Setiap Perpisahan Di Awali Dengan Pertemuan. Jangan Salahkan Perpisahan Kerana Pertemuanlah Yang Menghadirkan Kasih Sayang.
Saturday, September 10, 2011
Diari : Sekolahkula.....
Kadangkala bila difikirkan, kita sering melaungkan kebersamaan atau semangat kerjasama. Itu yang kita kejar-kejarkan. Apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara dan mahukan perkara itu berjaya, kita mengarahkan orang lain untuk buat sekali dan memaksa.
Kita bukanlah pejuang kebersamaan seandainya kita hanya mahu orang mengikut kehendak kita sahaja tetapi tidak melihat apa yang orang lain telah buat juga untuk kebersamaan itu.
Biarkanlah orang yang telah bersusah payah dalam memperjuangkan kebersamaan dan kerjasama dalam ruang yang sedikit berbeza tetapi matlamat dan sebab itu hampir sama. Janji semua buat kerja.....
Thursday, September 8, 2011
Hati : Sebuah.....
Hati ini menyala dan membara menyayangi. Sepenuh dan seluruh rasanya terhulur ke arahnya. Terbentang dan terhampar kasih dan sayang yang menghiasi rimbunan rindu. Terlonjak dan terlompat penceritaan tentang kasih itu.
Bukan sengaja aku menghulur kasih itu. Bukan sengaja aku memberikan rasa rindu. Bukan sengaja aku melonjakkan rasa ria kecintaan itu. Kerana, ia hadir tanpa terduga dan tersangka. Hadirnya mencari rindu dijiwa. Hadirnya mencari kasih dan sebuah perhatian.
Tidak pernah aku meminta dan tidak pula aku menolak. Tidak mungkin aku mencari dan tidak pula aku memandang sepi. Hanya takdir Tuhan yang menentukan segalanya.
Aku biarkan ianya berlalu. Aku biarkan ianya merindu. Aku biarkan ianya terus memburu. Aku biarkan segala-galanya mengikut takdir Tuhanku....
Hanya Allah yang maha tahu dan hanya Allah yang berhak mengaturkan hidupku.....
Lahaulawalaquwwataillabillah...............
Tuesday, September 6, 2011
Diari : Mungkinkah Peristiwa Lama Berulang Lagi?
Sunday, June 20, 2010
Hati : Sekadar Coretan
Aku teringat kembali, tika Sang Merpati Putih ini berdiri, melangkahi sebuah titi kekecewaan yang hampir menutup segala kekuatan hati, terbina semula setelah ia runtuh menyembah bumi, sehinggakan pernah aku bertekad di hati, tidak mungkin ku ulangi lagi.
Namun, di kala itu, Tuhan mentakdirkan untuk aku, sebuah harapan itu, menjadi penyeri hidupku.
Tatkala pintu hati rela terbuka, Tuhan mentakdirkan ianya kembali luka, pedih dan perit amat terasa, runtuh kekuatan diri untuk yang seterusnya.
Kini, aku sudah jauh dari sejarah dulu. Walau ianya pernah membelit jiwa hingga nafas tersesak di dada, rupa-rupanya sejarah itu menghakis kekuatan jiwa. Langkah demi langkah aku aturkan di hadapan, agar segalanya pulih untuk teruskan kehidupan. Langkah itu mampu ku harungi. Semua sejarah lalu turut ditinggal pergi. Juga semangat aku telah separuh terhenti......
Sang Merpati Putih amat setia. Menunggu ketik jari ini untuk berceritara. Mungkin jua berkongsi rasa. Supaya diri ini aman bahagia.
Aku pernah membayangkan, di tempat baru mampu membuatkan aku terlupa pada sejarah lalu yang sering membuatkan aku pilu. Namun, rasa kecewa dengan situasi baru membuatkan sejarah lalu terus memburu diriku....
Tuhan, berilah aku kekuatan untuk melalui liku-liku ini sehingga akhir hayatku....
Tuesday, May 4, 2010
Puisi : Bercinta, Dicinta, Menyinta....
Segalanya bagai tiada apa
Pengalaman mengajar segalanya
Lagenda memburu rasa
Bercinta itu ada
Dicinta itu biasa
Menyinta itu berbeza
Pedih pada bicara
Bagai gendang dipukul palu
Terasa debar menyentap kalbu
Namun lagenda terus memburu
Menyentap nikmat hati yang satu
Sementelahan bicara
Tinta jujur bertanya
Bercinta, dicinta menyinta
Mampukah menjadi nyata??
