Friday, January 23, 2009

Sajer : 5 Orang yang........

Orang, Ahli Keluarga dan segalanya yang terpenting dalam hidup aku
Kasma Bte Abu Bakar (Emak)

5 Ahli Keluarga yang terpenting dalam hidup aku
Norfadzlina Bte Abd Rahman (Kakak)
Mohd Fadzli Bin Abd Rahman (Abang)
Syafeeqa Ameera Bte Roshidi (Anak Saudara)
Syafeeqa Aneesa Bte Roshidi (Anak Saudara)
Syafeeqa Aleeya Bte Roshidi (Anak Saudara)

5 Ahli Keluarga yang ada makna dalam hidup aku
Sabrina Batrisya Bte Mohd Fadzli (Anak Saudara)
Safeeya Basyeera Bte Mohd Fadzli ( Anak Saudara)
Mohd Iskandar Darwish Bin Mohd Fadzli (Anak Saudara)
Roshidi Bin Khamis (Abang Ipar)
Tuan Salwani Bte Awang (Akak Ipar)

5 Saudara yang ada makna dalam hidup aku
Siti Mariam Bte Akbar (Atuk Sedara)
Rapeah Bte Abd Manap (Emak Saudara)
Masliah Bte Abu Bakar (Emak Saudara)
Mak Long Chok (Lupa Nama)
Kamaruzaman Bin Abu Bakar (Bapa Saudara)

5 Kawan yang sangat selalu aku ingati (Lelaki)
Hafiz Bin Yaakob
Zulkifli Bin Anuar
Mohd Azahar Bin Hassan
Khairidz Azuwar
Mohd Hafiz Bin Hussin

5 Kawan yang menceriakan aku (PCM)
Hafiz Bin Yaakob
Azrul Fahmi Bin Abd Aziz
Mohd Rauf Bin Ali Khan
Jufri Bin Md Rus
Hazman Bin Anuar

5 Kawan yang menceriakan aku (UTM)
Mohd Redzuan Bin Hussin
Mohd Nazri Bin Abd Karim
Mohd Yusof Bin Mohd Noor
Mohd Shaiful Bin Omar
Wan Yusrizal Bin Wan Yusof


5 Kawan yang menceriakan aku (Zaman sekolah+UTMKL)
Mohd Nasir Bin Abd Razak
Mohd Helmi Bin Abd Rahman
Mohd Ariffin Bin Marwan
Mohd Zamri Bin Hassan
Iswardy Bin Kamarudin

5 Kawan yang selalu aku ingati (Perempuan)
Suhaiza Bte Suhadi
Suziana Bte Ahmad
Norhafizah
Zuraini Bte Kaliwang
Nurul Sufiani Bte Ahmad

5 Kawan yang menceriakan aku (PCM)
Suziana Bte Ahmad
Siti Idani Bte Abd Aziz
Norjiha Bte Razali
Fatimah Nur Bte Fuad
Kak Harlina Bte Jamil

5 Kawan yang menceriakan aku (UTM)
Zatul Farha Bte Md Yaman
Diyana Bte Muhammad
Rosliana Bte Othman
Normala Bte Yusoff
Nordiana Bte Kamarudin

5 Kawan yang menceriakan aku(Zaman Sekolah+UTMKL)
Suhaiza Bte Suhadi
Zuraini Bte Kaliwang
Nurul Sufiani Bte Ahmad
Nurul Hazar Bte Senin
Wahimah

5 Orang yang aku ingin jumpa sebab dah lama tak jumpa
Khairidz Azuwar
Mohd Azahar Bin Hassan
Nurul Sufiani Bte Ahmad
Nurul Hazar Bte Senin
Suhaiza Suhadi

5 Orang adik yang aku still ingat
Mohd Haidar Bin Rahmat
Muhammad Alime Bin Mohd Ghazali
Wan Mohammad Nazram
Mohamad Nadzirin
Mohd Fauzi Bin Nazlan

5 Orang yang selalu memberikan aku kata-kata kekuatan
Kasma Bte Abu Bakar
Norfadzlina Bte Abd Rahman
Mohd Fadzli Bin Abd Rahman
Siti Mariam Bte Akbar
Suziana Bte Ahmad

"Terima kasih semua kerana sudi menjadi 'seseorang' dalam hidup aku"
published:23Jan2009
edited:23Jan2009

Thursday, January 22, 2009

Diari : 22 Januari 2009

Hari ni, sebelah pagi aku takder kelas. So pe lagi, amik peluang utk tido ar...hehehe...tapi, aku takder ar dpt tido lame sgt, maklumlah ade keje yang belum settle lagi. Kenelah bangun jugak...hahaha...

