Friday, May 15, 2009

Sajer : Tarikh Lahir Anda Dalam Hijriah


Mohd telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.


Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 20 Ramadhan 1402 Hijrah iaitu jatuh pada hari Isnin.

Maksud : Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Sifat : Anda baik, pendiam dan suka merendah diri. Anda tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenali.
Anda tidak suka menonjolkan diri. Kehidupan anda selalu selamat.


Sajer : Ada Apa Dengan Nama

Ni aku amik dari tagged. Saje suka2 nak buat.....


M : Kejayaan mudah datang kepada anda.
O : Seorang berfikiran terbuka.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.
D : Sukar mempercayai orang lain.

F : Semua menyayangi anda
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
Z : Anda selalu bergaduh dengan seseorang.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.


Diari : Taman Tasik Titiwangsa

Masa aku blaja kat UTMKL dulu, aku mmg slalu jugakla pegi kat taman tasik titiwangsa ni. Banyak kenangan aku tercipta kat sini.

9 mac lalu, skali lagi aku jejakkan kaki kat sini. Seronok jugak sbb dah lama tak jenguk tasik ni.

Tapi, ntah yer, tetiba je aku rasa sayu dan sgala kenangan lame aku kat sini terpanggil smule. Smuanya ibarat video yang dipaparkan kat depan mata aku.

Kenangan lalu yang tak mungkin berulang lagi tapi sering dirindui. Huh, benar2 aku sedih mengingatkn kenangan yg tercipta dulu.

Setiap pertemuan akan berakhir dgn perpisahan. Cuma bagaimana pertemuan itu berlaku adlh berbeza dari stiap peristiwa. Begitu juga dgn perpishan yang tercipta.

Lari dari suatu kenyataan bukanla jln terbaik, tapi hanya jalan sementara yg akan membuatkan kita rindu dan kesal dgn peristiwa yg berlalu.

Aku kini sdg mencari kembali pertemuan lalu walau ianya takkan dpt dirasai spt dahulu, tp cukupla aku menghargai kesempatan yg tercipta.....kerana aku sering terlewat menghargai sesuatu.....

Apakah pencarian aku akan semakin hilang harapannya????

ps: yang kat bawah ni gambar aku ngan anak2 sdara aku.....





Thursday, May 14, 2009

DPLI : Refleksi 1 bg subjek Teaching & Learning Physics

Mentari dinihari jujur memancarkan sinarannya seolah mengiringi langkahan kaki untuk terus melangkah pergi menuntut ilmu. Dikesibukan langkahan itu, akal terus mencerna memikirkan situasi yang semakin menghimpit dan menekan. Bukan kerana soal hati dan perasaan, tapi soal masa depan yang bakal menjadi corak profesion yang digalas.

Masalah sering datang dan pergi. Namun, masalah yang aku hadapi sering menjadi bayangan yang sukar untuk disingkirkan. Dari dahulu hingga sekarang, ia tetap sama. Yang ada hanyalah kekesalan yang berlaku setelah ianya berlalu. Perkara yang menjadi tunjang permasalahan yang aku hadapi adalah terlalu takut untuk melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ianya melibatkan proses yang formal. Aku merasakan, adalah menjadi sesuatu yang cukup mengentarkan jiwa apabila pensyarah memulakan perbincangan dan sering meminta pendapat pelajar-pelajar di dalam kelas. Aku langsung tidak berani untuk membuka mulut menyuarakan apa yang aku tahu dan apa yang aku ingin tahu. Malah, selalu juga aku gagal menjawab walaupun aku tahu tentang itu. Akhirnya, dengan sikap aku begini menjadikan aku terlalu pasif. Ilmu hanya diserap tanpa berfikir secara mendalam atau berhujah untuk sesuatu isu itu. Yang peliknya, apabila melakukan perbincangan di dalam kumpulan, aku mempunyai kekuatan untuk menyatakan sesuatu yang aku tahu dan berhujah tentangnya. Apakah kerana perbincangan di dalam kumpulan tidak melibatkan sesuatu yang formal sehinggakan aku lebih berani? Manakala, sesuatu perkara yang formal akan menjadikan aku terlalu pasif?

Hal ini terus melewati hari ini. Perkara yang sama tetap berlaku dari diploma pertama sehinggalah DPLI di UPSI ketika ini. Mengapa perkara yang sama mendatangi aku berkali-kali tanpa memberikan aku ruang untuk bernafas? Lebih-lebih lagi sekarang ini aku berada di dalam bidang pendidikan yang menuntut aku berkomunikasi secara aktif di dalam kelas. Lantas, aku duduk bermeditasi untuk mencirikan permasalahan yang aku hadapi ini. Pertamanya, aku belum menguasai sepenuhnya kandungan pelajaran yang di ajarkan oleh pensyarah di dalam kelas. Hal ini secara jujurnya menjadikan aku seperti tidak tahu apa-apa berkaitan dengan perkara yang sedang diajarkan di dalam kelas. Aku tidak membuat ulangkaji terhadap maklumat-maklumat yang sepatutnya aku tahu dan faham. Aku hanya sekadar mengikuti kelas dan memahami sewaktu kelas sahaja dan keesokan harinya, aku ibarat lupa semuanya. Lebih-lebih lagi subjek Fizik yang sepatutnya aku kuasai sebelum aku menjejakkan kaki ke alam perguruan nanti.

Keduanya, kadangkala aku tahu tentang perkara-perkara yang diutarakan oleh pensyarah di dalam kelas, namun semuanya ibarat tidak menjadi akibat dari sikap malu aku sendiri. Aku terlalu malu jika mengutarakan sesuatu yang salah dari apa yang sepatutnya diperkatakan. Oleh kerana sifat malu ini terlalu tebal dalam diri, ianya mematikan terus niat untuk mencuba walaupun sesuatu yang telah aku fikirkan itu adalah betul pada pengakhirannya. Ketiga, aku lemah dalam berkomunikasi terutamanya apabila bahasa inggeris menjadi medium proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aku tidak menguasai penggunaannya lebih-lebih lagi dalam mengutarakan sesuatu hujah dan konsep. Kalau sekadar untuk pemahaman sendiri, ia tidaklah menjadi masalah, tetapi adalah sebaliknya apabila ingin diaplikasikan di dalam kelas dan berhadapan pula dengan ramai orang. Dengan kosa kata yang amat terhad, kadangkala hujah yang ingin disampaikan di dalam bahasa inggeris gagal disampaikan sepenuhnya dengan baik malah menjadikan rakan-rakan sekelas lebih keliru dengan apa yang ingin disampaikan.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa ianya adalah situasi yang berbeza ketika menjadi pelajar dan guru di sekolah. Namun, aku tidak pernah melihat ianya sebagai dua perkara yang berbeza. Bagi aku ia tetap sama dan mempunyai perkaitan. Bagaimana caranya aku ingin menjadi seorang yang aktif di dalam kelas semasa menjadi guru sedangkan semasa aku menjadi pelajar aku gagal aktif di dalam kelas? Bukankah ianya situasi yang sama iaitu kedua-duanya melibatkan sesuatu yang formal?

Aku bertanya kepada rakan-rakan untuk mendapatkan perspektif yang mungkin berbeza. Beberapa rakan aku mengatakan bahawa aku tetap mempunyai keberanian untuk terlibat aktif di dalam kelas kerana aku boleh memberikan respon secara terbuka semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cuma, keberanian tersebut perlu diperbaiki untuk memastikan aku menjadi seorang yang cemerlang. Pandangan ini sememangnya berbeza dengan apa yang aku rasa kerana pada hakikatnya, aku takut untuk terlibat aktif di dalam kelas.

Lantaran itu, permasalahan ini menjadi titik fokus aku kini kerana ianya bukan sahaja melibatkan kehidupan aku sebagai pelajar DPLI UPSI, tetapi juga ianya mempertaruhkan nasib aku di masa hadapan sebagai seorang guru. Besyukur rasanya apabila berlaku sentapan yang menyedarkan diri ketika duduk bermeditasi. Kini, aku benar-benar sedar akan kekurangan dan kelemahan yang aku hadapi ini. Mujur, pensyarah mewajibkan refleksi ini dilakukan demi menilai kembali kemampuan diri sendiri. Segalanya adalah benar dan aku akan menghadapi masalah yang besar andai aku tidak atasi secepatnya lebih-lebih lagi hanya tinggal dua bulan sahaja lagi latihan mengajar akan bermula.

Justeru, aku mendapat suntikan kesedaran. Aku tidak boleh menjadi seorang yang penakut dan perlu berani untuk menghadapi situasi formal di dalam kelas samada semasa menjadi pelajar mahupun semasa menjadi guru nanti. Aku perlu aktif di dalam kelas. Ini adalah kebaikan untuk aku dalam proses untuk menjadi seorang guru kelak. Aku juga perlu membuat sebanyak mungkin ulangkaji tidak kiralah dalam subjek yang diajar pada semester ini mahupun subjek Fizik yang akan aku ajar di sekolah nanti. Aku perlu menguasai sepenuhnya sebelum aku betul-betul menjadi pendidik nanti. Malu adalah perlu, namun malu itu perlulah bertempat. Dalam belajar, aku tidak boleh malu kerana yang rugi adalah aku akhirnya. Justeru, sifat malu perlu dibuang demi menjadi pelajar dan guru yang terbaik nanti. Berkomunikasi adalah bermula dari keyakinan diri. Kelemahan berkomunikasi ini perlu aku atasi dengan kekuatan hati dan keyakinan. Aku perlu meyakinkan diri aku untuk berkomunikasi di dalam kelas menggunakan bahasa inggeris. Untuk mencapai hal ini, aku perlu menguasai kemahiran berbahasa ini dahlulu serta menguasai kosa kata yang sangat terhad sekarang ini. Justeru, Penggunaan dan penguasaan bahasa inggeris serta pengaplikasiannya mesti dikuasai sekarang dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ibarat kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Aku kini optimis untuk cuba mengatasi permasalahan ini. Di rumah, aku sudah menyediakan jadual untuk membuat ulangkaji di dalam subjek yang aku belajar kini serta cuba untuk memahami sepenuhnya. Aku akan membuat persediaan awal dengan membaca nota pensyarah sebelum kelas bermula dan membuat ulangkaji semula untuk memantapkan pemahaman. Begitu juga untuk subjek untuk mengulangkaji subjek Fizik tingkatan empat dan lima dan menguasai kandungannya. Hal ini sekaligus dapat memberikan aku latihan sebelum menjadi guru di sekolah nanti. Untuk mengelakkan malu, aku akan cuba secara sukarela untuk menjadi orang yang akan membentangkan tugasan di dalam kelas. Pembentangan ini akan dapat mengikis sedikit perasaan malu yang ada di dalam diri. Dengan cara ini juga, kelemahan berkomunikasi di dalam bahasa inggeris turut boleh diperbaiki. Aku kini mula memperbanyakkan membaca buku-buku di dalam bahasa inggeris terutamanya Novel, majalah, surat khabar dan artikel untuk menambahkan kosa kata yang terhad ini disamping mendengar radio-radio berbahasa inggeris supaya aku lebih mudah memahami bahasa inggeris yang dipertuturkan.

Aku berharap, dengan iltizam yang hadir dalam diri aku ini memberikan aku kekuatan baru dan tidak takut untuk melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta boleh menjadi seorang guru yang cemerlang dan gemilang.

Tuesday, May 12, 2009

Hati : Mengapa Sang Merpati Putih???

Aku tidak pernah memikirkan
kenapa dan mengapa
aku harus memilih nama Sang Merpati Putih
untuk menukilkan sesuatu catatan peribadi
sehingga seorang daripada sahabat aku bertanya
kenapa aku memilih nama itu
sedangkan aku tidaklah putih
seperti merpati putih pun.

Aku terkesima seketika
memikirkan suatu alasan
yang aku rasakan logik dan munasabah.

Entah yer,
cuma jawapan yang aku berikan adalah
'Ibarat Jinak-Jinak Si Merpati, Walaupun Jinak Tetap Di Hati."
Adakah ia suatu jawapan
yang reasonable???

Terdapat rahsia disebaliknya
yang
jujur
ditutupi.

Bersamanya terhimpun kenangan2
yang
sukar
dilupai.......

Aku biarkan
ianya sekadar menjadi kenangan
yang
aku
abadikan dalam "Sang Merpati Putih"
ini....

Sunday, May 10, 2009

Berita : NGO sokong akta lebih tegas untuk mat rempit

  • KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti penunggang motosikal menyambut baik hasrat Kementerian Pengangkutan mengkaji keperluan meminda undang-undang sedia ada supaya hukuman lebih tegas dapat dikenakan ke atas golongan mat rempit.

  • Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berharap undang-undang yang bakal dilaksanakan itu berupaya mengekang kegiatan jenayah khususnya ragut dan samun yang dilakukan golongan ini.

  • "Perbuatan jenayah oleh mat rempit makin berleluasa. Ia bukan lagi setakat ragut tetapi judi, dadah dan pertaruhan wanita. Undang-undang sedia ada tidak lagi relevan dan gagal menakutkan mat rempit," katanya ketika dihubungi, semalam.

  • Sambil menyifatkan isu mat rempit sebagai cerita lapuk yang perlu ditangani, Shamsul mencadangkan penubuhan jawatan kuasa khas khusus menangani gejala rempit dianggotai beberapa kementerian seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan, bekerjasama dengan pihak berkuasa, agensi kerajaan dan NGO.

  • Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berharap undang-undang yang bakal dibentuk menetapkan hukuman mengikut jenis kesalahan jenayah dilakukan.

  • "Undang-undang itu harus adil iaitu hukuman dijatuhkan berdasarkan kesalahan jenayah dibuat. Bagi mat rempit yang berhadapan dengan kesalahan trafik, misalnya, hukuman dikenakan ke atas mereka tidak sepatutnya sama dengan mat rempit yang ditangkap kerana jenayah ragut dan mengakibatkan kematian," katanya.

