Friday, August 15, 2008

Lirik : Ada Untukmu - Nubhan

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci


Chorus:

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya


Solo

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita


Chorus:


Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Thursday, August 14, 2008

Diari : Perkahwinan

Sekali lagi Selamat Pengantin baru....

Minggu ni saja ada 4 pasang pegantin baru yang harus dirai. Tiga daripadanya aku kenal, cuma satu tu, hanya kenal melalui cerita dari orang lain. Ape2 pun, aku sendiri tak pasti mana satu mempelai yang akan aku raikan. Maklumlah bila dah terlalu banyak, tempat pun jauh2 antara satu sama lain, maka terpaksalah aku memilih!

Jemputan pertama: pasangan Mahmud dan Aishah di simpang renggam pada 17hb.
Jemputan kedua : pasangan khairul akli dan isteri di felda air tawar 2 pada 17hb.
Jemputan ketiga : pasangan anak saudara member PCM di Masai Johor pada 16hb.
Jemputan keempat : pasangan amri dan isteri (member PCM) di sungai sibol pada 16hb.

Bagi aku, meraikan adalah satu penghormatan buat mempelai. Mereka akan gembira bilamana kita turut sama hadir dalam majlis mereka. Tapi, hidup tak semudah itu. Pilihan juga harus dilakukan.

Mungkin aku hanya pergi majlis pasangan ketiga dan keempat sahaja walaupun ianya pada hari yang sama. Tapi, pasangan kedua akan aku pertimbangkan......

Ape2pun, aku ucapkan selamat pengantin baru.......

Lirik : Janji Manismu - Aishah

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mugkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranmu Tuhan

Aku bagai sorang kembara jalanan
Terumbang ambing dilautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan hidup tak selalu kesorangan

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu ooooo
Ku dilamun angan-angan
Belaian kasih suci darimu
Oh kejamnya
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta dihati terkubur lagi

Tidak ku fahami mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Ku tempuhi dengan kesabaran
Ku sedar kebesaranmu tuhan
oooooooo...oooohhh

Falsafah : Kesihatan Jasmani & Rohani

" Ada empat perkara yang boleh melemahkan badan iaitu banyak bersetubuh, banyak berdukacita, banyak minum tanpa makan dan banyak memakan makanan yang masam". -Imam Al-Ghazali.

Artikel Pilihan : Hikmah Mengamalkan Ayat Qursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu
syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya
dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r..a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Bersyukurlah....sesungguhnya Tuhan itu tidak akan menzalimi hamba2nya yang taat dan redha dengan ketentuan dan takdir dirinya.

Hanya kata2 seperti inilah yang mampu untuk kita ungkapkan apabila sesuatu yang dihajati tersasar dan terpelanting jauh dari kamus kehidupan....

Tak mengapalah, dah bukan rezki mak dan arwah ayah. Mungkin Tuhan dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka walaupun hasrat mereka diinjak2. Kerana tekadlah, mak dan arwah ayah menjadikan anak2 nya orang2 yang berjaya seperti hari ini. Mudah2han kejayaan yang kami anak2 nya perolehi diredhai dan dilanjutkan agar kami dapat berbakti.

Aku bukanlah seorang budak yang genius apatah lagi bijak. Aku sekadar insan biasa namun aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku. Terus terang aku katakan, aku agak lambat dalam pelajaran. Kadangkala sesuatu ilmu yang diajarkan kepadaku itu payah untuk aku terima. Sampai berkali2 membaca atau mengulang semula, barulah aku akan dapat memahaminya.

Sesuatu yang menguntungkan diri aku, mak dan arwah ayah sangat2 rajin dan 'telatin' dalam memastikan anak2nya berjaya. Walaupun aku ada banyak kekurangan serta agak lambat dalam pelajaran, lambat pula pandai bercakap, tekad dan kesungguhan mereka memberi implikasi yang sangat baik bagi diriku. Aku bersyukur Ya Allah kerana aku dikurniakan mak dan arwah ayah yang sangat prihatin dengan kekurangan aku ini.

Tiba-tiba aku teringat kisah aku sewaktu aku diajar oleh mak. Waktu itu baru belajar mengeja dan membaca. Seperti kanak2 lain yang mendapat perhatian dari orang tuanya. Dengan penuh kasih sayang mak mengajar aku membaca.

Lantas aku pun mengeja dan menyebutnya satu persatu, " O " " B " " O " " R ". Bersama2 itu juga, ada paparan seseorang yang sedang membawa obor. Senang bukan?? Tapi, siapa yang dapat meneka apa yang aku jawab?? Sekarang ini aku sendiri terfikir mengapa aku mengatakan sedemikian sedangkan perkataannya cuma OBOR?

Selesai aku mengeja, aku mengatakan yang bunyiknya adalah " ORANG BAWAK API!". Haha...lucu pula bila aku teringatkan kembali. Sedangkan ianya taklah sesusah mana, cuma ada dua suku kata. Dengan sabar, mak terus membetulkan walau marah tetap marah. Marah2 sayang.

