Saturday, January 31, 2009

Berita : Catatan Gaza: Mesir sekat bantuan tambah azab mangsa Yahudi

AZAB tak sudah rakyat Palestin yang menagih simpati bantuan asing seolah-olah dinafikan segelintir negara jiran yang sengaja memperkenalkan pelbagai sekatan dan kawalan di sempadan sejak Israel mula menyerang Gaza lebih sebulan lalu.

Sehingga kini, berpuluh treler berisi bantuan ubat dan makanan kepada mangsa Gaza terus tersadai di bahu jalan berhampiran pintu masuk sempadan Rafah - Mesir.

Jika ditanya kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di situ, kebanyakan mereka memberi jawapan sama iaitu pihak berkuasa sempadan Mesir tidak memberikan kerjasama sebaliknya terlalu banyak kerenah birokrasi perlu dipenuhi.

Tidak hairan jika ada antara lori bantuan kemanusiaan berkenaan yang dihantar sejak seminggu lalu masih belum melepasi tembok sempadan Rafah walaupun pelbagai usaha diplomatik dilakukan.

Wartawan yang berada di Gaza mendapat maklumat pendirian tegas Kerajaan Mesir yang enggan membenarkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk melalui pintu sempadannya turut mengundang kemarahan masyarakat Arab.

Wakil NGO Deniz Feneri Association Turki, Zatuq Kan, berkata beliau kecewa dengan sikap Mesir yang enggan bertolak ansur sehingga bantuan mengambil masa sehingga seminggu untuk dibawa masuk.

Katanya, Mesir memberi alasan bimbang bantuan kemanusiaan itu turut diselitkan bekalan senjata api yang ingin disalurkan kepada pejuang Hamas.

“Kami tidak kisah jika mereka ingin memeriksa seluruh lori . Apa yang kami mahu bantuan ini disegerakan ke Gaza.

“Masalah sempadan Mesir bukan hanya membabitkan NGO kami, malah semua NGO negara lain turut berhadapan keadaan ini,” katanya di pintu pagar Rafah.

Katanya, sebelum ini, lebih 20 ambulans yang dihantar NGO Turki turut dihalang beberapa hari sebelum memasuki Gaza tanpa alasan munasabah. Nasib sama dikongsi beberapa doktor sukarelawan asing.

Paling malang apabila doktor sukarelawan warga Afrika Selatan, Feroz Abukaker Ganchi yang cuba memasuki Gaza ditahan pihak berkuasa Mesir tanpa alasan munasabah. Namun, perundingan antara Afrika Selatan dan Mesir akhirnya berjaya membebaskan doktor berkenaan yang mulanya berniat murni untuk membantu mangsa di hospital Gaza.

Pada masa sama, Iran dikatakan turut memprotes tindakan Mesir yang menghalang kemasukan kapal bantuan ke Gaza melalui pelabuhannya. Difahamkan, Mesir tidak memberi kelulusan kepada kapal bantuan Gaza memunggahkan barang melalui pelabuhannya walaupun berulang kali diminta kerajaan Iran.

Masalah sama ini akhirnya memberi kesimpulan apabila Presiden Mesir, Husni Mubarak kini dituduh menjadi boneka Israel dan Amerika dalam usaha memenjarakan semua rakyat Palestin di neraka Gaza dengan cara paling halus.

" Sekadar ingat mengingatkan. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.” Sumber: JAKIM"

Lirik : Sumpah I love U

" Ehm, klakar lak aku bace lirik dia nih. Jiwang karat....hehehe. Tp, mungkin bile dh bercinta, akan rase gitu ar eh???Ehm......"

Diari : Jumpe Najib......

Gambo kenangan lepas perut kenyang kat Dusun Bay, Tjg Malim, Perak....

Haaa...inilah member aku Najib namanya.....Dia member aku kat PCM senai, johor suatu waktu yang lalu...(baru sebulan aku benti benornyer).hehehe....sape2 nak berkenalan????hehehehe
Ajib, jgn mara yer....Aperpun, thanks datang jumper aku kat kg laman ko tjg malim nie. Banyak gak isu yang diborakkan malam tu.....Isu per???eh, biarlah rahsia...ekekekeke
"Time kasih ajip. biler2 ko balik tjg malim nanti, gtau ar....leh lepak2 sket...."

