Wednesday, March 14, 2012

SAJER : KAWEN.....:)

"Suka aku tgk anak2 kecil yg comel2 tu"......

"Cikgu macam nak anak je. Kawenla cikgu......:)"

Rasa macam berbunga pulak bila ada student cakap macam tu. Maklumla, umur dah menjengah 30an, tapi masih belum kahwin lagi....

Erm, bila difikirkan semula, rasa rugi pulak kawen lambat nie. Kalo diberi pilihan, nak je kawen awal. Banyak pahala, terhindar dari dosa dan macam2 lagilah kebaikannya.

Tapi, kita sebagai manusia dan hamba Tuhan harus bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan buat kita. Tak perlu berkejar dan tak perlu dikejar.

Mungkin, apa yang kita rasa tidakla sebaik yang Allah dah tentukan untuk kita. Allahkan lebey tahu apa juga perkara yg akan berlaku kpd kita, yang baik mahupun yg buruk.

Apapun, aku harus berusaha. Allah dah janji bahawa DIA TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU BANGSA MELAINKAN BANGSA ITU YANG MENGUBAHNYA SENDIRI.
Jadi, aku harus berusaha. Perancangan aku harus dipercepatkan dan diatur dengan teliti.

Sekarang ini, matlamat aku yang pertama dan kedua dh tcapai. tinggal matalamt ketiga sahaja dan lepas tu barulah bole kawen....

Agak2, lama lagi tak ek?...xpela, InsyaAllah Allah akan bantu aku....janji aku yakin dengan kemampuan sendiri dan qada' dan qadar Allah sahaja.....

Okay Fauzi....Selamat berjaya......Target 2012...:))