Saturday, March 10, 2012

SMKSA2 : Nasyid

Masa tahun 1998, aku terlibat aktif dengan team nasyid skola. Sejarahnya, kali pertama mewakili sekolah, rezki dapat tempat ke 3. Dengan berbekalkan kekuatan vokal penyanyi utama pasukan nasyid dan ditambah dengan 2 kompang dan shaker buatan sendiri.

Selepas 12 tahun, jiwa anasyid aku tak pernah lari. Masih kuat dan tebal. Lepas jadi cikgu di SMKSA2 nie, aku nekad nak tubuhkan pasukan nasyid skola. Nak cuba naikkan nama dan imej skola. Tapi, bukan sesuatu yg mudah sebenarnya.

Nak dapatkan peruntukan beli barang2 nasyid, aku cuba gunakan duit PCG atau peruntukan panitia. Payahnya nak dpt mcm tu jer. Perlu buat mesyuarat jawatankuasa khas dperingkat skola, Hantar surat ke JPN berserta minit mesyuarat dan doa serta tawakal.

Alhamdulillah akhirnya segala kebaikan itu Allah izinkan dengan kelulusan daripada pihak JPN sendiri. Walau secara kasar, payah nak lulus. Syukur sangat2 pada Allah.

Setelah hampir 6 bulan menunggu, barulah surat kelulusan daripada JPN sampai skola dan sekarang pasukan nasyid sedang mula bergerak.

Aku tak letak target yang tinggi utk mereka. Cukuplah mereka dpt bina keyakinan diri dan enjoy dengan kehidupan psekolahan mereka. Selain tu, dpt juga jadikn hiburan Islam alternatif kepada hiburan2 sedia ada. Tu dah cukup baik. Lebih2 lagi, generasi skrg dh makin jauh dgn roh Islam.

Cabaran tak berhenti stakat susahnya nak dptkn alatan nasyid tu. Tapi juga susahnya nk buat latihn dan dptkan komitmen smua budak2 nasyid. Ada yang aku main tarik jer, ada yg btul2 berminat. 

Masa dulu, nasyid dbentuk atas dasar bdikari. Kita yg byk buat sendiri lebih2 lagi ttg lagu, latihan dan psembahan, Cikgu hanya uruskan hal2 pengurusan sahaja. Tapi skrg, mereka tak boleh bdikari sendiri. Semua perlu aku yang gerakkan, aku yang pilih lagu, aku yang beri idea persembahan dan kalu takda aku, maka latihan takkan jadik.

Memang sungguh mencabar tahap hati kesabaran aku. Lebih2 lagi, aku sesi petang dan budak2 tu sesi pagi. sesi yg tak sama. Aku nak ambik juga budak2 sesi pagi sebab aku yakin dgn diorang.

Apapun, buat team nasyid SMKSA2......semoga berjaya. Kita binalah bersama2 team nasyid kita dan naikkan nama skola. Smoga Allah memberi kita semua kemudahan dan peluang untuk melakukan kebaikan.....InsyaAllah......

Saturday, January 7, 2012

SMKSA2: Sesi Petang

Alhamdulillah.....

Hanya itu yang boleh aku katakan saat ni. Mungkin apa yang kita harapkan tak semua akan jadi kenyataan, tapi mungkin yang ditetapkan utk kita, itulah yang terbaik.

Pada awalnya, memang mengharap sesi pagi utk mengajar, tapi pentadbiran tetapkan aku sebelah petang. Sebenarnya perancangan itu adalah dari takdir Allah semuanya, pentadbir sekolah hanya sebagai pelaksana yg Allah dah pilih. Jadi, wajib terima dengan hati yang terbuka.

Sepanjang 3 hari di sesi petang, sangat banyak benda baharu yang dijumpai dan dialami. Pengalaman yang pastinya akan kekal dalam ingatan.

Antara perkara2 yang terjadi sepanjang 3 hari tu ialah:-
  1. Senarai nama pelajar ting 2 yg dah ditampal tetapi dicabut oleh orang yang tak bertanggungjawab
  2. Senarai nama pelajar ting 1 yang masih belum siap
  3. Senarai barisan pelajar yang belum di tampal
  4. Hanya 3 orang pengawas yang membantu
  5. Guru yang tak cukup
  6. Perhimpunan rasmi yang perlukan pengawas baca ikrar dan doa
  7. Guru2 yang kurang info
  8. Kekecohan waktu pelajar keluar untuk solat zohor dan asar
  9. 7.30malam masih ramai pelajar yang belum balik ke rumah dan cikgu terpaksa tunggu mereka
dan bla....bla...bla....

Ya Allah, sangat banyak rasanya perkara yang terjadi sepanjang 3 hari tu. Syukurlah, Allah memberikan kekuatan kepada aku dan semua guru2 di sesi petang utk mengawal keadaan dengan seadanya.