Thursday, January 29, 2009

Diari : Cuti Raya Cina

Hah, sambung smuler...hehehe

Aku dh ngantok mlm tu sebenarnya. Ngantok sangat2. Tapi, aku dok layan citer CD ngan member2 aku. Maklumlah masing2 baru naik cuti. Aku layan citer Ghost Hunter (Siam punyer) ngan War Games. So, yang citer hantu tu memanglah serik aku nak tgk. Bukan sebab ngeri atau takut, tapi sebab tak best langsung. Aku tak paham pun jalan citer dia.

War Games best. Citer dia mengisahkan ada 2 orang budak yang genius komputer. Satu hari, jiran dia mintak tolong betulkan komputer milik jiran dia tu. Budak ni pun cubalah betulkan. Tapi, diorg tu mmg nakal sket. Dia dpt no akaun bank jiran dia dan gunakan duit dlm akaun tu utk main game Ripley (klu tak silap aku ejaan dia eh). Game ni dikawal oleh kementerian pertahanan Amerika dan main secara bet...kira judilah tu. Misi dia ibarat serangan pengganas yang akan dilakukan di Amerika.

Nak dijadikan citer, budak genius yang main game tu berjaya dengan pertaruhan tu. So, kementerian pertahanan kejar budak nie utk dptkan maklumat. Dan dia jadik suspect sbg pengganas plak sekarang. Budak lelaki tu cuba melarikan diri lepas dpt tau dia kene kejar dgn polis. Dalam pemburuan tu, ada seorang lelaki yang membantu dia dan lelaki itu merupakan orang yang pernah mencipta sistem yang terawal seperti ripley tadi tu.

Nak dipendekkan citer, lelaki tadi tu dapat membantu tapi akhirnya mati kene bom oleh sistem. Dan akhir sekali, budak genius tadi tu dapat memusnahkan sistem ripley dengan sokongan org2 kementerian pertahanan tu sendiri.

Begitulah lebey kurang citernye. Hehe, aku bercerita merapu ajer. Tapi, serius, citer tu mmg best.

Kol 4 baru nak tido walaupun dh tertido2 gak tgk citer war games tu tadi. Esoknya kelas kol 9 pagi. Huarghhhhh...ngantoknya.....

Diari : Cuti Raya Cina

26 dan 27 hb adalah raya cina. Alhamdulillah aku sempatlah tgk rumah kat kota tinggi. Rindu aku kat sana. Hanya gambar ajerlah buat penawar rindu.Hehehe....

24hb tu aku dh tak sabar2 nak balik johor. Maklumla, bukan senang nk dpt cuti skrg nih. Kalau dulu, leh balik tiap2 hari atau tiap2 minggu, skrg nak balik pn kene berkira2. Jauh tu.

24 petang tu aku ader kelas dari kol 3 sampai kol 5 ptg. Huhu. Kebanyakkan kwn2 aku yang len dh takder kelas hari jumaat. Seronoklah depa, boleh balik awai....Tiket bas ke KL aku dh beli awal2. RM7.40 regenya dari Tjg Malim (TM) ke KL. Aku naik bas kol 6.30 ptg, Tp, gerak dari TM kol 7 lebih. Punyerla lame aku nunggu dlm bas.

Sampai kat Central Market (CM), aku turun. Eh luper plak. Aku g saing ngan member aku, Razi nama dia. Org sabah tu. Kitaorg ke KL central dn kemudian berpecah. aku ke Bukit Badak, naik komuter dan Razi ke Putrajaya.

SubhanAllah, org punyala ramai. Takut aku.hehe. Sampai2 aje aku kat tren komuter, aku tgk org Mesia ni baik sungguh. puji betul aku. beratur, duduk elok2. Rupa2nya, hipokrit semua tu. Tren sampai aje, semua nyerbu. Sedih aku tgk. Bilala manusia kat Mesia ni nak jadik org y bertamadun agaknya??? Mana tidaknya aku ckp camgitu, aku dh bratur elok2, diorang serbu, sampai beg aku dh jalan dulu. Aku ni tertinggal kt belakang. Sib baik aku sempat rentap balik beg aku tu, kalo tak, silap2 dah ke Pelabuhan Klang. huhu, tak ke naya tu.

