Thursday, August 13, 2009

Diari : Hari Ke 19 Praktikum

3 Ogos 2009 (Khamis)

Hari khamis adlh hari berbaju batik. So, aku pn pakaila baju batik yg telah pn dibeli kat kota tinggi. Sebenarny dh kali ke 2 aku pki baju nie sejak menjejakkn kaki kat sekolah nie....

Kalo korang nak tau, Sek Teknik seri manjung dh disuruh tutup seminggu sampai hari rabu dpn baru naik semula disebabkn oleh selsema BAB tu. Dan kalo korang nak tau gak, SMK Seri Manjung nie, dh makin ramai yang kene kuarantin disebabkn penyakit Selsema BAB tu.

Aku pn ader batuk sket2 walopn dh g ospital minggu lepas, buat checking. Risau gak kalo2 kene selsema BAB tu. Aperpun, Alhamdulillah aku ngan member2 umah aku sumernya OK.

Jadik, arinie, semua warga sekolah dh disuruh pki penutup mulut. Kitaorg nie punya ar semangat pki. Skali biler tibe kat sekolah, yang menyuruh kitaorg pki pn tak pki. hangin betol aku....wakakaka..

Xperlah, aperpun, aku dh pki. Nih aku masukkn skali gambor2 kitaorg kat sekolah yg sedng memakai penutup mulut tuh...ekekeke



Diari : Hari Ke 18 Praktikum

12 Ogos 2009 (Rabu)

Huaaaa...

Aku rasa sgt teruk performance aku hari ni. Ntah ape yg melanda aku hari ni pn aku tak tau.

Semalam, aku ajar kelas 4S2 dan aku rasa okay, walaupn tak perfect. Bebudak boleh jugak faham ngan aper yg aku ckpkn.

Tapi, hari ni, aku tak pasti apa yg aku sampaikn kat bebudak sebenarnya.

Hari ni, aku ngajar kelas 4ST, topik yg sama ngan kelas 4S2. Aku rasa aku boleh buat sangat. Tapi, apa yang aku buat semuanya serba tak kene.

Aku rasa kesal sangat2 sbb ia melibatkan pemahaman budak2. Aku risau kalo diorang tak faham apa yang aku ajar. Kalo diorang tak paham, maknanya aku tak pandai ngajar.

Camner yer??? Hari jumaat nie ader satu kelas lagi ngan diorang. Mudah2han ari jumaat nanti aku dpt sampaikan ilmu kpd mereka dgn sebaik yg mungkin.

Kawan2, doakan aku yer, spy aku dpt ngajar bebudak nie semua dengan berkesan. (Ilmu yg diberi, sampai kepada pelajar2)..... InsyaAllah....

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.......Amin....

Diari : Hari Ke 17 Praktikum

11 Ogos 2009 (Selasa)

Semalam, aku jumpa ngan guru pembimbing aku, Cikgu Thamiselvi. Tetiba jer ckp dia nak observe dah. Aku ngan razi pn jadik kelamkabut gak nak buat preparation untuk lesson plan. Sib baikla aku dah wat sket2. Kalo tak, lagi kalut aku ngan razi.

Aperpun, hari ni aku dh mula mengajar untuk bebudak 4S2. Topik Light, Subtopik understanding reflection of light. Erm, kalo nak tau, aku sebenarnya tak tido sampai kol 4 pagi semata nak siapkn lesson plan aku. Bersengkang mata sensorang jer.

Nak buat camner kn. Ader ke patut, malam tu kat rumah masak, tapi siap masak semuanya dh kol 10.30. Aku pn tak tau la nape, mata aku sgt2 mengantuk. Terlelap gak sekejap. Pastu aku jadik tak puas hati, aku bangun dn mandi, bior segor sket bdn aku nieh.

At last, kol 4 aku dpt siapkn lesson plan aku sensorang. Memerah segala idea yang agak2 boleh digunakan dlm kelas. Tujuan aku satu, supaya bebudak yg aku ajar dpt faham. Sbb tu aku lebih suka guna istilah GURU BARU berbanding GURU PRAKTIKAL....