Aku buat model 3D untuk pembentangan Makmal ICT dibawah subjek teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Tujuan kelas ni adlh mendidik kami2 plajar tuer (hehe), supaya menggunakan smua teknologi yang ade dlm proses pengajaran & pembelajaran dlm kelas.

Minggu lepas dh bentangkn 2 teknik iaitu tranparensi & poster. Kemudian minggu ni untuk model 3D plak. Hem, Alhamdulillah, selesai dh pembentangan tu. Gigil gak, maklumlah aku yang kene bentangkan. Camne agaknye ye situasi sebenar mase aku ngaja kat sek nanti? bile pikir2 balik, ngeri plak rasenyer....yer ar, bentang macam tu kat depan kelas pun dh menggigil2. sib baik aku leh handle tadi. Aperpn, aku dh settle, walau kene komen gak dengan tutor...hahaha...xperla, jadikan sbg pengajaran....

Aku terlupe plak nak soh member amikkan gambar aku yang kecoh kt depan kelas. Haha, ntah pe agaknye aku nyer presentation td....

lupe plak nak ckp, model 3D tu buat keje dlm group. Aku buat bertiga ngan Azlan dan Khairul. Thanks Lan bg idea byk. Kalo ko takder, mmg ar xbley jadik keje tu.

"Aku rase seronok plak nak ngajar, walaupun aku tau, aku takla hebat mane. Tapi, aku dpt rasekan pasti ada sesuatu hikmah yang ingin Tuhan berikan kepada aku dengan meletakkan aku di bidang perguruan ini....Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih dan Penyayang".

Diari : Kawan2 telefon

Ehm, tetibe je aku rase best sangat bile aku dpt calling dari orang2 yang masih ingat kat aku. Wah, aku masih rasa dihargai walaupun aku dah tak berkhidmat lagi untuk diorang. Tapi, yang penting, ingatan aku pada diorang tak pernah luput, Cuma mungkin masa dan keadaan yang memperhitungkan kekerapan perhubungan.

Aku redha dengan ketetapan Tuhan yang membawa aku ke suatu tempat yang benar2 baru. Walau aku tahu, ini yang aku pinta, namun, aku tahu Tuhan lebih tahu segalanya. Aku hanya mengikut haluan dan takdir Tuhan. Yang termampu dari aku hanyalah berdoa agar Tuhan dapat memberikan yang terbaik bagiNya dan bagi diriku mengikut kemampuanku.

Aku dpt call tu sebelum aku masuk kelas psikologi jam 5 ptg. Bayangkanlah, hati aku berbunga2 sangat. Walaupun apa yang aku ckp ni mmglah pelik dan jarang2 berlaku, tapi itula yang aku rasa. Aku rasa bersemangat semula seolah2 diorang berikan aku satu semangat lain yang membimbing aku untuk ke kuliah.

Sekali lagi, pada sebelah mlm, aku ibarat rama2 yang ingin terbang bebas ke angkasa raya. Menikmati keceriaan yang tiba2 hadir. Tuhan yang memberinya. Aku bersyukur, namun sejarah tetap sejarah!

Time kasih krn masih ingat kat aku lagi. Aku tahu, bukan mudah sebenarnya untuk m’ingati org lain. Hanya aku yang agak pelik sehingga sering pikirkan org yng mungkin tak pernah pikir pasal aku.

Aperpun, Thank you very much.

" Tak semua aku citerkan dlm blog nie. Percayalah, semua yang mengingati aku, akan aku ingatinya sampai bila2 yang Tuhan izinkan....."

Hati : Apakah Ini?

Aku memang merindu, namun aku gagahkan hati untuk tidak menunduk pada kerinduan itu. Aku terlalu takut untuk membenarkan kerinduan itu bertahta di hati sanubari.

Cukuplah kerinduan yang aku simpan selama ini terpendam dan dipendam. Aku letih untuk menghadapinya. Aku tidak kuat lagi untuk merasai getaran rindu itu.

Maafkan aku andai bicara yang tak bertepi ini. Namun, inilah hakikat yang terpaksa aku terima dan redha. Cukuplah pengalaman semalam membuatkan aku serik untuk merindu lagi.

Biarlah aku dengan haluanku. Tiada lagi kelibatku mendekati. Biarlah hati aku terus sayu di sini, di bumi baru yang aku akan tempuhi.

Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu bertahta lagi kerana perit rasanya bila kerinduan yang terbina putus ditengah jalan. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menangis lagi, kerana pedih rasanya bila kerinduan itu merintih dibahu sendiri. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menguasai hati, kerana sakitnya hati bila kerinduan itu terhiris dilukai.

Walau aku tahu, kerinduan itu payah untuk disingkirkan, tapi aku akur, aku terpaksa membina kekuatan baru demi masa depanku sendiri.

