Saturday, March 21, 2009

Puisi : Sibukkan Palestin & Kita Juga

Hari selasa 17hb Mac 2009, aku sebenarnya ader masuk pertandingan deklamasi puisi kat UPSI sempena Pest Konvokesyen yang ke 11. Saje je suka2. Dengan tak buat aper2 preparation, aku main redah ajer. Hasilnya, hemmm seperti yang dijangka. Takder nombor...hehehe...Kat bawah nie sajak yang aku bawak mase pertandingan tu.

Hasil Karya: Mohd Fauzi Abd Rahman
Pendeklamasi : Mohd Fauzi Abd Rahman


Usahlah kita mengharapkan lagi
Dari mereka kata simpati
Pengucapan dibibir lembut meniti
Tiada semestinya pengucapan dihati

Hanyalah kita sesama kita
Yang memahami erti derita
Hanyalah kita sesama kita
Yang mengerti erti kemanusiaan.......kemanusiaan...

Anak-anak kecil di sana
Berteriak mencari ibu mereka
IBU, di mana ibu?
Aku rindu pada belaianmu ibu
Di sana juga
Anak-anak kecil berteriak mencari ayah
AYAH, di mana ayah?
Aku ingin berlindung padamu ayah

Tidak sudah-sudah mereka menangis
Tiada rasa gembira atau ceria
Saudara mereka lenyap entah kemana
Masa depan mereka malap begitu sahaja

Kita disini
Mendengar, melihat dan sekadar memerhati
Apa yang boleh kita lakukan?
Apa?
Kita tak mampu lakukan apa-apa!
Selain menghulur bantuan wang
Sekadar berdoa untuk mereka
Sekadar bersyukur kerana berada di dalam negara yang aman
Tapi
Di mana kita sebenarnya pada malam mereka di bom?
Pada malam mereka dihancurkan?
Pada malam mereka dimusnahkan oleh bangsa israel?
Kita di mana ya?

Mereka tidak pernah mengimpikan sedemikian rupa
Mereka tidak pernah bayangkan hidup mereka akan hancur seperti itu

Kita di sini
Masih lagi bersuka ria,
Masih lagi bergelak ketawa,menyanyi, mendengar hiburan,
Ya itu kita,
Tapi pernahkah kita fikir
andai kita menjadi seperti mereka

Sedang duduk membaca
Sedang asyik bermain bola
Tiba-tiba kita dihujani dengan bom
Dihujani dengan tembakan
Apakah kita bersedia?
Adakah kita bersedia untuk itu semua?

Bersedialah sebelum kena
Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah
Itu semua tiada guna

Ingatlah, Kegembiraan bukannya tiada petualang
Keharmonian bukannya tiada musuh
Tapi, kealpaan sering membuatkan kita terjatuh!

No comments: