Monday, February 2, 2009

Hati : Mimpi

Aku sangat terkesan pagi ini dengan mimpi yang datang menjelma. Keperitan yang selama ini terjadi berulang kembali di dalam mimpi. Cuma, situasi dan keadaan yang membezakannya.

Aku tidak pasti mengapa ia menjelma di kala aku memerlukan sebuah kekuatan. Aku sedar dalam mengharungi liku-liku kehidupan di sini, aku perlu akur dengan kenyataan dan realiti yang telah terjadi. Aku perlu akur dengan keputusan yang telah aku buat sendiri.

Dalam mimpi itu, aku merindu pada sebuah kenyataan. Aku sangat mengharapkan kerinduan itu sehinggakan aku terpaksa berkorban hati dan perasaan aku sendiri. Rupanya, pengorbanan dan kasih yang tercipta tidak pernah dihargai. Hipokrit semua itu!

Aku mula sedar kini. Aku perlu meninggalkan terus apa yang telah berlaku. Aku yakin ini adalah sebuah petanda buat peringatan diriku yang sering terlupa. Aku sedar dan aku akur dengan ketentuan yang telah tercipta. Aku pernah bertekad untuk menutup segala ruang di hati sehingga aku benar2 pulih dan bersedia. Dan sekali lagi kini, aku bertekad untuk menutup litup segala ruang yang hadir di dalam hati. Cukuplah pengalaman lama menjadi sempadan untuk lebih berhati2 dalam membuka ruang di hati.

Maafkan aku, aku tidak mampu untuk berbicara lagi. Aku akan berhenti di sini, di sebuah kehidupan yang baru. Aku akan meninggalkan segala perasaan yang telah tercipta kerana aku yakin perasaan itu bukanlah tercipta untukku.

Cukuplah kesempatan yang aku berikan untuk pulih. Kini, aku akan mengambil masa yang begitu lama untuk pulih sekali lagi dikala luka yang terguris berdarah kembali. Tidak mungkin aku akan membalas setiap yang pernah berlaku kerana aku tiada kemampuan untuk itu.

Biarkanlah aku sendiri di sini. Namun, ketahuilah, aku amat merindui. Cuma kerinduan itu tak mungkin terjadi. Biarlah kerinduan itu terus menjadi barah dalam hati ini dan biarlah ianya terus menyendiri.

Maafkan aku, hati ini masih belum bersedia.......................

No comments: