Saturday, February 14, 2009

Berita : Kekecohan di Perak

Sekarang ini kita dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di Negeri Perak, di mana negeri ini diperintah oleh Pakatan Rakyat (Pembangkang) sejurus selepas pilihan raya tahun lalu. Belum pun cukup setahun tempoh pemerintahannya, kerajaan negeri ini ditumbangkan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh kumpulan mereka sendiri.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) menggembar gemburkan bahawa akan adanya ahli parlimen BN yang akan melompat parti kepada pembangkang. Justeru, komponen di dalam BN kelam kabut dengan ugutan dan amaran ini. Jelas sekarang bahawa strategi yang dilakukan oleh PR tidak menunjukkan tanda ianya akan menjadi realiti.

Sekarang ini, pemerintahan yang diketuai oleh YB Nizar sudah sampai ke penghujung. Nak tak nak, beliau harus menerima kenyataan ini. Namun, persoalannya sekarang, mengapakah ianya berlaku dalam konteks negeri Perak hari ini? Apakah sebenarnya yang menjadi pokok atau isu utama dalam pentabiran PR perak sebelum ini. Dan siapakah pula dalang disebalik semua ini?

Aku tidak melihat isu ini sebagai sebuah isu lompat parti semata, tetapi adanya ketersiratan isu yang berlaku antaranya ialah isu ketuanan melayu, isu raja, isu kepentingan politik, isu makan suap ataupun isu kambing hitam. Walau apa pun yang berlaku, pastinya terdapat pro dan kontra. Namun bersyukurlah kerana pentabiran kembali ke tangan melayu. Apa yang boleh aku katakan adalah, apakah yang boleh dilakukan dikala ketua hanya bersendirian di dalam satu kumpulan yang berlainan majoriti melainkan menjadi patung boneka???
Perkara utama yang aku lihat adalah isu ketuanan melayu. Mudah sungguh untuk mengaut kembali hati orang2 melayu menerusi isu2 seperti ini. Bagi yang berpelajaran, adalah adil bagi mereka untuk mencari dalil dan hujah sebelum menghukum. Tapi, malang bagi mereka2 yang kurang berpelajaran terutamanya orang2 tua dan orang kampung yang sukar mencari dan meneliti secara adil. Apa yang mereka boleh lakukan ialah menelan bulat2 apa yang disuakan kepada mereka.
Aku tak nafikan bahawa kepimpinan kerajaan negeri perak harus kembali ke ketuanan yang asal disebabkan faktor2 tertentu. Namun, biarlah ianya berlaku secara beradab dan berhemah. Malu rasanya dengan kebiadaban yang telah terlanjur dilakukan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri.
7 april akan berlakunya pilihan raya kecil di bukit gantang di perak dan bukit selambau dikedah. Di sini bakal menyaksikan keputusan rakyat berdasarkan kekecohan yang telah berlaku di perak ketika ini. Aku harap, pengundi2 berfikir secara waras. Bukan membenci pemerintah, cuma berikanlah keadilan yang sewajarnya agar mereka tidak terlalu selesa dengan apa yang mereka miliki demi kemakmuran rakyat jelata.
"Cukup2lah dengan penghinaan dan pengaiban yang dilakukan. Janganlah berpolitik menggunakan hasad dengki. Jadilah pemimpin yang berhati mulia dan berpegang pada Quran dan Sunnahnya. Semakin hari rakyat akan semakin meluat dengan keterlanjuran yang mereka lakukan.Berhentilah sebelum kamu diaibkan."

Friday, February 6, 2009

Diari : Balik Johor

Hari ni InsyaAllah aku akan balik johor dengan mak aku. Aku bawak kete. Bestnye nak tgk rumah. Walaupun aku baru 2 minggu balik, tapi aku rase best ar kalo dapat balik lg. Mungkin duit byk abis, maklumlah jauh tu dari johor ke perak ni. Dengan minyak, tol dan kontigensi yang len, memang byk. Tapi, itulah aku rase tanggungjawab yang perlu dilakukan.

Lagipun, bila masa lagi kita nak hiburkan hati mak kita yang mengharapkan pertolongan kita untuk menggembirakan hatinya...kan???

Aku akan bertolak ke Klang, rumah akak aku, dan kemudiannya ke johor malam ni jugak. Mudah2han aku tak letih, maklumlah hari ni kelas sampai petang. InsyaAllah, Allah akan memberikan aku kekuatan dalam perjalanan ni.

Babye sumer kawan2. InsyaAlah kita akan jumper lagi selepas cuti thaipusam ni......Keje pun melambak tak siap lagi..huhuhu....

Yang penting, aku akan balik hari ni.....InsyaAllah.....

"Aku sengaja tak bagitau sesape aku balik ujung minggu ni. Entah, itulah kate hati aku. Biarkan mereka tahu sendiri.................."

Lirik : Hingga akhir nanti - Alleycat

Haha.....malam nie aku kene nyanyi lagu ni kat dalam kelas aplikasi psikologi pendidikan. Spatutnya turn Lan nyanyi lagu sudirman, dia pekene aku plak..huhu....

takper ar, aperpun, aku dh nyanyi....maaf yer kalu tak sedap, sebab aku tau mmg tak sedap...hahaha....ish, malunya...awek ramai plak tu...hehehe

Hingga akhir nanti
kau tetap jadi pujaan
walau seribu tahun
walau seribu zaman
kutetap menanti

Hingga akhir nanti
kau saja idaman hati
segala rasa cinta
segala rasa sayang
hanyalah untukmu
hingga akhir nanti

Bulan takkan terang
tanpa seri wajahmu
hati takkan tenang
tanpa kehadiranmu
rindu dalam sepi
rindu dalam mimpi
kutetap menanti
hingga akhir nanti

Datanglah kekasih
datanglah padaku
kesetiaan diriku
janganlah kau ragu
betapa kukasih
betapa kurindu
seandai kau tahu
benarnya cintaku

"Seandai kau tahu benarnya cintaku.......tapi sayangnya, kau bukan milikku. Maaf atas keterlewatan ini"

Wednesday, February 4, 2009

Diari : Sepetang Di Perjalanan

Kat bawah ni gambar2 yang aku ambil sendiri melalui HP sepanjang perjalanan aku ke Slim River yang ceritanya aku dah post 2 hari lalu. Sekadar gambar sahaja.....

Hujan lebat mengiringi.....

Hentian sebelah....apa yerk, lupe plak....

Sajer jer.......


Cantik gak pemandangannya......

Gambar ambil sendiri...................

Masjid Jamek di Slim River...............

Cahaya senja di Taman Tasik YDP Slim River.....

" Alhamdulillah, sepetang diperjalanan membawa aku ruang untuk merasai ketenangan yang aku cari. Syukur Alhamdulillah"

Tuesday, February 3, 2009

Berita : Peneroka Felda tetap dapat bonus akhir tahun

KERAJAAN akan meneruskan pembayaran bonus produktiviti kepada 112,380 peneroka Felda di 317 tanah rancangan seluruh negara tahun ini, walaupun terpaksa berdepan risiko penurunan dalam sumber pendapatan kesan daripada kelembapan ekonomi global, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek.

Katanya, walaupun tinjauan penganalisis ekonomi tahun ini akan mencerminkan kesan sebenar ledakan krisis kewangan global, seterusnya mengakibatkan harga komoditi utama seperti getah dan minyak sawit mentah (MSM) di pasaran kembali menjunam, kerajaan membuat pembayaran itu menjelang akhir tahun ini.

"Pembayaran bonus produktiviti untuk semua peneroka Felda di 11 wilayah akan diteruskan walaupun terpaksa berdepan risiko kejatuhan harga komoditi dan peningkatan dalam bajet defisit ekoran pertambahan dalam perbelanjaan hasil pengenalan kepada pakej rangsangan ekonomi.

"Justeru, semua peneroka Felda tidak perlu bimbang mengenai perkembangan ekonomi semasa kerana pembayaran ini adalah bagi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada Berita Harian pada temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hasan yang dipertanggungjawabkan membantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjaga hal ehwal Felda, tidak menyatakan jumlah pembayaran yang bakal diberikan kerajaan tahun ini.

"Terlalu awal untuk menyatakan jumlah bonus itu kerana kerajaan kini dalam peringkat perbincangan dan sedang membuat penelitian terhadap perkembangan ekonomi semasa serta kesan penurunan harga komoditi terhadap pendapatan negara," katanya tanpa mengulas lanjut.

Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM144.44 juta bagi pemberian bonus dengan setiap peneroka memperoleh antara RM700 hingga RM2,000 berbanding RM600 hingga RM1,800 pada 2007.

Pada sesi dagangan pagi Jumaat lalu, kontrak MSM bagi penghantaran April 2009 di Bursa Malaysia Derivatif diurusniagakan pada RM1,779 satu tan, naik RM34 satu tan, manakala harga rasmi fizikal Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 4.5 sen kepada RM5.05 sekilogram. Harga lateks pukal turun 0.5 sen kepada RM3.93 sekilogram.

Bagi meringankan bebanan peneroka, Hasan berkata, kerajaan memperuntukkan RM10,2 juta bagi memperkenalkan program dikenali 'Taman Kebun Dapur' bagi membantu peneroka Felda mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

Katanya, menerusi program itu, setiap peneroka akan diberikan bantuan termasuk bantuan baja dan biji benih serta khidmat nasihat mengenai cara pertanian dan pemasaran.

Bagi meringankan beban peneroka, beliau berkata, mereka digesa mempelbagaikan sumber pendapatan seperti menanam sayur-sayuran di kediaman bagi mengurangkan perbelanjaan harian. -sumber Berita harian

"Alhamdulillah, mudah2 diorang kotakan apa yang diorang kata. Bagi aku, itu semua rezki dari Tuhan. Tapi sebenarnya, banyak makna dari sudut politik. Dengan kekuatan generasi felda yang ada, banyak perkara yang mampu kerajaan lakukan. Justeru, berfikirlah sejenak. Namun, jangan sekadar menerima keadilan yang diberi dan jangan menghapus ketidakadilan diterima. Banyak hikmah yang tersirat yang menyuruh kita berfikir.

Hakikatnya, felda sudah terlalu banyak keuntungan yang diambil tanpa disedari. Cuma, mereka yang terlibat sahaja yang tahu susur galur kewangan. Aku tidak pernah menuduh dan tidak pernah mengiayakan. Cuma, generasi felda jarang mahu berfikir. Terlalu selesa dengan apa yang ada.

Wahai generasi felda, bangkitlah dari kealpaan yang kalian ada"

Berita : 'Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian isu PPSMI'

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sudah memberikan ruang yang secukupnya kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan masing-masing mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerusi persidangan meja bulat yang diadakan bulan lalu, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, semua pandangan dikemuka pelbagai pihak berhubung masa depan PPSMI dalam pertimbangan kementerian dan keputusan mengenainya akan dibuat tahun depan.

Katanya, semua pihak berhak menyuarakan pandangan mengenai PPSMI, tetapi sekiranya isu berkenaan dibawa ke jalanan, ia tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi semalam.

Sabtu lalu, kira-kira 100 orang, termasuk Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkumpul di depan kompleks beli-belah Sogo di sini, bagi membantah PPSMI. Bagaimanapun, perhimpunan itu dibatalkan selepas polis mengarahkan mereka bersurai.

Pengerusi jawatankuasa induk gerakan itu, Datuk Dr Hassan Ahmad yang juga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), berkata keputusan mengubah PPSMI daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah satu dasar dan keputusan yang salah.

Persidangan Meja Bulat PPSMI yang berlangsung bulan lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan dasar berkenaan.

Pilihan itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah, tetapi meneruskan dasar berkenaan di sekolah menengah; memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah; menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah; dan penggunaan bahasa pengantar Sains serta Matematik ditentukan sekolah.

Hishammuddin berkata, tindakan berhimpun membuat bantahan seperti itu tidak membantu kementerian membuat satu keputusan waras berhubung dasar PPSMI.

"Buatlah keputusan yang terbaik wahai kerajaan. Jangan jadikan ia hanya projek cuba-cuba sesetengah pihak sahaja. Betukar walaupun sedikit, memerlukan kos yang sangat besar. Jangan hanya menurut pandangan politik semata, berilah kesempatan ahli bahasa dan cendiakawan untuk berbicara. Dengarlah seadil2nya."

Lawak : Dilarang Cuba

Sepulangnya dari pejabat, Mamat berhenti sebentar di suatu mall untuk membeli ubat di counter kecil yang ada di situ. Setelah menyerahkan pesanannya, Mamat membeli sebungkus rokok di counter sebelahnya, kemudian Mamat pun duduk santai menunggu panggilan untuk pengambilan ubat tersebut.

Untuk menggisi waktu, rokok yang baru dibeli Mamat langsung keluarkan dan menyalakannya sebatang. Eh...baru saja menghisapnya, Mamat telah di tegur oleh Pakguard yang kebetulan lalu di situ.

"Maaf En..., rokoknya tolong dimatikan. Di sini dilarang merokok...", tegur Pakguard.

Dengan merasa lebih pintar Mamat cuba untuk membela diri, sebenarnya Mamat bermaksud untuk menutupi malu karena ditegur Pakguard.

"Laah ..., aneh peraturan di sini, aku kan beli rokoknya juga di sini, di counter yang di situ tuh... menggapa tak boleh aku mencubanya di sini.. kalau gitu di sini jangan menjual rokok......", kata Mamat kesal tapi penuh percaya diri.

Tapi rupanya Pakguard tersebut tidak gentar kena gertak, dengan slamber dia jawab, "Yaaa En...., nak bagitahu yaa.... Counter ubat itu juga ada menjual kondom, tapi tak ada pulak pelanggan yang membeli dan nak mencubanya di sini ...!!" hehehe...

Hati : Perjalanan jauh.....

Setelah mimpi menjadi barah dalam hati ini, tidak tertahan rasanya untuk menghadapi. Setelah sekian lama ia membungkam perasaan sendiri, ia menjadi nanah yang berbisa.

