Thursday, July 23, 2009

Diari : Hari Ke 5 Praktikum

24 Julai 2009 (Jumaat)

Kelas ganti lagi....hehehe...

Msuk hari ke 5 praktikum di SMK Seri Manjung, aku dpt merasakan pengalaman baru. Mungkin tidak ada ape sangatlah sebab aku belum mpun masuk ke kelas sebenar. Cuma masuk untuk kelas ganti.

Setakat ni, aku mmg rasakan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Kali ni, aku masuk ke kelas 3A8. Sekali lagi aku teruja untuk berkenalan dengan mereka. Dan mereka semuanya sporting.

Aku harap, mereka semua akan kekal baik seperti mana yang mereka tunjukkan dalam kelas aku.

Apa yang aku tekankan adalah " Kamu yang menentukan diri kamu sendiri". Kalau baik, maka baiklah, kalau nakal, maka nakallah.

Aku yakin dan percaya, bahawa mereka perlukan bimbingan yang sepatutnya. Tidak kiralah siapa pun mereka, mereka masih remaja yang sangat perlukan perhatian.

Aku doakan agar mereka berjaya dan aku tidak mahu mereka gagal kerana gagal di waktu muda adalah kegagalan yang sangat merugikan.

Wahai warga kelas 3A8, SMK Seri Manjung, nasib kalian berada ditangan kalian sendiri. Orang lain takkan mampu mengubah kalau kalian tidak mahu mengubahnya sendiri. Percayalah bahawa ada sesuatu yang berharga dalam diri kalian yang tidak pernah kalian gunakan. Carilah "sesuatu" itu!

Agama : Dengan siapa kamu duduk

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Artikel Pilihan : Larangan Melintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Sembanhyang

Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?..
DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .

dan ?..
Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya.
dan ?..
Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??

Artikel Pilihan : Drink Water On Empty Stomach

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers.

For old and serious diseases as well as modern illnesses. The water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a hundred percent cure for the following diseases:

* Headache
* Body ache
* heart system
* arthritis
* fast heart beat
* epilepsy
* excess
* fatness
* bronchitis
* asthma
* TB
* Meningitis
* Kidney and Urine diseases
* vomiting gastritis
* diarrhea
* piles
* diabetes
* constipation
* all eye diseases
* womb cancer
* menstrual disorders
* ear nose
* throat diseases

METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink four glasses of water each of 160 ml.

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes.

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for two hours.

5. Those who are old or sick and are unable to drink four glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to four glasses per day.

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure main diseases:

1. High Blood Pressure 30 days
2. Gastric 10 days
3. Diabetes 30 days
4. Constipation 10 days
5. Cancer 180 days
6. TB 90 days

Arthritis patients should follow the above treatment for only 3 days in the first week to be followed by daily treatment.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

Good Health to you all.......

Diari : Hari Ke 4 Praktikum

23 Julai 2009

Hari terus berlalu. Kisah semalam masih terus berawangan dalam benak fikiran aku. Erm, siapa aku yang perlu risau dan bimbang terhadap anak-anak (mungkin lebih sesuai - adik-adik) bangsa aku sendiri di sekolah ini?

Takpalah, ini baru pengalaman pertama yang akan aku bukukan di dalam diari kehidupan aku sebagai seorang guru.

Hari ini, aku ditugaskan sebagai guru ganti bagi kelas 4K3 dan 5ST.

Sekali lagi, banyak cerita yang aku dengar tentang mereka. Bukan aku tidak percaya pada cerita2 itu, tapi, aku lebih yakin dan lebih percaya bahawa Tuhan tidak akan pernah meletakkan aku pada tempat yang tidak mampu aku hadapi dan depani. Aku hanya berserah kepada Tuhan atas segala-galanya.

Alhamdulillah. Biasalah, budak mana yang tidak nakal. Cuma yang membezakannya adalah bagaimana tahap kenakalan mereka. Sekadar menjadi guru ganti, mungkin belum mencabar tahap kesabaran aku. Apa yang benar adalah Pelajar2 kelas 4K3 aku anggap sebagai pelajar2 yang OK sebenarnya. Cuma, bagaimana kita mempertingkatkan kendiri mereka, itulah yang perlu difikrkan.

Aku doakan agar mereka menjadi anak murid yang berjaya, berilmu dan berakhlak baik disekolah mahupun diluar. Aku kasihan melihat mereka andai mereka tidak berjaya nanti.

Wahai warga Kelas 4K3, SMK Seri Manjung, percayalah, kalian amat berharga bagi negara. Perbaikilah akhlak dan kamu akan terus kehadapan.

Diari : Hari Ke 3 Praktikum

22 Julai 2009

Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh pensyarah dan penyelaras aku semasa di universiti haritu. Kita akan menghitung hari bila akan habisnya waktu praktikum ini. Baru masuk hari ketiga (Hari Rabu).

Hari ni sekolah mengadakan Sambutan Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2009 untuk semua pelajar dan guru2. Temanya adalah Kecergasan Membina Satu Malaysia. Acara yang diadakan adalah SenamSeni (lebih kurang dengan senamrobik gak).

Perkara yang aku ingin higlight kat sini adalah, aku sedih sebenarnya melihat anak bangsa aku menunjukkan perangai dan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Sebagai seorang pelajar, sepatutnya mereka tahu bagaimana cara untuk menghormati orang yang lebih dewasa terutamanya para guru yang sanggup berjuang dalam mendidik mereka disekolah.

Aku tidak mahu menuding pada mana2 pihak kerana masing2 punya kelemahan. Cuma, bagaimana kelemahan itu dihubungjalinkan agar ianya menjadi satu kekuatan dan kejayaan yang benar2 jitu.

Apapun, aku masih enjoy dengan aktiviti yang dilakukan. Jarang aku dapat melakukan aktiviti beriadah macam tu. Cuma, apa yang merisaukan aku adalah anak2 murid yang akan menjadi penentu generasi akan datang.....Bagaimalah nasib mereka ya nanti???

Diari : Hari Ke 2 Praktikum

21 Julai 2009

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan aku kekuatan lagi untuk menghadapi hari ke dua praktikal ini.

Hari kedua ni, aku ditugaskan untuk menganntikan guru untuk kelas 3A2 dan 3A10. Hanya kelas 3A10 sahaja yang dapat aku masuk.

Perasaan berdebar tetap ada. Takut, rimas, suka, teruja, semuanya bercampur menjadi satu. Apa yang pasti, ini adalah kelas pertama yang aku masuk, walau bukan kerana mengajar, tapi aku pungut pengalaman itu sebagai bekal aku di hari muka.

Seronok juga aku rasa bila dapat berkenalan dengan budak2 sekolah. Suatu zaman yang mana budak2nya amat memerlukan perhatian dan tunjuk ajar.

Hingga sekarang ini, aku masih ingat nama beberapa orang pelajar yang masih aku ingat sampai sekarang ni. Aku suka layan kerenah mereka, mungkin disebabkan aku memang mudah mesra dengan orang2 yang lebih muda dari aku.

Apapun, KELAS 3A10, walau apa pun yang pernah aku dengar tentang kelas kalian, aku yakin dan percaya, kalian boleh berjaya di masa hadapan. Aku akan tetap mendoakan agar kalian menjadi murid yang baik. Amin.

Pengalaman pertama dalam hidup aku akan terus menjadi sejarah. Tanggal 21 Julai 2009, sangat memberikan banyak makna dalam hidup aku dan akan aku ingat sampai bila2....

Kelas 3A10, SMK Seri Manjung, Jadilah insan yang mulia bersama akhlak yang terpuji....InsyaAllah.....

Tuesday, July 21, 2009

Hati : Selamat Hari Lahir....

Happy birthday to U.....
Happy birthday to U.....
Happy birthday to Youuuuu....
Happy birthday to U....

Selamat hari lahir yang ke 25 tahun...
Semoga segala impian dan harapan menjadi kenyataan....
Semoga apa yang dihajati, dapat dicapai menerusi keredhaan Tuhan....
Jangan mudah berputus asa......

Ingatlah pesanku.....
Jagailah keluarga
Jagailah kekasih
Jagailah teman
Kerana ketiga2nya adalah
Pemberi semangat dalam kehidupan.....

Monday, July 20, 2009

Diari : Kursus Bina Insan Guru 11 Julai - 13 Julai 2009

Tak banyak gambar yang dpt aku tunjukkn kat sini....
sebab, mase aktiviti kat sungai samak tu termasuklah tubing, tali, raja rimba dan seumpanya, aku tak bwk pn kamera...ni pn ihsan dari orng len....

gambar2 tak elokla sebab aku dh edit...malas nak re edit....hehehe

Aktiviti : Raja Rimba......

Aku jadik Putera Raja, tu yang sebelah raja, (aku pakai baju itam) hehehe

Mase presentation.... Kerajaan Paku Pakis....Hehehe...

Satu team sumer nie....group 7 smpi 12....aku group 12 lah tu...

Dah penat dh....nak balik, tapi masih seronok2..tepuk2 tangan lagi...hehehe

Fasi buat persembahan...sedap gak suara diorang, yang main gitar pn pandai...ekekeke

Wah Lan, Razi...seronok sakan nampak....gelak pasal pe tu???

Tunduk2 ngendap sape la tuh...?

Cam meroyan jer aku tgk ko nier...hehehe

Bang Ridu, satu lubang je dpt????