Memang kesabaran mak dan arwah ayah sungguh tinggi sehingga aku tak pasti apakah aku juga telah dan akan bersikap demikian terhadap mereka? Aku juga tak pasti yang aku akan sabar terhadap anak2 kecil seperti mereka??

SubhanAllah...terima kasih mak dan arwah ayah kerana dengan kesungguhan yang kau berikan dalam mendidik aku, aku berjaya seperti hari ini. Mudah2han kalian mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.....

Hati : Sekadar Luahan

Aku tahu, aku tidak sepatutnya menyintainya. Namun, aku tidak pasti apakah yang harus aku katakan pada hati aku sendiri. Aku seolah tak mampu utk membohongi hati ini. Aku cukup yakin dengannya. Walau aku tak tahu apakah perasaan yang ada padanya terhadap aku. Aku hanya sekadar mengimaginasikan yang dia juga berfikiran seperti aku. Namun, satu perkara yang aku harus fikirkan adalah, benarkah perasaan ini? Atau ianya sekadar khayalan belaka yang hanya mengisi kekosongan dan kesepian hati ini? Aku sendiri masih tidak menemui sebarang jawapan atas semua persoalan aku ini yang menjelma secara tiba-tiba. Mungkinkah ianya permulaan fasa yang baru pada diriku. Atau ia adalah fasa lama yang berulang kembali? Aku sering tertanya juga, mengapa hal ini harus terjadi pada diri aku. Aku sukar utk menentukan dan memberikan kata putus.

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi diri kita sendiri. Tidak juga mudah untuk menipu orang lain terhadap diri sendiri. Kadang-kala aku bersikap hipokrit kerana aku tahu, andai aku tidak bersikap hipokrit, aku pasti akan hancur dan tewas dengan percaturan di dunia ini. Percaturan yang sangat memberikan tekanan dan seribu kepayahan yang sering menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Itu semua terserah pada takdir dan ketentuan yang telah tercipta utk kita. Dan segalanya juga bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuh.

Berbalik kepada persoalan hati yang mungkin sukar dihurai apatah lagi sukar dirungkai oleh kata-kata logik akal semata. Kerana ia perlu meneliti soal perasaan dan hakikat kehidupan. Realitinya adalah pertemuan yang menyentap hati utk terus menyayangi. Pertemuan yang melahirkan bibit kasih yang mungkin tak terbalas. Apakah yang bakal terjadi selepas ini? Apakah mungkin sejarah lama terus berulang dan berulang. Bukan mudah utk melenyapkan sejarah lama dari kepahitan hidup. Kerana ia sudah menjadi sebahagian dari diri kita. Sejarahlah yang menjadikan kita hari ini seperti ini. Sejarahlah yang banyak mengajar kita dalam mendepani kehidupan ini. Sejarah juga adalah guru yang paling dekat dalam membentuk keperibadian diri.

Kadang-kala aku terfikir mengapa aku telalu memperbodohkan diri dalam hal ini. Perkara yang tidak memberi faedah kepadaku sendiri, hatta kebahagiaan itu pun sekadar selintas sahaja. Aku tak rasa ia akan bahagia berpanjangan.

Wednesday, August 13, 2008

Hati : Sebuah Antologi

Mungkin suatu yang agak janggal apabila aku berkongsi rasa tentang hati. Lebih2 lagi perkara2 yang aku rasakan sangat sensitif untuk dibicarakan. Namun, kadangkala kita tak punya pilihan lain untuk menjadi pencerita apabila kita sering menjadi pendengar yang setia. Itualh ketentuan Tuhan yang diberikan kepadaku. Aku mampu untuk menjadi pendengar yang setia, tapi aku belum mampu untuk menjadi pencerita yang setia dan menghiburkan.

Apa2 pun, aku merasakan saat inilah aku perlu melakukan sesuatu agar suatu masa nanti boleh menjadi tatapan mereka2 yang punyai jalan yang sama seperti aku.

Mudah2han aku punya kekuatan untuk menjadi pencerita yang setia walau hanya seketika cuma......

Pengenalan Diri : Sebuah Permulaan

Aku dilahirkan di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang serba sederhana dan aku bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepadaku. Kasih sayang, kesenangan dan bimbingan dari keluarga merupakan hadiah yang paling berharga buatku. Tak ternilai harganya.

Sebelum aku mula bersekolah, beberapa pelajaran telah menjadi rutin bagiku. Mak dan arwah ayah akan mengajar aku mengaji, menulis, membaca dan beberapa perkara asas bagi seorang murid. Mak dan arwah ayah memang garang dan tegas dalam mendidik aku. Kejayaan dalam akademik sangat2 dititik beratkan. Mereka sangat bertekad untuk menjadikan anak2nya cemerlang dan berjaya didalam pelajaran sebagai menyambung cita2 mereka yang tak kesampaian suatu waktu dahulu.

bercerita mengenai kisah mak dan arwah ayah, kadangkala aku sedih untuk mengingatinya. Cita2 mereka besar, namun begitulah lumrah manusia, disebabkan oleh kedangkalan mereka2 yang tak berpandangan jauh serta hasad dengki dan irihati, akhirnya mak dan arwah ayah terpaksa melupakan hasrat mereka yang sangat diidamkan.