Tuesday, January 20, 2009

Berita : Pemimpin Arab bantu pulih Gaza


SEORANG lelaki meletakkan bendera Palestin di rumah keluarganya yang musnah.
Raja Abdullah umum sumbangan RM3.5b
BANDARAYA KUWAIT: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.5 bilion) bagi pembinaan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
"Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan AS$1 bilion bagi rancangan pembinaan semula Gaza," kata beliau pada pembukaan sesi sidang puncak Arab di Kuwait.

Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu.
Minggu lalu, Qatar mencadangkan penubuhan dana untuk Gaza dan menyumbang AS$250 juta (RM875 juta).
Percanggahan pendapat antara negara Arab mengenai bagaimana menangani tindakan Israel di Gaza menjadi isu utama perbincangan dalam sidang puncak itu yang pada awalnya hanya akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.

SEORANG penduduk Palestin melihat rumah yang musnah dan ranap akibat serangan tentera Israel.
Pemimpin akan tetap membincangkan bagaimana menangani kesan kejatuhan harga minyak kepada dunia Arab, kemerosotan ekonomi dan tekanan kredit.
Bagaimanapun mereka juga dijadual menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan membincangkan rancangan menyediakan dana berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) bagi membina semula Semenanjung Gaza selepas Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak.
Peserta sidang Kuwait berharap mesyuarat akan merapatkan jurang perbezaan pendapat yang dihadapi dalam mesyuarat di Doha, apabila Qatar dan Mauritania membekukan hubungan dengan Israel dan Syria, sekali gus memusnahkan usaha rundingan damai tidak langsung mengenai Gaza. – AFP/Reuters
" Apakah setelah Palestin hancur musnah, barulah bantuan diberikan? Apakah memadai dengan bantuan kewangan yang disedekahkan hasil dari kekayaan bumi Arab yang setiap tahun didatangi oleh muslimin2 yang mengerjakan fardhu haji serta kekayaan minyak yang ada? Mengapa tidak diturunkan bala tentera Arab Saudi untuk membantu menghalang kekejaman Kafir Yahudi?
Apakah mereka tidak berfikir untuk bersatu? Apakah yang sebenarnya sedang mereka permainkan? Apakah pemimpin2 Arab tidak boleh menjadi wira bagi umat Islam? Apakah Bumi Penjaga2 Tanah Haram itu ketandusan rasa simpati sehinggakan mereka membiarkan sahaja Bumi dan Saudara Seislam di Palestin dimusnahkan dihadapan mata mereka? Atau mereka memanglah boneka Yahudi dan Amerika yang diberikan kuasa untuk sekadar memandang sehinggakan tidak ada rasa peri kemanusiaan langsung di hati mereka?
Pemimpin Arab memang zalim. Sehingga mereka sanggup menutup pintu bagi penduduk palestin keluar untuk menyelamatkan diri. Pemimpin Arab memang zalim. Sehingga mereka tidak ada sedikit pun rasa simpati untuk membantu penduduk palestin. Pemimpin Arab memang zalim. Sehinggakan sanggup diperkudakan oleh Amerika dan Yahudi.
Ya Allah Ya Tuhan, aku pohon kepadaMu, hancur musnahkanlah Bangsa Yahudi dan berikan mereka penderitaan yang setimpal dengan kekejaman yang telah mereka lakukan. Ya Allah Ya tuhan, aku pohon kepadaMu, berikanlah hukuman dan balasan yang setimpal juga kepada pemimpin2 Islam yang Dayus sehingga membenarkan mereka dipergunakan, diperkotak katikkan dan dijadikan kambing hitam demi untuk memusnahkan KERAJAAN HAMAS yang dipilih oleh rakyat Palestin sendiri untuk mewakili mereka.
Ya Allah, aku yakin kerajaan yang menjaga Tanah Haram Mu, Mekah Al-Mukarramah bukanlah penjaga yang sebenar. Aku pohon kepadaMu agar kembalikanlah penjagaan Hak memelihara Mekah Al-Mukarramah kepada keturunan dan orang yang lebih berhak serta beriman dan bertakwa kepadaMu.
Buktikanlah kepada dunia wahai Penjaga Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah, kamu adalah JUJUR DAN IKHLAS kerana ALLAH!"

Monday, January 19, 2009

Puisi : Menyintai tidak bermakna memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaanmu. ..

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Janganla­h kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaanmu. ..

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali....

Puisi : Pertemuan Bukan Milik Kita

Pertemuan...
Menghadiahkan kita kasih sayang
Bila cinta SATU pasti bertemu
Ia tidak ternilai..

Kerana antara hati kita
Sudah tiada antaranya lagi..
Yang ada hanya cinta kasih ILLAHI

Biar berpisah selalu menderita
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta ABADI

Kita terpisah hanya sementara
Kerna pertemuan bukan milik kita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana ALLAH..