Aik, sempat lagi berpeace2 tu...hehehe

Diorang nie memang...ekekeke

Control macho nampaknyer Din....hehehe

K-rol, nikmat nampak.... :))

Kashmeer..sorang lagik...ekekeke

Alamak....aku sorang jer lelaki dan budak fizik kat situ....sorry ustazah2 semua.... :))

Fasi group 12.....koh, azah ngan aida

Group 12....ustazah nik. zai, dayah dan en

Group 12.....ustazah pn dn ustazah hamim...

Haaaa....3 jejaka macho....Imran, aku dan syed nurul

Nie la group 12...

Sempat aku amik gmbr budak2 yang kene keracunan makanan kat klinik upsi...sian diorang....

Happy sakan nampak....

Pulau Impian Kumpulan 12....sebagai penduduk asal pulau tersebut....

Aku, pn suriani dan pn linda...(Upss)...hehehe

Ayu, aku dn pn fong.....

skali lagi...group 12....

Ketua kump la plak....

budak2 fizik....

woi am, ko tolak aku naper????sib baik aku tak jatuh tau.....pn syikin, sorry....

Diari : Broadband......

Alhamdulillah, aku sebenarnya amat bersyukur sbb kat sini broadband aku dpt berfungsi ngan baik....dpt HSDPA lagi....kalo nak dibandingkn ngan tjg malim, terlalu jauh perbandingannya...hehehe...

So, kengkawan, aku harap aku dpt selalu update blog nie dan mudah2han aku dpt masukkan segala2 yang ilmiah juga di sini...INSYAALLAH...

Diari : Hari Per 1 Praktikum

Alhamdulillah...hari pertama yg aku lalui tidak begitu sukar kerana aku hanya mendaftar dan menunggu sehingga waktu sekolah tamat.

Kat sini, aku nak citer serba sedikit berkenaan pasal praktikal aku kat SMK Seri Manjung nie :-

1) Aku sampi kat sek dlm 7.25pagi....sekolah tgh kalut, sib baik takder perhimpunan..haha

2) Aku just daftar ajerlah jumper pn siti hawa, pen kanan sek dan borak2 sket...

3) Aku dpt tau kene relief klas, 2 kali hari ni, kol 8.10 - 8.45 ngan kol 10.50 - 11.25, tapi Alhamdulillah, dua2 tak masuk..hahaha...

4) Aku dpt member dari upsi gak, nama dia Ria dan Hasni....diorang ngajar Seni...

5) Aku mgkn dpt ngajar Fizik F4 dan matematik form 3...Alhamdulillah, org bagi kita amik...hehehe

6) Pengalamn razi, member praktikl aku yng dah masuk kelas ganti tadi sungguh menakutkn...huhu

7) Aku balik kol 1.20 tadi, sbb sek aku ader 2 sesi...

Semua tu penglam hari pertama berada di sekolah. Mudah2an aku dpt melaluinya dengan tabah dan sabar, dan mudah2han juga tuhan permudahkan segala kerja2 yang akan aku lakukan. Kepada-NYA aku bermohon dan kepada-NYA aku meminta pertolongan.

Anak2 muridku, terimalah aku seadanya.......

Diari : Esok Jejak Kaki Ke Sekolah

Bersediakah aku?
Kuatkah aku?
Kentalkah aku?

Persoalan demi persoalan terus mengiringi aku....

Tu semua Muqaddimah sebab esok adlh hari pertama perjalnn hidup aku di sekolah, mengajar anak2 bangsa aku untuk berjaya.

Mungkin satu persoalan yang sangat penting, MAMPUKAH AKU NAK JADIK GURU NIE???

Apa pun jua, esok adlah langkah permulaan untuk menjadi pendidik. Mudah2han aku diterima baik oleh semua orang termasuklah pengetua dan cikgu2 serta pekerja2 kat sekolah tu. Terutamanya juga murid2 yang akan aku ajar nanti. InsyaAllah...

Sebenarnya, aku lom dpt bygkn camne budaya sekolah tu, cikgu2 dia, perkerja2 dia, murid2 dia dan semualah yang berkaitan ngan sek tu.

Kalo dulu aku keje, takder ar melibtkan murid2 nie. Mase kene wat study class pn aku wat dek jer. Maleh dan tak brani nk ngajor. Tapi, bile skrg nie, nak tak nak, terpaksa relalah aku...hehehe...lagipn, dulu byk ngajor secara personal ajer. Face to face, sorang ngan sorang....

Ish, citer pasal tmpt keje nie, rindu plak aku kenangan2 lame. Erm, kenangan tulah yg byk beri aku peringtn yang jelas walu aku tak dpt nak atasinya... :))

Aperpun, good luck kat semua pelajar DPLI FIZIK dan DPLI UPSI yang akan menjalani praktikal bermula dari esok, 20 Julai 2009. Selamat berjaya, Majukanlah Modal Insan Negara Bersama2.......

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MANJUNG, TERIMALAH AKU SEADANYA....... :))