Aperpun, hari ni adlh pengalamn pertama aku. Dan aku sgt2 teruja. Mudah2an budak2 faham aper yng aku ajar pd mereka...InsyaAllah...

Diari : Hari Ke 16 Praktikum

10 Ogos 2009 (Isnin)

Apa yer yang aku nak citerkan ttg hari isnin nie??? Aku terlambat nak update blog minggu nier.

Hari isnin aku takder kelas lain kecuali kelas 4S2. Masih berbincang lagi tentang ujian selaras yang baru dijalankan.

Macam biasa, kalau kita menjalnkn pengajaran dan pembelajaran dlm bentuk inquiry, ia sgt mengambil masa dan agak kompleks.

Soalan yg cuma tak sampai 50 soalan tu pn, aku amik masa hingga 3 hari. Erm, ke aku yg tak pandai nak manage???

Aperpun, aku dh selesai bincang ngan diorang. Hopefully, diorang faham ngan perbincangan yg aku dh buat tu.....

Berita : Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia

Berita Harian Online


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Innalillahi Wainnailaihi Raji'un.....
Baru2 ni, kita dikejutkn dengan berita kematian penyanyi terkenal yg sudh memeluk Islam, Micheal Jackson. Kita kehilangan seorang saudara baru yg dikagumi oleh pelusuk dunia. Pengakhiran kehidupan dia, sgt membuatkn kita rasa bersyukur dengan keislamannya....

Kini, kita dikejutkan sekali lagi dengan pemergian Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan Rabbani. Seorang Ustaz dan artis yang mempunyai perwatakan yang boleh dijadikan contoh serta tauladan anak2 muda. Walaupun Allahyarham sering menyanyikan lagu2 yang berentak rancak, tapi usaha dakwah yang dilakukannya disisip masuk menerusi lagu2 yang berentak rancak itu.

Tak kisahlah, walau ader suara2 dibelakang sana yg tak menyenangi usaha yag ustaz asri lakukan, bagi aku, dia telah berdakwah menerusi caranya tersendiri.

Moga2 Allah tempatkan Roh Allahyarham Ustaz Asri di kalangan roh orang2 yang solleh....Amin....

Sunday, August 9, 2009

Kenangan : Bila Aku Teringat.......

Tetiba jer aku teringat, hari terakhir kat tjg malim.....
Erm, dh jadik kenangan pun......



Sekarang nie, memasing dh mula mengajar sbg guru praktikal....
Pasni, mesti payah nak jumper lagi....

Aperpun, good luck kengkawan sumer....:))



Diari : Hari Ke 15 Praktikum

7 Ogos 2009 (Jumaat)

Erm, byk juga yg aku bebelkan dlm diari semalam.... :)

Itulah tujuan aku membuat blog ini. Bila ada sesuatu perkara yg terjadi disekeliling aku, aku suka untuk berbicara tentangnya. Cuma, kadangkala aku tak berkesempatan utk bercakap @ berbincng dgn orang lain. Mungkin disebabkn aku malas dn mungkin juga orang lain ader hal sendiri.

Takperlah, itu semua adlh pengalamn aku menjadi guru dan akn aku jadikan sebgi pedoman dn panduan apbila menjadi guru yg sebenarny nanti.

Hari jumaat ni, perjalnn praktikl aku berjalan ngan baik. Cuma, aku kene buat persediaan utk mula mengajar hari isnin dpn utk kelas 4S2, tajuk lights.

Sebenarnya, klu nak bersyarah didepan kelas mmg senang, tapi kalu nak mengajar dan smpikn maklumat ngan berkesan kpd pelajar spy diorang paham, bukanlah perkara yg mudah malah mencabar lagi.....

Aperpun, aku dh order barang2 yg nak digunakn sbgi ABM dlm kelas nanti. Mudah2han aku dpt menyampaikn kepada pelajar2 semua dengan baik...InsyaAllah...

Kwn2 semua, doakanlah aku yer....:))

Diari : Hari Ke 14 Praktikum

6 Ogos 2009 (Khamis)

Hari nie, aku tak merasa banyak benda yg berlaku di sepanjang hari aku disekolah. Sbb, aku pn tak masuk banyak kelas melainkan kelas 3A10 dn sepatutnya 3A9 (tp xjadik masuk).

Kelas 3A10 adlh kelas sejarah bagi aku kerana kelas inilah yang mula2 sekali aku jejakkan kaki sebagai seorang guru walaupun guru praktikal.

Dn, kini aku ditugaskn untuk membantu pelajar2 3A5, 3A7, 3A9 DAN 3A10 dlm subjek matematik untuk bantu diornag sebelum exam PMR.

Itu cuma selingan yg nak aku citerkan. Perkara utama adalah, kebetuln hari itu adlh ujian pra-percubaan untuk pmr peringkat sekolah. So, diorang akan ada ujian dlm kol 9 pagi.

Aku beri diorang pilihan samada untuk review sains sendiri2 @ review matematik bersama2 ngan aku. Aku tak kisahlah diorang nk review yg mane pn dn aku beri diorang kebebasan untuk review sains.

Sepanjang aku dalam kelas tu, aku selalu perhatikan gelagat diorang. Memangla ada yg nakal, tp aku rasakan kenakaln mereka mungkin boleh ditegur.

Ader 2 golongan iaitu lelaki dn perempuan. Apa yang aku perhatikan, terlalu byk beza antara pelajar lelaki dn perempuan.

Kebanyakan pelajar2 perempuan akan buka buku sains dan buat ulangkaji sendiri ataupn berbincang dgn kwn2. Tetapi, apa yg menyedihkan aku adlh sikap pelajar lelaki yang hanya beberapa orang sahaja yg membuka dan membaca buku.

Selebihnya, diorang berbual akan perkara2 yang aku rasakn terlalu remeh dan jauh tersasar dr matepelajaran sains itu sendiri.

Mengapa ya ianya berlaku?
Sehingga kini, aku masih tertanya2 mengapa ianya berlaku dan menampakkan perbezaan yg semakin hari semakin ketara.

Kalau kita lihat dr jumlah pelajar yang memasuki universiti masa kini memberat kepada perempuan dan hanya golongan minoriti bagi lelaki.

Jadi, tidak mustahillah mengapa ia berterusan setelah aku melihat sendiri sikap pelajar2 lelaki.

Apa yang sebenarny dicari oleh pelajar2 lelaki? Kepuasan? Kebebasan? Permainan? Keegoan? atau ape sebenarnya?

Mereka terlalu dangkal dan cetek dalam berfikir. Siapa yg dipertanggungjawabkn untuk perbetulkan kembali 'the way of thinking" mereka tu? YA....para gurulah yg terbeban sebenarnya.

Aku terima cabaran ini, walau aku tahu aku tidaklah sekuat mana untuk memperbetulkan kembali mereka. Tapi, aku percaya bahawa Allah tidak akan meletakkan aku pada suatu tempat yg tak mampu aku lakukan.

Satu jer yg aku pasti, pelajar2 seperti ini sebenarnya dahagakan "DOA DAN KEREDHAAN IBU BAPA MEREKA SENDIRI".

Wahai para ibubapa, tanyalah pada diri sendiri, "Adakah aku sentiasa mendoakan Kebaikan dan Kejayaan Anak2 ku?"

Wahai para ibubapa, anak2 kalian adalah cerminan kalian diwaktu muda. Andai baik anak2 kalian, maka kalian adalah orang yang baik. Andai anak2 kalian sangat menjengkelkan, maka itulah sebenarnya kalian.

Wahai para ibubapa, sesungguhnya kasih sayang dan pengorbanan menjadi anak2 kalian manusia terbaik adalah AMANAH yang paling besar. Pikullah amanah dengan sebaik yg mungkin.....