SMKSA2 : Kem Motivasi PMR
Erm, mesti kena masuk skali dlm gambar nie...
Alahai.... :))
SMKSA2 : Tukar Jadual
Hurm, tah bilerlah diorang tu nak berubah. Mudah2han Allah bagi diorang tu terbukak hati sket utk menjadi anak yang baik, murid yang baik dan menjadi orang yang berguna pada masa depan.

Aperpun, stakat pertama kali masuk 4SC1 tadi tu, ader gak la muka2 blur. Mungkin aku terikut2 stail ngajar sivik kot. Byk beri penerangan. Tapi, ikut pengalaman aku, pensyarah aku kat U pun guna cara explain step by step. Walapun budak tu pandai. Yerlah kan, budak U.....
It's OK, i'll try my best. This is a single chance to prove my teaching quality in math. Although this is only for a few weeks instead of previous teacher, wan zuraiha, i know that i can do my best and i will try to make sure all my students understand the fact, concept and the calculation.
Fauzi, no need to nervous to teach them. They are students that similar with u. Their PMR result also same as u before. Therefore, try to teach them as how u want ur teacher teach u previously.
Saturday, May 1, 2010
Diari : Bila Rindu Bertandang....
Namun, semuanya harus diterima sebagai satu lumrah yang menempeli hidup yang bercompang camping itu. Compang campingnya yang bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi berpuluh jua.
Usaha sering dilaku. Lakunya pula sekadar waktu. Waktunya pula hanya sesaat berlalu. Sesaat yang penuh dengan liku. Liku yang penuh dengan luka. Luka yang sukar sembuh jua.....
Tuesday, April 20, 2010
SMKSA2 : 20 APRIL 2010
Biasalah hari pertama skola lepas cuti ujung minggu. Kebetulan, hari ahad tu camp spm kat skola...ramai betul yang tak datang..erm, penatlah tu kononnya...Aperpun, hari isnin tu, aku dah mulakan peraturan baru kat dalam bengkel bagi subjek khb utk kelas 1A dan 1D. Aku benornya suka kelas enjoy, tp kadang2, biler terlalu enjoy, sush jugak nak kawal...xper, aku cuba plak guna peraturan gini. jadik tak, nanti aku tgk..haha..
Petag tu, ada plak meeting psk. Almaklumlah, ader kerja kursus yg perlu dibincangkan. Aku perlu cepat, sbb dah janji untuk petang nie. Aperpun, smuanya berjalan lancar dan meeting settle awal...
20 APRIL
Kalu smalam aku cuba bawak lagu wajah nyanyian jac dalam kelas 4sc2, erm ramai betul budak2 cina yang tak tau lagu tu. kalu diikutkan, lagu tu femes sebab dimainkan untuk rancangan BERSAMAMU kat tv3. Bila ditanya, diorang ckp, diorang tak tgk pn tv malaysia. yan diorang tgk iyelah tv singapore, channel 5. Sampaikan berita pn diorang tak layan berita kat sini. Erm, apa yg menyebabkn mereka jadik gitu yer???samer2la kita fikir...nanti, klu ada masa, ada beberapa isu yang perlu aku utarakan mengikut acuan pikiran aku...InsyaAllah..
Berbalik kepada nyanyi2 tadi, semua kelas beri kerjasama. Tapi, kelas yang sangat aku suka ialah 5SS sebab diorang semua nyanyi sama2 lagu tu. Aku bawak lagu tu utk kaitkan dengan tajuk hidup bermasyarakat, psk tingktn 5. Apepun, diorang mmg sporting dan best!!
Diari : Hari-hari yang berlalu....
HARI AHAD:-
Hari sabtu tu jugak, aku tak jadik ambik mak aku kat klang. Sbb mak aku beriya2 nak naik bas. Jadi, aku janji amik mak aku kat pasir gudang ni aja. Dia sampai dekat pukul 7 pagi. Apapun, syukurlah, dia selamat sampai.
HARI ISNIN:-
aku agak lewat kluar dari skola....ader msyuarat sket...balik rumah dulu dan kemudian baru aku gerak ke rumah aku untuk mengambil ukuran. Tu semua utk bandingkan harga...:))..Aperpun, mudah2an Allah permudahkan untuk aku dalam menyiapkannya supaya paling tidak pun, aku diberikan kesempatan untuk mendiaminya...InsyaAllah...erm, tak sabar rasenyer...:))..entah biler la boleh rasmikan ya...
