Thursday, July 30, 2009

Puisi : Munajat

Tiba2 aku terjumpa puisi ini.
Puisi yang sangat indah dan menarik.
Aku rasa, kita boleh berkongsi.....


Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Wednesday, July 29, 2009

Berita : H1N1: UPSI ditutup hingga 7 Ogos

IPOH: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim ditutup bermula hari ini sehingga 7 Ogos depan selepas beberapa pelajar dikesan mempunyai simptom virus Influenza A (H1N1).

Exco Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, ketika dihubungi Berita Harian, berkata pelajar yang disyaki dikuarantin, manakala pelajar lain diarah pulang ke rumah masing-masing.

Erm, kene balik ker??? Aku rasa cam tak kene jer, kebanyakkannya kene kuarantin jer....Mudah2han penyakit tu tidak merebak kepada orang lainla yek....

Diari : Hari Ke 8 Praktikum

29 Julai 2009 (Rabu)

Erm, dah 8 hari rupanya aku kat sini. Banyak jugak benda yang aku dah lihat disepanjang aku 8 hari kat SMK Seri Manjung ni.

Terlalu banyak ragam yang bermain dalam kancah pendidikan ini.

Dari segi persekitaran sekolah, pelajar2nya, guru2nya dan jugak kakitangan sekolah.

Apa yang aku dapat lihat adalah satu persoalan yang menjadi keutamaan bagi aku untuk mempersoalkan. DIMANA PENGAMALAN JERI????

Aku rasa tak perlu aku utarakan disini kerana ianya terbuka kepada sesiapa sahaja untuk berbicara dan mengeluarkan idea.

Aku risau dan bimbang dengan keadaan seperti ini andai tidak ada langkah2 yang boleh diambil untuk memperbaikinya.

Itula sebenarnya. Tugas aku semakin mencabar kini. Zaman ini bukan seperti zaman aku suatu waktu dahulu. Zaman ini adalah zaman yang penuh dengan cabaran dan dugaan hasil bayaran dari sebuah pembangunan negara.

Hari ni sebenarnya, ujian selaras diadakan disekolah. Aku tak kisah pn ujian2 macam nie. Sekadar latih tubi yang dibuat penilaian.

Yang aku risaukan ialah bagaimana ujian personaliti boleh menjadikan pelajar2 kita semua adalah pelajar yang berilmu dan berakhlak????

Jawapan ada ditangan kita semua, cuma kita tak pernah sedar bahawa kunci untuk membukanya adalah KITA.

Diari : Hari Ke 7 Praktikum

28 Julai 2009 (Selasa)

Alhamdulillah, aku semakin kebah demamnya. Cuma, aku masih berada dalam zon tidak selesa lagi untuk berada dihadapan kelas.

Walaupun jadual belum dpt, tapi banyak kelas ganti yang perlu aku masuk. Dah namanya pun guru...kn?????

Hari ni, aku masuk kelas cikgu rusnita yang akan aku ganti nanti sempena dia nak bersalin dh. Aku masuk kelas 4S1 (Sains 1). Memang aku akui, budak2nya memang bijak dan baik....Aku rasa bertuah sangat kalau dapat ngajar diorang.

Tapi, hari ni jugak jadual dh kuar. Aku kene ngajar budak2 4S2 dan 4ST. Juga budak2 kelas tingkatan 3 3A5, 3A7, 3A9 dan 3A10 utk kelas matematik. Mudah2an aku dapat menjadi seorang guru yang baik.

Marilah kita sama2 mendoakan agar semua anak2 murid yang akan aku ajar nanti menjadi anak murid yang baik dan tahu beradap sopan....Amin...

Tuhan, izinkan aku mendidik hamba2Mu yang memerlukan didikan seorang guru.

All the SMK Seri Manjung Students, good luck for your test this wednesday till friday. Do the best!!!! You are what you done!!!!

Diari : Hari Ke 6 Praktikum

27 Julai 2009 (Isnin)

Ya Allah, janganlah Kau tarik kembali hidayah dan pertolongan yang telah Kau berikan padaku. Aku hanyalah hambaMu yang hina. Tanpa pertolonganMu, aku tidak ada apa2 melainkan sekujur tubuh yang tidak berguna.

Tuhan, aku yakin dan percaya bahawa Kau tidak akan meletakkan aku pada suatu tempat yang tidak mampu aku hadapi. Aku yakin dan percaya bahawa aku memikul amanah yang amat besar yang telah Kau letakkan dipundakku.

Berilah aku kesihatan yang baik, dan berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segalanya......

"Aku kurang sihat hari ni. Masuk kelas pn kurang bersemangat...."

