Monday, July 27, 2009

Berita : Pelajar ponteng sekolah maut nahas motosikal

TANAH MERAH: Seorang pelajar yang ponteng sekolah maut, manakala rakannya cedera ringan apabila motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Bukit Telaga, di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chetok dekat Pasir Mas, Mohd Hanif Mohd Fazli, 16, dipercayai dalam perjalanan ke kawasan rekreasi di Lata Hujan, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Rakan mangsa, Mohd Nazri Hairi Mahabi, 16, dari sekolah sama, terselamat dan hanya cedera ringan dipercayai sempat melompat dari motosikal Honda EX-5, sebelum kenderaan itu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, berkata ketika kejadian itu, dua pelajar terbabit dipercayai dari sekolah mereka menuju ke Lata Hujan dekat Gual Ipoh.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Sah Nik Yusof, 44, berkata anak ketiganya daripada empat beradik itu keluar ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Katanya, beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pengurusan sekolah yang memaklumkan anaknya terbabit kemalangan kerana menyangkakan Mohd Hanif berada di sekolah.

"Ketika keluar dari rumah pagi tadi, dia memang bersiap ke sekolah. Dia tidak pernah memaklumkan kepada saya untuk pergi berkelah ke Lata Hujan," katanya.

"Kita bukan mahu menuding jari kpd mane2 pihak krn malang itu tidak berbau. Apa lagi yang boleh diperkatakan andai ini terus berlaku dlm alam persekolahan remaja masa kini.

Masih mahu salahkn ibubapa? Atau mahu salahkan guru & pihak sekolah?Ke mana isu ini perlu dibawa?

Sebagai guru aku makin terpanggil untuk menyertai meja bulat yg membincngkn isu2 seperti ini. Entah kenapa aku pn tidak pasti, tapi aku terlalu kasihan apabila mendengar dan meliht isu2 spt ini diperkatakn.

Mudh2an Tuhan memberikn aku kemudahan untuk membantu dlm mperbaiki kelemahan2 yang ada."

No comments: