Sunday, September 6, 2009

Diari : Ke Mana????

3 hari cuti ni, mmg aku nak sangat2. Tapi, aku sendiri pn tak tau apa yg nak aku isikn dlm cuti ni. 3 hari tu, bukannya 2 hari....

Stakat ni, aku lebih suka dok kat rumah dan dlm bilik jer...Aku pn tak pasti nape. Tp tulah yg aku rasa selesa skrg ni.

Hari ni dh masuk hari ke 16 puasa ramadhan. dn tinggal 14 hari jer lg nak raya. Kemudian, cuti lg seminggu dan seminggu jugakla aku akn balik johor.

Entah yer, aku rasekn yg smangt aku hilang di sini. Kemana??? Aku tak pasti. Tapi itu yg aku rasa. Nak kata berkenaan ngan sekolah, mungkin juga....Nak kata berkenaan ngan manjung, mungkin juga....Nak kata berkenaan ngan umah ni, mungkin juga....

Semuanya ibarat menjadi satu, dan kemudian buat aku lesu.

Kalu dulu, aku rasa sgt2 bersemangat. Tapi, biasala...bila ada sesuatu yg berlaku, semangat itu hilang bersama rasa mual dan menyampah!!!!

Apa pun, aku kat sini InsyaAllah hanya tinggal lebih kurang sebulan setengah. Dan kemudian aku pulang, InsyaAllah ke negeri kelahiranku, Johor. Dan aku akan tinggalkan segala2nya di sini.Dan mudah2han segala keperitan, kebencian, kemarahan dan apa jua yang tak elok tu, aku tinggalkan di sini....di bakar oleh terik mentari manjung ini....

Tuhan, aku percaya bahawa penghijrahanku menjadi pendidik bukanla suatu yang sia-sia. Aku yakin dan percaya bahawa aku punya sesuatu yg boleh disumbangkn kpd anak bangsa aku sendiri. Lalu, aku mohon bantuan dan pertolonganMu, izinkan aku meneruskan perjuangan dlm menunaikan amanah yang besar ini....Amin...

Saturday, September 5, 2009

Agama : Ramadhan.....

Alhamdulillah, hari ni dah masuk separuh bulan di bulan Ramadhan. Tinggal 2 hari saja lagi kita nak sambut Hari Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan).

Setakat ini, sejauh mana amalan yang telah kita lakukan disepanjang bulan ramadhan ini? Apakah kita hanya berpuasa sedangkan amalan2 lain tidak kita kejar sesungguhnya?

Kita manusia biasa yang ada sifat malas dan bertangguh. Walaupun Tuhan telah janjikan bahawa amalan disepanjang Ramadhan ini sangat disukai oleh-NYA serta mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Namun, apakah amalan yang kita lakukan disepanjang Ramadhan ini mampu bertahan sehingga bulan2 biasa nanti? Adakah segala2nya akan terhenti sehinggalah tiba Ramadhan yang akan datang?

Sekali lagi, inilah budaya yang diterapkan oleh masyarakat kita. Hanya mengejar manfaat dan kelebihan yang dijanjikan pada waktu2 tertentu sedangkan kita sedar atau tidak, adakah kita ikhlas untuk melakukan semua amalan itu HANYA KERANA ALLAH atau kita mengejar ganjarannya sahaja????

Duduk dan renungkanlah. Kejarlah amalan yang dijanjikan oleh Tuhan disepanjang Ramadhan ini, namun janganlah kita lupa untuk beristiqamah dalam bulan2 seterusnya....InsyaAllah....

Hati, Puisi : Pasrah.....

Hari demi hari yang berlalu
Telah membawa aku ke suatu penjuru
Yang tepu dan lesu

Penjuru itu semakin sempit
Dari asakan yang mendatang
Dada terus terasa dihimpit
Dalam nafas yang berkurang

Perlukah aku terus meniti
Sedangkan aku terlanjur ada di sini
Perlukah aku terus mencari
Sedangkan hati terlanjur bererti

Berkata itu mudah
Dikota itu indah
Perit itu berdarah
Hanya bertemankan pasrah......

Thursday, September 3, 2009

Diari : Praktikum....

Salam Ukhuwah saudara2 ku...

Ehm, dah lama rasanya aku tak updated blog Sang Merpati Putih nie. Bukan aku tak mau, tapi sbnrnya byk perkara yg berlaku skrg nie.

Bukan mudah jln yg aku lalui skrg. Terlalu byk perkara yg menjadikn aku terhenti seketika.

Biarlah....

Aku mula kumpul smula kekuatn aku di sini.

Dan aku akan bermula sekali lagi....

Mungkin ada dan mungkin takder diari praktikum aku spt biasa. Akn aku letakkan hanya dibwh 'DIARI'...................

Thursday, August 13, 2009

Diari : Hari Ke 19 Praktikum

3 Ogos 2009 (Khamis)

Hari khamis adlh hari berbaju batik. So, aku pn pakaila baju batik yg telah pn dibeli kat kota tinggi. Sebenarny dh kali ke 2 aku pki baju nie sejak menjejakkn kaki kat sekolah nie....

Kalo korang nak tau, Sek Teknik seri manjung dh disuruh tutup seminggu sampai hari rabu dpn baru naik semula disebabkn oleh selsema BAB tu. Dan kalo korang nak tau gak, SMK Seri Manjung nie, dh makin ramai yang kene kuarantin disebabkn penyakit Selsema BAB tu.

Aku pn ader batuk sket2 walopn dh g ospital minggu lepas, buat checking. Risau gak kalo2 kene selsema BAB tu. Aperpun, Alhamdulillah aku ngan member2 umah aku sumernya OK.

