada Tuhan Yang Maha Esa.

Bila kita sudah terbiasa bicara tanpa mengikut keperluan akal dan kepasrahan pada Tuhan, kita dengan mudah dikuasai oleh kebijakan Syaitan untuk menyusup masuk ke dalam hati dan membuat onar dalam jiwa naluri. Sekadar membiarkan ianya terus berlangsung tanpa menyedari walhal setitik rase sekalipun.

Bila kita akan sedar akan hakikat yang sebenar? Bila kita akan tahu bahawa kebodohan telah mencengkam? Bila kota akan tahu kebejatan terus mengikat kita dari tersedar?

Semua itu akan berlangsung tanpa diselami dengan jiwa yang dalam serta bantuan dari Tuhan. Selagi mana kita tidak merasa bersalah tanpa memasukkan keredhaan Tuhan dalam hidup, selagi itulah kita akan menjadi manusia derhaka dan kufur!

Mudah2han segala hijab dan kebejatan akan tersingkap bersama tabir2 dosa yang melata.....

Saturday, October 11, 2008

Hati : Lingkaran Kehidupan

Dalam mencari erti cinta, pasti ada yang terluka. Dalam mencari makna kasih, pasti ada yang merintih.

Kadangkala, kita tidak mengerti kenapa Tuhan menghadirkan untuk kita sesuatu yang sukar untuk diterima. Seringkali juga, kita ditakdirkan untuk menerima seusatu yang bukan kita sukai dengan seribu kepayahan. Banyak kali jua, kita terpaksa menghadapi setiap ujian sendirian.

Apakah itu semua adalah dugaan yang ingin menguji tahap keimanan?
Atau ia sekadar sebuah balasan untuk dijadikan pedoman dan ingatan?

Tuhan, aku redha dengan ketentuan ini dan aku pasrah dengan perjalanan yang semakin mencengkam ini. Andai aku gugur dalam syahid, biarlah keimanan dan ketakwaan dapat mengiringi aku. Andai aku rebah ditengah2 kehidupan, bangkitkanlah aku dengan kebaikan yang berkekalan. Tapi, janganlah Kau rebahkan aku sebelum aku berjuang.

Friday, September 26, 2008

Diari : Hari2 terakhir Ramadhan

Tuhan, Ramadhan bakal meninggalkan aku dengan seribu kepedihan. Aku menyesal Tuhan kerana tidak mampu merebut sebanyak2 amalan di dalam bulan ini. Malah aku juga adalah manusia biasa yang lemah tanpa bantuan dan pertolongan daripadaMu. Aku redha dengan ketetapan ujian yang Kau berikan untuk aku. Namun, aku pohon kepadaMu agar segala amalan baikku diterima dan segala amalan burukku diampunkan.

Tuhan, berikanlah aku sedikit ruang dan peluang, agar baki masa yang tertinggal ini dapat aku gunakan sepenuhnya dalam menghayati makna Ramadhan walau aku terlalu jauh dari memahaminya, namun, cukuplah sekadar aku melakukan sesuatu dengan keikhlasan agar amalanku itu diterima.

Thursday, September 25, 2008

Puisi : Inginku Pinjam Tulisanmu

Impian seribu ilham
Menjadi sejuta kenangan
Walau tinta berterusan
Belum pasti ia dikabulkan

Bukan merintih dan merayu
Sekadar monolog sekeping hati
Mentafsir berkali-kali
Namun faham hanya sendiri

Susah benar untuk mencerna
Payah benar untuk bercerita

Lama benar untuk dikongsi
Hanya sedikit dimengerti

Kini sendiri mencari ilham
Terjeruk rasa sebuah keinginan
Namun tekadku takkan terpendam
Demi mencari pentasan kehidupan

Tintaku tidak berkali
Sekadar pemuat ilham sendiri
Entah bila ianya menjadi
Tenggelam timbul tika dilayari

Bagai kini ilhamku rindu
Mencerna sebuah taman ilmu
Ibarat aku mencari satu
Inginku pinjam tulisanmu.....

Wednesday, September 24, 2008

Diari : Adakah Perubahan Dapat Diperbaiki??

Kadangkala aku selalu memikirkan diri aku inginkan perubahan dari keadaan sekarang kepada satu keadaan yang lebih baik. Bukan saja dari segi sikap, kerja, pergaulan...malah juga kepada perwatakan diri. Namun, akhir2 ini aku sering menjadi keliru dengan setiap yang berlaku. Apakah perubahan yang bakal aku lakukan dapat memberikan satu kelebihan dan kebaikan untuk aku sendiri? Atau ia sekadar melepaskan batuk ditangga???

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada. Namun, itulah manusia. mana pernah puas dengan ape yang diperolehi. Mesti ingin berhijrah dan mengembara ke satu destinasi impian yang lebih baik. Tapi, adakah ianya sudah cukup untuk membuatkan kita memperbaiki kelemahan2 yang ada. Atau kita telah menetapkan bahawa perubahan itu adalah satu kemajuan yang kita capai???

Hari ini, aku rasakan aku cuba melakukan perubahan atas dasar impian dan harapan. Tapi, benarkah apa yang aku rasa? Kerana hati aku semakin berlawanan dengan harapan dan impian aku sendiri!

Tuhan, aku bukan manusia sempurna. Aku sekadar hambaMu yang sangat2 lemah tanpa bantuan dan pertolongan dariMu.

Aku tahu, aku sekadar mengeluh dan meluahkan rasa. Moga Kau membantu aku agar menjadi lebih bersyukur....

Saturday, September 20, 2008

Falsafah : Watak Manusia

" Dalam kesulitan akan terungkap watak seseorang, dalam fitnah akan terungkap kemurniaan pendapat, dalam pemerintahan akan terlihat kemurniaan akhlak, dalam harta akan terlihat belang orang yang mengaku takwa, dalam pangkat akan terlihat keluhuran asal-usul dan dalam kesusahan akan terlihat kejujuran persaudaraan" - Dr. Musthafa al-Siba'i.

Wednesday, September 17, 2008

Puisi : Terima Kasih Sahabat

Sahabat
Pernah dulu aku tak mengerti
Kehadiranmu disisi
Apa harus kurasai
Suka atau benci....

Sahabat
Aku pernah bertekad
Hanya sekali aku muktamad
Tiada ulangan tiada tempat
Sendiri aku akhirnya bertekad

Sahabat
Dunia ini tidaklah mutlak
Walau tekad sudah bernoktah
Tuhan jua yang punya takdir
Segala kemungkinan terhampar
Tiada yang mustahil

Sahabat
Aku cuba mengerti kehadiranmu kini
Hikmah Tuhan pasti tersembunyi
Moga Tuhan redhai hati
Agar kita sering diberkati

Namun sahabat,
Sungguh aku tak suka perkenalan
Yang akhirnya bawa perpisahan
Perit untuk diangankan
Lagi pedih bila berdepan

Justeru sahabat
Takdir aku mungkin berundur
Sebelum disentap
Sebuah sejarah ulangan
Yang pernah menggigit jiwa

Maafkan aku sahabat
Andai persahabatan ini ikhlas
Aku yakin Tuhan akan jagainya
Kerana Tuhan adalah Yang Maha Kuasa
Kerana Tuhan takkan pernah zalim

Sahabat
Berundur aku sekadar hakikat
Jangan dibuang ke lopak sepi
Jika aku tak terlihat lagi

Sahabat
Terima kasih atas segalanya
Sebuah hakikat
Pasti jadi kenangan jiwa