Saturday, May 9, 2009

Berita : Jin Notti temukan Mawi, Fara


Saje je aku nak letakkan gambar terbaru MAWI ngan FARA kat sini. Aku ni bukanla peminat fanatik MAWI, cuma sekurang2nya MAWI adalah ikon FELDA yang boleh menjadi "SESEORANG" dan patut dicontohi oleh warga FELDA yang lain.

Aku bukanla suruh warga2 FELDA yang lain turut sama di hiburan ni, tapi ambilla yang positif dari diri MAWI. Sekurang2nya, warga FELDA masih boleh berjaya dalam lapangan bidang masing2.

Wahai warga FELDA, tidak ada sesiapa yang boleh mengubah nasib kalian melainkan diri kalian sendiri. Berusahalah menjadi SESEORANG kepada NEGARA, kalau TAK mampu, jadilah SESEORANG bagi AGAMA, kalau TAK mampu, jadilah SESEORANG bagi BANGSA, kalau TAK mampu, jadilah SESEORANG bagi KELUARGA, kalau TAK mampu juga, cukupla jadilah SESEORANG yang mampu membanggakan IBU & BAPA.

Berita : Gelatin halal daripada kelapa sawit: Rosmah

Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
inasalwa@bharian.com.my
Malaysia mampu keluarkan produk bersih orang Islam

  • KUALA LUMPUR: Kelapa sawit boleh dijadikan sumber gelatin halal untuk pelbagai produk berikutan hanya satu peratus pengeluaran gelatin dunia adalah daripada sumber halal.

  • Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sebagai negara pengeluar kelapa sawit terbesar dunia, Malaysia mampu mengeluarkan bahan itu untuk kegunaan orang Islam di seluruh dunia.

  • “Pengguna Muslim sangat sensitif terhadap penggunaan produk berasaskan haiwan terutama jika membabitkan haiwan tidak halal.

  • “Ini adalah industri yang belum diterokai sepenuhnya dan memberi peluang besar untuk pelaburan,” katanya pada majlis penutup Persidangan Penyelidikan Halal Sedunia 2009, di sini, semalam.

  • Selain gelatin, Rosmah berkata, Malaysia juga boleh menjadi pengeluar utama vaksin halal yang dapat meningkatkan kesihatan umum bagi kegunaan penduduk negara Islam.

  • “Aplikasi konsep halal ini dapat memastikan bahan vaksin yang dikeluarkan memenuhi keperluan umat Islam dan dapat mengetepikan semua prasangka terhadap penggunaan vaksin,” katanya.

  • Rosmah berkata, banyak potensi produk halal menjadi tidak halal berikutan penggunaan bahan seperti kolagen dan gelatin yang dihasilkan daripada sumber babi.

  • “Selain itu, dalam isu halal ini wujud kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keselamatan pengguna dalam penggunaan bahan kimia,” katanya.

  • Beliau berkata, Malaysia boleh menjadi pusat bagi inovasi, pengeluaran dan perdagangan halal dan bahan semula jadi berikutan permintaan yang tinggi untuk produk halal di seluruh dunia.

Alhamdulillah, selaku penganut ISLAM, aku bersyukur kerana hal ini. Minyak sawit adalah alternative kpd gelatin lemak babi.

Mudah2han kita semua dapat manfaat yang lebih dari penemuan ini.

Cuma, percayalah, kemampuan kita ini sering menjadi pesaing kepada dunia barat yang sentiasa tidak mahu NEGARA ISLAM mendahului mereka. Berdoala agar kekuatan gelatin halal ini dapat menjadi antara tunggak kepada pemangkin ekonomi ISLAM di Malaysia....

Berita : Firma tempatan kesan DNA babi

  • "KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat sejarah apabila sebuah syarikat tempatan berjaya mencipta sejenis alat mengesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam makanan dan bukan makanan yang pertama di dunia.

  • Alat yang dikenali sebagai Olipro Porcine Gene Chip itu dibangunkan Olipro Biotechnology Sdn Bhd (Olipro) berpangkalan di Klang, Selangor yang aktiviti utamanya membangunkan biochip sejak tiga tahun lalu.

  • Ketua Pegawai Eksekutif Olipro, Diong Sing Peng, berkata cip itu dapat mengesan apa saja kandungan babi sama ada dalam makanan mentah atau diproses menggunakan teknologi tinggi serta bukan bahan kosmetik.

  • Beliau berkata, ia terbukti mampu mengesan kandungan berkenaan dalam tempoh singkat iaitu antara empat hingga enam jam dan kerja penyelidikan untuk membangunkan produk itu dilaksanakan dua setengah tahun lalu.

  • “Kejayaan ini amat membanggakan kerana dunia makanan hari ini memerlukan alat pengesan canggih untuk mengesan produk halal dalam jangka masa singkat dengan keputusan tepat.

