Setelah mimpi menjadi barah dalam hati ini, tidak tertahan rasanya untuk menghadapi. Setelah sekian lama ia membungkam perasaan sendiri, ia menjadi nanah yang berbisa.
Aku hanya mebawa seketika perasaan dan hati ini dalam mencari sebuah ketenangan dalam diri aku sendiri. Maafkan aku teman2 semua andai perlakuan aku mengguris hati kalian. Aku tidak pernah berniat untuk itu. Aku hanya perlu sedikit masa untuk membawa kembali ketenangan dalam hati.
Alhamdulillah, kini ianya lebih baik dari semalam. Mimpi yang hadir sangat terkesan dalam jiwa aku. Lantaran sebuah kerinduan yang tak pernah terbalas, aku menjeruk rasa yang sukar digambarkan. Dan kini, aku sedar hakikat itu dan aku sedar bahawa tidak semua antara kita mempunyai takdir yang bahagia. Buat masa ini, aku hanya ingin merasai..........sebuah ketenangan.
Jauh perjalanan aku semalam semata menghiburkan hati sendiri dan bercerita secara 'intrapersonal'. Hanya itu yang termampu buat diriku. Dari Tanjung Malim dalam jam 6 petang, aku melalui Behrang 2020 dan kemudiannya terus menuju ke Slim River. Aku meneruskan perjalanan lagi ke arah Pekan Trolak. Sampai di pertengahan jalan, aku kemudiannya berpatah balik ke arah Tjg Malim dan berhenti seketika di Taman Tasik YDP, Slim River. Tasik tu taklah terlalu menarik, cuma cukup sekadar memberiketenangan buat seketika. Kebetulan hujan baru lepas turun.
Kebetulan juga di situ, aku terjumpa dengan pelajar UPSI yang sedang menjalani latihan pratikum di sebuah sekolah rendah di situ. Banyak juga yang dikongsikan bersama. Alhamdulillah, Tuhan datangkan seseorang untuk membolehkan aku berbicara dalam cubaan melupakan sesuatu yang sedang aku hadapi.
Akhirnya, aku pulang semula ke Taman Bahtera setelah jam hampir 9 malam. Hampir 60km jauhnya perjalanan aku pergi dan balik, kebetulan hari hujan tanpa aircond kereta. Benarlah, kerana hati, apa jua boleh dilakukan........
"Terima kasih kenalan2 aku di sini kerana prihatin tentang aku. Aku amat menghargainya. maafkan aku andai perlakuan aku tidak menggembirakan hati kalian. Alhamdulillah, kini aku sudah kembali tenang kan?"
No comments:
Post a Comment