Sunday, January 18, 2009

Hati : Cukuplah.......

Sekali lagi, hari ini aku tidak pasti apa yang harus aku lakukan. Segalanya tetap datang dan berulang. Tidak adakah jalan lain untuk aku meneruskan kehidupan baru aku di sini dengan tenang dan aman.

Maaf sekali lagi andai bicara hati ini sangat sukar difahami. Hanya ini ruang untuk aku berbicara.

Aku ingin menemui kehidupan yang baru dengan situasi yang baru dan wajah yang baru. Semuanya aku ingin serba baru. Aku ingin tinggalkan semua yang pernah menghimpit jiwa dan menyeksa hati. Aku ingin biarkan ia pergi tanpa mengekori kemana aku pergi. Aku ingin tinggalkan ianya dipinggiran ombak yang membawa ke lautan lepas.

Namun, apakan daya aku yang sekadar insan kerdil ini. Rupanya, ia terus menuruti aku walau kemana aku pergi. Cukuplah, aku letih dengan semua ini.

Tuhan, mampukanlah aku untuk melupakan setiap perkara yang telah berlaku itu. Mampukanlah aku Tuhan untuk meninggalkannya tanpa mengekori aku lagi. Mampukanlah aku Tuhan untuk memperbaiki kelemahan yang bersarang dalam jiwa ini. Mampukanlah aku Tuhan untuk terus mejadi hambaMu yang beriman dan bertakwa kepadaMu.

Tuhan, aku ingin melupakannya. Namun, setiap detik, ianya tidak pernah padam dari memori hati ini. Setiap saat, ianya selalu berlegar2 dengan kenangan2 yang sukar dilupakan. Setiap masa, ia tetap memburu ingatan ini.

Cukup2lah dengan apa yang telah menyeksa hati ini. Cukup2lah dengan ketidaksudian yang hadir. Cukuplah2 dengan kebencian yang tercerna. Cukup2lah dengan kebodohan yang mendatang. Cukup2lah dengan hati yang walang........

Cukuplah.........

Berita : Lagi-lagi isu murid menjawab dalam bahasa Inggeris

Sumber: Blog Utusan Pengarah IPM

Hebohlah dicanangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa keputusan peperiksaan PMR 2008 cemerlang.

Dan dilaporkanlah dalam akhbar bahawa pelajar yang menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bertambah.

Jumlah murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 21.5% pada tahun 2007 kepada 51.2% dalam tahun 2008

Jumlah murid menjawab matematik dalam bahasa Inggeris meningkat daripada 4.6% pada tahun 2007 kepada 26.9% pada tahun 2007.

Bagaimana ini berlaku! Hairan.

Hairan kita melihat angka ini. Setelah diajar berrfikir secara kritis di sekolah, tentulah kita mudah sahaja membuat kritikan terhadap angka ini.

Sekiranya ada 51.2% murid menjawab sains dalam bahasa Inggeris, tentulah peratus yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris sama juga bilangannya. Atau jikalau ada perbezaan pun, mungkin sedikit sahaja.

Tetapi yang menjawab matematik dalam bahasa Inggeris hanya 26.9%, pada hal 51.2% sudah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris. Apa berlaku kepada 24.3% murid-murid yang tiba-tiba menjadi tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris?

Setelah pandai menjawab sains dalam bahasa Inggeris, murid yang sama tidak pandai pula menjawab matematik dalam bahasa Inggeris! Pada hal seharusnya lebih mudah.

Lagi pun, bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini? Sekiranya murid hanya dikehendaki menjawab dengan memilih A, B, C atau All the above, mereka belum boleh dikatakan menjawab dalam bahasa Inggeris seperti yang diimplikasikan!. Lihat dahulu detelnya.

Dan juga Tuan menyimpulkan bahawa “jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semakin mengecil.”

Berguraukan Tuan? Bagaimana Tuan membuat kesimpulan begini! Apa buktinya!

Maksud Tuan, selepas ini wajarlah ppsmi diteruskan!

Bantahan terhadap ppsmi bukan pun kerana ini semua. Pendidikan lebih berkesan disampaikan dalam bahasa ibunda. Itulah yang menjadi isu.

"Wahai bijak pandai, berdiskusilah dengan waras dan aman. Buatlah satu keputusan yang terbaik demi bangsa melayu generasi akan datang. Percayalah pada kemampuan yang ada"

Sajer : Gambar Kat Kad Metrik....

Inilah budak itam yang polis tu serba salah nak cakap hensem. Sebab mmg tak ensem....wakakaka....

"Bersyukurlah pada Tuhan dengan apa yang aku ada"