Dah2....citer pasai aku jer.

Aku sampai kat Bukit Badak dlm jam 10 lebih. Stesyen tu dekat jer ngan umah akak aku kat kuaters TNB Jambatan Cannought tu. Kemudian dlm jam 11 lebih, kakak ngan abg ipar aku antar ke stesyen bas shah alam. Pergh, ramai tol org. pening kepala aku nengoknyer.

Tunggu punyer tunggu, dekat kol 1 pagi gak kitaorg gerak. Tapi yang bestnye, sepatutnya aku naik bas tambahan. tapi ntah nape diaorg suh aku naik bas yang exclusive. Haha, memang dh rezki. Aku balik ngan mak aku jer. Destinasi kitaorg adlh larkin, tapi kitaorg akn gerak ke pasir gudang dulu. g tgk umah akak aku.

Ngantok sungguh aku pagi tu, sampai kol 5 pagi. Sib baik ader bas dari Larkin ke PG kol 5 tu. Dan aku sampai kt PG kol 6 pagi. Sempatlah subuh, Alhamdulillah.

Pagi tu, walopun aku ngantuk, aku tak leh tido. Nak carik geran kete aku ntah mane peginyer....semua tmpt aku selongkar, takder gak. Kemudia, aku ngan mak aku kemas2 lebih kurang kt umah akak aku, kitaorg gerak balik kota. Sblm tu singgah dulu umah mokde aku (akak arwah ayah aku). Dah lame aku tak jumper dia. Alhamdulillah dia sihat. Dialah satu2nya adik-beradik arwah ayah aku yang tinggal.Alfatihah buat arwah ayah yang aku kasihi....

Kemudian aku balik kota. Takder benda pun aktiviti yang menarik. Cuma kemas2 rumah ajer. Maklumla, sebulan xbalik rumah. Sian rumah aku....

Aku balik semula ke TM hari selasa pagi, singgah jap kat nilai, g umah abg dan kemudian g klang. Malam tu, razi g umah aku sbb kitaorg janji nak balik saing ke TM nih. So, dlm kol 9 mlm gak kitaorg gerak ke TM. Sampai dlm jam 10 lebih. Penatnyer, hanya Tuhan yang tahu.

Tp kn, aku tido mlm tu kol 4 pagi...huhuhu...tak cayer aku.....jap2 aku pikir balik naper ek...hehehe

Friday, January 23, 2009

Sajer : 5 Orang yang........

Orang, Ahli Keluarga dan segalanya yang terpenting dalam hidup aku
Kasma Bte Abu Bakar (Emak)

5 Ahli Keluarga yang terpenting dalam hidup aku
Norfadzlina Bte Abd Rahman (Kakak)
Mohd Fadzli Bin Abd Rahman (Abang)
Syafeeqa Ameera Bte Roshidi (Anak Saudara)
Syafeeqa Aneesa Bte Roshidi (Anak Saudara)
Syafeeqa Aleeya Bte Roshidi (Anak Saudara)

5 Ahli Keluarga yang ada makna dalam hidup aku
Sabrina Batrisya Bte Mohd Fadzli (Anak Saudara)
Safeeya Basyeera Bte Mohd Fadzli ( Anak Saudara)
Mohd Iskandar Darwish Bin Mohd Fadzli (Anak Saudara)
Roshidi Bin Khamis (Abang Ipar)
Tuan Salwani Bte Awang (Akak Ipar)

5 Saudara yang ada makna dalam hidup aku
Siti Mariam Bte Akbar (Atuk Sedara)
Rapeah Bte Abd Manap (Emak Saudara)
Masliah Bte Abu Bakar (Emak Saudara)
Mak Long Chok (Lupa Nama)
Kamaruzaman Bin Abu Bakar (Bapa Saudara)

