Hanya itu yang boleh aku katakan saat ni. Mungkin apa yang kita harapkan tak semua akan jadi kenyataan, tapi mungkin yang ditetapkan utk kita, itulah yang terbaik.
Pada awalnya, memang mengharap sesi pagi utk mengajar, tapi pentadbiran tetapkan aku sebelah petang. Sebenarnya perancangan itu adalah dari takdir Allah semuanya, pentadbir sekolah hanya sebagai pelaksana yg Allah dah pilih. Jadi, wajib terima dengan hati yang terbuka.
Sepanjang 3 hari di sesi petang, sangat banyak benda baharu yang dijumpai dan dialami. Pengalaman yang pastinya akan kekal dalam ingatan.
Antara perkara2 yang terjadi sepanjang 3 hari tu ialah:-
- Senarai nama pelajar ting 2 yg dah ditampal tetapi dicabut oleh orang yang tak bertanggungjawab
- Senarai nama pelajar ting 1 yang masih belum siap
- Senarai barisan pelajar yang belum di tampal
- Hanya 3 orang pengawas yang membantu
- Guru yang tak cukup
- Perhimpunan rasmi yang perlukan pengawas baca ikrar dan doa
- Guru2 yang kurang info
- Kekecohan waktu pelajar keluar untuk solat zohor dan asar
- 7.30malam masih ramai pelajar yang belum balik ke rumah dan cikgu terpaksa tunggu mereka
Ya Allah, sangat banyak rasanya perkara yang terjadi sepanjang 3 hari tu. Syukurlah, Allah memberikan kekuatan kepada aku dan semua guru2 di sesi petang utk mengawal keadaan dengan seadanya.
Segala masalah dan kekalutan yang tersenarai takkan dapat di atasi tanpa kekuatan dan kepimpinan seorang ketua serta kerjasama daripada setiap guru sesi petang. Sangat bertuah rasanya bila berada dalam satu komuniti saling bekerjasama seperti ini.
Mungkin pilihan dan ketetapan Allah itu ada sebab dan hikmah yang boleh menjadikan kejayaan itu di pihak kita.....
Semoga segala kerjasama yang tercipta itu mampu kekal selama-lamanya....InsyaAllah......