  • “Usaha ini hasil bantuan kerajaan yang memberi geran selain kerjasama berpasukan saintis kami,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sesuatu yang perlu dibanggakan kerana sebagai seorang MUSLIM, kita perlu meyakini bahawa semua makanan, pakaian dan keperluan seharian kita adalah bersumberkan dari yang halal.

Cuma, aku terasa sikit kesal sebab yang menjumpainya adalah seseorang yang bukan MUSLIM (berdasarkan namanyalah). Mana sebenarnya kebijakan umat Islam sehinggakan yang mencipta alat ini pun adalah orang bukan ISLAM?

Memang tak menjadi masalah untuk menggunakannya, cuma, penciptaan ini telah mengukuhkan bahawa umat ISLAM di Malaysia (khususnya) telah jauh ketinggalan daripada bangsa dan agama lain.

Di Malaysia, hanya terlalu SIBUKKAN KUASA & PANGKAT serta apa jua perkara yang boleh mengekalkan STATUS QUO yang mereka miliki.

Sungguh menyedihkan dan inilah realitinya kita hari ini.......

Berita : Timur: Kesatuan guru kesal komen Murugiah

  • Berita Harian Online: "JERANTUT: Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGGLMSM) kesal dengan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah berhubung kenyataannya yang boleh mendatangkan keraguan dan mencetuskan kebimbangan mengenai bidang dan tugas sebenar profesion guru.

  • Beliau berkata, kesatuan itu kesal dengan kenyataan Murugiah yang seolah-olah menyalahkan tindakan seorang guru yang mencubit seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah Perak, baru-baru ini walaupun hakikatnya pelajar berkenaan dipercayai cuba meraba seorang pelajar perempuan sekolah berkenaan.

  • Jamale berkata, kenyataan sedemikian sebenarnya mengecewakan warga guru terutama guru disiplin yang berusaha mendidik dan meningkatkan sahsiah dan jatidiri pelajar.

  • 'Jika ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan perkara sebenarnya dan menjejaskan profesion guru maka ia akan memberi kesan negatif bukan saja kepada guru terbabit malah seluruh warga guru.

  • Beliau berkata, pelbagai pihak sepatutnya membiarkan pihak berwajib mengadakan siasatan terlebih dulu dan tidak terus melulu menghukum guru jika berlaku kejadian seumpama itu."

Haik, apa yang pak menteri ni cakapkan???Siasatan belum habis lagi dijalankan, hukuman dah dijatuhkan!!!!

Tak sesuailah warwarkan pada orang ramai sedangkan keputusan pun belom tau lagi. Kenapa nak dihebohkan guru tu mencubit murid sahaja dan tak diceritakan apa kesalahan murid tu.

Janganla terlalu memperlekehkan tugas dan tanggungjawab guru. Berikan guru ruang dan peluang bukan sahaja utk mengajar subjek akademik tapi juga sahsiah dan moral pelajar.

Sudahlah tugas guru semakin terbeban dengan pelbagai kerja dan kegiatan di sekolah, ditambah lagi dengan masalah disiplin pelajar yang semakin menjadi2, janganlah jatuhkan semangat guru2 disekolah sedangkan mereka ikhlas untuk mengajar dan mendidik anak bangsa supaya berjaya dan mempunyai akhlak yang baik.

Kalau murid tu melakukan perkara yang terang2 salah, memanglh kita boleh bawak ke pengadilan, tapi dek kerana dah terlalu banyak kes yang akhirnya guru dipersalahkan, maka sedikit sebanyak kita melatih guru untuk membiarkan sahaja akhlak pelajar menjadi semakin buruk!!!!

Belalah guru menjadi pendidik. Kalau tidak, negara akan terus mengalami masalah sosial yang diwujudkan oleh murid2 yang terlalu dibela oleh masyarakat walau jelas salah mereka. Bermula dari kesalahan kecilla yang patut kita bagi hukuman yang setimpal. Nanti, kalau dah buat jenayah, IBARAT SATU SEN PUN DAH TAK GUNA!!!!!!!

Friday, May 8, 2009

Puisi : Mimpi Pada Rindu

Ku renung cita-cita
Yang lekat di hati
Ku tutup cerita
Yang luka dimengerti

Ku pindah duka ke lubuk sepi
Ku buang citra jauh dari hati

Namun
Semuanya sekadar ilusi
Tak jujur ianya pergi
Datang dan kembali

Di imbas sekali
Realiti mampu dilupai
Tapi tidak pada memori
Kerna muncul di alam mimpi

Lantas
Mimpi menguasai
Yang lupa teringat kembali
Yang pedih berbisa lagi

Hakikatnya....mimpi pada rindu....

