Thursday, July 23, 2009

Diari : Hari Ke 5 Praktikum

24 Julai 2009 (Jumaat)

Kelas ganti lagi....hehehe...

Msuk hari ke 5 praktikum di SMK Seri Manjung, aku dpt merasakan pengalaman baru. Mungkin tidak ada ape sangatlah sebab aku belum mpun masuk ke kelas sebenar. Cuma masuk untuk kelas ganti.

Setakat ni, aku mmg rasakan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Kali ni, aku masuk ke kelas 3A8. Sekali lagi aku teruja untuk berkenalan dengan mereka. Dan mereka semuanya sporting.

Aku harap, mereka semua akan kekal baik seperti mana yang mereka tunjukkan dalam kelas aku.

Apa yang aku tekankan adalah " Kamu yang menentukan diri kamu sendiri". Kalau baik, maka baiklah, kalau nakal, maka nakallah.

Aku yakin dan percaya, bahawa mereka perlukan bimbingan yang sepatutnya. Tidak kiralah siapa pun mereka, mereka masih remaja yang sangat perlukan perhatian.

Aku doakan agar mereka berjaya dan aku tidak mahu mereka gagal kerana gagal di waktu muda adalah kegagalan yang sangat merugikan.

Wahai warga kelas 3A8, SMK Seri Manjung, nasib kalian berada ditangan kalian sendiri. Orang lain takkan mampu mengubah kalau kalian tidak mahu mengubahnya sendiri. Percayalah bahawa ada sesuatu yang berharga dalam diri kalian yang tidak pernah kalian gunakan. Carilah "sesuatu" itu!

No comments: