Saturday, March 21, 2009

Diari : Keje Kawen Ecah

Haa...ni dia antara gambar mase kawen ecah. Gambar nie jer yang aku leh letak dulu. Gambar len lom ader lagi...Aku ader gak gambar kat dalam bilik pengantin. Wakaka, kitaorg redah bilik pengantin...Jangan mare yer ecah dan erwin...hehehe

Aperpun, selamat pengantin baru ecah dan erwin. Semoga perkahwinan kalian diberkati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga cepat menimang cahaya mata...:))

"Kebanyakkan member2 aku dah kawen. Erm, okaylah tu. Semoga diorang semua dapat melayari bahtera rumahtangga dengan tenang dan aman.....Aku bile lagi agaknyer ek????Hehehe"

Puisi : Sibukkan Palestin & Kita Juga

Hari selasa 17hb Mac 2009, aku sebenarnya ader masuk pertandingan deklamasi puisi kat UPSI sempena Pest Konvokesyen yang ke 11. Saje je suka2. Dengan tak buat aper2 preparation, aku main redah ajer. Hasilnya, hemmm seperti yang dijangka. Takder nombor...hehehe...Kat bawah nie sajak yang aku bawak mase pertandingan tu.

Hasil Karya: Mohd Fauzi Abd Rahman
Pendeklamasi : Mohd Fauzi Abd Rahman


Usahlah kita mengharapkan lagi
Dari mereka kata simpati
Pengucapan dibibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan dihati

Hanyalah kita sesama kita
Yang memahami erti derita
Hanyalah kita sesama kita
Yang mengerti erti kemanusiaan.......kemanusiaan...

Anak-anak kecil di sana
Berteriak mencari ibu mereka
IBU, di mana ibu?
Aku rindu pada belaianmu ibu
Di sana juga
Anak-anak kecil berteriak mencari ayah
AYAH, di mana ayah?
Aku ingin berlindung padamu ayah

Tidak sudah-sudah mereka menangis
Tiada rasa gembira atau ceria
Saudara mereka lenyap entah kemana
Masa depan mereka malap begitu sahaja

Kita disini
Mendengar, melihat dan sekadar memerhati
Apa yang boleh kita lakukan?
Apa?
Kita tak mampu lakukan apa-apa!
Selain menghulur bantuan wang
Sekadar berdoa untuk mereka
Sekadar bersyukur kerana berada di dalam negara yang aman
Tapi
Di mana kita sebenarnya pada malam mereka di bom?
Pada malam mereka dihancurkan?
Pada malam mereka dimusnahkan oleh bangsa israel?
Kita di mana ya?

Mereka tidak pernah mengimpikan sedemikian rupa
Mereka tidak pernah bayangkan hidup mereka akan hancur seperti itu

Kita di sini
Masih lagi bersuka ria,
Masih lagi bergelak ketawa,menyanyi, mendengar hiburan,
Ya itu kita,
Tapi pernahkah kita fikir
andai kita menjadi seperti mereka

Sedang duduk membaca
Sedang asyik bermain bola
Tiba-tiba kita dihujani dengan bom
Dihujani dengan tembakan
Apakah kita bersedia?
Adakah kita bersedia untuk itu semua?

Bersedialah sebelum kena
Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah
Itu semua tiada guna

Ingatlah, Kegembiraan bukannya tiada petualang
Keharmonian bukannya tiada musuh
Tapi, kealpaan sering membuatkan kita terjatuh!

Diari : Cerita Di Sana 2

Huh, lama betul aku rase tak update blog aku nie. Maklumla, keje melambak kene buat. Minggu ni je ade beberapa tugasan yang kene hantar. Aperpun, tinggal beberapa sahaja lagi yang lom beres. Lagipun, internet aku nie berstatus registation denied. Hehe...paham2 jerlah yer....

Aku rase nak sbg balik citer aku kat johor sepanjang ujung minggu lepas.

Okaylah, lepas aku sampai rumah, memang terasa sayu jer tgk rumah. Bayangkanlah, rumah yang kita duduk dari kecik, ditinggalkan dan takde sape yang dok rumah tu. Kalo aku dh sayu, aper lagi mak aku, kan??

Petang tu sempat la kemas aper2 yang patut. Bak kate orang, kemas macam biasa setakat mane yang mampu ajer. Malam tu pulak, mak aku ajak g rumah member dia yang buat keje kawen hari ahad (esoknya) sebab tak dapat datang hari ahad tu. Sian gak kat mak aku, tak dapat dia nak jumpe kawan2 dia cam dulu....Tapi, aku tak rela nak biarkan mak aku dok sensorang kat johor sane tu. :))

Hari ahad tu, pagi2 lagi dah kluar semula dari rumah kota sebab nak g keje kawen anak sepupu aku kat masai. Sempat gak jumper sedara mara sebelah arwah ayah aku. Walaupun arwah ayah aku dah takder, tapi aku tetap rapat cam biasa ngan diorang. Alhamdulillah, diorang pun masih anggap sedara rapat lagi, okaylah...

Dalam lebih kurang kol 1 tengahhari, aku dan mak aku gerak ke skudai sbb dah janji ngan member2 panasonic nak g keje kawen umah ecah kat pontian. Kitaorg g saing2 ngan suzi, nik, usop, intan, glo + boypriend, pastu aku ngan mak aku...sumernye 3 kete.

Kitaorg gerak ke Kg Peradin, kalo tak silap akulah. Tau tak, aku rase seronok biler dpt jumpe kwn2 aku dulu kat panasonic. Rasa rindu btul. Sib baik diorang masih ingat kat aku...hehehe...Tapi kn, aku tak jumper sorang pun budak department aku. Sumer department lain. Diorang mesti tak ingat kat aku kan????Huhuhu.....

Ader gaklah gambar aku kat umah ecah tu, mungkin pasni aku masukkan gambar yang member aku bagi mll email yahoo aku.

Petang tu gak, aku ngan mak aku balik ke klang. Penat betul rasenyer. Tapi, aku rase puas hati sbb walaupun sekejap ajer dpt balik, tp banyak bende yang berlaku. Mudah2an semuanya diredhai Allah, InsyaAllah.

Monday, March 16, 2009

Diari : Cerita di Sana

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Negeri Johor ini. Dalam kol 10 pagi, aku nak bergerak balik ke kota tinggi. penat masih terasa lagi. Tapi dek amanah dan tangungjawab, aku perlu pergi.

Mula-mula aku ke pejabat pos pasir gudang, konon nak buat roadtax kete. Tapi, JPJ offline plak. So, aku takleh lah buat roadtax tu sedangkan 18 mac ni tarikh matinya. Huhu.

Biler tak bley buat tu, aku g econsave, pasir gudang. Beli belah kat sane. Maklumlah, kat Klang ngan Tjg Malim, barang2 dia memang mencekik darah. Mahal betul aku rase. Tak berbaloi kalo nak beli. Same gak kalo bab2 makan nie. Jauh beza dari kat Johor sane. Kos hidup memang tinggi. Tapi, disebabkan nak makan, terpaksalah beli gak. Aperpun, aku beli sket sayur utk rumah sewa aku. Dah terlanjur lalu tu, ye tak???hehehe

Kemudian, aku balik Kota Tinggi. Sampai2 ajer, aku g keje kawen kat sane. Sebenarnya malas nak masak tengahari, save sket. Hehehe...Sampai ajer kat umah, SubhanAllah....itulah rumah yang kene tinggal sebulan setengah. Dah lame btul tak jenguk rumah