5 Kawan yang sangat selalu aku ingati (Lelaki)
Hafiz Bin Yaakob
Zulkifli Bin Anuar
Mohd Azahar Bin Hassan
Khairidz Azuwar
Mohd Hafiz Bin Hussin

5 Kawan yang menceriakan aku (PCM)
Hafiz Bin Yaakob
Azrul Fahmi Bin Abd Aziz
Mohd Rauf Bin Ali Khan
Jufri Bin Md Rus
Hazman Bin Anuar

5 Kawan yang menceriakan aku (UTM)
Mohd Redzuan Bin Hussin
Mohd Nazri Bin Abd Karim
Mohd Yusof Bin Mohd Noor
Mohd Shaiful Bin Omar
Wan Yusrizal Bin Wan Yusof


5 Kawan yang menceriakan aku (Zaman sekolah+UTMKL)
Mohd Nasir Bin Abd Razak
Mohd Helmi Bin Abd Rahman
Mohd Ariffin Bin Marwan
Mohd Zamri Bin Hassan
Iswardy Bin Kamarudin

5 Kawan yang selalu aku ingati (Perempuan)
Suhaiza Bte Suhadi
Suziana Bte Ahmad
Norhafizah
Zuraini Bte Kaliwang
Nurul Sufiani Bte Ahmad

5 Kawan yang menceriakan aku (PCM)
Suziana Bte Ahmad
Siti Idani Bte Abd Aziz
Norjiha Bte Razali
Fatimah Nur Bte Fuad
Kak Harlina Bte Jamil

5 Kawan yang menceriakan aku (UTM)
Zatul Farha Bte Md Yaman
Diyana Bte Muhammad
Rosliana Bte Othman
Normala Bte Yusoff
Nordiana Bte Kamarudin

5 Kawan yang menceriakan aku(Zaman Sekolah+UTMKL)
Suhaiza Bte Suhadi
Zuraini Bte Kaliwang
Nurul Sufiani Bte Ahmad
Nurul Hazar Bte Senin
Wahimah

5 Orang yang aku ingin jumpa sebab dah lama tak jumpa
Khairidz Azuwar
Mohd Azahar Bin Hassan
Nurul Sufiani Bte Ahmad
Nurul Hazar Bte Senin
Suhaiza Suhadi

5 Orang adik yang aku still ingat
Mohd Haidar Bin Rahmat
Muhammad Alime Bin Mohd Ghazali
Wan Mohammad Nazram
Mohamad Nadzirin
Mohd Fauzi Bin Nazlan

5 Orang yang selalu memberikan aku kata-kata kekuatan
Kasma Bte Abu Bakar
Norfadzlina Bte Abd Rahman
Mohd Fadzli Bin Abd Rahman
Siti Mariam Bte Akbar
Suziana Bte Ahmad

"Terima kasih semua kerana sudi menjadi 'seseorang' dalam hidup aku"
published:23Jan2009
edited:23Jan2009

Thursday, January 22, 2009

Diari : 22 Januari 2009

Hari ni, sebelah pagi aku takder kelas. So pe lagi, amik peluang utk tido ar...hehehe...tapi, aku takder ar dpt tido lame sgt, maklumlah ade keje yang belum settle lagi. Kenelah bangun jugak...hahaha...

Aku buat model 3D untuk pembentangan Makmal ICT dibawah subjek teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Tujuan kelas ni adlh mendidik kami2 plajar tuer (hehe), supaya menggunakan smua teknologi yang ade dlm proses pengajaran & pembelajaran dlm kelas.

Minggu lepas dh bentangkn 2 teknik iaitu tranparensi & poster. Kemudian minggu ni untuk model 3D plak. Hem, Alhamdulillah, selesai dh pembentangan tu. Gigil gak, maklumlah aku yang kene bentangkan. Camne agaknye ye situasi sebenar mase aku ngaja kat sek nanti? bile pikir2 balik, ngeri plak rasenyer....yer ar, bentang macam tu kat depan kelas pun dh menggigil2. sib baik aku leh handle tadi. Aperpn, aku dh settle, walau kene komen gak dengan tutor...hahaha...xperla, jadikan sbg pengajaran....