Jadik, arinie, semua warga sekolah dh disuruh pki penutup mulut. Kitaorg nie punya ar semangat pki. Skali biler tibe kat sekolah, yang menyuruh kitaorg pki pn tak pki. hangin betol aku....wakakaka..

Xperlah, aperpun, aku dh pki. Nih aku masukkn skali gambor2 kitaorg kat sekolah yg sedng memakai penutup mulut tuh...ekekeke



Diari : Hari Ke 18 Praktikum

12 Ogos 2009 (Rabu)

Huaaaa...

Aku rasa sgt teruk performance aku hari ni. Ntah ape yg melanda aku hari ni pn aku tak tau.

Semalam, aku ajar kelas 4S2 dan aku rasa okay, walaupn tak perfect. Bebudak boleh jugak faham ngan aper yg aku ckpkn.

Tapi, hari ni, aku tak pasti apa yg aku sampaikn kat bebudak sebenarnya.

Hari ni, aku ngajar kelas 4ST, topik yg sama ngan kelas 4S2. Aku rasa aku boleh buat sangat. Tapi, apa yang aku buat semuanya serba tak kene.

Aku rasa kesal sangat2 sbb ia melibatkan pemahaman budak2. Aku risau kalo diorang tak faham apa yang aku ajar. Kalo diorang tak paham, maknanya aku tak pandai ngajar.

Camner yer??? Hari jumaat nie ader satu kelas lagi ngan diorang. Mudah2han ari jumaat nanti aku dpt sampaikan ilmu kpd mereka dgn sebaik yg mungkin.

Kawan2, doakan aku yer, spy aku dpt ngajar bebudak nie semua dengan berkesan. (Ilmu yg diberi, sampai kepada pelajar2)..... InsyaAllah....

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.......Amin....

Diari : Hari Ke 17 Praktikum

11 Ogos 2009 (Selasa)

Semalam, aku jumpa ngan guru pembimbing aku, Cikgu Thamiselvi. Tetiba jer ckp dia nak observe dah. Aku ngan razi pn jadik kelamkabut gak nak buat preparation untuk lesson plan. Sib baikla aku dah wat sket2. Kalo tak, lagi kalut aku ngan razi.

Aperpun, hari ni aku dh mula mengajar untuk bebudak 4S2. Topik Light, Subtopik understanding reflection of light. Erm, kalo nak tau, aku sebenarnya tak tido sampai kol 4 pagi semata nak siapkn lesson plan aku. Bersengkang mata sensorang jer.

Nak buat camner kn. Ader ke patut, malam tu kat rumah masak, tapi siap masak semuanya dh kol 10.30. Aku pn tak tau la nape, mata aku sgt2 mengantuk. Terlelap gak sekejap. Pastu aku jadik tak puas hati, aku bangun dn mandi, bior segor sket bdn aku nieh.

At last, kol 4 aku dpt siapkn lesson plan aku sensorang. Memerah segala idea yang agak2 boleh digunakan dlm kelas. Tujuan aku satu, supaya bebudak yg aku ajar dpt faham. Sbb tu aku lebih suka guna istilah GURU BARU berbanding GURU PRAKTIKAL....

Aperpun, hari ni adlh pengalamn pertama aku. Dan aku sgt2 teruja. Mudah2an budak2 faham aper yng aku ajar pd mereka...InsyaAllah...

Diari : Hari Ke 16 Praktikum

10 Ogos 2009 (Isnin)

Apa yer yang aku nak citerkan ttg hari isnin nie??? Aku terlambat nak update blog minggu nier.

Hari isnin aku takder kelas lain kecuali kelas 4S2. Masih berbincang lagi tentang ujian selaras yang baru dijalankan.

Macam biasa, kalau kita menjalnkn pengajaran dan pembelajaran dlm bentuk inquiry, ia sgt mengambil masa dan agak kompleks.

Soalan yg cuma tak sampai 50 soalan tu pn, aku amik masa hingga 3 hari. Erm, ke aku yg tak pandai nak manage???

Aperpun, aku dh selesai bincang ngan diorang. Hopefully, diorang faham ngan perbincangan yg aku dh buat tu.....

Berita : Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia

Berita Harian Online


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Innalillahi Wainnailaihi Raji'un.....
Baru2 ni, kita dikejutkn dengan berita kematian penyanyi terkenal yg sudh memeluk Islam, Micheal Jackson. Kita kehilangan seorang saudara baru yg dikagumi oleh pelusuk dunia. Pengakhiran kehidupan dia, sgt membuatkn kita rasa bersyukur dengan keislamannya....

Kini, kita dikejutkan sekali lagi dengan pemergian Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan Rabbani. Seorang Ustaz dan artis yang mempunyai perwatakan yang boleh dijadikan contoh serta tauladan anak2 muda. Walaupun Allahyarham sering menyanyikan lagu2 yang berentak rancak, tapi usaha dakwah yang dilakukannya disisip masuk menerusi lagu2 yang berentak rancak itu.

Tak kisahlah, walau ader suara2 dibelakang sana yg tak menyenangi usaha yag ustaz asri lakukan, bagi aku, dia telah berdakwah menerusi caranya tersendiri.

Moga2 Allah tempatkan Roh Allahyarham Ustaz Asri di kalangan roh orang2 yang solleh....Amin....

Sunday, August 9, 2009

Kenangan : Bila Aku Teringat.......

Tetiba jer aku teringat, hari terakhir kat tjg malim.....
Erm, dh jadik kenangan pun......



Sekarang nie, memasing dh mula mengajar sbg guru praktikal....
Pasni, mesti payah nak jumper lagi....

Aperpun, good luck kengkawan sumer....:))