Tuesday, May 4, 2010

Puisi : Bercinta, Dicinta, Menyinta....

Bercinta, dicinta, menyinta
Segalanya bagai tiada apa
Pengalaman mengajar segalanya
Lagenda memburu rasa

Bercinta itu ada
Dicinta itu biasa
Menyinta itu berbeza
Pedih pada bicara

Bagai gendang dipukul palu
Terasa debar menyentap kalbu
Namun lagenda terus memburu
Menyentap nikmat hati yang satu

Sementelahan bicara
Tinta jujur bertanya
Bercinta, dicinta menyinta
Mampukah menjadi nyata??

SMKSA2 : Kem Motivasi PMR

Ni ada beberapa gambar sekitar program motivasi untuk PMR kat SMKSA2. Masa tu 13 Mac 2010. Haha, lambat masukkan....

Antara aktiviti selepas solat maghrib

Sempat lagi posing tu....

Erm, mesti kena masuk skali dlm gambar nie...

Alahai.... :))

Inilah antara wajah2 chekgu2 yang jaga mase program tu....

Bergaya....

SMKSA2 : Tukar Jadual

Bismillah pembuka bicara...

Minggu lepas, lebih kurang hari khamis, ada pertukaran jadual waktu bagi semua guru dan kelas. Aku semestinya tak terkecuali. Kat bawah nielah jadual baru aku. Hurm sebelum nie 23 masa je seminggu, sekarang dah naik jadik 26 masa sminggu.

Sblom nie, ada gakla aku ngajar Pend kesihtn utk kelas 3A dan 3C. skrg dh digugurkn pastu ganti ngan math moden utk klas 4SC1.

Rasa cam mencabar plak. Maklumla, sblom nie cuma ngajar subjek2 pinggiran ajer...tapi, bagi klas2 yg aku ajar tu, happy gak aku utk klas2 tertentu la....ader setengah klas plak, ibarat mencurah air ke daun keladi. cakap macam manapun, buat dek jer yg diorng tau.

Hurm, tah bilerlah diorang tu nak berubah. Mudah2han Allah bagi diorang tu terbukak hati sket utk menjadi anak yang baik, murid yang baik dan menjadi orang yang berguna pada masa depan.

Aperpun, stakat pertama kali masuk 4SC1 tadi tu, ader gak la muka2 blur. Mungkin aku terikut2 stail ngajar sivik kot. Byk beri penerangan. Tapi, ikut pengalaman aku, pensyarah aku kat U pun guna cara explain step by step. Walapun budak tu pandai. Yerlah kan, budak U.....

It's OK, i'll try my best. This is a single chance to prove my teaching quality in math. Although this is only for a few weeks instead of previous teacher, wan zuraiha, i know that i can do my best and i will try to make sure all my students understand the fact, concept and the calculation.

Fauzi, no need to nervous to teach them. They are students that similar with u. Their PMR result also same as u before. Therefore, try to teach them as how u want ur teacher teach u previously.