Sekarang ini kita dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku di Negeri Perak, di mana negeri ini diperintah oleh Pakatan Rakyat (Pembangkang) sejurus selepas pilihan raya tahun lalu. Belum pun cukup setahun tempoh pemerintahannya, kerajaan negeri ini ditumbangkan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh kumpulan mereka sendiri.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) menggembar gemburkan bahawa akan adanya ahli parlimen BN yang akan melompat parti kepada pembangkang. Justeru, komponen di dalam BN kelam kabut dengan ugutan dan amaran ini. Jelas sekarang bahawa strategi yang dilakukan oleh PR tidak menunjukkan tanda ianya akan menjadi realiti.
Sekarang ini, pemerintahan yang diketuai oleh YB Nizar sudah sampai ke penghujung. Nak tak nak, beliau harus menerima kenyataan ini. Namun, persoalannya sekarang, mengapakah ianya berlaku dalam konteks negeri Perak hari ini? Apakah sebenarnya yang menjadi pokok atau isu utama dalam pentabiran PR perak sebelum ini. Dan siapakah pula dalang disebalik semua ini?
Aku tidak melihat isu ini sebagai sebuah isu lompat parti semata, tetapi adanya ketersiratan isu yang berlaku antaranya ialah isu ketuanan melayu, isu raja, isu kepentingan politik, isu makan suap ataupun isu kambing hitam. Walau apa pun yang berlaku, pastinya terdapat pro dan kontra. Namun bersyukurlah kerana pentabiran kembali ke tangan melayu. Apa yang boleh aku katakan adalah, apakah yang boleh dilakukan dikala ketua hanya bersendirian di dalam satu kumpulan yang berlainan majoriti melainkan menjadi patung boneka???
Perkara utama yang aku lihat adalah isu ketuanan melayu. Mudah sungguh untuk mengaut kembali hati orang2 melayu menerusi isu2 seperti ini. Bagi yang berpelajaran, adalah adil bagi mereka untuk mencari dalil dan hujah sebelum menghukum. Tapi, malang bagi mereka2 yang kurang berpelajaran terutamanya orang2 tua dan orang kampung yang sukar mencari dan meneliti secara adil. Apa yang mereka boleh lakukan ialah menelan bulat2 apa yang disuakan kepada mereka.
Aku tak nafikan bahawa kepimpinan kerajaan negeri perak harus kembali ke ketuanan yang asal disebabkan faktor2 tertentu. Namun, biarlah ianya berlaku secara beradab dan berhemah. Malu rasanya dengan kebiadaban yang telah terlanjur dilakukan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri.
7 april akan berlakunya pilihan raya kecil di bukit gantang di perak dan bukit selambau dikedah. Di sini bakal menyaksikan keputusan rakyat berdasarkan kekecohan yang telah berlaku di perak ketika ini. Aku harap, pengundi2 berfikir secara waras. Bukan membenci pemerintah, cuma berikanlah keadilan yang sewajarnya agar mereka tidak terlalu selesa dengan apa yang mereka miliki demi kemakmuran rakyat jelata.
"Cukup2lah dengan penghinaan dan pengaiban yang dilakukan. Janganlah berpolitik menggunakan hasad dengki. Jadilah pemimpin yang berhati mulia dan berpegang pada Quran dan Sunnahnya. Semakin hari rakyat akan semakin meluat dengan keterlanjuran yang mereka lakukan.Berhentilah sebelum kamu diaibkan."