Saturday, August 8, 2009

Diari : Hari Ke 13 Praktikum

5 Ogos 2009 (Rabu)

Kalau 2 hari yang sebelum nie, aku dah masuk kat dlm kelas 4S2 utk bincang kan soalan, hari nie merupakan pertama kali aku masuk kat dalam kelas 4ST.

Seperti biasa, masuk aje kelas, aku berkenalan dulu ngan pelajar2 dlm kelas. Aku tau, akan ambik mase yang agak lama utk berkenalan. Tapi, aku kene buat jugak spy aku dan diorang sendiri rase selesa sblm aku mula mengajar.

Aperpun, aku tak kisah kelas mane mane yang aku dpt sbb ape yang aku rasa adlh same ajer. Setiap kelas tu ader kelebihan dan kekurangan.

Selepas aku masuk kelas diorang, aku beri semula kertas ujian selaras yang diorang buat khamis lepas. Aku dh siap tanda dh semuanya. Aku susun bermula dari pelajar yg dpt markah paling rendah sehingga yg dpt terbaik dlm kelas.

Tahniah kpd semua pelajar2 yg berjaya lulus walaupn belom dpt yg terbaik. Mereka dh cuba buat yg terbaik mengikut pemahaman mereka sendiri.

Walaupn aku tak sempt bincang smpi abis, tapi, sekurang2nya aku dpt terangkn kat diorang dengan sedaya upaya aku. Mudah2han, pelajar2 ni semua dpt faham ape yang aku terangkan tu...InsyaAllah....

Aperpun, tahniah kepada:-
1) 4S2 - NUSYAMIM BINTI SAFARUDIN (68), DZULKARNAIN BIN HAMZAH (64) DAN NURHAYATI BINTI MOHAMAD SHAARI (64) sbb dpt markah terbaik Fizik dalam kelas.

2) 4ST - MOHAMAD ZUL HADI BIN MOHAMED DAUD (54) DAN SYAFFIQ HAFIFY BIN SHUKRI (51) sbb dpt markah terbaik dlm kelas.

Aperpun, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjadi seorang pendidik yang terbaik dan dpt menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar dengan berkesan...InsyaAllah....

Ya Allah, izinkanlah aku untuk melakukannya...Amin...

Thursday, August 6, 2009

Hati : Pulanglah.....

Hati
Tak terduga olehku
Saat ku impikanmu
Makin sarat dikau berlalu
Makin berat untuk menarikmu


Hati
Ke mana lagi mau kau pergi
Penat sudah ku kini
Lelah, letih dan longlai sendiri

Hati
Apakah bicaraku tiada erti lagi
Hingga ia terhenti ia sendiri


Hati
Aku tetap menanti
Pulangmu suatu hari
Akan ku khabarkan pada mimpi
Agar kau setia menemani
Diriku di kala sunyi.....

English : Sometimes....

Everyone have their own perspective. We cannot close their mouth, we cannot eliminate their thinking of way.

Sometimes, we generate the new ideas but some people will condem us. Sometimes we try to make changes, but some people have no response at all. Sometimes we need to make improvement, but some people will say only wasting time.

How we can be a good people in this world if we only know to critics and condems? How we can achieve successful in our life if we only see and never try to improve it? Let other people which have a spirit, have the confidence, have the effort, have the ideas do what they want to do.

People will never perfect even expert in one thing. God is more powerfull at all time.

Let us appreciate the others even there only a small things........

Wednesday, August 5, 2009

Diari : Hari Ke 12 Praktikum

4 Ogos 2009 (Selasa)

Hari ni, takder ape yg aku nak kongsikan, sbb perkara yg hampir same berlaku setiap hari.

Cuma, ape yg aku nak citer adlh, dunia ini mmg terlalu kecik. Pusing sane pusing sini pn, akan jumper orng yg kita tak sangka.

Masa borak2 aritu, aku ade borak ngan sorang cikgu kat SMK Seri Manjung nie. Umur dia lebih kurang 23 thn. Ntah macam maner, citer punyer citer, teterbitlah asal rengit batu pahat.

Aku memang pantang bile dgr rengit batu pahat nie. Mesti ader sesuatu.

Dah kn betul, selidik punyer selidik, memang betullah dia sedara aku rupanya.

Hubungannya camnie, moyang dia (dia --> mak dia --> nenek dia --> moyang pompuan dia), adlh adik beradik dengan nenek aku (mak kepada arwah ayah aku).

Maknenyer, aku dengan mak dia adlh 2 pupu dan dia adlh anak sedara 2 pupu aku.

Huh, kecik betul dunia nie kn.....Hehehe...

Diari : Hari Ke 11 Praktikum

3 Ogos 2009

Hari ni aper yer pembaharuan yg berlaku???

OOOO, hari nie, hari pertama aku join perhimpunan kat SMK Seri Manjung sebagai seorang guru. Segan gak biler dok depan tu...hehehehe

Mungkin, jauh bezanya dengan perhimpunan zaman aku sekolah dulu. Setiap kali lepas perhimpunan, mesti melalui check point dan pengawas akan jaga sebagai pembantu guru2 bertugas dan guru pengawas.

Aper yang aku lihat adalah, 'memilih pelajar bertuah' untuk diambil tindakan tatatertib. Bagaimana yer dgn pelajar yg lain???