Artikel Pilihan : Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala & Keletihan

Aku dpt artikel nie melalui email member aku...Aku rase cam menarik utk dikongsi bersama. So, leh ar try kalo2 menjadi. Kalo tak jadik, respon smule kat aku, leh ar dikongsikan ngan org lain dan diamalkan kalo bebetul ok.....

........................................................................................................................
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ..

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan .. Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ..

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin .. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah ..

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa ..

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh ..

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri .. Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh .. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..

Thursday, May 7, 2009

DPLI : Present hari isnin

Gambar nie aku tak edit, malas lak....gambar waktu present micro teaching, pagi dan present kelas Dr Ong, sebelah ptg.....
Doa ape tu?????
Genggam telor tu kuat2 yer..ekekeke
Playing with sea waves....huhuhuhu
Lihat betul2 anak2 murid semua.......!!!!!
Lepas present micro teaching......lihatlah......huhuhu
present sebelah ptg plak....

First presenter for group six....i'm only man in group...hehehe

Look at the slide, pastu ayat tunggang langgang...wakakaka...

Diari : Microteaching Isnin Yang Lalu...Huhu

Tidak seperti yang aku harapkan!!!!!

Entah kenapa aku sendiri pun tak tahu. Aku gagal dalam microteaching itu. Walaupun xkene reteach, tapi aku cukup xpuas hati dengan performance aku sendiri. Aku ibarat tak tahu apa2 dan tak boleh buat apa2. Bukannya tak ada note untuk present, tapi semuanya ibarat tak de guna.

Takpelah. Ini kesedaran untuk aku. Mungkin, lain kali aku akan lebih berani dan xblur biler kat depan tuh....

Bagi kawan2 aku yang len, yang dpt markah baik tu, tahniahla buat korang. Nanti ajar aku yer....Yang tak dapat elok tu, sbrlah. Jom kita buat reteach reramai. Aku pn cadang nak reteach tu hari isnin nie, tapi, ok ka ha???

Pesan aku, sabarlah. Tahanlah hiba itu, kentalkan jiwa. Kesatlah air mata. Itu semua kan lumrah alam............................

DPLI : Just a picture...hehehe

Saje nak letak gambo2 yang di snap kt dalam kelas.....:))
Semua gambar2 nie aku dh edit, saje nak tgk kelainan sket....saper2 nak gambo ori, amik kat aku yer....
Aik, sempat lagi berposing dlm kelas KPR.....


Any comment?????hehehe.....tu yang depan dua orang tu, sempat lagi bergossip eh....
cube teke, saper tu????salah sorang...cik t _ _ _ _ k......


Same gaks ker????hehehe, jgn mare....slamat pengantin baru.....:))
teke la jugak yang nie....

Yang nie tak yah teke.....hehehe...3 sekawan


Nape nie reramai???? Join2...



Posing x hinggat memasing.....




Konon xnampak kamera ke cik2 sumer????Huhu...



Tidak!!!! Jangan.....hehehe, jgn mare....

Wednesday, May 6, 2009

Hati : CJ7

Mungkin cerita lama pernah ada, gembira dan ceria, akhirnya menjadi duka, membawa pada derita. Sekadar intisari silam yang berkabut di bawah sinaran sejarah hidup.

Rasanya, segalanya sudah berakhir dan membiarkan duka itu berterbangan menjauh dan terus menjauh. Rupanya, sakinya masih terlekat di dasar memori. Tidak boleh di bawa angin walau sekuat mana sekalipun.

Udah lama hati tidak berbicara sebegini. Namun benarlah, pertemuan itu kadangkala tidak pernah diharapkan untuk berlaku dan tidak pula ingin dilayan beradu. Sekadar membiar ia dipenjuru.

Namun, kerana TAKDIR ILAHI menentukan segalanya walau hati berteriak menafikan, tiada yang mampu melawan kehendakNYA. Ia terus datang dan datang tanpa pergi. Lalu semua yang berlaku diserah SEPENUHNYA pada ILAHI. Beri petunjuk dan pinta izin untuk dibuka PINTU HATI.

Disangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan ditengahhari. Di hati, hanya TUHAN yang Maha Tahu. Kekuatan punah dan rebah di sisi tanpa dilihat ada cahaya lagi.......

Itu semua cerita semalam yang menggamit hati bila melihat CJ7. Di pengakhiran, perpisahan yang tak pernah diharapkan, berlaku apabila kepercayaan sudah diletak sepenuhnya. Betapa mengharap agar ianya kembali.....tapi, ia adalah sebaliknya.

Kepercayaan itu semakin hilang kini, cuma kisah silam masih berawangan dalam kenangan.

Tidak mengapa, apa yang berlaku buat kita lebih matang dan lebih berhati2.

" Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku masa depan, tapi kita sangat2 tahu apa yang telah menjadi sejarah hidup kita. Jangan biarkan sejarah itu berulang dan terus berulang, tapi jadikan ia satu elemen yang mampu mengawal hidup kita hari ini, esok dan seterusnya. Mungkin kita tidak matang untuk hidup, tapi kematangan itu akan hadir sendiri bilamana kita menerima setiap ujian dan cabaran dengan hati yang terbuka. Apa yang perlu dilakukan hanyala, bersabar dan minta petunjuk dari ALLAH. Apa yang pasti, setiap yang berlaku itu ada sesuatu yang istimewa telah berlaku pada diri kita, yang mana mungkin ORANG LAIN tidak pernah merasainya. Bersyukurlah, KITA MENJADI INSAN YANG TERPILIH. Namun, bersabarlah menghadapinya".

Sunday, May 3, 2009

DPLI : Esok Microteaching.....

SubhanAllah....

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melakukan presentation microteaching esok dan dapatkanlah aku buat yang terbaik...

ISh, takut gak aku....Esok aku akan buat microteaching dengan memfokuskan kepada QUESTIONING. Sifat2 QUESTIONING SKILL adalah.....

Purpose of questioning students:
- Involve student actively in the learning process
- Arouse students’ attention and curiosity
- Focus students’ attention to ideas or concept
- Encourage students to ask questions
- Develop thinking skills
- Seek clarification and elaboration of students’ ideas – identify and address misconceptions
- Assess students’ understanding

Asking the question
- State questions with precision and in as few words as possible
- Avoid the use of rhetorical questions
- Direct questions to the whole class
- Direct questions to volunteers and non-volunteers
- Use a wide variety of questions
- Questions suitable to students’ ability
- Clear presentation - not threatening

Use appropriate Wait-Time (Pause)
- Give time for students to think, both after posing the question and before the teacher responds to it
- Average wait-time 3 to 5 sec
- Longer for questions requiring higher level of thinking skill
- Can significantly enhance the analytic and problem-solving skills of students

Selecting students to answer
- Pick volunteers and non-volunteers
- Call on one student by name even when the whole class answer in unison
- Randomised approach keeps all students engaged
- Assert rules when appropriate (e.g. insist on hands-up before allowing students to answer) when picking volunteers

Responding/reacting to students answers
- Ensure everyone’s attention to answers
- Respond/react without judgement by rephrasing students’ answers in teacher’s own words, if the teacher wishes to keep the discussion going. Otherwise, acknowledge correct answer with positive reinforcement and identify and ask for alternative answers from other students if the answer is incorrect.
- Prompt if students cannot answer – e.g. by giving clue/hint or by rephrasing the question and perhaps simplifying it
- Probe further to clarify students’ ideas and/or challenge students and thus encourage higher order thinking
- Redirect and ask around before accepting an answer
- Interrelate all ideas/answers so that students will be able to arrive at a conclusion

Emphasise/summarise correct answer
- Verbally
- Using visual aid, if appropriate
- Restate the purpose after a lengthy questioning session

So, nilah semua yang aku kene masukkan kat dalam QUESTIONING SKILL nie. Hari tu aku dah buat, tapi serius aku cakap, skill nie kene buat secara spontan, tapi PLANNING tetap kene ader...

AKu cadang nak buat QUESTIONING utk bab WAVE.....AKu update blog nie pun kat CC...hehehe. Nak carik video pasal wave nih. Mudah2han aku boleh buat yang terbaiklah esok, Amin...

Diari : Mandi2 kat Kalumpang....


DPLI : Dlm Kelas Dr Nurul....

Aku amik sebelum kelas present microteaching........

Tido eh bibah???hehehe

wan, control macho ker????hehehe

Sengih2..jgn xsengih....

Aik, ingt kt saper tu????

Aku kene hari isnin nie, 4 mei...huhu, xprepare pe2 pn lagi...kakutnya....

DPLI : Bincang Utk Kelas Dr Ong

Hahaha....sempat lagi bergambar tuh...

Nie kumpulan aku....(blakang...ayu, azah dan dila)....(depan ervin dan jun)

Eeh, ader plak sorang jejaka kat blakang tu eh...hehehe

MAK oiii....bersungguhnya wat keje dia nie....hehehe

Hari rabu malam yg lepas, aku tetapkan meeting utk group assigment Kelas Dr Ong aku kol 9 malam kat arked bahtera (bilik TV).

Perbincangan adalah bekisar ttg apa yang perlu diberikan atau diserapkan kpd plajar2 kita pada abad ke 21 nie. Kira camne nak lahirkan pelajar mesia yang bukan sahaja berilmu, tapi bijak dan pandai dari segi kemahiran, akhlak dan nilai2 murni.

so, Perkara2 yang perlu diberi perhatian adlh dari segi KNOWLEDGE, SKILLS, ATTITUDE and VALUE. At last kitaorg siap gak. Ehm, aku cadang nak copy paste kt blog nie, tapi isi2 dia sumer kat AYU, member aku satu group.