Ibarat tajuk lagu nyanyian Elyana, aku hanya ingin mengatakan sejujurnya kerinduan di hati ini aku kaliskan dengan seribu kepayahan. Mudah untuk di kata tapi sukar untuk di kota.
Tidak mengapa andai ini terus menjadi sisipan kehidupan bagi aku. Aku sedar, mungkin ini adalah takdir Tuhan yang memberikan peringatan untuk aku menghitung kembali sejarah2 silam yang pernah aku lakukan. Di kala ini, menjadi suatu kayu ukur tentang diri sendiri terhadap penerimaan bukan sahaja persekitaran tetapi juga kenangan2 lama yang menjadi sejarah dalam kehidupan.
Aku kuatkan dan aku gagahkan kudrat yang aku miliki untuk mengalis rindu yang sering datang tanpa mengenal erti jemu. Ibarat darah yang mengalir di dalam badan ini sentiasa membawa rindu itu dan melintas di dasar hati yang sepi. Kesepian itu sukar terisi dengan perhitungan yang terlalu banyak sehingga membuatkan diri ini tidak terlarat lagi untuk menghitungnya. Lalu, aku biarkan sahaja ianya tanpa memberi peluang untuk terisi walaupun aku tahu dalam keterlewatan ini aku harus akur dengan Sunnah.
Tapi, apakan daya aku yang kerdil ini. Ingin ditumpahkan segala yang bersarang di dalam hati untuk digantikan dengan sebutir permata yang bersinar, namun, tidak tahu ke mana arah dan ruang untuk ditumpahkan. Sekadar berbicara di siber yang menjadi peneman setia.
Tidak mengapalah, kalis rindu ini akan aku cuba lagi dan lagi walau aku tahu ianya teramat payah untuk ditelan dan teramat sukar untuk diluah.
Hanya satu pintasan yang boleh berlaku, singkir jauh2 kenangan agar rindu itu takkan kembali bertandang dan racun harapan yang tersedia agar ia mati tanpa pembela........
No comments:
Post a Comment