Satu isu yang dah terlalu lame diperkatakan. Akibat dari tiada susulan tindakan yang menyeluruh, ia sekarang ibarat sudah menjadi barah dalam masyarakat. Ia mesti ditangani sekarang!!!!!!

Akibat dari kesan pelbagai kesalahan yang telah dilakukan oleh golongan mat rempit ini, ia bukan sahaja telah menjadi masalah sosial yang semakin berleluasa bahkan juga telah menjadi jenayah yang dah tak terhitung lagi banyaknya.

Aku sokong saranan yang mengatakan bahawa hukuman yang harus dikenakan perlulah berbeza mengikut kadar kesalahan yang mereka lakukan. Ibarat kata seorang dari rakan aku , Razi, seperkara yang boleh menyebabkan mat rempit ini insap adalah dengan mengenakan hukuman sebatan mungkin sekali atau 2 kali sebatan.

Hal ini bukan sahaja boleh memberikan peringatan kepada mereka, tetapi juga boleh menggerunkan mat rempit-mat rempit lain untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang2.

Kerajaan perlu tegas dalam hal ini. Kajilah sepenuhnya tindakan yang perlu dilakukan kepada mat rempit dengan seikhlas hati. Nasib anak bangsa berada di tangan pak menteri!!!

Jangan hanya sibuk pada KUASA dan PANGKAT sahaja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berita : Bebas ISA: Tidak perlu ucap terima kasih pada kerajaan BN

  • PERMATANG PAUH, 10 Mei (Hrkh) - Rakyat tidak perlu ucap terima kasih pada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana membebaskan 13 orang lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka dizalimi sejak hari pertama ditahan sehingga memakan masa bertahun-tahun di Kem Tahanan Kemunting, Perak.

  • Jiwa raga mereka terseksa, anak pinak dan isteri menderita malah lebih malang lagi ada yang daif apabila mata pencarian keluarga terhalang disebabkan tangkapan suami.
    "Rakyat usah berterima kasih pada BN semata-mata melepaskan 13 tahanan ISA beberapa hari lepas. Ia bukan tindakan hasil kesedaran kerajaan tetapi kerana terpaksa ekoran desakan rakyat yang tidak pernah merasai jemu," jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub ketika ditemui selepas berucap di program 'Jom Sertai PAS' anjuran PAS Cawangan Taman Guar Perahu semalam.

  • Menurut beliau lagi, tindakan pelepasan tahanan ISA itu dibuat secara tergesa-gera kerana BN mahu menutup kes pencabulan kuasa Speaker di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang menyaksikan lunturnya demokrasi dan peraturan dewan yang selama ini disanjung.

  • Maka, sebab itu rakyat jangan terpedaya dengan sikap tidak bertanggungjawab BN yang telah menzalimi bukan sahaja mangsa yang tidak dihakimi malahan juga orang ramai yang tiada kena mengena dengan akta berkenaan.

  • "Tindakan BN itu bukan kerana menghormati demokrasi tetapi kerana nak tutup kes pencabulan di Dun Perak maka dilepasnya 13 tahanan ISA dengan harapan rakyat lebih cenderong membincangkan topik pembebasan daripada mengusung Speaker Dun Perak, Sivakumar keluar dewan untuk memberi laluan kepada Speaker baru melaksanakan tugas," tambahnya.

  • Sewajarnya jika Malaysia sebuah negara yang tamadun, bebas bersuara dan tidak mengamalkan demokrasi rimba kerajaan harus membebaskan ke semua tahanan ISA yang sampai kini tidak tahu apa kesalahan mereka sehingga ditangkap dan dikurung.
    PAS berharap Kerajaan BN jangan lagi menggunakan akta tersebut untuk kepentingan mereka apabila merasai kuasa yang ada tidak lagi stabil.

Mungkin apa yang diperkatakan adalah benar oleh akhbar harakah ini, namun aku kurang bersetuju dengan tajuk diatas.

Tidak mustahil kerajaan membuat satu isu baik ini untuk menutup satu isu yang tidak adil, tetapi walau dalam keadaan apa sekalipun, samada tekanan atau rela hati, kita melihat itu dari satu sudut yang positif.

Aku tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah mendengar luahan rakyat yang tidak jemu2 memperjuangkan apa yang mereka rasakan perlu. Janganla terlalu mengikut emosi sehingga kita gagal mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah melakukan sesuatu terhadap apa yang kita nak walaupun kita tak mendapatkannya secara keseluruhan.

Aku yakin, dalam ISLAM sendiri sekalipun, kita harus berterima kasih kepada musuh kerana musuhla yang menyedarkan kita tentang kealpaan dan kelemahan yang kita ada.

Kritik dan perjuangkanla apa yang ingin kita perjuangkan, namun jangan lupa, tanamkanlah budaya berterima kasih dalam diri generasi muda agar sifat ketimuran tidak akan luntur.