Monday, July 27, 2009

Berita : Pelajar ponteng sekolah maut nahas motosikal

TANAH MERAH: Seorang pelajar yang ponteng sekolah maut, manakala rakannya cedera ringan apabila motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Bukit Telaga, di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chetok dekat Pasir Mas, Mohd Hanif Mohd Fazli, 16, dipercayai dalam perjalanan ke kawasan rekreasi di Lata Hujan, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Rakan mangsa, Mohd Nazri Hairi Mahabi, 16, dari sekolah sama, terselamat dan hanya cedera ringan dipercayai sempat melompat dari motosikal Honda EX-5, sebelum kenderaan itu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata ketika kejadian itu, dua pelajar terbabit dipercayai dari sekolah mereka menuju ke Lata Hujan dekat Gual Ipoh.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Sah Nik Yusof, 44, berkata anak ketiganya daripada empat beradik itu keluar ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Katanya, beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pengurusan sekolah yang memaklumkan anaknya terbabit kemalangan kerana menyangkakan Mohd Hanif berada di sekolah.

"Ketika keluar dari rumah pagi tadi, dia memang bersiap ke sekolah. Dia tidak pernah memaklumkan kepada saya untuk pergi berkelah ke Lata Hujan," katanya.

"Kita bukan mahu menuding jari kpd mane2 pihak krn malang itu tidak berbau. Apa lagi yang boleh diperkatakan andai ini terus berlaku dlm alam persekolahan remaja masa kini.

Masih mahu salahkn ibubapa? Atau mahu salahkan guru & pihak sekolah?Ke mana isu ini perlu dibawa?

Sebagai guru aku makin terpanggil untuk menyertai meja bulat yg membincngkn isu2 seperti ini. Entah kenapa aku pn tidak pasti, tapi aku terlalu kasihan apabila mendengar dan meliht isu2 spt ini diperkatakn.

Mudh2an Tuhan memberikn aku kemudahan untuk membantu dlm mperbaiki kelemahan2 yang ada."

Sunday, July 26, 2009

Kenangan : Transformer....

Aku sebenarnye dpt email gambr2 kereta yg digunakn dlm citer transformer. Lawa gak gmbr keter tu.

Tetibe jer aku teringat yg aku penah pegi makan satey, main bowling & tgk citer transormer ngan member2 satu umah ngan aku.

Kebetuln, aku tak masukkn pun gmbr2 kitaorg yng kat saner tu, jadik, ni ha sket2 aku masukkn jer utk entry kali nie.

Aperpun, semua kenangan itu tersimpn disudut memory yang tersendiri.......


Nie plak gambar2 kete yang jadik robot tuh....(berkenan aku ngan keter kunin nie)

Berita : Rumah Mawi dirompak, 2 ditembak mati

Oleh Johan Afandi
johan@bharian.com.my

KAKAK Mawi, Rashidah menunjukkan bagaimana ibunya dicekik perompak yang memecah masuk rumah mereka, semalam. Gambar kecil Teratak Bonda di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

KULAIJAYA: Polis menembak mati dua perompak warga Indonesia tengah hari semalam, kira-kira lapan jam selepas mereka bersama dua lagi rakan merompak rumah ibu penyanyi terkenal, Mawi atau Asmawi Ani di Felda Taib Andak, di sini.

Empat lelaki dipercayai berusia antara 20 dan 30 tahun bersenjatakan parang, memecah rumah ibu Mawi, Teratak Bonda, kira-kira jam 4 pagi semalam, dipercayai melalui pintu belakang sebelum melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM8,000.

Ketika kejadian, terdapat sembilan orang di rumah berkenaan termasuk ibu Mawi, Ramlah Sarlan; kakaknya, Rashidah Ani, 38; suami Rashidah, Sahrom Saji, 40, serta tiga anak; adik Mawi, Asmidah Ani, 22, dan dua anak saudara penyanyi itu.

Bertindak atas maklumat berkenaan, polis menubuhkan satu pasukan khas terdiri daripada anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya bagi menjejaki kumpulan perompak terbabit.

Difahamkan, usaha menjejaki kereta perompak terbabit berhasil, selepas polis mendapat maklumat orang ramai bahawa ada sebuah kereta mencurigakan masuk ke ladang kelapa sawit, Ladang Fraser yang terletak kira-kira lima kilometer dari Felda Taib Andak.

Berikutan itu, pasukan polis mengepung kawasan berkenaan, dan mengarahkan empat perompak terbabit menyerah diri tetapi mereka bertindak menyerang anggota polis mengakibatkan dua daripada mereka ditembak mati manakala dua lagi berjaya meloloskan diri.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, berkata dua perompak yang ditembak mati dikenali sebagai Marwa, 30, dari Mataram, Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang.

"Mereka masuk ke Johor menggunakan pasport sah masing-masing pada Jumaat minggu lalu serta Khamis lalu, dan kereta yang digunakan perompak ini, jenis Proton Waja dilaporkan dicuri di Taman Pelangi, di sini, Oktober lalu," katanya.

Jalaludin berkata, polis turut menemui sebahagian barang kemas disamun dari rumah ibu Mawi dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun seperti kuku kambing, pemotong besi dan pemutar skru.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 dan 395 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan dua lagi perompak yang dipercayai masih berada di sekitar Kulaijaya.

SEBAHAGIAN senjata serta barangan yang ditemui selepas polis menembak mati dua daripada empat penjenayah yang memecah masuk rumah Mawi di Felda Taib Andak, semalam.

Sementara itu, Rashidah yang sedang mengandung lapan bulan ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga melalui detik mencemaskan selama kira-kira 10 minit.

Beliau berkata, kepalanya serta ibu, Ramlah diketuk beberapa kali selain rantai dan gelang mereka diragut salah seorang perompak terbabit.

"Saya tidur di tingkat bawah bersama dua anak, manakala ibu di bilik lain di tingkat bawah terkejut apabila mendengar bunyi bising dan mendapati terdapat empat lelaki di dalam rumah, berpakaian ala ninja sebelum salah seorang daripada mereka bertindak mencekik leher bagi mengelak saya menjerit.

"Bagaimanapun, saya terjerit kerana ketakutan menyebabkan kepala saya diketuk sebanyak tiga kali dengan ulu parang sebelum saya terus memeluk anak dan meminta mereka (anak) juga tidak membuat bising," katanya.

Beliau berkata, rantai dan gelang diragut dalam kejadian itu sebelum salah seorang daripada perompak terbabit memasuki bilik Ramlah lalu mencekik serta merampas rantai dan gelang.

"Suami yang tidur di dalam bilik di tingkat atas kemudian keluar dan ketika menuruni tangga ternampak perompak terbabit menyebabkannya lari semula ke atas sebelum salah seorang daripada perompak mengejarnya ke dalam bilik," katanya.

Sementara itu Mawi ketika dihubungi selepas selesai perlawanan Liga Futsal HotFm 2009 di Sabah petang semalam mengakui panik dan bimbang sebaik diberitahu mengenai kejadian yang menimpa keluarganya.

Mawi mengakui kejadian berkenaan bukanlah yang pertama kali, sebaliknya sudah masuk kali ketiga sejak sebelum bergelar juara Akademi Fantasia 3 lagi.

"Memang kejadian kali ini agak menakutkan dan ganas kerana penjenayah bertindak lebih berani menggunakan senjata selain bertopeng," tambahnya yang berbangga atas kecekapan polis menumpaskan dua daripada empat penjenayah berkenaan kurang daripada 24 jam selepas kejadian.

Diari : Tak Jadi Ke PD..

Bayangkan kalo kita dpt jumer kwn2 lame yang dh mmg lame tak jumper. Mesti syok kan? Mesti byk citer yang nk dikongsi. Lebih2 lagi sekrg nie kn aku dh totally ubah bidang kerja....Huahuahua...

Tula, aku rasa kesal sangat sebab tak dpt g reunion budak2 UTMJB batch aku kat PD. Mesti ramai yg dtg. Jeles aku dgr.

Semlm mase aku sms where, diorng tgh dok kat chalet, citer2 pasal mase dpn memasing. Seronoknya. Klu aku g, mmg byk citer yg nak aku citer kn. Tapi, aperkn daya, Tuhan tidak mentakdirkn aku utk ke sana.

Nk tau tak nape aku xjadik g? Sbnrnya, ade LADAP (lebey kurg kajian tindakan punyer pembentangan o cikgu2 kt sek tu). Aku ni kn baru lagi praktikl. (sebenarny aku tak suka guna praktikum kt sek, aku lebey suke gunekn istilah cikgu baru. Sbb, aku rase klu gune istilh praktikum tu, aku byk memain.)

Aku mmg tak dpt aper2 info suh dtg ladap tu. Tp, member2 aku yng len, sek suh diorng g. Aku pn kalut ar dn plan nk g jer LADAP tu kt sek ari sabtu smlm. Ne tau, termasuk dlm markh koQ.

At last, bile tibe sek, pn pen kanan kate xwajib dn kalo nak balik boleh balik. Ish, ayat tak best yg aku dgr tu. Aku ngan Razi pn pe lg, balik ar.....

Aku terasa cam nk g je kt PD tu, tp dh nk dekt tengahhari smlm. Dh la jauh, sensorang lak tu. Jadik, aku tak le jadik g. Huhu, sedeynyer. Korang, sorry eh aku xdpt join program korang.