Aku terlupe plak nak soh member amikkan gambar aku yang kecoh kt depan kelas. Haha, ntah pe agaknye aku nyer presentation td....

lupe plak nak ckp, model 3D tu buat keje dlm group. Aku buat bertiga ngan Azlan dan Khairul. Thanks Lan bg idea byk. Kalo ko takder, mmg ar xbley jadik keje tu.

"Aku rase seronok plak nak ngajar, walaupun aku tau, aku takla hebat mane. Tapi, aku dpt rasekan pasti ada sesuatu hikmah yang ingin Tuhan berikan kepada aku dengan meletakkan aku di bidang perguruan ini....Alhamdulillah, Allah Maha Pengasih dan Penyayang".

Diari : Kawan2 telefon

Ehm, tetibe je aku rase best sangat bile aku dpt calling dari orang2 yang masih ingat kat aku. Wah, aku masih rasa dihargai walaupun aku dah tak berkhidmat lagi untuk diorang. Tapi, yang penting, ingatan aku pada diorang tak pernah luput, Cuma mungkin masa dan keadaan yang memperhitungkan kekerapan perhubungan.

Aku redha dengan ketetapan Tuhan yang membawa aku ke suatu tempat yang benar2 baru. Walau aku tahu, ini yang aku pinta, namun, aku tahu Tuhan lebih tahu segalanya. Aku hanya mengikut haluan dan takdir Tuhan. Yang termampu dari aku hanyalah berdoa agar Tuhan dapat memberikan yang terbaik bagiNya dan bagi diriku mengikut kemampuanku.

Aku dpt call tu sebelum aku masuk kelas psikologi jam 5 ptg. Bayangkanlah, hati aku berbunga2 sangat. Walaupun apa yang aku ckp ni mmglah pelik dan jarang2 berlaku, tapi itula yang aku rasa. Aku rasa bersemangat semula seolah2 diorang berikan aku satu semangat lain yang membimbing aku untuk ke kuliah.

Sekali lagi, pada sebelah mlm, aku ibarat rama2 yang ingin terbang bebas ke angkasa raya. Menikmati keceriaan yang tiba2 hadir. Tuhan yang memberinya. Aku bersyukur, namun sejarah tetap sejarah!

Time kasih krn masih ingat kat aku lagi. Aku tahu, bukan mudah sebenarnya untuk m’ingati org lain. Hanya aku yang agak pelik sehingga sering pikirkan org yng mungkin tak pernah pikir pasal aku.

Aperpun, Thank you very much.

" Tak semua aku citerkan dlm blog nie. Percayalah, semua yang mengingati aku, akan aku ingatinya sampai bila2 yang Tuhan izinkan....."

Hati : Apakah Ini?

Aku memang merindu, namun aku gagahkan hati untuk tidak menunduk pada kerinduan itu. Aku terlalu takut untuk membenarkan kerinduan itu bertahta di hati sanubari.

Cukuplah kerinduan yang aku simpan selama ini terpendam dan dipendam. Aku letih untuk menghadapinya. Aku tidak kuat lagi untuk merasai getaran rindu itu.

Maafkan aku andai bicara yang tak bertepi ini. Namun, inilah hakikat yang terpaksa aku terima dan redha. Cukuplah pengalaman semalam membuatkan aku serik untuk merindu lagi.

Biarlah aku dengan haluanku. Tiada lagi kelibatku mendekati. Biarlah hati aku terus sayu di sini, di bumi baru yang aku akan tempuhi.

Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu bertahta lagi kerana perit rasanya bila kerinduan yang terbina putus ditengah jalan. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menangis lagi, kerana pedih rasanya bila kerinduan itu merintih dibahu sendiri. Janjilah kepadaku, jangan biarkan kerinduan itu menguasai hati, kerana sakitnya hati bila kerinduan itu terhiris dilukai.

Walau aku tahu, kerinduan itu payah untuk disingkirkan, tapi aku akur, aku terpaksa membina kekuatan baru demi masa depanku sendiri.

