Hari ni InsyaAllah aku akan balik johor dengan mak aku. Aku bawak kete. Bestnye nak tgk rumah. Walaupun aku baru 2 minggu balik, tapi aku rase best ar kalo dapat balik lg. Mungkin duit byk abis, maklumlah jauh tu dari johor ke perak ni. Dengan minyak, tol dan kontigensi yang len, memang byk. Tapi, itulah aku rase tanggungjawab yang perlu dilakukan.
Lagipun, bila masa lagi kita nak hiburkan hati mak kita yang mengharapkan pertolongan kita untuk menggembirakan hatinya...kan???
Aku akan bertolak ke Klang, rumah akak aku, dan kemudiannya ke johor malam ni jugak. Mudah2han aku tak letih, maklumlah hari ni kelas sampai petang. InsyaAllah, Allah akan memberikan aku kekuatan dalam perjalanan ni.
Babye sumer kawan2. InsyaAlah kita akan jumper lagi selepas cuti thaipusam ni......Keje pun melambak tak siap lagi..huhuhu....
Yang penting, aku akan balik hari ni.....InsyaAllah.....
"Aku sengaja tak bagitau sesape aku balik ujung minggu ni. Entah, itulah kate hati aku. Biarkan mereka tahu sendiri.................."
Setiap Perpisahan Di Awali Dengan Pertemuan. Jangan Salahkan Perpisahan Kerana Pertemuanlah Yang Menghadirkan Kasih Sayang.
Friday, February 6, 2009
Lirik : Hingga akhir nanti - Alleycat
Haha.....malam nie aku kene nyanyi lagu ni kat dalam kelas aplikasi psikologi pendidikan. Spatutnya turn Lan nyanyi lagu sudirman, dia pekene aku plak..huhu....
takper ar, aperpun, aku dh nyanyi....maaf yer kalu tak sedap, sebab aku tau mmg tak sedap...hahaha....ish, malunya...awek ramai plak tu...hehehe

Hingga akhir nanti
kau tetap jadi pujaan
walau seribu tahun
walau seribu zaman
kutetap menanti
Hingga akhir nanti
kau saja idaman hati
segala rasa cinta
segala rasa sayang
hanyalah untukmu
hingga akhir nanti
Bulan takkan terang
tanpa seri wajahmu
hati takkan tenang
tanpa kehadiranmu
rindu dalam sepi
rindu dalam mimpi
kutetap menanti
hingga akhir nanti
Datanglah kekasih
datanglah padaku
kesetiaan diriku
janganlah kau ragu
betapa kukasih
betapa kurindu
seandai kau tahu
benarnya cintaku
"Seandai kau tahu benarnya cintaku.......tapi sayangnya, kau bukan milikku. Maaf atas keterlewatan ini"
Wednesday, February 4, 2009
Diari : Sepetang Di Perjalanan
Kat bawah ni gambar2 yang aku ambil sendiri melalui HP sepanjang perjalanan aku ke Slim River yang ceritanya aku dah post 2 hari lalu. Sekadar gambar sahaja.....
Cantik gak pemandangannya......
Gambar ambil sendiri...................
Masjid Jamek di Slim River...............
Cahaya senja di Taman Tasik YDP Slim River.....
" Alhamdulillah, sepetang diperjalanan membawa aku ruang untuk merasai ketenangan yang aku cari. Syukur Alhamdulillah"
Tuesday, February 3, 2009
Berita : Peneroka Felda tetap dapat bonus akhir tahun
KERAJAAN akan meneruskan pembayaran bonus produktiviti kepada 112,380 peneroka Felda di 317 tanah rancangan seluruh negara tahun ini, walaupun terpaksa berdepan risiko penurunan dalam sumber pendapatan kesan daripada kelembapan ekonomi global, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek.
Katanya, walaupun tinjauan penganalisis ekonomi tahun ini akan mencerminkan kesan sebenar ledakan krisis kewangan global, seterusnya mengakibatkan harga komoditi utama seperti getah dan minyak sawit mentah (MSM) di pasaran kembali menjunam, kerajaan membuat pembayaran itu menjelang akhir tahun ini.
"Pembayaran bonus produktiviti untuk semua peneroka Felda di 11 wilayah akan diteruskan walaupun terpaksa berdepan risiko kejatuhan harga komoditi dan peningkatan dalam bajet defisit ekoran pertambahan dalam perbelanjaan hasil pengenalan kepada pakej rangsangan ekonomi.
"Justeru, semua peneroka Felda tidak perlu bimbang mengenai perkembangan ekonomi semasa kerana pembayaran ini adalah bagi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada Berita Harian pada temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Hasan yang dipertanggungjawabkan membantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjaga hal ehwal Felda, tidak menyatakan jumlah pembayaran yang bakal diberikan kerajaan tahun ini.
"Terlalu awal untuk menyatakan jumlah bonus itu kerana kerajaan kini dalam peringkat perbincangan dan sedang membuat penelitian terhadap perkembangan ekonomi semasa serta kesan penurunan harga komoditi terhadap pendapatan negara," katanya tanpa mengulas lanjut.
Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM144.44 juta bagi pemberian bonus dengan setiap peneroka memperoleh antara RM700 hingga RM2,000 berbanding RM600 hingga RM1,800 pada 2007.
Pada sesi dagangan pagi Jumaat lalu, kontrak MSM bagi penghantaran April 2009 di Bursa Malaysia Derivatif diurusniagakan pada RM1,779 satu tan, naik RM34 satu tan, manakala harga rasmi fizikal Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 4.5 sen kepada RM5.05 sekilogram. Harga lateks pukal turun 0.5 sen kepada RM3.93 sekilogram.
Bagi meringankan bebanan peneroka, Hasan berkata, kerajaan memperuntukkan RM10,2 juta bagi memperkenalkan program dikenali 'Taman Kebun Dapur' bagi membantu peneroka Felda mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.
Katanya, menerusi program itu, setiap peneroka akan diberikan bantuan termasuk bantuan baja dan biji benih serta khidmat nasihat mengenai cara pertanian dan pemasaran.
Bagi meringankan beban peneroka, beliau berkata, mereka digesa mempelbagaikan sumber pendapatan seperti menanam sayur-sayuran di kediaman bagi mengurangkan perbelanjaan harian. -sumber Berita harian
"Alhamdulillah, mudah2 diorang kotakan apa yang diorang kata. Bagi aku, itu semua rezki dari Tuhan. Tapi sebenarnya, banyak makna dari sudut politik. Dengan kekuatan generasi felda yang ada, banyak perkara yang mampu kerajaan lakukan. Justeru, berfikirlah sejenak. Namun, jangan sekadar menerima keadilan yang diberi dan jangan menghapus ketidakadilan diterima. Banyak hikmah yang tersirat yang menyuruh kita berfikir.
Hakikatnya, felda sudah terlalu banyak keuntungan yang diambil tanpa disedari. Cuma, mereka yang terlibat sahaja yang tahu susur galur kewangan. Aku tidak pernah menuduh dan tidak pernah mengiayakan. Cuma, generasi felda jarang mahu berfikir. Terlalu selesa dengan apa yang ada.
Wahai generasi felda, bangkitlah dari kealpaan yang kalian ada"

Berita : 'Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian isu PPSMI'
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sudah memberikan ruang yang secukupnya kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan masing-masing mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerusi persidangan meja bulat yang diadakan bulan lalu, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, semua pandangan dikemuka pelbagai pihak berhubung masa depan PPSMI dalam pertimbangan kementerian dan keputusan mengenainya akan dibuat tahun depan.
Katanya, semua pihak berhak menyuarakan pandangan mengenai PPSMI, tetapi sekiranya isu berkenaan dibawa ke jalanan, ia tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi semalam.
Sabtu lalu, kira-kira 100 orang, termasuk Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkumpul di depan kompleks beli-belah Sogo di sini, bagi membantah PPSMI. Bagaimanapun, perhimpunan itu dibatalkan selepas polis mengarahkan mereka bersurai.
Pengerusi jawatankuasa induk gerakan itu, Datuk Dr Hassan Ahmad yang juga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), berkata keputusan mengubah PPSMI daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah satu dasar dan keputusan yang salah.
Persidangan Meja Bulat PPSMI yang berlangsung bulan lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan dasar berkenaan.
Pilihan itu ialah meneruskan PPSMI seperti sedia ada, menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah, tetapi meneruskan dasar berkenaan di sekolah menengah; memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah; menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah; dan penggunaan bahasa pengantar Sains serta Matematik ditentukan sekolah.
Hishammuddin berkata, tindakan berhimpun membuat bantahan seperti itu tidak membantu kementerian membuat satu keputusan waras berhubung dasar PPSMI.
"Buatlah keputusan yang terbaik wahai kerajaan. Jangan jadikan ia hanya projek cuba-cuba sesetengah pihak sahaja. Betukar walaupun sedikit, memerlukan kos yang sangat besar. Jangan hanya menurut pandangan politik semata, berilah kesempatan ahli bahasa dan cendiakawan untuk berbicara. Dengarlah seadil2nya."

Lawak : Dilarang Cuba
Sepulangnya dari pejabat, Mamat berhenti sebentar di suatu mall untuk membeli ubat di counter kecil yang ada di situ. Setelah menyerahkan pesanannya, Mamat membeli sebungkus rokok di counter sebelahnya, kemudian Mamat pun duduk santai menunggu panggilan untuk pengambilan ubat tersebut.
Untuk menggisi waktu, rokok yang baru dibeli Mamat langsung keluarkan dan menyalakannya sebatang. Eh...baru saja menghisapnya, Mamat telah di tegur oleh Pakguard yang kebetulan lalu di situ.
"Maaf En..., rokoknya tolong dimatikan. Di sini dilarang merokok...", tegur Pakguard.
Dengan merasa lebih pintar Mamat cuba untuk membela diri, sebenarnya Mamat bermaksud untuk menutupi malu karena ditegur Pakguard.
"Laah ..., aneh peraturan di sini, aku kan beli rokoknya juga di sini, di counter yang di situ tuh... menggapa tak boleh aku mencubanya di sini.. kalau gitu di sini jangan menjual rokok......", kata Mamat kesal tapi penuh percaya diri.
Tapi rupanya Pakguard tersebut tidak gentar kena gertak, dengan slamber dia jawab, "Yaaa En...., nak bagitahu yaa.... Counter ubat itu juga ada menjual kondom, tapi tak ada pulak pelanggan yang membeli dan nak mencubanya di sini ...!!" hehehe...

Hati : Perjalanan jauh.....
Setelah mimpi menjadi barah dalam hati ini, tidak tertahan rasanya untuk menghadapi. Setelah sekian lama ia membungkam perasaan sendiri, ia menjadi nanah yang berbisa.
Aku hanya mebawa seketika perasaan dan hati ini dalam mencari sebuah ketenangan dalam diri aku sendiri. Maafkan aku teman2 semua andai perlakuan aku mengguris hati kalian. Aku tidak pernah berniat untuk itu. Aku hanya perlu sedikit masa untuk membawa kembali ketenangan dalam hati.
Alhamdulillah, kini ianya lebih baik dari semalam. Mimpi yang hadir sangat terkesan dalam jiwa aku. Lantaran sebuah kerinduan yang tak pernah terbalas, aku menjeruk rasa yang sukar digambarkan. Dan kini, aku sedar hakikat itu dan aku sedar bahawa tidak semua antara kita mempunyai takdir yang bahagia. Buat masa ini, aku hanya ingin merasai..........sebuah ketenangan.
Jauh perjalanan aku semalam semata menghiburkan hati sendiri dan bercerita secara 'intrapersonal'. Hanya itu yang termampu buat diriku. Dari Tanjung Malim dalam jam 6 petang, aku melalui Behrang 2020 dan kemudiannya terus menuju ke Slim River. Aku meneruskan perjalanan lagi ke arah Pekan Trolak. Sampai di pertengahan jalan, aku kemudiannya berpatah balik ke arah Tjg Malim dan berhenti seketika di Taman Tasik YDP, Slim River. Tasik tu taklah terlalu menarik, cuma cukup sekadar memberiketenangan buat seketika. Kebetulan hujan baru lepas turun.
Kebetulan juga di situ, aku terjumpa dengan pelajar UPSI yang sedang menjalani latihan pratikum di sebuah sekolah rendah di situ. Banyak juga yang dikongsikan bersama. Alhamdulillah, Tuhan datangkan seseorang untuk membolehkan aku berbicara dalam cubaan melupakan sesuatu yang sedang aku hadapi.
Akhirnya, aku pulang semula ke Taman Bahtera setelah jam hampir 9 malam. Hampir 60km jauhnya perjalanan aku pergi dan balik, kebetulan hari hujan tanpa aircond kereta. Benarlah, kerana hati, apa jua boleh dilakukan........
"Terima kasih kenalan2 aku di sini kerana prihatin tentang aku. Aku amat menghargainya. maafkan aku andai perlakuan aku tidak menggembirakan hati kalian. Alhamdulillah, kini aku sudah kembali tenang kan?"

Artikel Pilihan : Bantal
Aku terjumpa artikel ni kat internet...sekadar mahu berkongsi....
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melaluimimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan merekacenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintasuntuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu...hehehe..

Monday, February 2, 2009
Hati : Mimpi
Aku sangat terkesan pagi ini dengan mimpi yang datang menjelma. Keperitan yang selama ini terjadi berulang kembali di dalam mimpi. Cuma, situasi dan keadaan yang membezakannya.
Aku tidak pasti mengapa ia menjelma di kala aku memerlukan sebuah kekuatan. Aku sedar dalam mengharungi liku-liku kehidupan di sini, aku perlu akur dengan kenyataan dan realiti yang telah terjadi. Aku perlu akur dengan keputusan yang telah aku buat sendiri.
Dalam mimpi itu, aku merindu pada sebuah kenyataan. Aku sangat mengharapkan kerinduan itu sehinggakan aku terpaksa berkorban hati dan perasaan aku sendiri. Rupanya, pengorbanan dan kasih yang tercipta tidak pernah dihargai. Hipokrit semua itu!
Aku mula sedar kini. Aku perlu meninggalkan terus apa yang telah berlaku. Aku yakin ini adalah sebuah petanda buat peringatan diriku yang sering terlupa. Aku sedar dan aku akur dengan ketentuan yang telah tercipta. Aku pernah bertekad untuk menutup segala ruang di hati sehingga aku benar2 pulih dan bersedia. Dan sekali lagi kini, aku bertekad untuk menutup litup segala ruang yang hadir di dalam hati. Cukuplah pengalaman lama menjadi sempadan untuk lebih berhati2 dalam membuka ruang di hati.
Maafkan aku, aku tidak mampu untuk berbicara lagi. Aku akan berhenti di sini, di sebuah kehidupan yang baru. Aku akan meninggalkan segala perasaan yang telah tercipta kerana aku yakin perasaan itu bukanlah tercipta untukku.
Cukuplah kesempatan yang aku berikan untuk pulih. Kini, aku akan mengambil masa yang begitu lama untuk pulih sekali lagi dikala luka yang terguris berdarah kembali. Tidak mungkin aku akan membalas setiap yang pernah berlaku kerana aku tiada kemampuan untuk itu.
Biarkanlah aku sendiri di sini. Namun, ketahuilah, aku amat merindui. Cuma kerinduan itu tak mungkin terjadi. Biarlah kerinduan itu terus menjadi barah dalam hati ini dan biarlah ianya terus menyendiri.
Maafkan aku, hati ini masih belum bersedia.......................

Artikel Pilihan : USB 3.0 will crush eSATA, FireWire
Intel demonstrated a working version of USB 3.0 at the Consumer Electronics Show in Las Vegas last week. Here's why it will make eSATA and FireWire obsolete.
When USB 3.0 is expected to hit the market in early 2010, it will have been 10 years since the now ubiquitous USB 2.0 was introduced (April 2000). The current USB 2.0 specification runs at a theoretical maximum speed of 480Mbps, and can supply power. According to the USB Implementers Forum, there were 2 billion USB 2.0 devices shipped in 2006 (one for every three people in the world), and the install base was 6 billion (almost one for every person in the world). In November 2007, the USB Implementers forum announced the USB 3.0 specifications, and Intel officially demonstrated the technology at CES 2009.
Now, the juice: USB 3.0 promises a theoretical maximum rate of 5Gbps, meaning it's 10 times faster than USB 2.0. USB 3.0 is also full duplex, meaning it can upload and download simultaneously (it's bi-directional); USB 2.0 is only half duplex.
Put side by side with eSATA and FireWire 800, USB 3.0 is far superior. eSATA, an external connection that runs at the same speed as the internal SATA 1.0 bus, has a maximum theoretical of 3Gbps. This makes USB 3.0 faster than eSATA and about six times faster than FireWire 800 (full duplex at 800Mbps).
USB 3.0 also provides another advantage; while eSATA is faster than FireWire 800, unlike FireWire it cannot supply power. USB 3.0 has the advantage of being faster than both, even while supplying power.
Finally, USB 3.0 has improved power management, meaning that devices can move into idle, suspend, and sleep states. This potentially means more battery life out of laptops and other battery-based USB-supporting devices like cameras and mobile phones.
Of course, there are other factors to consider; the FireWire 3200 standard is also in the works and promises to allow 3.2GHz speeds on existing FireWire 800 hardware. USB 2.0 generally doesn't meet its theoretical maximum throughput, due to its dependence on hardware and software configuration, where FireWire gets much closer.
It's hard to say whether USB 3.0's updated architecture will still use more CPU time than FireWire does.But in the age of powerful hardware (can anyone say "3.2GHz, quad-core CPUs"?), all of this means that FireWire is still not going to match USB 3.0's theoretical maximum of 5Gbps.
The ultimate signal that this war has already been won is Apple's recent decision to ditch FireWire from its consumer line in favor of USB. Previously, Cupertino had been one of FireWire's greatest advocates. And surely the company will be one of the first to adopt USB 3.0.
All in all, we can't wait for motherboard manufacturers like Gigabyte and Asus to start supporting the technology and mainstream PC builders like Dell to start integrating it into their products. Bring on the speed.
Lirik : Menanti Kasih Di Hujung Hari
Sunday, February 1, 2009
Hati : Sungguh, diriku tiada erti???
Malam ni, aku perlukan teman aku di sini, Sang Merpati Putih, untuk mendengar dan mengerti keletihan yang aku hadapi. Terlalu letih rasanya untuk diri aku menanggung bebanan yang tidak bertepi ini. Penat sangat dah.
Sekarang, aku merasakan ada sesuatu yang bermain dalam jiwa ini yang ingin dilepaskan. Tapi, aku tidak mampu untuk melakukannya lantaran aku tidak punya secebis kekuatan pun untuk menghadapinya. Aku sangkakan aku mampu untuk memulakan suatu penghidupan baru dan meninggalkan penghidupan lama yang sering bersembunyi di balik bayanganku.
Rupanya, ia tidak pernah berhasil malah ia sentiasa memburu dan mengejar aku. Aku buntu. Aku sering mencari2 laluan baru yang aku dambakan. Suatu hasrat yang berulang2 singgah di hati. Namun, seperti biasa, ia hanya menumpang teduh buat seketika dan meninggalkan aku pergi di kala aku amat memerlukan.
Begitula kehidupan aku. Aku terlalu payah untuk mencari sebuah kelantunan dalam berbicara. Aku terlalu payah untuk membuka cerita sendiri. Aku terlalu payah untuk merasa keterujaan. Aku terlalu payah untuk mempercayai orang lain. Aku terlalu payah untuk mencari cinta dan kasih sayang. Aku terlalu payah untuk menyayangi dan mencintai orang lain. Aku terlalu payah untuk merasai keceriaan yang sering aku dambakan. Aku terlalu payah untuk itu semua. Apakah aku tidak mampu untuk merasainya atau aku memang tidak pernah bererti untuk merasainya?
Aku ingin membiarkan segalanya berlalu pergi untuk mencari suatu haluan dan penghidupan yang baru. Aku cuba mengikut rentak baru ini. Aku cuba menyembunyikan semua yang pernah berlaku. Namun, aku tidak mampu untuk lari dari kenyataan dan aku belum mampu untuk meniti dijejambat keceriaan. Aku juga tidak mampu untuk menipu diri sendiri.
Apa yang aku lakukan belum pernah mendatangkan rasa ketenangan yang aku cari selama ini. Aku gagal sekali lagi. Apa mungkin aku harus kembali ke fitrah yang asal? Apa mungkin aku perlu menyendiri? Entahlah, aku sendiri tidak pasti dan tidak tahu. Tapi, aku yakin tekadku akan terus bersama aku buat selamanya setelah aku meninggalkan apa yang telah berlaku dahulu.
Cukuplah. Aku ingin diriku mempunyai erti, tapi bagaimana?
Aku benar2 letih dengan semua ini. Aku benar2 penat!
" Tuhan, berikanlah aku kekuatan dalam melalui kehidupan baru aku di sini. Keputusan yang aku buat ini, aku yakin, bukanlah hanya menurut hati semata, namun, ianya adalah penzahiran dari takdir yang telah Kau tetapkan untuk aku. Aku redha dan pasrah. Namun, aku bermohon kepadaMu agar aku bisa melupakan apa yang telah berlaku.
Tuhan, hentikanlah pengharapan aku yang mengundang rindu yang tak bertepi ini. Cukuplah dengan keperitan yang pernah aku rasai, aku tak ingin ia berulang dan aku tak ingin ianya datang. Dan aku tidak ingin yang lama turut datang tanpa diundang.
Cukuplah......."
Terima kasih Sang Merpati Putih........

Subscribe to:
Posts (Atom)