Tuhan, suatu ketika dahulu aku pernah merasai detik semakin hampir melewati batas-batas waktu. Kesayuan semakin menebak keseluruhan jiwa dan raga angkara sebuah ketentuan yang kemungkinan besar akan berlaku. Aku hanya berserah dengan ketentuan yang ditakdirkan oleh olehMu.
Kini, segala kesayuan itu terjawab tanpa ada noktah yang sempurna. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka bersama sebuah harapan lain yang bakal menyaksikan perubahan dalam kehidupan ini.
Hari ini, aku menghitung hari untuk meninggalkan sebuah kehidupan yang terikat utuh dihati. Bukan aku sengaja mencipta sebuah kehidupan lain, namun aku harus mencari sebuah kehidupan yang mampu menarik aku keluar dari sebuah rintihan hati.
Inilah takdir Tuhan yang telah tercipta untukku. Aku redha dengan apa yang berlaku dan aku harus akur bahawa Tuhan itu lebih tahu atas setiap perkara yang dikurniakannya. Pasti ada sesuatu hikmah yang menanti aku dihujung sana.....