Kehidupan semalam sekadar masa silam bagi kita. Jangan terlalu merinduinya kerana ia tidak pernah menghargai kita. Jadilah perindu hari ini, kerana penghargaan mungkin hadir dikala kita menghargainya.....
Setiap Perpisahan Di Awali Dengan Pertemuan. Jangan Salahkan Perpisahan Kerana Pertemuanlah Yang Menghadirkan Kasih Sayang.
Thursday, April 2, 2009
Diari : Esok Tinggal 1 Paper Jer Lagi!!!!
Alhamdulillah.....dah 6 paper exam abis dlm mase 4 hari. Tinggal satu jer lagi pagi esok....paper ICT. Petang ni sempatla sket nak update blog nie. Bak kate orang nak lepaskan tension. Haha. Kire same je ngan budak2 rumah aku nie. Lepas abis paper je petang tadi, ade yang tido, main game dan termasuklah aku main internet nie. Sekejap ajer.
Ape yang aku nak cakap ialah InsyaAllah aku akan balik pada hari sabtu petang dari sini ke Klang. Sebab nak join kawan2 g jalan2 jap. Takde plan lagi nak g maner2, cume cakap2 aje...Mungkin g kalumpang lagi, mandi2. Ok gak idea tu.
Aku dapat email dari member lame aku kat panasonic. Dia kate nak blanje aku makan2 hari sabtu malam nie. InsyaAllah, klu ader rezki aku datang, aku akan sampai kat sane. Klu Tuhan kate 'Tidak', maka takder lah rezki untuk aku. Aku akan cube balik sane secepat yang mungkin. Tapi kn, klu aku balik lambat, camne eh??? Dia nak blanje ke lain hari????Hehehe...just tanyer jer....
Aperpun, time kasih masih ingat kat aku walopun aku dah takder kat panasonic tu lagi. Kenangan tetap kenangan....kan????

Sunday, March 29, 2009
Hati : Kalis Rindu
Ibarat tajuk lagu nyanyian Elyana, aku hanya ingin mengatakan sejujurnya kerinduan di hati ini aku kaliskan dengan seribu kepayahan. Mudah untuk di kata tapi sukar untuk di kota.
Tidak mengapa andai ini terus menjadi sisipan kehidupan bagi aku. Aku sedar, mungkin ini adalah takdir Tuhan yang memberikan peringatan untuk aku menghitung kembali sejarah2 silam yang pernah aku lakukan. Di kala ini, menjadi suatu kayu ukur tentang diri sendiri terhadap penerimaan bukan sahaja persekitaran tetapi juga kenangan2 lama yang menjadi sejarah dalam kehidupan.
Aku kuatkan dan aku gagahkan kudrat yang aku miliki untuk mengalis rindu yang sering datang tanpa mengenal erti jemu. Ibarat darah yang mengalir di dalam badan ini sentiasa membawa rindu itu dan melintas di dasar hati yang sepi. Kesepian itu sukar terisi dengan perhitungan yang terlalu banyak sehingga membuatkan diri ini tidak terlarat lagi untuk menghitungnya. Lalu, aku biarkan sahaja ianya tanpa memberi peluang untuk terisi walaupun aku tahu dalam keterlewatan ini aku harus akur dengan Sunnah.
Tapi, apakan daya aku yang kerdil ini. Ingin ditumpahkan segala yang bersarang di dalam hati untuk digantikan dengan sebutir permata yang bersinar, namun, tidak tahu ke mana arah dan ruang untuk ditumpahkan. Sekadar berbicara di siber yang menjadi peneman setia.
Tidak mengapalah, kalis rindu ini akan aku cuba lagi dan lagi walau aku tahu ianya teramat payah untuk ditelan dan teramat sukar untuk diluah.
Hanya satu pintasan yang boleh berlaku, singkir jauh2 kenangan agar rindu itu takkan kembali bertandang dan racun harapan yang tersedia agar ia mati tanpa pembela........
Diari : Esok Final Exam
Esok adalah hari penentuan untuk aku pada semester ini. Ia menjadi penilai kepada diri aku sendiri tentang keberkesanan yang berlaku disepanjang proses pembelajaran di Universiti ini.
Tapi benarlah kata orang, belajar memang satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tetapi, belajar kembali setelah bekerja merupakan suatu yang amat mencabar. Apabila kita sudah bekerja, kita sebenarnya sudah berada di dalam zon selesa iaitu kita tidak lagi perlu untuk belajar sesuatu untuk menghadapi peperiksaan. Yang perlu kita lakukan hanyalah belajar sesuatu untuk diaplikasikan. Ia merupakan suatu yang sangat berbeza.
Setakat ini, jam 4.18 minit petang, aku sendiri masih membuat ulangkaji. Walaupun ulangkaji ini adalah ulangkaji yang terakhir sebelum peperiksaan esok, aku juga yakin ini seolah2 ulangkaji yang pertama juga. Apa tidaknya, apa2 perkara yang pernah aku baca dan pelajari di dalam kelas, tak dapat diingati apatah lagi dihuraikan.
Terpaksalah aku membaca semula dari awal sehingga akhir mengikut tips2 penting yang diperolehi. Itupun tidak menyeluruh dan aku yakin, masih ada lagi yang tertinggal. Jadik, kelebihan bagi mereka2 yang membaca dan menguasai sepenuhnya subjek2 yang akan diuji sepanjang minggu ini.
Apa2pun, aku akan cuba buat yang terbaik demi masa depan aku sendiri. Aku tidak mahu tersingkir dipertengahan jalan dan aku tidak mahu berpatah kembali ke dunia aku yang lama. Sekali aku melangkah, aku mohon keizinan untuk terus melangkah. Lagipun, wasilah Mak dan Arwah Ayah harus diteruskan.
Ini adalah jadual periksa aku:-
30/3/2009
9.00pagi Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia
2.30ptg Aplikasi Psikologi Pendidikan
31/3/2009
2.30ptg Sekolah dan Masyarakat
01/4/2009
9.00pagi Penaksiran pembelajaran
02/4/2009
9.00pagi Pedagogi
2.30ptg Pengurusan koQ
03/4/2009
9.00pagi ICT
Mudah2han aku dapat buat yang terbaik....InsyaAllah....
Doa2kanlah aku agar aku berjaya dengan cemerlang dan terang hati untuk menulis dan memilih jawapan yang paling betul....InsyaAllah....

Subscribe to:
Posts (Atom)