Tuesday, January 20, 2009

Berita : Pemimpin Arab bantu pulih Gaza


SEORANG lelaki meletakkan bendera Palestin di rumah keluarganya yang musnah.
Raja Abdullah umum sumbangan RM3.5b
BANDARAYA KUWAIT: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.5 bilion) bagi pembinaan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
"Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan AS$1 bilion bagi rancangan pembinaan semula Gaza," kata beliau pada pembukaan sesi sidang puncak Arab di Kuwait.

Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu.
Minggu lalu, Qatar mencadangkan penubuhan dana untuk Gaza dan menyumbang AS$250 juta (RM875 juta).
Percanggahan pendapat antara negara Arab mengenai bagaimana menangani tindakan Israel di Gaza menjadi isu utama perbincangan dalam sidang puncak itu yang pada awalnya hanya akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.

SEORANG penduduk Palestin melihat rumah yang musnah dan ranap akibat serangan tentera Israel.
Pemimpin akan tetap membincangkan bagaimana menangani kesan kejatuhan harga minyak kepada dunia Arab, kemerosotan ekonomi dan tekanan kredit.
Bagaimanapun mereka juga dijadual menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan membincangkan rancangan menyediakan dana berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) bagi membina semula Semenanjung Gaza selepas Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak.
Peserta sidang Kuwait berharap mesyuarat akan merapatkan jurang perbezaan pendapat yang dihadapi dalam mesyuarat di Doha, apabila Qatar dan Mauritania membekukan hubungan dengan Israel dan Syria, sekali gus memusnahkan usaha rundingan damai tidak langsung mengenai Gaza. – AFP/Reuters
" Apakah setelah Palestin hancur musnah, barulah bantuan diberikan? Apakah memadai dengan bantuan kewangan yang disedekahkan hasil dari kekayaan bumi Arab yang setiap tahun didatangi oleh muslimin2 yang mengerjakan fardhu haji serta kekayaan minyak yang ada? Mengapa tidak diturunkan bala tentera Arab Saudi untuk membantu menghalang kekejaman Kafir Yahudi?
Apakah mereka tidak berfikir untuk bersatu? Apakah yang sebenarnya sedang mereka permainkan? Apakah pemimpin2 Arab tidak boleh menjadi wira bagi umat Islam? Apakah Bumi Penjaga2 Tanah Haram itu ketandusan rasa simpati sehinggakan mereka membiarkan sahaja Bumi dan Saudara Seislam di Palestin dimusnahkan dihadapan mata mereka? Atau mereka memanglah boneka Yahudi dan Amerika yang diberikan kuasa untuk sekadar memandang sehinggakan tidak ada rasa peri kemanusiaan langsung di hati mereka?
Pemimpin Arab memang zalim. Sehingga mereka sanggup menutup pintu bagi penduduk palestin keluar untuk menyelamatkan diri. Pemimpin Arab memang zalim. Sehingga mereka tidak ada sedikit pun rasa simpati untuk membantu penduduk palestin. Pemimpin Arab memang zalim. Sehinggakan sanggup diperkudakan oleh Amerika dan Yahudi.
Ya Allah Ya Tuhan, aku pohon kepadaMu, hancur musnahkanlah Bangsa Yahudi dan berikan mereka penderitaan yang setimpal dengan kekejaman yang telah mereka lakukan. Ya Allah Ya tuhan, aku pohon kepadaMu, berikanlah hukuman dan balasan yang setimpal juga kepada pemimpin2 Islam yang Dayus sehingga membenarkan mereka dipergunakan, diperkotak katikkan dan dijadikan kambing hitam demi untuk memusnahkan KERAJAAN HAMAS yang dipilih oleh rakyat Palestin sendiri untuk mewakili mereka.
Ya Allah, aku yakin kerajaan yang menjaga Tanah Haram Mu, Mekah Al-Mukarramah bukanlah penjaga yang sebenar. Aku pohon kepadaMu agar kembalikanlah penjagaan Hak memelihara Mekah Al-Mukarramah kepada keturunan dan orang yang lebih berhak serta beriman dan bertakwa kepadaMu.
Buktikanlah kepada dunia wahai Penjaga Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah, kamu adalah JUJUR DAN IKHLAS kerana ALLAH!"