Segala masalah dan kekalutan yang tersenarai takkan dapat di atasi tanpa kekuatan dan kepimpinan seorang ketua serta kerjasama daripada setiap guru sesi petang. Sangat bertuah rasanya bila berada dalam satu komuniti saling bekerjasama seperti ini.

Mungkin pilihan dan ketetapan Allah itu ada sebab dan hikmah yang boleh menjadikan kejayaan itu di pihak kita.....

Semoga segala kerjasama yang tercipta itu mampu kekal selama-lamanya....InsyaAllah......


Monday, January 2, 2012

Hati : Terima Kasih Allah atas sebuah kerinduan.....

Segala sesuatu yang Allah kurniakan pada kita adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Sangat banyak hikmah dan kenikmatan yang Allah pinjamkan untuk kita rasai kemanisan dalam melalui liku2 kehidupan.

Rindu adalah tersirat. Tak mampu digambar dengan kata2 tetapi dapat dirasai dan difahami oleh mereka2 yang terlibat. 

Bisikan rindu yang kita meterai dihati, sedikit sebanyak pasti dapat dirasai oleh orang yang kita rindu itu walau dia jauh beribu batu.

Dan mungkin dia juga akan merindui kita sepertimana rindu kita padanya. Hanya Allah yang berhak mengatur segala kerinduan itu menjadi suatu realiti yang sukar untuk di telah dan dijangka tetapi mampu membuatkan kita tersenyum dan gembira.

Bersyukurlah kepada Allah atas kerinduan yang dipinjamkannya, berterima kasihlah pada orang yang kita rindu itu dan hargailah rindu itu sebaik2nya..............

Hati : Dunia Pendidikan.....

Dunia pendidikan bukanlah suatu tugas yang mudah. Bukan hanya sekadar mengajar dan menurunkan ilmu yang ada. Tetapi, lebih besar tugasnya daripada itu.

Cikgu........satu profesion yang amat dikagumi dan dihormati. Bermula daripada kita mula menjejakkan kaki ke sekolah pada hari pertama bertugas sehinggalah nafas kita terhenti dan dikuburkan di liang lahad, nama cikgu akan tetap kekal dalam ingatan.

Tugas seorang guru tak pernah terhenti. Di dalam kelas, guru mengajar, menegur dan menasihati anak2 pelajar. Seusai kelas, habis semuanya!

Pada kacamata ramai orang, itulah senario yg berlaku. Tetapi, jauh di sudut hati seorang guru, apa yang berlaku di dalam kelas, itulah yang akan guru fikirkan. Bagaimana anak2 pelajar dapat faham apa yang dia belajar? Kenapa anak2 pelajar tak faham apa yang guru ajar? Kenapa anak2 pelajar banyak sangat bermain dalam kelas? Dan yang paling menyedihkan ialah kenapa anak2 pelajar biadap dan tak hormat pada seorang guru?

Ditambah pula apabila guru tau kisah dan latarbelakang keluarga pelajar itu. Anak orang miskin, anak orang susah, anak yatim, anak yang terbiar, anak yang tak amalkan ajaran agama dan macam2 lagi.....

Apakah anak2 pelajar ini tak tahu apa yang guru sering fikirkan tentang mereka? Apakah mereka tak tahu yang guru menyayangi mereka?

Naluri seorang guru takkan pernah terhenti untuk fikirkan tentang anak2 muridnya.....lebih2 lagi mereka2 yang disayangi..............

Sunday, January 1, 2012

Hati : 2012

Alhamdulillah, kurniaan Allah pada nyawa dan kehidupan. Masih memberi ruang dan peluang untuk menikmati keindahan dan kemakmuran bumi ciptaan Allah Yang Maha Agung ini.

29 telah berlalu, menjangkau 30!!!!

Apa yang ada pada angka? Sekadar menentukan betapa lamanya kita telah hidup, berapa singkatnya pula kita akan dijemput Ilahi ke alam Barzakh sana.

Biar berjuta kisah dan sejarah telah kita tempuhi, itu hanyalah sekadar sebuah kenangan. Yang paling utama ialah bagaimana kita akan tempuhi selepas ini. Bagaimana pula kita akan menggunakan setiap kisah dan sejarah itu dalam ruang dan peluang hidup kita selepas ini.

Semoga Allah memberikan kita kesempatan untuk menjana kebaikan dan menginfakkan sebahagian kemampuan kita pada mereka2 yang memerlukan.....InsyaAllah....