Aku ni terlalu baru dan mungkin jugak skema. Tapi, bagi aku cam tak adillah. Memng dia bersalah, tp mungkn masih ader lg yg bersalah.....Sape tau kn????

Erm, pjg lebar jgak aku citer pasai perhimpunan nie.

Hari ni jugak, adlh kelas pertama yang aku masuk utk kelas 4S2 (Fizik).

Aper yg aku buat adlh, aku berkenalan, pulangkn semula kertas ujian diorang dan bincang sket soalan.

Tak siap hari pertama tu. Klu kita just bagi jawapn dan diorang salin, aku rasa mmgla cepat, tapi, biler kite wat penerangan sekali, mcm mengajar jugak. Tu yg lame tu...

Aperpun, budak2 kelas 4S2 SMK Seri Manjung nie, OK2 belaka. Cuma, aku belom dpt faham camne cara diorang belajar.

Takperla, aperpun, aku akn cube buat yg terbaik..... :))

Diari : Balik Klang

Cam biasa, dh plan nak balik lepas solat Jumaat. Cuma, aku lewatkn sket, sbb pegi pejabat pos...hehehe

Hari sabtu pagi, aku dan kuarga cdg nak g nilai 3 semata nak carik kain langsir. Maklumlah, nak raya dah ngan nak dpt kunci, InsyaAllah...So, berborong sakanlah kami...

Kaler yg aku pilih lebih kurang same ngan kain langsir yg akak aku pilih...COKLAT! Tapi, yang akak aku punyer takder anak dia, cuma langsir kosong ajer...

Langsir aku siap ader anak dia, buat warna coklat lawan kuning.

Lawa tak yer?????

Tak sempat aku nak amik gambo, bateri kamera abish..huhuhu. Nantilah, biler dh siap nanti aku letak kt blog nie.... :))

Erm, tak sabar rasenyer aku nak tgk bile dh siap pasang...

InsyaAllah, tak lame lagi la tu...

Diari : Hari Ke 9, 10 Praktikum

30 Julai 2009 (Khamis) & 31 Julai 2009 (Jumaat)

Lamenyer aku tak update....Ntahla, mungkin tak sempat agaknya... :))

Aperpun, 3 hari ni aku tak banyak benda yg aku buat kat sekolah. Lebih banyak menjaga budak2 yg tgh dok amik ujian selaras.

Ada budak2 yg aku tgk mcm tak tau apa yg diorang jawap. Kenapa ya? Aku rasa cam pelik pulak.

Aku tak mo salahkan sesiape, sbb aku rasa sumer pihak ada peranan yg tersendiri termasuklah diri pelajar tu sendiri, ibubapa diorang dan cikgu2 jugak.

Erm, aperpun....aku berharap agar aku dpt mengajar budak2 dengan sebaik yg mungkin. Aku nak, pengetahuan yg aku ada dikongsi bersama2 ngan budak2 yg aku ajar.

Kalau tak, sia2 lah aku berhenti semata2 untuk mendidik generasi masa depan.

Tuhan, berilah aku kekuatan dan keyakinan serta berkatilah apa yang sedang aku lakukan ini. Segala2nya adalah milikMu.

Monday, August 3, 2009

Berita : 6 perantis bina model Legoland

Oleh Azida Shaharuddin
azida@bharian.com.my

Kumpulan pertama akan dihantar jalani latihan 10 minggu di Amerika Syarikat

JOHOR BAHRU: Enam anak muda termasuk seorang wanita menyifatkan pemilihan mereka sebagai perantis pembina model untuk Legoland Malaysia, taman tema Legoland pertama di Asia, sebagai impian ketika zaman kanak-kanak menjadi kenyataan.

Mereka yang terdiri daripada empat anak Johor, dan masing-masing seorang dari Sabah dan Sarawak, adalah kumpulan pertama perantis pembina model Legoland yang bakal menjalani latihan intensif selama 10 minggu di Carlsbad, California, Amerika Syarikat bermula September ini.

Mereka ialah Kharunnadia Kamarudin, 23, Lee Khai Yuen, 34, Ahmad Yazid Sumisdan, 26, dan Mohd Firdaus Rahiman, 24 dari Johor; Khadzlan Hairani Ali Omar, 24 (Sarawak), dan Pang Chueng Shuong, 29 (Sabah).

Bagi Kharunnadia, seorang jurutera, yang dipilih sebagai perantis pembina model Legoland Malaysia yang akan beroperasi di Iskandar Malaysia menjelang 2013, ia adalah peluang keemasan bagi dirinya untuk membina kerjaya dalam bidang yang mencabar dan menuntut persaingan kreativiti.

Katanya, beliau akan memanfaatkan ilmu sebagai seorang jurutera untuk menghasilkan satu model lego yang mempunyai ciri tempatan untuk diketengahkan kepada masyarakat luar yang datang melawat Legoland Malaysia apabila ia beroperasi kelak.

"Tahniah kepada mereka yang terpilih. Peluang yang baik hanya akan datang sekali shj. Bagi aku, membina Legoland ni satu langkah yang agak bijak yg telah dirancng oleh pihk pembangunan Wilayah Iskandar. Satu lagi bentuk pelancongan yang boleh dikomersialkan. Cuma ia perlu perancangan yg lebih teliti agar ianya tak jadik ibarat projek Gajah Putih Sahaja.Dan mudah2han juga segala utang2 yang ditanggung o kerajaan johor dpt dilangsaikn dengan segera. Good Luck Kerajaan Johor!!!"