Aku hanya mebawa seketika perasaan dan hati ini dalam mencari sebuah ketenangan dalam diri aku sendiri. Maafkan aku teman2 semua andai perlakuan aku mengguris hati kalian. Aku tidak pernah berniat untuk itu. Aku hanya perlu sedikit masa untuk membawa kembali ketenangan dalam hati.

Alhamdulillah, kini ianya lebih baik dari semalam. Mimpi yang hadir sangat terkesan dalam jiwa aku. Lantaran sebuah kerinduan yang tak pernah terbalas, aku menjeruk rasa yang sukar digambarkan. Dan kini, aku sedar hakikat itu dan aku sedar bahawa tidak semua antara kita mempunyai takdir yang bahagia. Buat masa ini, aku hanya ingin merasai..........sebuah ketenangan.

Jauh perjalanan aku semalam semata menghiburkan hati sendiri dan bercerita secara 'intrapersonal'. Hanya itu yang termampu buat diriku. Dari Tanjung Malim dalam jam 6 petang, aku melalui Behrang 2020 dan kemudiannya terus menuju ke Slim River. Aku meneruskan perjalanan lagi ke arah Pekan Trolak. Sampai di pertengahan jalan, aku kemudiannya berpatah balik ke arah Tjg Malim dan berhenti seketika di Taman Tasik YDP, Slim River. Tasik tu taklah terlalu menarik, cuma cukup sekadar memberiketenangan buat seketika. Kebetulan hujan baru lepas turun.

Kebetulan juga di situ, aku terjumpa dengan pelajar UPSI yang sedang menjalani latihan pratikum di sebuah sekolah rendah di situ. Banyak juga yang dikongsikan bersama. Alhamdulillah, Tuhan datangkan seseorang untuk membolehkan aku berbicara dalam cubaan melupakan sesuatu yang sedang aku hadapi.

Akhirnya, aku pulang semula ke Taman Bahtera setelah jam hampir 9 malam. Hampir 60km jauhnya perjalanan aku pergi dan balik, kebetulan hari hujan tanpa aircond kereta. Benarlah, kerana hati, apa jua boleh dilakukan........

"Terima kasih kenalan2 aku di sini kerana prihatin tentang aku. Aku amat menghargainya. maafkan aku andai perlakuan aku tidak menggembirakan hati kalian. Alhamdulillah, kini aku sudah kembali tenang kan?"

Artikel Pilihan : Bantal

Aku terjumpa artikel ni kat internet...sekadar mahu berkongsi....

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melaluimimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan merekacenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintasuntuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu...hehehe..

Monday, February 2, 2009

Hati : Mimpi

Aku sangat terkesan pagi ini dengan mimpi yang datang menjelma. Keperitan yang selama ini terjadi berulang kembali di dalam mimpi. Cuma, situasi dan keadaan yang membezakannya.

Aku tidak pasti mengapa ia menjelma di kala aku memerlukan sebuah kekuatan. Aku sedar dalam mengharungi liku-liku kehidupan di sini, aku perlu akur dengan kenyataan dan realiti yang telah terjadi. Aku perlu akur dengan keputusan yang telah aku buat sendiri.

Dalam mimpi itu, aku merindu pada sebuah kenyataan. Aku sangat mengharapkan kerinduan itu sehinggakan aku terpaksa berkorban hati dan perasaan aku sendiri. Rupanya, pengorbanan dan kasih yang tercipta tidak pernah dihargai. Hipokrit semua itu!

Aku mula sedar kini. Aku perlu meninggalkan terus apa yang telah berlaku. Aku yakin ini adalah sebuah petanda buat peringatan diriku yang sering terlupa. Aku sedar dan aku akur dengan ketentuan yang telah tercipta. Aku pernah bertekad untuk menutup segala ruang di hati sehingga aku benar2 pulih dan bersedia. Dan sekali lagi kini, aku bertekad untuk menutup litup segala ruang yang hadir di dalam hati. Cukuplah pengalaman lama menjadi sempadan untuk lebih berhati2 dalam membuka ruang di hati.

Maafkan aku, aku tidak mampu untuk berbicara lagi. Aku akan berhenti di sini, di sebuah kehidupan yang baru. Aku akan meninggalkan segala perasaan yang telah tercipta kerana aku yakin perasaan itu bukanlah tercipta untukku.

Cukuplah kesempatan yang aku berikan untuk pulih. Kini, aku akan mengambil masa yang begitu lama untuk pulih sekali lagi dikala luka yang terguris berdarah kembali. Tidak mungkin aku akan membalas setiap yang pernah berlaku kerana aku tiada kemampuan untuk itu.

Biarkanlah aku sendiri di sini. Namun, ketahuilah, aku amat merindui. Cuma kerinduan itu tak mungkin terjadi. Biarlah kerinduan itu terus menjadi barah dalam hati ini dan biarlah ianya terus menyendiri.

Maafkan aku, hati ini masih belum bersedia.......................