Mungkin diri ini selalu mengharapkan sesuatu yang sukar dan payah. Tetapi, hati tidak mampu untuk menolak sesuatu yang hadir yang mengharapkan perhatian dan kasih sayang.
Sering saja diri ini mudah mengasihi dan menyayangi. Apakah kerana sifat semulajadi atau sekadar kelemahan yang ada dalam diri? Hanya Allah yang tahu.
Takdir diri ini menjadi seorang guru bukanlah takdir yang dicipta sendiri, tetapi takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Kadangkala, diri ini memberikan perhatian dengan sepenuh hati, ikhlas dan bersungguh dengan harapan mereka mampu dididik dan diperelok akhlak serta keperibadian. Mampu berdisiplin serta menggembirakan hati orang2 yang menyayangi mereka.
Tetapi, sering saja diri ini merasa duka dan kecewa apabila kasih, sayang dan perhatian tidak dihargai malah dipermainkan dan dipersenda.
Adakalanya juga, perhatian itu agak lebih berbanding yang lain, tetapi yang dilebihkan itu sering menjauh dan melukakan perhatian yang diberi membuatkan diri ini rasa kehilangan semangat dan juga keyakinan.
Mungkin diri mereka tidak tahu, tidak faham dan tidak mengerti........semoga diri ini tidak mudah memberikan rasa kasih dan sayang yang sukar untuk dimengertikan.........
Ya Allah, berikanlah mereka petunjuk dan hidayahMu agar mereka berada dijalan RedhaMu serta perelokkanlah akhlak dan keperibadian mereka....insyaAllah.....:)
1 comment:
Assalamualaikum Cikgu
Apa khabar?
Dah lama saya tak ke Rengit.
Post a Comment