Friday, October 19, 2012

SMKSA2 : Kasih & Sayang......

Mungkin diri ini selalu mengharapkan sesuatu yang sukar dan payah. Tetapi, hati tidak mampu untuk menolak sesuatu yang hadir yang mengharapkan perhatian dan kasih sayang.

Sering saja diri ini mudah mengasihi dan menyayangi. Apakah kerana sifat semulajadi atau sekadar kelemahan yang ada dalam diri? Hanya Allah yang tahu.

Takdir diri ini menjadi seorang guru bukanlah takdir yang dicipta sendiri, tetapi takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Kadangkala, diri ini memberikan perhatian dengan sepenuh hati, ikhlas dan bersungguh dengan harapan mereka mampu dididik dan diperelok akhlak serta keperibadian. Mampu berdisiplin serta menggembirakan hati orang2 yang menyayangi mereka.

Tetapi, sering saja diri ini merasa duka dan kecewa apabila kasih, sayang dan perhatian tidak dihargai malah dipermainkan dan dipersenda.

Adakalanya juga, perhatian itu agak lebih berbanding yang lain, tetapi yang dilebihkan itu sering menjauh dan melukakan perhatian yang diberi membuatkan diri ini rasa kehilangan semangat dan juga keyakinan.

Mungkin diri mereka tidak tahu, tidak faham dan tidak mengerti........semoga diri ini tidak mudah memberikan rasa kasih dan sayang yang sukar untuk dimengertikan.........

Ya Allah, berikanlah mereka petunjuk dan hidayahMu agar mereka berada dijalan RedhaMu serta perelokkanlah akhlak dan keperibadian mereka....insyaAllah.....:)



Sunday, October 14, 2012

SMKSA2 : Waktu dan Peluang

Apabila diri ini inginkan sesuatu, pasti akan dilakukan dengan sesungguh hati. Agar impian dan harapan tertunai dan tercapai....

Disini, adalah permulaan membina kerjaya perguruan. Impian diri ini adalah bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik sahsiah dan keperibadian mereka. Semuanya bukanlah boleh dicapai hanya melalui pengajaran dalam kelas saja bahkan diluar kelas juga.

Jadi, menyusunlah waktu agar semuanya terbina dan mencapai hajat yang diimpikan walaupun kadangkala terasa perit dan letih.

Alangkah bahagia dan beruntungnya jika segala yang dikorbankan itu dapat memberikan kejayaan dan kegembiraan, tetapi amat kecewalah rasanya jika pengorbanan itu tidak dihargai dan dipandang remeh.

Apapun, diri ini memohon sepenuh pertolongan dari Allah, agar diri ini diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan impian dan harapan ini.

Selagi diri ini masih punya kudrat dan semangat, ku pohon kepada Allah agar impian itu dapat berterusan. Moga2 ianya tidak berhenti dpertengahan tanpa ada pengakhiran.

Sebelum kaki ini melangkah jauh daripada SMKSA2, biarlah diri ini mampu membina kekukuhan daripada kumpulan yang telah ditubuhkan.

Nasyid, Kompang dan SMKSA2 sendiri, diri ini membina dengan kekuatan semangat, sanggup menyusur jerih demi memartabatkan keindahan, janganlah layukan semangat ini dipertengahan, selagi punya waktu dan peluang.......