Tak perlulah rasanya aku bercerita kenapa dan mengapa. Cukuplah sekadar mengatakan apa yang telah aku perkatakan. Mudah2han mereka2 yang jahat dan tak punya hati itu akan menerima hukuman yang cukup berat dari Tuhan. Jadikanlah ianya sebagai pengajaran agar kita tidak mudah mempercayai apa jua yang berlaku.

Artikel Pilihan : Jangan Mengeluh

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Kalu engko nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji

Diari : Kerja

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku untuk terus mencari rezeki dan menjadi hambaMu yang sentiasa beribadah kepadaMu.

SubhanAllah, sungguh payah untuk aku berbicara mengenai kerja. Pada awal2 dulu, aku merasakan sangat gembira dan bersemangat dengan kerja yang aku lakukan ini. Aku bertekad untuk melakukan yang terbaik.

Tapi, Tuhan itu takkan memberi laluan percuma melainkan memberi ujian yang boleh mengetahui sejauh mana kemampuan iman seseorang dalam melalui kehidupan.Ya, itulah yang aku rasa ketika ini.

Mudah2han Allah memberikan aku sedikit kekuatan untuk menjadi insan yang tabah dan berani untuk merentasi setiap kemungkinan di alam pekerjaan ini.

Tuhan itu Maha Adil dan Dia takkan meletakkan seseorang itu melainkan mengikut kemampuan seseorang....

Falsafah : Agama dan Falsafah

" Adapun tanda agama yang hak itu ialah yang dapat menghidupkan, menyedarkan dan menginsafkan diri dalam hatimu perasaan tahu akan harga diri". - Hukamak.

Tuesday, August 12, 2008

Diari : Perkahwinan

"Selamat Pengantin Baru, semoga kekal abadi, bahgia ke anak cucu, semoga murah rezeki..."

Sepanjang hujung minggu, 2 minggu berturut2, aku berkampung di rumah makcik aku di Lok Heng. Maklumlah, sepupu kawen, rapat pula hubungan kekeluargaan aku dengan dia. Suka aku bila menumpang seketika kegembiraan tersebut. Mudah2han perkahwinannya kekal bahgia hingga ke akhir hayat.....

2 ogos, aku menjadi pengiring pada majlis pernikahannya Sehinggalah selesai majlis kahwin di rumah perempuan pada 3 ogos. Aku bukan pengapit, cuma menjadi sebahagian dari rombongan perkahwinan tersebut....

Sekali lagi, pada 9 dan 10 ogos, aku datang utk menyibukkan diri....Ada juga yang aku bantu, tapi sekadar mana yang aku rajin je. Berseri2 muka pengantin.

Satu perkara yang ingin aku kongsi bersama. Mungkin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Majlis2 seperti ini bukan sahaja meraikan pengantin, tapi juga mengumpulkan saudara mara yang pada hakikatnya semakin terpisah jauh antara satu sama lain.

Syukurlah Ya Allah, kau memberikan sesuatu untuk merapatkan sesuatu. Ramai dari kalangan ahli keluarga aku sebelah mak berkumpul di sini. Tuhan mempertemukan semula hati2 yang tidak sehaluan dan merapatkan kembali hati2 yang kering. Allah lebih mengetahui atas segala-galanya. Mudah2han kami akan bertemu lagi di lain masa......

Diari : Kematian

Innalillahi wainnailaihiraji'un.....

Setiap yang hidup pasti akan mati jua akhirnya. Itulah janji Tuhan kepada setiap makhluk yang diciptakannya. Manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Erm, sudah hampir seminggu aku tidak menulis sesuatu kepada blog ini. Walaupun ianya ku anggap sesuatu yang baru, namun ini merupakan sesuatu yang besar telah aku lakukan.

Sepanjang minggu lepas sahaja, ada 3 kematian yang aku dengar dan ketiga2 nya tak sempat aku jumpa. Aku takdalah rapat sangat dengan mereka, tetapi disebabkan hubungan kekeluargaan, aku mengiringi pemergian mereka dengan sedekah Al-fatihah.....

6 ogos, kematian atuk angkat aku di Lok Heng akibat sakit2 demam.....
7 ogos, kematian mak sdara (isteri kepada pakcik aku) yang tinggal di Aping Timur akibat operation dan beberapa implikasinya....
7 ogos, kematian ibu mertua kepada pakcik sepupu aku yang tinggal di Rengit Batu Pahat.

Semuanya tak sempat aku jumpa. mudah2han mereka diringankan azab kubur dan diberi perlindungan dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....Amin.