Saturday, October 24, 2009

Kenangan : Di SMK Seri Manjung.....

Diari : Tenet oh Tenet....

Huh....

Kat sini payah benor nak dapat tenet. Kekadang dpt, kekadang tak dpt. Celcom broadband kat sini lom cukup ampuh...hehehe...

Xperlah, yang penting aku akan cube online gak...paling tak pun aku leh online facebook. Yang len page dia berat sgt. Payah nak open.

Aperpun, saper2 nak online ngan aku...leh ar tunggu seminggu skali ker, takpun 2 minggu skali...ekekeke...nasiblah labu...:))

Diari : Buat ape??

Hari ini lebih kurang seminggu aku dh tinggalkan seri manjung. Banyak sangat pengalaman yang takkan boleh aku lupakan.

Hrm, biasala...setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tanpa pertemuan, perpisahan takkan berlaku. Btul tak?

Sehingga skrg nie, aku blum ade ape2 aktiviti yg dilakukan. Kebanyakkannya adlh kat rumah ajer. Biasa ar, jarang2 balik rumah kota tinggi, tu yang penat sket. Mengemas tak sudah2. Huhu...

Aperpun, ni kan rumah aku. Rumah yang banyak sangat kenangan sejak dari kecik hinggala aku dewasa skrg nie. Haha...

Mungkin minggu depan, aku akan ke Nilai...g rumah abg aku kat sana. Adalah sket keje yg nak dibuat. Bagus gak, takla aku dok rumah sajer....Tapi, sbenarnya, byk dah plan yg menunggu aku nie...Maklumla hanya tinggal beberapa hari je lagi nak amik kunci...:))

Fauzi. on your mark, get set go!!!!!....

Diari : Tamat Praktikum....

Alhamdulillah....

Hanya sebuah kesyukuran yang mampu dilafazkan.

Tarikh 16 Oktober 2009 merupakan tarikh keramat tamatnya latihan praktikum DPLI bagi aku. Sekali lagi kesyukuran dilafazkan kerana Allah mengizinkan aku untuk menghabiskannya. Tanpa izin dan redha Tuhan, aku tidak mampu menghabiskan praktikum yg hanya 2 bulan sahaja.

Mungkin benar ia suatu tarikh keramat yang menggembirakan aku, namun jauh disudut hati ini terasa sayu dan pilu untuk pergi meninggalkannya.

Namun apakan daya, begitulah kehendak takdir Yang Maha Esa. Menghadiahkan aku pertemuan yang begitu singkat sehingga lahirnya kasih dan sayang yang tersusun rapi.

Itu hanya berlaku di dalam hati tapi tidak diluar. Aku gagahkan diri untuk menghadapi apa jua situasi dan keadaan yang hadir menghiasi hidup aku.

Aku pernah menangisi sebuah perpisahan yang tidak aku relakan. Dan kini, aku telah bersedia untuk segala-galanya.

Apapun, kenangan yang hanya seketika ini akan aku simpan disudut hati dengan hiasan yang begitu indah. Tidak akan aku lupakan buat selama-lamanya.

Terima kasih kepada semua warga SMK Seri Manjung kerana telah menerima aku untuk menjadi sebahagian dari warga pendidik di sana serta memberikan tunjuk ajar yang berguna untuk aku di masa depan kelak.

Khas buat pelajar2 4S2 dan 4ST, buat anak-anak didikku yang tersayang, terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai guru kalian dan sikap mesra yang kalian tunjukkan akan aku hargai sehingga akhir hayatku.

Semoga kalian semua berjaya dalam hidup serta sentiasa berada di bawah naungan & keredhaan Allah....