Saturday, January 30, 2010

Bermula......

Degup jantung bergetar
Pemula langkah terketar
Namun semua itu dihindar
kerana telah datangnya sinar

Sinar menyuluh tanpa rasa
Buat hati berkilau-kilau jua
Jalan berbangga tanpa riaknya
Jiwa gembira tidak terkata

Mendung itu kalanya tiba
Lumrah alam takdir TuhanNya
Kuat lemah teruji bermula
Segalanya ditangan dan hati kita

Kaki ini baru melangkah
Pahit Maung akan bertingkah
Masam jua boleh bergundah
Manis masin akan bertelagah

Jalan ini suatu amanah
Moga Tuhan Beri mudah
Juga beri rahmat barakah
Buat penyelamat di alam barzah

Posting Chekgu....

Alhamdulillah, skrg nie aku dh dpt tempat posting sbg seorang chekgu sekolah.....

Kadang2 macam mimpi pulak aku rasa. Yela, sebelum ni, takda pun kursus yang aku ambik berkaitan dgn pendidikan masa dip pertama dan ijazah pertama dulu. lepastu dah kerja pulak sbg seorang engineer. At last, sekarang ni aku dh jadik chekgu. Itula namanya takdir dan rezki Tuhan yang dh letakkan aku kat dlm bidang ni.

Aku berharap yang aku takkan persia2 kan tugas dan tanggungjawab yang skrg ni dh terpikul kat bahu aku. Mudah2han Tuhan akan bantu aku untuk menghadapi cabaran menjadi seorang pendidik ni. InsyaAllah.....

Aperpun, aku dh dipostingkan kat SMK Seri Alam 2, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Bermula 25 Januari 2010, rasmila aku jadik chekgu kat sekolah ni dan bermulala kiraan duit gaji...heeee

Kat bwh nie, ade beb gambar yg aku amik dari web sekolah. sekadar berkongsi keindahn skola nie...:))

Dataran Sekolah

Padang Sekolah

Lobi utama

Dataran perhimpunan

Gambar dari arah kantin