Friday, December 2, 2011

Puisi : Monolog Hati

Seikhlasnya menyinta
Menghias rindu pada hamparannya
Memberi seluruh jiwa dan raga
Mengharap desir kasihnya

Kenangan itu tepat
Hadirnya tersemat
Di lubuk hati yang kuat
Mengundang rindu hebat

Tiadalah dipinta
Tiada juga menolaknya
Dikala hati tidak berjiwa
Dikala rindu tidak berwarna

Sepi hati terisi
Lara melangkah pergi
Hibur jiwa bererti
Cinta datang sendiri

Memang cinta adalah anugerah
Namun merasanya tak semua indah
Seolah terlarang sudah
Atau hanya sekadar singgah

Rindu padanya kuat
Kasih bagai sifat
Bicara bagai tersekat
Intaian cinta hebat.........

Monday, October 17, 2011

SMKSA2 : Aktiviti2 petang guru2 lelaki....

Semoga ukhuwah yang terrbina ini menjadi kenangan yang bermakna bagi aku dan semua guru2 lelaki di sini...InsyaAllah.....















Wednesday, October 5, 2011

Diari : Hanya Kepada Mu Tuhan....

Hari demi hari, aku merasakan semakin letih dan penat. Bukan kerana kerja yang semakin bertimbun, tetapi bebanan tanggungjawab yang semakin menekan aku kebawah. Bebanan itu pula bukanlah suatu yang diminta, tetapi suatu yang dicari.

Tidak mampu aku tarik kembali kerana janji dihati telah terpateri. Tidak mampu aku kesali kerana itu yang aku cari. Tapi, semakin aku mendekati, semakin banyak kecewa yang datang.

Aku ingin biarkan segalanya berlalu tanpa sekelumit pun hadir dihadapanku. Aku ingin biarkan ia dengan dunia sendiri tanpa hadir di duniaku. Aku ingin biarkan tanggungjawab itu terlepas dari pundakku tanpa ia membebankanku. Tapi semua itu semakin menjadikan aku keliru dan buntu. Semakin menjadikan aku tidak menentu. Dan semakin menjadikan aku rindu bertalu-talu.

Tuhan, mengapa ini semua harus berlaku. Setelah sejarah lalu pernah berlaku. Setelah kehidupan aku dahulu membuatkan jatuh semangatku. Tapi, pintu hati tetap mudah terbuka.

Aku kini ingin mencari keriangan yang tak bertepi. Aku kini ingin merasai nikmatnya menjadi guru sejati. Aku kini ingin menghadapi dunia pendidikan tanpa rasa kekesalannya. Aku kini ingin mengecapi kepuasan dalam berbakti.

Tuhan, jangan jatuhkan semangatku. Jauhkanlah segala perkara yang mampu menghancurkan hatiku. Jauhkanlah sesiapapun jua yang bisa membuat aku tidak menentu. Tapi, hadirkanlah mereka2 yang dapat menumpangkan kasih dan rindu buatku selalu......

Hanya kepada Mu aku memohon dan menadah tanganku......:))

Saturday, September 10, 2011

Diari : Sekolahkula.....

Salam buat semua.....

Kadangkala bila difikirkan, kita sering melaungkan kebersamaan atau semangat kerjasama. Itu yang kita kejar-kejarkan. Apabila kita mahu melakukan sesuatu perkara dan mahukan perkara itu berjaya, kita mengarahkan orang lain untuk buat sekali dan memaksa.

Kita bukanlah pejuang kebersamaan seandainya kita hanya mahu orang mengikut kehendak kita sahaja tetapi tidak melihat apa yang orang lain telah buat juga untuk kebersamaan itu.

Biarkanlah orang yang telah bersusah payah dalam memperjuangkan kebersamaan dan kerjasama dalam ruang yang sedikit berbeza tetapi matlamat dan sebab itu hampir sama. Janji semua buat kerja.....

Thursday, September 8, 2011

Hati : Sebuah.....


Hati ini menyala dan membara menyayangi. Sepenuh dan seluruh rasanya terhulur ke arahnya. Terbentang dan terhampar kasih dan sayang yang menghiasi rimbunan rindu. Terlonjak dan terlompat penceritaan tentang kasih itu.

Bukan sengaja aku menghulur kasih itu. Bukan sengaja aku memberikan rasa rindu. Bukan sengaja aku melonjakkan rasa ria kecintaan itu. Kerana, ia hadir tanpa terduga dan tersangka. Hadirnya mencari rindu dijiwa. Hadirnya mencari kasih dan sebuah perhatian.

Tidak pernah aku meminta dan tidak pula aku menolak. Tidak mungkin aku mencari dan tidak pula aku memandang sepi. Hanya takdir Tuhan yang menentukan segalanya.

Aku biarkan ianya berlalu. Aku biarkan ianya merindu. Aku biarkan ianya terus memburu. Aku biarkan segala-galanya mengikut takdir Tuhanku....

Hanya Allah yang maha tahu dan hanya Allah yang berhak mengaturkan hidupku.....

Lahaulawalaquwwataillabillah...............